“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

07 January 2012

Rayuan Simpati.... Undi dan keluarkan PM dari penjara


BN perlu bersedia dengan caturan baru Anwar yang masih mengusung minda rakyat untuk mempercayai dirinya dizalimi. Dia mahu rakyat membuang BN agar dia dapat dibebaskan dari penjara. Seterusnya menjadi PM. 

Menghampiri tarikh tamat 901, Anwar mempamirkan dendangan klasiknya yang cukup bergaya. Dia telah dimangsakan oleh UMNO. Segala yang berlaku adalah angkara UMNO. Merekalah yang bersalah melakukan kejahatan konspirasi menghumbannya ke penjara bagi menafikan kerjaya politiknya.

Bijak! Satu permainan psikologi yang mantap. Masihkah ada yang sudi diperangkap?

 

Gambaran ini cukup menakutkan jika dilihat keupayaannya menghimpun penyokongnya menjelang 901 (2 hari lagi). Apa ilmu yang dia pakai sehingga mampu memukau penyokong seolah kesnya tidak berasas. Jauh sekali menyesali perbuatan serongnya. Anak muda pula begitu ghairah menabalkannya sebagai idola kebanggaan.

Tentu banyak belanja diperlukan untuk melakukan ini semua selain dari air liur bersihir. Memang ajaib manusia ini walaupun amat jelas melakukan kesalahan (berdasarkan bukti dan cara dia membela diri di mahkamah), masih laku dan mampu membawa ramai penyokong tentunya orang Melayu Islam.

Bukankah itu tandanya kiamat sudah hampir? Ramai yang tidak menyedari. Pemimpin jahat dan pendusta dilantik sebagai pemimpin, tunggulah kemusnahan.


901 : Perjuangan untuk rakyat lebih penting dari nasib saya – Anwar



SUBANG JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya meneruskan perjuangan sekalipun beliau dipenjara, demi membebaskan negara ini dari kancah rasuah, selain menegakkan demokrasi dan keadilan serta menolong rakyat miskin.

Berulang kali berkata demikian, beliau tidak digentar dipenjara, malah pernah mengalami pelbagai seksaan, penghinaan dan dipukul tetapi ia tidak sedikitpun mengurangkan semangat juang membela rakyat.

“Ini perjuangan agama dan tuntutan universal,” kata Ketua Umum KEADILAN itu depan kira-kira 10,000 orang dalam ceramah di stadium mini 3K Subang Jaya, malam tadi.

Kurang 60 jam menjelang keputusan kes Fitnah II, Isnin ini, Anwar sudah sedia berdepan sebarang kemungkinan dan keputusan mahkamah, selain bersedia di segi mental dan fizikal.

Dengan tegas, Anwar berkata: “Kes Fitnah II dan keputusannya tidaklah penting. Yang lebih penting ialah persiapan Pakatan Rakyat menghadapi PRU 13 supaya Pakatan dapat berkuasa di Putrajaya.




“Kita mesti teruskan perjuangan menegakkan keadilan, kebebasan, menentang rasuah, diskriminasi, penipuan dan kezaliman BN. Perjuangan ini jauh lebih penting dari memikirkan nasib saya atau keputusan mahkamah,” katanya.

Dipetik dari HarakahDaily, kata-kata itu disambut dengan tepukan gemuruh dari orang ramai yang terdiri dari pelbagai kaum.

Dengan suara bergetar, Anwar memberitahu, beliau akan terus berjuang sama ada di dalam penjara atau di luar penjara dan meminta rakyat yang mahukan kebebasan dan pemerintahan yang adil, mesti meneruskan perjuangan.

Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa pemimpin negara Asia Barat termasuk kerajaan baru Tunisia dan Perdana menteri Turki, Resep Rayeeb Erdogan menawarkan beliau dan keluarganya supaya tinggal di negara mereka tetapi beliau menolak.

“Saya tidak akan lari ke luar negara walau apapun kemungkinan yang berlaku. Wan Azizah, anak-anak dan menantu sudah saya beritahu,” katanya.


Minggu depan, kata Anwar, beliau akan berada di luar negara beberapa hari untuk berucap di beberapa seminar termasuk di Turki yang akan membincangkan persoalan gerakan Islam dan demokrasi.

MINGGU DEPAN? Apa maksudnya?.... masih yakin akan selamat dari hukuman? Atau ada perancangan lain?

Mampukah BN memperbaiki keadaan hasil dari serangan terakhir Anwar ini? Kecualilah BN memandang remeh kempen Anwar ini. DAP bersikap mendiamkan diri. Apa pula muslihat mereka? DAP memang sudah tahu bahawa Anwar melakukan liwat. Mengapa orang Melayu PAS PKR masih sangsi...

Atau memang sengaja tak mahu percaya?????

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive