“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

31 January 2012

Edisi Perang Salib: DAP hasut parasit PAS untuk musnahkan Islam dari dalam

SHAH ALAM
Strategi halus DAP



Dr Hasan semakin menggugat

Datuk Dr Hassan Ali meneruskan sesi ceramahnya di Seksyen 17 Shah Alam. Seramai hampir 5,000 orang telah hadir untuk mendengar ceramah dari Dr Hasan sendiri.

Semakin lama semakin ramai yang hadir, alhamdulillah berkat kesabaran YB Dr Hasan Ali dia kini tidak keseorangan seperti yang didakwa oleh Azmin dan parasit dalam PAS. Hadirin yang adalah sebahagian yang menyokong Dr Hassan secara ikhlas untuk berjuang ke Jalan Allah bersama YB Datuk Dr Hasan Ali. Kebanyakan yang hadir terdiri daripada penyokong PAS yang sudah pun berpaling tadah.

Dr Hasan berdoa bahawa demi Allah, demi Rasul pada malam yang hening ini marilah kita berjanji bahawa kita tidak akan sekali-kali memberi walau satu undi pun kepada DAP, kerana apa kerana DAP adalah musuh Islam.

Dr Hassan menceritakan bagaimana PAS Pusat memecat beliau tanpa diberitahu tentang pertuduhan terhadapnya dan beliau juga tidak dibenarkan untuk membela diri.

Anwar Bin Ibrahim

Bertapa zalimnya parasit berkiblatkan Anwar yang sengaja mahu 'menendang' Dr Hassan supaya cepat keluar daripada PAS. Secepat yang mungkin.

Beliau juga talah diberi amaran oleh Anwar apabila terlalu kerap membenteras rumah-rumah urut, judi, kedai-kedai arak, membenteras penzinaan kerana bagi Anwar biarlah mereka berehat kerana waktu siang mereka teruk bekerja untuk menaikan ekonomi Selangor, kata Anwar.


1000? 2000 atau 5000 orang hadiri ceramah?



Menggerunkan parasit

YB Datuk Dr Hasan Ali sekali lagi mengingatkan umat Islam bahawa jika hendak melaksanakan Islam, jika hendak menjaga anak cucu kita daripada Kristian tolong jangan undi DAP.

DAP merupakan parti yang jelas menentang Islam, mereka menghasut umat Islam agar menerima Islam Liberisasi yang sama rata tetapi apabila kita hendak melaksanakan Islam mereka tentang.

Anwar mempelopori Islam Liberal di Malaysia, bukti persahabatannya dengan beberapa tokoh terkemuka Illam Liberal Indonesia dan pendedahan pengkaji telah mengesahkan peranan Anwar. Ia bakal ditelanjangi Dr Hasan sedikit waktu lagi. Saya percaya Dr Hasan telah maklum dan mempunyai banyak maklumat mengenainya. Sebab itu dia pernah berkata Anwar Ibrahim "sangat kotor".

Penghayatan Islam Liberal (kesesatan nyata) amat sesuai dengan perancangan kristian Malaysia menghancurkan Islam dari dalam. Parasit dalam PAS juga difahamkan menjadi agen Islam Liberal tajaan Anwar. Mereka tidak akan menghormati kepimpinan ulama yang dilihat tidak menonjol dan ketinggalan sebab itu Anwar dijadikan idola walaupun bermukim di dalam PAS.

Pada malam tahun baru lalu Dr Hasan telah membuat serbuan bersama JAIS dan mendapati hampir 250 pasangan ditangkap meminum arak dan berzina. Dr Hasan telah disindir oleh rakan pemimpin dalam PAS kerana begitu agresif sehingga memberi kesan kepada ekonomi Selangor. Layakkah mereka menjadi pemimpin Islam?

Parasit dalam PAS diwujudkan oleh beberapa pemimpin yang tidak sukakan Islam, mereka semata-mata hanya ingin untuk ke Putrajaya sahaja. Selagi parasit ini berada didalam PAS jangan harap PAS boleh mengamalkan Islam.

Beberapa pemimpin parasit PAS dengan muka yang tidak tahu malu melarang YB Datuk Dr Hasan Ali menjalankan tugas bagi mencegah permurtadan ke atas umat Islam. Mereka juga melarang samasekali Dr Hasan membenteras maksiat dan minum arak di bilik-bilik hotel, dalam kereta kerananya bagi parasit PAS semua itu adalah bertentangan dengan hak asasi manusia dan kebebasan.

Parasit PAS juga mengatakan kepada Dr Hasan,"biarlah mereka rehat pada malamnya kerana pada siang hari mereka bekerja", ini bermakna parasit PAS yang ada kini merelakan maksiat dilakukan di negeri Selangor. Semuanya hanya untuk ke Putrajaya. Mereka sanggup melacurkan Agama Islam demi untuk ke Putrajaya.

Sekali lagi lampu dipadamkan oleh parasit yang panas telinga mendengar Dr Hasan berceramah

Datuk Dr. Hasan Ali menasihati para hadirin supaya jangan bagi walau satu undi pun pada parti DAP kerana DAP merupakan musuh Islam.

DAP pada luarannya nampak tenang tetapi hati dan matlamat mereka hanyalah untuk memastikan Agama Islam bukan agama rasmi di Malaysia.

Kerana DAP lah hampir keseluruhan pemimpin PAS termasuk ulamak jadi bisu dan pekak tentang kemusnahan akhlak umat Islam di negeri Selangor, kata Dr Hassan sewaktu ceramahnya di dataran Bukit Gantang.

Sebagai umat Islam, kita perlu memberitahu kepada anak cucu kita tentang bahayanya matlamat DAP ini, kata Hasan lagi.

PERANCANGAN DAP

Pas dan UMNO bergaduh di hadapan rumah Allah, siapa PAS dan siapa UMNO kedua-dunya adalah orang Melayu. Keadaan inilah yang paling menyeronokkan buat parti DAP. Sebuah parti yang paling rasis. Kemasukan orang Melayu dalam DAP pun hanya sebagai balaci sahaja.

Mereka tidak mahu lebih mereka hanya mahukan supaya Melayu berpecah dan jika ini berlaku, Melayu sudah tidak lagi menjadi kaum majoriti dalam Malaysia. Keputusan akan dipengaruhi oleh DAP iaitu parti yang terbesar dalam Malaysia.

Strategi ini juga telah digunakan oleh puak Yahudi ketika menakluki Iraq, Mesir ,Libya dan kini Syria dan strategi ini menjadi kenyataan. Siapakah kaum Cina Cauvinis Ultrakiasu Malaysia atas nama DAP ini jika kita bandingkan dengan apa yang telah Yahudi lakukan? Tidak salah lagi DAP mendapat nasihat dari PAP yang mempunyai  hubungan rapat dengan negara Yahudi tersebut.

Anwar sendiri tanpa berselindung memperakui akan menjadi rakan Israel dan mempertahankan Israel dengan apa cara sekalipun jika berjaya menjadi Perdana Menteri kelak. Ia sealiran dengan pendekatan DAP.

Akhirnya orang Melayu akan jadi kaum minoriti dan tidak ada lagi keistimewaan seperti sekarang. Bangsa Melayu akan hidup terhina dalam negara sendiri seperti Sinagpura. Itulah yang sedang dirancang oleh DAP.


Melayu hina pada pandangan DAP?

Satu ceramah telah diadakan di Meru anjuran penyokong PAS sendiri yang ingin mendengar sendiri perkara yang sebenarnya berlaku dalam PAS.

Agak mengejutkan penyokong PAS menjemput Datuk Dr Hassan Ali untuk berceramah di pentas PAS dalam DUN Dr Rani.

Foto dari blog gerakan anti PKR: Penyokong PAS yang hadir

Signal malam tadi memberi petanda bahawa ramai ahli PAS sudah bangkit untuk mempertahankan Islam bersama Dr Hassan. Mereka sudah tidak percayakan pemimpin PAS yang hanya mengikut telunjuk DAP.

Difahamkan apabila Dr Hassan menyebut nama ambiga, parasit dalam PAS, DAP dan pkr mereka bersorak sambil mengherdik.

Yang pastinya penyokong PAS sudah tidak tahan lagi apabila pemimpin mereka diperkudakan oleh Anwar Ibrahim, Ambiga dan beberapa pemimpin DAP demi untuk kuasa bagi memerintah Malaysia.

Perosak Agama



Menjadi buruan pemberita

Anwar Ibrahim mesti ditolak oleh semua rakyat Malaysia terutamanya umat Islam kerana pemimpin PKR itu akan melakukan sesuatu terhadap undang-undang menghalalkan homoseksual jika dipilih mentadbir kerajaan persekutuan, demikian dedah Datuk Dr Hasan Ali.

Dr Hassan juga berkata, itu merupakan sebab mengapa dia tidak boleh bekerja atau menghadiri perbincangan empat mata dengan pemimpin pembangkang tersebut, dan temubual baru-baru ini antara Anwar dengan BBC membuktikan dia menyokong homoseksual.

“LGBTs (lesbian, homoseksual, dwiseksual dan transeksual) disahkan di Malaysia! Allah melarang sekeras-kerasnya! Saya boleh melihat keadaan yang sukar jika perkara itu berlaku,” kata Dr Hassan lagi.

“Anwar akan menjadikan perkara itu sebagai 'halal'. Allah mengeji perbuatan itu, dan masyarakat akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir jika itu berlaku.

Hasan berkata, jawapan Anwar semasa temuduga itu sahaja menunjukkan mengapa tekaannya terhadap pemimpin de facto PKR itu ialah benar belaka.

Malaysia Insider cuba memutar belitkan kenyataan Dr Hasan supaya pembaca akan memandang Hasan Ali dengan persepsi yang amat buruk.

Memang tidak hairanlah apabila Datuk Paduka Dr Hassan Ali dan Dr Harun Din tidak dicalonkan pada PRU13 nanti oleh PAS, suatu perkara yang dihebohkan pada suatu masa dahulu. Walau apa pun alasan rakyat sudah tahu siapa Khalid Samad dan Dr Rani yang dikenalpasti menjadi balaci kepada Anwar dan Cina DAP.

Mereka ini sanggup buat apa sahaja demi mempertahankan Anwar dan Cina DAP. Mereka hanya berselindung disebalik parti yang kononnya Islam tetapi merekalah yang menyokong murtad di gereja Damansara Utama baru-baru ini.

Mungkin malu dengan tindakan Dr Hassan yang mempertahankan Islam maka Khalid dan Dr Rani berpakat untuk tidak mencalonkan Dr Hassan Ali pada PRU13 sebagai hukuman.

Inilah yang berlaku dalam parti PAS sekarang sesiapa sahaja menentang Anwar dan Cina DAP mereka akan berdepan dengan hukuman yang cukup berat. Tetapi sesiapa sahaja yang sanggu pmati demi karpal Singh, demi Cina DAP, demi Anwar mereka akan dianggap mulia.


Sokong Israel: PAS lindungi Anwar



Siapa pengkgianat Islam?

Akibat kebebasan bersuara dan menasihati disekat oleh parasit yang berkiblatkan Anwar maka satu komen pun tidak keluar daripada Majlis Syura PAS termasuk ketuanya Harun Taib mengenai kenyataan Anwar menyokong Israel.

Parasit PAS juga memberi amaran kepada Dewan Pemuda PAS Pusat supaya jangan buat apa-apa kenyataan mengenai Anwar Ibrahim walaupun Anwar secara terbuka menyokong penuh penubuhan negara Israel sekalipun.

Berikut adalah pandangan Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut yang menyifatkan kenyataan Anwar Ibrahim secara terbuka menyokong Israel adalah haram dan dilarang dalam Islam.

Datuk Nooh Gadut berkata dalam Al Quran pada Surah Al Baqarah ayat 120 secara jelas menyatakan Yahudi dan Nasrani sebagai musuh Islam. Manakala dalam Surah Hud ayat 118, pula melarang umat Islam cenderung kepada orang yang berlaku zalim.

Apakah kenyataan ini tidak cukup kuat untuk PAS mencari parasit sebenar dalam PAS? Lihatlah sahaja pada Twitter Nasruddin Hassan, beliau sendiri masih takut menyebut nama sebenar orang yang mahu melindungi Israel tersebut. Apakah Dewan Pemuda PAS sudah dikunci mulutnya oleh parasit parasit yang ada dalam PAS?

Betullah kata Dr Hasan Ali jika umat Islam di Malaysia memberi peluang kepada pakatan Rakyat menduduki Putrajaya maka umat Islam juga merelakan Agama Islam dihancurkan oleh parasit ini.

sumber sumbangan sungairapat

30 January 2012

HJ HADI UNDUR tanda KEMELUT BERTUKAR JADI RIBUT

ULAMA PAS BERONTAK - PARASIT SEMAKIN ......

Haji Hadi Kecewa?

PAS dilihat semakin tidak tentu arah sejak pemecatan drastik dibuat ke atas Dr Hasan Ali.

Beberapa pimpinan yang diikhtiraf sebagai tokoh ulama mula memberontak mempertahankan beberapa prinsip yang dianggap bercanggah dengan dasar Pakatan pimpinan Diktator Anwar Ibrahim. Mereka semakin berani setelah dimulakan oleh Ketua Pemuda PAS menyerang Anwar Ibrahim.

Berakhir dengan tindakan tegas MB Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak berkaitan penggantungan 5 mahasiswa KUIN di bawah AUKU. Aziz Bari tiba-tiba membuat serangan kilat seperti diupah untuk menjatuhkan imej MB Kedah itu.



Ulama PAS kian terdesak dan mungkin terpaksa membuat percaturan baru menyelesaikan punca masalah berbangkit. Adakah kumpulan ulama PAS akan pergi meninggalkan PAS dan menyerahkan parti itu kepada para parasit?

Akibatnya, pengumuman Haji Hadi Awang untnk meninggalkan perjuangan PAS dan seterusnya tidak mahu bertanding pada PRU13 satu keputusan mengejutkan semua pihak. Ada dua kemungkinan.

1. Ia hanya gimik politik. Memalingkan isu yang sedang terfokus kepada Dr Hasan Ali supaya ahli PAS dapat bertenang sambil memancing simpati dari ahli.
2. Malu dengan tindakan tergesa memecat Dr Hasan yang kini sedang membahang dan berkemungkinan menjejaskan pengaruh PAS dalam PRU nanti.

Tindakan Haji Hadi Awang yang membuat pengumuman terus kepada media membangkitkan kemarahan besar buat kumpulan Pro Erdogan atau kini digelar Parasit PAS. Kenapa ia tidak dibincangkan terlebih dahulu dalam majlis kepimpinan PAS. Haji Hadi seperti sudah hilang semangat apabila Anwar membuat statement untuk mempertahankan negara Israel dan sebelum itu menyatakan sokongannya kepada aktiviti seks rambang dan liwat (gay). Sesuatu yang tidak dapat diterima atau bertentangan dengan dasar PAS. 

Tindakan luar jangka ini akan diketahui puncanya sebaik sahaja Nik Aziz membuat penjelasan nanti. Apa yang menarik untuk diketahui ialah sejauh mana ia akan membuatkan perancangan sulit parasit ini terjejas. Adakah Haji Haji sengaja menjerat kumpulan parasit setelah semua rahsia mereka diketahui umum walaupun belum dibongkar oleh Dr Hasan.

Apa pun keadaannya, PAS akan mengalami kekacauan besar dalam kepimpinan. Akan terjadi peperangan antara penyokong ulama dan penyokong parasit.

Hadi Awang dilihat seperti ada komplot tersembunyi bersama Dr Hasan Ali dan beberapa Pemimpin Ulama PAS seperti Nasharuddin, Dr Harun Din, Taib Azamuddin dan Ismail Kamus. Tidak mustahil mereka bersam-sama penyokong akan keluar dari PAS beramai-ramai menyertai Kuasa Ketiga yang amat ditakuti oleh PKR terutamanya Anwar. 

Rata-rata ulama PAS bersetuju dengan tindakan Dr Hasan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai exco selangor dahulu. Demi Anwar dia terpaksa disingkirkan. Ia ada kaitan dengan desakan Azmin Ali. Dr Hasan disingkir secara tergesa-gesa dari jawatan exco Selangor sebelum tamat edahnya (tempoh rayuan) oleh TS Khalid dari PKR dan jawatan exco agama dirampas oleh TS Khalid sendiri, keikhlasan PKR mula diragui. Ini menyebabkan luka bertambah parah. 

Kekecewaan ini walaupun cuba disembunyikan dengan membuat keputusan untuk menutup mulut, akhirnya terzahir juga.Tidak dapat bertahan lama. Selepas Anwar membuat kenyataan menyokong negara Yahudi dan disiar secara meluas, Haji Hadi melakukan drastik dan berani membuat kenyataan akhbar untuk berundur.

Pimpinan di kalangan Parasit PAS dikesan semakin kerap mengadakan Mesyuarat Tergempar tanpa pengetahuan Presiden PAS tersebut (secara sulit). Ini mungkin menjadi penyebab utama tindakannya memandangkan hanya dia seorang sahaja kumpulan ulama yang menganggotai AJK Pusat PAS sekarang setelah kumpulan yang seiring dengannya tewas dalam muktamar yang lalu dan diganti dengan ahli dari kumpulan parasit (pro Anwar). Teori mengenai wujudnya kumpulan parasit yang berhubungkait dengan perancangan JIM/IRC semakin nyata.

Kita akan lihat kesan dari kemelut ini dalam masa terdekat sejauh mana Anwar berjaya menghalang tindakan Haji Hadi ini. Anwar pasti akan kecewa besar jika ia gagal memujuk Haji Hadi dan pastinya PR juga akan menerima tempiasnya. Walau apa pun, luka sudah kelihatan dalam kem PAS dan pertentangan dengan PKR semakin membesar.

Adakah PAS sudah hilang kepercayaan kepada Anwar? Namun AJK Pusat PAS (parasit) akan diketuai oleh rakan karibnya yang satu masa lalu pernah menggelar Anwar sebagai Syeukh al Jubori iaitu Ahmad Sabu pasti akan bangun berkerja kuat bagi pihak Anwar.

Adakah PAS akan keluar dari Pakatan bertanding bersendirian dan menganggotai semula selepas PRU13? Taktik ini pernah diperbincangkan oleh beberapa penganalisis politik tanah air satu masa dahulu semasa isu hudud dibangkitkan oleh Nik Aziz. Ataupun keluar dan bergabung menjadi sebahagian dari kumpulan pendesak baru yang diketuai Dr Hasan Ali?

Banyak kemungkinan akan terjadi tetapi yang pastinya PAS akan hancur jika masih bersama PR, dimana perpecahan sudah diambang pintu. Jika masih kekal dalam PR, Mampukah mereka mendomonasi PR dalam PRU nanti?

Pertahan Aqidah

SIRI CERAMAH HIMPUN ESOK - HASAN ALI GEGAR PARLIMEN UTAMA PARASIT PAS DI SHAH ALAM BERNAMA KHALID GEREJA.


DATANG BERAMAI-RAMAI. SEBARKAN. DEMI PERKUKUHKAN AKIDAH UMMAH DARI PENGARUH MURTAD.


Sebelum itu apakata layan ulasan sdr HHalim ini... hahaha


Pok Nick Putuskan Hadi Mesti “Berkhidmat Sampai Mati”




29 January 2012

Semakin PANAS: Dr Hasan vs Azmin (PKR ketakutan)


Cubaan menghalang kemaraan Dr Hasan oleh PKR bukannya PAS. Kenapa ya?
Hasan Ali Cabar Azmin... Lapor Polis Jika Ada Bukti



Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menggesa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai bukti penyelewengan dan salah laku melibatkan beliau.

Menurutnya, beliau sendiri tidak mengetahui bentuk penyelewengan yang didakwa Azmin sebagai rahsia yang kini berada dalam tangan Pakatan Rakyat (PR).

Sebaliknya, Hasan mendedahkan beliau juga mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung salah laku pemimpin PR, menerusi pemberi maklumat dalam gabungan tersebut.

"Bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa, tetapi andainya saya ditolak ke dinding, barangkali maklumat-maklumat tersebut boleh dijadikan senjata ampuh mempertahankan diri.

"Ini kerana sesetengah daripada maklumat tersebut boleh mengundang keaiban kepada individu dan parti," kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Azmin mempunyai rahsia berkaitannya dan akan dedahkan kepada rakyat sekiranya Hasan terus menyerang kepimpinan PR.

Hasan berkata, sebagai ahli politik, beliau tidak mampu mempetahankan diri daripada serangan dan fitnah kerana ia perkara biasa dalam dunia politik.

Menurutnya, beliau masih mempunyai rekod baik sepanjang 15 tahun berada dalam dunia politik termasuk dalam perkara fitnah-memfitnah.

"Mungkin ada yang mengatakan bahawa saya angkuh. Tetapi, inilah realitinya. Setakat yang saya ingat, belum ada laporan polis atau siasatan SPRM ke atas saya.

"Tetapi tidak tahulah waktu mendatang kerana saya bersama teman-teman dilihat terlibat dalam program dalaman dan bagi setengah golongan menganggapnya sebagai menentang arus," katanya yang memulakan siri jelajah penerangan selepas dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.

Ekoran keputusan Pas itu, beliau digugurkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.


Fitnah Murahan Dari Azmin Pakatan Kepada Dr Hassan

Mereka lakukan apa sahaja untuk menggagalkan perjuangan Dr Hasan membongkar kepalsuan perjuangan PR. Ia kelihatan semakin jelas, Anwar begitu takut dengan strategi Dr Hasan walaupun gagal dibaca oleh PAS. PAS hanya dipergunakan oleh Anwar dan PKR untuk melakukan sabotaj terhadap Dr Hasan Ali, bekas ahli mreka yang dipecat. 

Memang benarlah keupayaan PAS dalam permainan politik amat lemah dan tidak akan layak menjadi peneraju pemerintahan negara. Sesuatu yang amat malang bagi Muslimin Malaysia. Setelah menjadi sekutu (pengikut ?) Anwar, PAS menjadi semakin tidak relevan. Lemah dan kucar kacir. Mereka terjebak dengan virus yang dibawa oleh Anwar dan PKR dan najis bawaan DAP. Apa yang jelas mereka juga tidak mampu menjadi lebih baik dari DAP dalam permainan politik dan sering terpedaya.

Akhirnya PAS hanya layak menjadi kedai PKR dan penjilat Yahudi bernama Anwar Ibrahim.

Nampak jelas, pakatan ini semakin buruk perangainya. Memang busuk sekali. Apabila kelemahan dan kepincangan mereka akan didedahkan, mereka sangat terdesak hingga sanggup mengada-adakan cerita dan memfitnah orang yang pernah bersama dengan mereka suatu masa dahulu.

Tetapi itu memang permaian Anwar Ibrahim sejak dari dahulu kala lagi. Kaki putar terbaik di Malaysia. Manusia pura-pura dan penuh tipudaya. Masihkah PAS tertidur lena?

27 January 2012

Edisi Khas Perang Salib: sabotaj Roadshow


PERANG SALIB?

Kerajaan pilihan rakyat Selangor yang sering melaungkan slogan "kebebasan rakyat" mula bertukar menjadi kerajaan zalim pula. Terbaru mereka mengambil langkah menghalang "third force" yang tidak memihak mereka memulakan langkah.

Slogan hanya habis dengan slogan sahaja.... haha. Hakikatnya apa sahaja yang tidak memihak mereka akan dimusnahkan, bagaikan kerja Dajal.

Tindakan mengarahkan Majlis Perbandaran melakukan sabotaj mengenepikan hak bekas exco nya untuk mengadakan majlis penerangan dan menyampaikan kebenaran. Itukah hasil perjuangan "kerajaan alternatif" yang bersuara garang perjuangkan Malaysia yang lebih bebas? Ternyata mereka membuka pekung sendiri, tak perlulah Dr Hasan bersusah payah menceritakannya. Bebaskah kita dibawah PR?

Kebebasan telah hilang di negeri Selangor. Kenapa SUHAKAM (pecacai mereka juga) hanya berdiam diri? Hanya setuju perjuangkan peliwat dan penzina sahaja?

Jika tidak atas arahan kerajaan negeri dibawah Azmin dan bonekanya Khalid (exco agama yang baru), Majlis Perbandaran tidak akan bertindak. Banyak lagi banner kepunyaan PKR dibiarkan tergantung tidak terusik, Layakkah Pakatan meneruskan pemerintahan di Selangor?

Halangan kebebasan Dr Hasan bukan sahaja perlu atas sebab "parasit" dalam PAS tajaan Anwar, tetapi juga atas kapasiti Dr Hasan yang mampu membuat kempen menghalang kes murtad di Malaysia. Pemurtadan umat adalah tajaan DAP, semua tahu mengenainya. PAS juga kini sedang menyusun kata untuk menghalalkan kerja ini. Semua ini hasil kerja parasit dan juga PKR atas asuhan clon tunggal PM dari PR, Anwar Ibrahim. PKR Selangor semakin terdesak dan takut kepada bayangan sendiri.

Datuk Ibrahim Ali juga pernah disaran oleh Faekah supaya tidak memijak bumi Selangor. hahaha...Apa dah jadi dengan Parti Reformasi Yahudi ini? Baru perintah satu penggal sudah mabuk tak tentu arah. Penahkan BN haramkan Anwar buat roadshow?????? Terang lagi jelas, siapa yang lebih baik.

Hikmah dari pemecatan Dr Hasan dari PAS untuk sedarkan kita betapa bahayanya manusia yang bernama Anwar Bin Ibrahim, penjilat Soros dan penyebar Islam Liberal di Malaysia.

Mengangkat manusia ini sebagai pemimpin samalah dengan menggadaikan Agama Bangsa dan Negara... sukakah anda bersubahat?

Kerajaan Selangor Sabotaj Kemaraan Dr Hasan – Banner Roadshow Diturunkan 


Kenyataan Media

Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) mengecam tindakan ahli majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPkj) yang telah menurunkan 10 banner Roadshow Datuk Dr Hasan Ali pagi ini.

Roadshow itu dijangka akan diadakan pada 31 Jan 2012, Selasa, 9 mlm di Balai Pahlawan, Padang Sekysen 2 Bandar Baru Bangi kini sedang disabotaj oleh regim Exco MB Khalid Ibrahim.

Hak kebebasan rakyat untuk bersuara telah disekat oleh MB. Sekatan ini dibuat berpilih-pilih. Kalau iklan banner pakatan, walaupun tiada lesen tidak akan mereka turunkan tetapi kalau banner milik gerakan rakyat seperti Roadshows anjuran bersama SMU, mereka telah turunkan.

Dimanakah keadilan untuk Rakyat Selangor yang ingin bebas dari fahaman politik extreme kepartian? SMU melihat lonjakan kebangkitan Islam, Melayu dan Raja-raja (IMR) yang dibawa oleh Datuk Dr Hasan Ali kini semakin mengancam masadepan politik seks bebas yang diperjuangkan pakatan selangor sekarang.

Kami menuntut agar kesemua banner rakyat yang bernilai rm1500 itu dipulangkan kepada kami sebagai penganjur bersama Roadshow tersebut.

IMR penyelamat rakyat.

Norman Toha
Pengerusi
Sekretariat Mobilisasi Umat

Kuasa Ketiga

Sementara itu Dr Hasan membayangkan wujudnya Kuasa Ketiga (Third Force) yang bakal bangun dan mendominasi masyarakat menentang ketidak adilan Politik Tanah Air. Ia semakin mendapat sambutan sekaligus mematangkan tahap pemikiran orang Melayu khasnya yang sering dimangsakan oleh parti-parti politik. Untuk melepaskan diri dari cengkaman politik taksub dan dungu serta keanakan, memang wajar pihak ketiga bangkit membawa wadah yang lebih bersih dan bebas.

Pemikiran pejuang politik yang semakin mengecut akibat kekangan "ketakutan" hilang sokongan bakal membawa kita menuju pendustaan yang tak kunjung habis. Mereka tidak lagi relevan memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara dalam keadaan bebas dan adil. Perjuangan yang mementingkan diri dan kaum harus dipinggirkan. Masyarakat harus lebih cerdik menilai keseluruhan maklumat sebelum membuat pilihan. Elakkan dari menjadi pak angguk dan memberi sokongan membabi buta walaupun dipenghujungnya nanti kita semua akan menjadi mangsa. Apa yang penting ialah : sejauh mana ia menguntungkan Islam. Keutamaan yang tidak boleh dijual beli dan tiada toleransi walau apa pun alasannya.

Kebangkitan kumpulan baru ini memberi nafas baru kepada pejuang bangsa dan agama yang tidak memihak. Terutama yang memerlukan flatfom bukan politik. Ia merupakan satu kelebihan yang wajar disyukuri. Seperti biasa mana-mana pihak yang berjuang secara ikhlas akan menghadapi tentangan dari mereka yang berkepentingan terutama yang mempunyai kuasa. Mereka harus bersedia menghadapinya dengan tegas.

Sejauh mana kumpulan "Third Force" ini akan berjaya mengambil alih pengaruh parti-parti politik bakal diketahui sedikit masa lagi apabila selesainya pilihanraya umum ke 13 nanti. PAS dan PKR sudah pasti tidak relevan lagi jika kumpulan ini berupaya menjadi badan pendesak yang efektif kepada kerajaan Barisan Nasional kelak. Kita mahu pengurusan negara dilaksana dalam suasana harmoni tanpa riuh rendah demonstrasi sebagaimana yang berlaku sekarang. Kita tidak lagi suka cara politik kotor yang jauh menyimpang dari halacara Islam.

Perkara yang perlu dielakkan ialah sogokan kewangan dari badan-badan Yahudi seperti NED yang sentiasa mencari peluang menguasai mana-mana pertubuhan yang berpengaruh. Dr Hasan dijangka sudah mengetahui permainan mereka dan sentiasa berwaspada.

Selain dari menjaga agama, kumpulan ini juga akan menjadi pengawal institusi raja-raja dari dipermainkan oleh ultrakiasu sama ada dari kerajaan atau pembangkang. Inilah wadah terbaik kepada kaum Melayu dan penganut Islam malaysia. Mereka juga bakal menjadi benteng terkuat menghalang merebaknya wabak "islam Liberal" yang digagaskan oleh institusi Yahudi Amerika. Perjuangan kumpulan ini bakal membawa kita menjadi mujahid akhir zaman dan bersama-sama menjaga keaslian agama dari tercemar.

Dr Hassan Ali : Kuasa Ketiga
Published by AIDC on January 27, 2012

AIDCNews – 27/01/12 – YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali mengulas berkenaan arus baru politik yang dinamakan kuasa ketiga (the third force) yang memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-raja (IMR).

“Bila nak cerita tentang IMR..kadang-kadang macam terkunci lidah tu..katakan nak bermesyuarat..nak cerita tentang Islam..rasa macam tak habis nak sebut..

“Nak sebut tentang Melayu, kena toleh kiri, toleh kanan..nak sebut raja-raja pun, kadang-kadang rasa keliru nak menyebutnya..Ini saya namakan hambatan-hambatan sama ada dapat dilihat atau tidak dapat dilihat.

“Bagi saya hambatan-hambatan ini mempunyai kesan yang sangat negatif bukan sahaja untuk generasi ini, bahkan untuk generasi akan datang”, katanya dalam Program Soal Jawab TV3, 25 Jan.

Hassan sebeagai bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang memegang porfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam tentunya merujuk ‘hambatan-hambatan itu’ kepada polisi pentadbiran negerinya.

Bermakna jika dibaca secara tersirat, maksud kata-kata Dr Hasan itu, selama hampir 4 tahun menguasai kerajaan negeri, polisi kerajaan Selangor menghakis Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu dan jika dibiarkan berterusan akan memberi kesan negatif kepada generasi akan datang.

“Syaratnya.. mesti moralnya bagus..dia tak main dengan anak dara orang, tak main dengan isteri orang, tak liwat, tak rasuah, tidak menyalah guna kuasa..itu asasnya..”, katanya.


Bayangan Roadshow - Resah dan Gelabah



Semakin terdesak ancaman berbentuk "habuan" dari tindakan sendiri, kini mula gelabah bila Dr Hasan bertegas mahu memberi penjelasan hakikat pemecatannya dari PAS kepada rakyat terbanyak.

Peringkat awalnya mereka menyangka Dr Hasan akan terperangkap dengan tindakan yang diambil PAS, namun atas kepekaan permainan DSAI dan sekutunya yang penuh tipu helah itu, dia mengambil langkah berani untuk berada di pentas bebas. Andai Dr Hasan membayangkan akan pertimbangkan untuk sertai UMNO, nescaya DSAI akan tersenyum gembira kerana perangkapnya mengena. Dr Hasan akan dilabelkan sebagai parasit UMNO dalam PAS. Kini mereka akan hadapi kesukaran dan kehilangan isu untuk menghakis serangan yang bakal tiba.

Kini baik DSAI atau PAS mulai ketakutan dan bimbang dengan serangan Dr Hasan terhadap mereka. Ia dapat dinilai dari kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

PETALING JAYA – Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bersiap sedia menghadapi serangan balas bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dalam mempertahankan kedudukan yang lebih selesa di Selangor.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri yakin dengan segala bukti dan fakta yang dikumpulkan mampu menangkis serangan yang dilakukan Hasan dalam siri jelajahnya.

Katanya, persiapan itu bagi memastikan PR tidak terlibat dengan tuduhan yang tidak berasas mahupun fitnah.

“Kami bersedia untuk menjawab malah telah me­ngumpulkan fakta-fakta kerana tidak mahu terlibat dengan tuduhan tidak berasas dan fitnah. Kami telah melihat di mana kekuatannya, kami telah melihat siapa penganjur dan kami sudah tahu siapa di belakang Hasan.

“Kita serah kepada rakyat dan yakin rakyat cukup matang untuk menilai kenyataan itu sama ada berasas atau tidak atau sekadar emosi kerana dipecat oleh parti,” katanya kepada Sinar Harian dalam wawancara eksklusif di pejabatnya, semalam.

Menurut Azmin, kenyataan yang dilontarkan Hasan yang lantang mengkritik parti sebelum ini amat mengecewakan, kerana kenyataan itu tidak berlandaskan semangat PR.

“Hasan perlu berterus terang kepada rakyat apakah tindakannya itu atas kehendak atau keinsafan dirinya sendiri atau beliau sanggup diperlembukan oleh anasir luar.

“Beliau yang perlu berterus terang. Saya tidak mahu membuat spekulasi,” katanya mengulas apakah tindakan Hasan yang lantang mengkritik parti dipengaruhi oleh anasir luar mahupun sikapnya sendiri.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, tindak tanduk dan kenyataan Hasan jelas telah melanggar dasar bersama Pakatan.

Justeru itu, beliau telah melontarkan cadangan kepada Pas.

“Saya minta Pas ambil tindakan yang sewajarnya. Apa bentuk tindakan, saya serahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan Pas. Saya yakin apa yang dilakukan kepimpinan Pas telah mengambil kira maklum balas anggota parti dan Kerajaan Negeri.

“Saya tidak menentukan jenis hukuman yang sepatut­nya, kerana sebagai Exco Selangor, beliau sepatutnya bertanggungjawab mempertahankan dasar negeri yang telah dimuafakati secara bersama oleh PR.

“Jangan dicari salah orang lain, sama ada saya atau Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tiada kaitan, ini keputusan yang dibuat oleh Pas,” katanya.

Mengulas berhubung parasit parti yang didakwa Hasan berlaku dalam kepimpinan Pas, Azmin berkata, beliau (Hasan) adalah parasit dan musuh dalam selimut.

Beliau turut bersetuju de­ngan artikel tokoh aktivitis Pas, Shukri Latif yang menggambarkan Hasan sebagai buah buruk yang menunggu gugur, dijolok jatuh, tidak dijolok pun tetap akan jatuh.

“Bagi saya keputusan kepimpinan Pas memecat Hasan adalah atas pertimbangan. Hasan adalah parasit dalaman parti dan musuh dalam selimut.

“Saya cukup menghormati pucuk kepimpinan Pas, berani bertegas dan berani memberi isyarat keras supaya jangan menjadi musuh dalam selimut dalam Pakatan kerana muafakat yang cukup jelas atas dasar bersama,” katanya
-sinar

Bagaikan orang melatah, mula menuding tak tentu arah, malangnya ia akhirnya menghempap atas kepala pemimpin PAS. Begitulah lagaknya seorang pengecut bertindak untuk melepaskan diri. Baling batu sembunyi tangan. Bagaimanakah nanti bila mereka memerintah Malaysia? Berapa ramai lagi yang akan menjadi mangsa?

...Bravo Dr Hasan, Allah bersama mereka yang benar..!

.

Pengakuan Bekas Penyokong Tegar "Saya mula menjauhkan diri"




Ekoran artikel Zulkulim tentang abu kazib, muncul seorang hamba Allah yang mengaku sebagai rakan Anwar semasa di pusat pengajian tinggi. Luahan hatinya dapat memberi info sebenar manusia bernama Anwar ini. Dia telah meninggalkan perjuangan Anwar setelah menyedari ada perubahan besar tingkah laku dan halatuju perjuangan tersebut.

Siapa Anwar pada pandangan kawan lamanya? Cuba kita renungkan kebenaran cerita ini

Pak zul nordin kena mengasihani Abu Kazib ini, kerna kita semua tau, pakcik pun dah berckp berjela- jela mengenai hal si Abu Kazib ni. Dia hanya sekedar lulusan am pengajian Melayu. Pakcik tak hina pengajian melayu. Tapi hakikatnya kami dolu di UM yg sibuk berdemonstrasi, berseminar dan sebagainya adalah budak budak Melayu yg ambil pengajian sastera dan seumpama Abu Kazib ni. Makanya mereka tak de tekanan sgt bab bab nak menghapal mcm subjek perobatan, undang undang dan subjek sains matematik.

Sebab itu kita nengok budak mcm adam adli oleh sibok berdemonstrasi kononnya memperjuangkan kebebasan akademik. Padahal, kebebasan mahasiswa tersebut untuk tidak belajar perkara atau subjekyg susah susah. Jadi chegu la katakan.

Sama la makanya dgn Abu Kazib ini. Beliau mengambil jurusan pengajian Melayu krn kelayakan akal beliau. Salah kami generasi terdahulu mengangkat beliau hingga kononnya jadi Menteri Kewangan terbaik Asia. Padhal para menteri kanan lain ataupun pegawai kementerian kewangan yg menjadi hero tak berdendang. Ucapan ucapan Abu Kazib ni pun kekawan beliau yg buat.tak percaya tanya si Munawar Anees.

Oleh yg demikian Pak Zul Nordin jgnlah keras sangat dgn Abu Kazib ini. IQ dan pencapaian akademik beliau rendah mutunya. Kesian. MCKK pun sebuk berdebat nak tunjuk takabbur. Di UM takde kerja lain, tak ambik subjek susah kerna tak oleh sampai akalnya.

 

Eluk interbiu kekawan lama Abu Kazib ni, tanya aspek akademiknya. Bercakap kawan saya Subramaniam pun pandai, tapi bila tiba waktu akademik tulen, habis Subra ni. Begitu jualah Abu Kazib ni. Kesian beliau.

Dlm kalangan kekawan, semua tau. Coma kesian kerna Abu Kazib ni mcm kta ga semua akan kembali ke rahmatullah.

AIDC – Tuan haji..cadangkan pada saya selain ismail mina n ibrahim ali..siapakah kawan lama yang boleh bercakap tentang akademik anwar semasa di um


dont touch

Penyokong tegar PKR Osman Ishak berhenti daripada menyokong parti tersebut selepas menonton video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim (atas) dengan membuat kesimpulan bahawa ada asas individu terbabit boleh melakukan perkara yang lebih menjijikkan.

Penyokong tegar Anwar sejak di bangku sekolah dan pernah menjadi Ketua Perhubungan PKR Pahang, manakala anaknya, Rahimi pernah bertugas dengan Anwar sebagai setiausaha sulit itu berkata, video seks yang didedahkan oleh ‘Datuk T’ dan kemudian disiarkan menerusi blog juga menukar pendiriannya terhadap Anwar.

“Akal saya tidak dapat mencari satu ciri pun si pelaku itu bukan orang yang diperkatakan. Semua yang saya saksikan, dari segi fizikal dan gerak gerinya semua sangat menyamai seorang individu... itulah kesimpulan saya,” katanya dalam temuramah yang disiarkan sebuah akhbar Mingguan Malaysia, kelmarin.

“Tambahan pula apabila melihat dolak-dalih mereka sekeluarga dalam isu jam tangan yang tidak meyakinkan, kelihatan mereka sangat gelabah. Rasa kemungkinan besar betul, mungkin ada merit untuk kes terdahulu.

"Video itu mendorong saya tinggalkan PKR dan hilang kepercayaan terhadap ketuanya. Saya boleh tengok sendiri berbanding sebelum ini yang hanya mendengar dari cerita orang saja,” katanya yang dipetik oleh akhbar berkenaan.

Osman berkata, taksub terhadap Anwar menyebabkan beliau pernah berbalah dengan anaknya, Rahimi, yang pernah menjadi Setiausaha Sulit Anwar selepas anaknya menceritakan perilaku ketuanya.

“Bila Rahimi beritahu dia meninggalkan Anwar (meletakkan jawatan), saya sangat terkejut, apatah lagi alasannya adalah sama seperti apa yang berlaku kira-kira 10 tahun lalu yang saya anggap konspirasi dan perbuatan zalim, kini kena pula kepada kawan Rahimi.

“Kebetulan selepas Rahimi menceritakan sebab (mengapa dia berhenti), dia membawa ke satu perjumpaan yang mendedahkan banyak cerita mengenai individu sama. Dari detik itu, hati saya berubah 99 peratus dan meninggalkan PKR serta pembangkang.

“Keputusan mahkamah, baru-baru ini semakin melegakan saya kerana kini kesimpulan yang saya buat adalah betul. Ini kerana sejak hari pertama hingga penghujung kes, teori konspirasi ini dicanangkan bagi mengaburi mata rakyat, tetapi keputusan mahkamah sebaliknya.

“Bagi orang yang berfikir, sudah tentu mereka memahami apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang sebenarnya berkonspirasi. Ini persepsi saya, tapi selepas keputusan mahkamah, saya menolak 100 peratus PKR dan pembangkang,” katanya.

Rahimi sebelum ini turut menggemparkan PKR apabila mendedahkan dia dipaksa untuk memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar berhubung kes liwat

Temubual penuh

Osman Ishak : Isu Anwar, Hubungan Saya dan Rahimi Tegang..
Published by AIDC on January 26, 2012





AIDCNews – 26/01/12 – Wawancara Osman Ishak, bapa kepada bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mingguan Malaysia, 22 Jan menimbulkan satu fenomena baru di internet.

Ramai berpendapat luahan Osman itu merupakan pandangan penyokong ahli akar umbi PKR dalam menilai kredibiliti terkini terhadap Ketua Umum PKR itu.

Mungkin ada ribuan lagi simpatisme Anwar yang hanya menilai Ketua Umum PKR itu dari aspek luaran, tetapi tidak mengenalinya dari alam kehidupannya yang sebenarnya.

“Memang betul. Saya bukanlah orang yang rapat sangat dengan Anwar. Saya cuma mengidolakannya dari segi kepimpinannya. Personal life dia ,saya tidak tahu.

“Dan bukan saya seorang, ramai lagi ahli PKR lain yang tak tahu. Ramai orang yang mungkin tersilap persepsi.

“Kata orang, dari segi luaran kita tengok semuanya baik, tapi dari segi dalaman kita tak tahu..”, luahnya ketika ditemui di Shah Alam, 24 Jan.

Ikutilah temu bual AIDC dengan Osman Ishak dalam menyingkap peristiwa-peristiwa di sebalik tabir yang sebelum ini tidak terdedah kepada umum.

AIDC : Sorotan dari Utusan Malaysia tempoh hari, En Osman ada menyentuh berkenaan pergelutan antara bapa dengan anak iaitu Rahimi. Boleh ceritakan lanjut apa berlaku pada 28 Jun 2008 ?

Osman Ishak : Ya, bila Saiful membuat laporan polis petang itu, malam tu…saya tak ingat exactly pukul berapa, tapi malam lah.

Lebih kurang lepas Isyak….Ada kawan-kawan yang dalam PKR dulu yang sedang berada di hotel Shah Alam itu telefon saya, bertanyakan di mana anak (Rahimi) saya.

Saya tanya mengapa. Dia kata, “Ini.. ada laporan Saiful, ada kes sodomi baru.” Jadi, saya pun terkejut. Saya pun panggil dan tanya isteri saya.

Isteri saya kata, “Oh dia dah dengar serba sedikit daripada Rahimi”.

Saya terkejut, “Mengapa tak cakap dengan saya…” Yalah, saya pun faham, Rahimi pun bukannya terlalu rapat dengan saya. Jadi, dia banyak bercerita kepada emaknya lah.

Lepas itu, saya tanya di mana Rahimi. Masa itu Rahimi tiada di rumah. Jadi, saya terus panggil Rahimi balik.

Call Rahimi ?

Ya. Call Rahimi, panggil dia balik. Bila dia balik, sampai kat rumah, saya pun tanya dia.

“Ni orang PKR telefon abah, dia tanya pasal Rahimi, apa cerita ni?”.

Jadi, di situ dia bercerita panjang…

Sebelum ini, En Osman dah kenal Saiful ?

Saya tidak kenal sangat. Tapi, saya pernah jumpa dia. Pernah, dia datang ke rumah saya untuk mengambil sesuatu daripada Rahimi. Rahimi masa itu cuti…, jadi ada dokumen-dokumen yang dia perlu updatekan. Dia datanglah ke rumah untuk mengambilnya.

Maknanya pernah jumpa.. ?

Pernah jumpa. Saiful dengan isteri saya agak mesra sebab ..isteri saya pernah mengajar di sekolah tempat dia belajar. Dia pun memang panggil isteri saya, auntie.

Dia banyak berborak dan berbual dengan isteri saya.

Masa sekolah rendah atau menengah ?

Sekolah menengah. Sekolah Menengah Damansara Utama.

Jadi, apabila Rahimi bercerita malam itu, apa reaksi En Osman sama ada percaya atau tidak ?

Saya dari segi cerita Rahimi itu, dengan begitu detail, hati kecil saya memang percaya.

Percaya ?

Memang ada. Apa orang kata, 50 – 50 tapi lebih kepada percaya. Sebab cerita itu nampak realistik. Cerita itu teratur dan realistik.

Kemudian, saya hubungkan juga kes ini dengan beberapa kejadian dua tiga hari sebelum itu, di mana Rahimi pernah pinjam kereta saya, katanya mahu pergi ke mana-mana dan sebelum itu saya ada menerima sms daripadanya yang berbunyi, ‘Abah tolong doakan keselamatan Imi (Rahimi) dan Saiful.’

Jadi, bila dia cerita ini, saya kait lah semua peristiwa itu.

Mulanya, masa dia sms itu, saya sangkakan berkaitan dengan 16 September, rupanya perkara lain.

Jadi, dari segi ceritanya itu memang realistik. Tapi pada masa itu, saya pun terfikir..’oh kalau cerita ini betul, teruklah kena. Macam mana penyokong-penyokong Anwar.. sampai hati Anwar buat lagi perkara begini…’

Jadi, saya memendam rasa. Saya mencari jalan supaya benda itu tidak begitu tersebar…

Masa itu En Osman masih lagi PKR ?

Saya masih lagi PKR.

Siapa orang-orang PKR yang telefon En Osman ?

Ni ha…kawan-kawan saya dalam PKR di Pahang. Yang duduk di Kuala Lumpur tapi aktif dalam PKR Pahang.

Selepas mendengar penjelasan Rahimi, dan selepas saya dah tenang, saya cuba yakinkan Rahimi supaya pergi ke Quality Hotel menemui kumpulan peguam-peguam Anwar. Sebab saya difahamkan, mereka memang menunggu di sana.

Jadi, alasan saya pada masa itu adalah saya kata, ‘Kita tak boleh bergantung pada cerita Saiful sahaja, kita tak ada saksi, kemungkinan ada konspirasi’.

Tapi, saya faham.. dia tahu konspirasi ini tak wujud. Dia sendiri memang faham benda itu tak wujud.

Tapi walau apa pun, itulah alasan saya. Dan yang saya tekankan kepadanya adalah tentang 4 orang saksi.

Jadi, saya nasihatkannya.. suruh pergi dan dia pun.. mahu tak mahu pun dia terpaksa bersetuju..

Kemudian, lebih kurang 10 – 20 minit selepas dia pergi…saya call dia. Saya pun ragu-ragu juga sama ada dia pergi atau tidak…

Saya call dia, saya tanya dia, “Di mana sekarang?”

Dia jawab, “Nak pergi jumpa seperti yang abah suruh”. Saya pun lega, sebab dia akur dengan nasihat saya.

En Osman tahu cerita Rahimi kena ‘kurung’ di sana ?

Dia tidak banyak bercerita. Dia tak bercerita semua itu kepada saya. Mungkin dia dah tahu kedudukan saya yang lebih pro Anwar Ibrahim. Jadi, dia tak banyak bercerita dengan saya.

Siapa yang cadangkan Rahimi bekerja dengan Anwar. Adakah dengan pengetahuan En Osman sendiri ?

Seingat sayalah, .. dia mulanya aktif dalam reformasi bersama dengan Tian Chua. Kemudian, seorang lagi yang paling rapat dengan dia pada masa itu ialah anak kepada Ketua Perhubungan PKR sekarang ini..Datuk Fauzi. Saya tak ingat nama anak dia.

Farhan ?

Ha..ya. Rasanya dia yang memberi dorongan dan mungkin juga yang cadangkan anak saya ini untuk bekerja dengan Anwar.

Maknanya bukan En Osman sendiri ?

Bukan saya…bukan saya… Dan saya juga rasa ragu-ragu,.. betul ke Anwar boleh menerima anak saya bekerja dengan dia.

Sehingga satu hari, saya pernah juga bercakap dengan Anwar, saya kata, “Anak saya ni agak degil sikit, boleh ke Datuk Seri.”. Anwar jawab dia boleh..”Saya pun degil juga dulu.”…(ketawa)

Memang saya nampak ada perubahan. Anak saya itu lebih komited kerja bila bekerja dengan Anwar. Saya pun gembiralah…

Masa En Osman aktif dengan PKR, Rahimi pula bekerja dengan Anwar, rasa bangga ?

Mestilah. Masa itu semangat saya memang semangat PKR. Anak kita pula bekerja dengan Ketua PKR. Saya pula berpeluang rapat dengan (Anwar). Kita rasa bangga lah.

Apabila Rahimi bercerita pada 28 Jun 2008 itu, tidak menghakis kepercayaan En Osman ?

Pada awal itu, saya rasa juga macam ish.. tak patutlah. Kita terasa lemah lutut. Rasa semacam…lama-kelamaan saya memujuk hati saya, ini konspirasi, ini fitnah dan sebagainya.

Kepercayaan saya, pandangan saya, penghargaan saya terhadap Anwar tidaklah 100 peratus merosot.

Katanya berlaku ketegangan antara En Osman dengan Rahimi…

Pada peringkat awal itu belum.. Kerana dia mengikut apa yang saya kata. Saya suruh dia pergi jumpa, dia pergi jumpa. Kemudian, dia bekerja semula dengan Datuk Seri Anwar sehingga pilihan raya di Permatang Pauh.

Ketegangan timbul bila dia membuat laporan Akuan Bersumpah. Dan sebelum itu pun, walaupun dia ikut cakap saya, sebenarnya sudah nampak tanda-tanda dia menolak Datuk Seri Anwar. Dan saya rasa macam dia tidak lagi komited …

Bila dia buat laporan Akuan Bersumpah berkaitan dengan dia menarik balik Akuan Bersumpah dulu..saya rasa tak puas hati..

Jadi, di situlah saya betul-betul tegang dengan dia.

Marah sebab menganggap Rahimi cuba sabotaj atau buat sesuatu yang tidak baik ke atas Anwar, begitu?

Saya menganggap dia berpaling tadah.

Kedua, saya takut dia sudah diperalatkan oleh pihak lain ataupun sudah dibeli oleh pihak lain.

Ketika itu, ada orang kata dia menerima wang dan sebagainya. Tapi saya tak nampak itu.

Tapi, hati saya memang rasa tak puas hati. Dan pada satu ketika, saya memang seolah-olah menghalau dia dari rumah. Saya rasa betul-betul tak puas hati.

‘Menghalau’ dan dia ikut ?

Dia ikut dan berpindah ke rumah yang lain.

Marah kerana pengakuan bersumpah itu ?

Kerana pengakuan bersumpah itu dan kerana sikap dia dah tolak PKR…tolak Anwar.

Pada pendapat En Osman, kenapa Rahimi berubah yang dia tidak mempercayai Anwar lagi ?

Sebenarnya, pada masa itu saya tidak tahu dia berubah. Tapi kemudian ini, dia ada cerita sesuatu yang menyakinkan saya. Tapi biarlah antara saya dengan dia sahaja simpan cerita itu.

Maksudnya, dia merasakan apa yang dia buat itu betul?

Ya. Pernah isteri saya bercakap dengan isteri Rahimi sendiri.

“Macam mana Rahimi ini”. Dan isteri dia kata, “Tak pa Ma…saya sendiri yakin apa yang Rahimi buat itu betul.”

Itu keyakinan yang diberi oleh pihak isteri dia sendiri masa itu. Dan isteri saya memang berpuas hati.. Cuma saya sahaja yang masih lagi tak berpuas hati.

Jadi, masa itu orang-orang PKR kritik Rahimi..

Bukan sahaja orang PKR pada masa itu, saya sendiri pun…

Saya pun rasa marah..

Maksudnya kerana perjuangan PKR dan Anwar itu menutup segalanya ?

Memang menutup segalanya. Dikira taksub lah. Nak dimasukkan dalam kategori taksub itu.. memang ada lah. Saya mengakulah..

Walaupun Rahimi adalah anak sendiri ?

Ya. Anak sendiri. Sebenarnya, bila dia buat Akuan Bersumpah itu, saya sendiri pergi jumpa Anwar dan saya memohon maaf atas perbuatan anak saya.

Saya pergi berjumpa Anwar dengan Wan Azizah. Kebetulan dia baru balik dari Amerika. Saya tunggu dia diairport dan minta maaf atas apa yang anak saya lakukan.

Saya rasa Rahimi buat sesuatu yang silap, ..tak betul.

Maksudnya ada banyak ‘benda’ lagi di sebaliknya?

Terus-terang saya cakap, antara saya dengan Rahimi pada masa itu, memang kurang komunikasi.

Sebab itu, dia bercakap dengan emaknya, dia kata “Dengan abah tak boleh, dia taksub sangat.”

Mungkin dia lebih mengenali Anwar kerana dia berada dalam lingkungan itu ?

Ya, dia dalam inner circle itu. Dia lebih rapat.

Dia ada kata, “Abah tak tahu semua ini.”

Memang betul. Saya bukanlah orang yang rapat sangat dengan Anwar. Saya cuma mengidolakannya dari segi kepimpinannya. Personal life dia,saya tidak tahu.

Dan bukan saya seorang, ramai lagi ahli PKR lain yang tak tahu. Ramai orang yang mungkin tersilap persepsi.

Kata orang, dari segi luaran kita tengok semuanya baik, tapi dari segi dalaman kita tak tahu.

Jadi, bila En Osman mula betul-betul berubah pandangan kepada Anwar ?

Betul-betul berubah…bila timbul isu video seks.

Saya tengok. Memang dalam hati takut nak tengok. Kita manusia ni, kita takut mengetahui keburukan pada perkara yang kita suka..

Jadi, memang rasa ada (takut) tapi sekali tengok sikit, sekali tengok sikit, akhirnya saya rasa, okay kita tengok. Tengok dan kaji betul-betul.

Kita masa itu, mencari…bila orang kata, “Oh ini bukan Anwar..ini bukan bentuk badan.” Itulah kita study balik.

Perut buncit semua itu…

Ha..itulah kita study. Akal saya… saya ni bukanlah orang yang bodoh sangat untuk menilai sesuatu.

Jadi, saya mengkaji dan menilai sendiri. Saya tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Sebab itu saya tengok sendiri. Takkan saya nak tanya orang lagi. Benda ini boleh kita tengok sendiri. Ada kat youtube..

Tidak terasa video itu edit ke, duplicate ke..ada terfikir begitu ?

Kalau video itu sekejap-sekejap tu, saya juga ada fikir begitu, maknanya ada sikit sahaja..dua tiga saat…Tapi ini.. kalau dah panjang… saya rasa susah untuk diedit dan susah untuk orang melakonkan tingkah-laku seseorang dalam masa yang agak panjang..bukan saja agak panjang, memang panjang.

Misalnya, kalau cerita Gandhi tu..nak melakonkan watak Gandhi tu memakan masa bertahun-tahun tapi kalau yang ini…

Apabila tengok video itu..Rasa macam mana ?

Rasa malu pun ada..Sejak itu, saya pun mula tengok video-video lain di youtube. Dulu kita tak pernah tengok. Sebelum ini, saya tak pernah tengok. Saya tolak.

Misalnya perbualan dengan siapa tu…dan macam-macamlah. Saya mula tengok.

Dan saya cam suaranya. Suara masa muda…sebab saya memang dah lama mengidolakannya. Jadi, itu yang menimbulkan keraguan.

Saya rasa percentage benda itu betul adalah besar. Ditambah pula dengan video yang lain yang menunjukkan dia ada naik ke tempat berkenaan dengan kawan dia.

Jadi, dari situ saya rasa,..cukup kes ini sudah menyakinkan saya untuk menarik balik sokongan kepada Anwar.

Memang tak boleh dah. Saya rasa tak boleh dah.. bila timbul isu video ini…

Walaupun ada dakwaan perut buncit, rambut tak sama…itu tidak boleh mempengaruhi En Osman ?

Tak ada..kita ada penilaian sendiri.

Kalau kita menengok perut kita sendiri, kita tengok dari sudut lain, kita nampak lain. Tengok dari sudut lain, kita dah nampak lain..dah nampak lebih besar misalnya. Itu bergantung pada keadaan sebenarnya.

Jadi, itu tidak conviencekan saya.

Saya lebih berfikir dari segi logik saya, dari segi akal saya, dari segi pandangan saya. Saya sendiri, kalau orang kata itu bukan, saya pula rasa ya..

Kalau benda yang saya tak nampak, kita boleh bersetuju dengan pendapat orang lain, tapi ini pancaindera kita sendiri yang tengok. Kita yang buat keputusan.

Selepas itu, saya ada tengok dalam youtube. Kalau tak silap.. ceramah dia di Klang. Masa itu dia sempat bercakap dalam 10 minit sebab dihalang oleh polis kerana tak ada permit.

Secara kebetulan, bila dia menurun daripada tangga tu, ada kamera fokus pada kepala dia. Saya pun tengok. Sama dengan…

Dalam video itu..

Ya. Sama dengan dalam video itu…. Jadi, saya panggil isteri saya, saya suruh dia juga tengok…saya kata, tak boleh nak nafikan. Susah saya nak menolak..

Sebab itu, saya tarik diri. Saya rasa, kalau yang ini betul, kemungkinan yang satu lagi mungkin juga betul.

Dan saya juga ada lihat perjalanan di mahkamah. Ada sesuatu yang…

Mencurigakan ?

Ya mencurigakan. Tidak seperti kes yang dulu… Setiap evidence yang keluar itu, ada counter attacknya. Tapi yang ini, nampak macam very smooth.

Mula memikirkan pandangan Rahimi dulu… betul ?

Ya. Cerita Rahimi pun ada menambah…yang dulu tu pun saya rasa ada kebenaran. Saya rasa dengan perjalanan mahkamah yang sebegitu, dengan keadaan Saiful yang sudah bersumpah..sebagai orang Islam kita agak terkesan..

Selepas menonton video itu En Osman tidak lagi sokong Anwar ?

Tak ada. Saya dah tak pergi lagi dengan Anwar.

Kalau dulu, masa kes yang 1998, setiap ada perbicaraan mahkamah saya akan pergi. Yang ini saya tak pergi. Saya tak ada dah. Mula-mula saya ada pergi tapi selepas itu tak ada dah.

Saya mula menjauhkan diri…



Kita dapat rasakan Anwar memang hebat. Begitu sukar sesorang itu dapat melepaskan diri dari belitannya termasuk bapa Rahimi ini. Tidak hairanlah ramai lagi yang masih mempercayai penipuan dan helah Anwar. Kasihan kepada mereka yang masih terus tertipu, semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk mengetahui siapa manusia ini sebenarnya.




AIDCnews

25 January 2012

Ada sesuatu yang tak kena dengan Audit Negara - parasit?

Lanjutan dari desakan PERKASA
Malaysia (Perkasa) mendesak Ketua Audit Negara memberi penjelasan mengenai kekeliruan ini dan menjawabnya secara terbuka.

Ketua Pengarah Jabatan Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang memberitahu beliau akan memberikan penjelasan terperinci berkaitan dengan kemelut dalam Laporan Audit Negara 2010 dalam masa yang terdekat.



Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan entiti perniagaan yang dimaksudkan dalam laporan tersebut sebenarnya merujuk kepada Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan bukannya NFCorp seperti yang didakwa.

"Saya akan memaklumkan penjelasan mengenai perkara ini dalam masa yang terdekat," kata Ambrin.

Ambrin turut mengakui pihak pengaudit keliru dengan di antara NFCorp sebuah syarikat Sendirian Berhad dengan syarikat kepunyaan Industri Asas Tani, sebuah entiti kepunyaan kerajaan secara keseluruhan.

Kemelut tercetus setelah Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita, ZuraidaKamaruddin mendakwa berlaku penyelewengan dana pinjaman dan pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.

Kedua-dua pemimpin PKR tersebut turut mendakwa Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya menggunakan hampir RM600,000 dari dana yang diperuntukkan bagi membayar hutang kad kredir pada tahun 2009.

Walaubagaimanapun, NFCorp menafikan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan berniat jahat terhadap syarikat milik persendirian tersebut. NFCorp turut menafikan dakwaan dan tuduhan dana RM250 juta dimasukkan kedalam akaun syarikat itu sebelum perjanjian berkenaan ditandatangani.

Sumber KL POS

Apa yang menjadi tandatanya ialah setelah 3 (tiga) bulam NFCorp di aniaya dan ditohmah baharu sekarang Jabatan Audit Negara bersuara. Apa sebenarnya motif mereka mendiamkan diri selama ini?

Kenyataan Ketua Pengarahnya hanya muncul setelah Shahrizat menyaman Rafizi dan Zuraida dari PKR, sesuatu yang agak ganjil dan terus menjadi tandatanya. Mereka cuba melarikan diri setelah melakukan kesilapan besar. Ia  memberi ruang kepada pembangkang menyerang Ketua Wanita UMNO seolah Ketua Wanita ini terbabit dalam konspirasi mencuri wang negara. Satu tuduhan liar yang sengaja diangkat untuk mengeliruka rakyat sambil mengiakan tuduhan bahawa BN sebuah kerajaan korup.

Terdapat tanda bahawa wujud komplot tersembunyi yang memainkan peranan untuk memberi bola tanggung kepada PKR. Siapa mereka? Masihkah Najib selaku ketua negara berdiam diri dan memaafkan mereka setelah Ketua Pengarah JPM melakukan kesilapan sebelum ini? Penjawat awam yang tidak setia kepada majikannya (kerajaan) dan menjadi pembelot seharusnya disiasat dan disingkirkan segera. Jangan jadi sejarah kejatuhan Melaka berulang semula.

Carilah Anwarinas dalam Perkhidmatan Awam dan perbetulkan mereka dan jika berdegil singkirkan sahaja kerana mereka bukan untuk membantu membaiki prestasi kerajaan sebaliknya menjadi musuh dalam selimut. Parasit ini bukan sahaja ada dalam PAS tetapi juga dalam UMNO dan jentera kerajaan. Jika tidak diatasi, BN akan ranap disebabkan oleh pengkhianat dalaman setelah penat berjuang di luar.

Ada yang Tak Kena dan Meragukan jika dilihat dari apa yang berlaku.

Tiada agenda politik?  "Ambrin turut mengakui pihak pengaudit keliru dengan di antara NFCorp sebuah syarikat Sendirian Berhad dengan syarikat kepunyaan Industri Asas Tani, sebuah entiti kepunyaan kerajaan secara keseluruhan".  

Hmmm pegawai Audit KELIRU? atau sengaja di KELIRUKAN? Adakah ini antara musuh yang terpaksa dihadapi Najib menjelang PRU13 nanti?






2011/10/30
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang

Jabatan Audit Negara bekerja tanpa rasa takut
KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara bukan semata-mata mencari salah orang lain, sebaliknya memperbetulkan kelemahan dan kesilapan dilakukan mereka yang kurang cekap atau lalai ketika membuat kerja, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang - Kenyataan Ketua Pengarah Audit.

Walaupun tidak takut (kepada siapa?). tidak semestinya berdiam diri selepas melakukan kesilapan besar sehingga merosakkan emej seorang Menteri. Apakah kesilapan ini tidak termasuk istilah "lalai dan kurang cekap" sebagaimana yang beliau ungkapkan?

Kerosakan ini harus dibayar, siapa yang perlu membuat bayaran jika tidak Ketua Pengarah Audit negara sendiri?



sensasi: Kemelut NFC menggelegak
Bekas KSU jadi Ketua Audit..




akan terus dibongkar






Apa masaalahnya hingga begitu berat untuk membuka mulut mempertahankan Audit yang dibuat oleh jabatan sendiri? Orang yang makan gaji beribu dengan kerajaan seperti Ambrin Buang tidak rasa berkepentingan untuk mempertahankan jabatan sendiri memandangkan hanya menunggu masa untuk pencen.Mungkin berasakan lebih baik tutup mulut,bulan bulan gaji masyuk! Cukup masa blah kemudian makan pencen pulak!Yang menjadi mangsa adalah kerajaan!

Menjadi persoalan kenapa selepas 3 bulan baru Ambrin tampil ke depan untuk menjawab segala kekeliruan dan fitnah yang dilemparkan oleh puaka puaka PKR? pisau.net

KREDIBILITI dan intergriti Ketua Audit Negara,Ambrin Buang mula dipersoalkan malah niat serta pertanggungjawabannya terhadap sesuatu yang diaudit menimbulkan banyak sekali keraguan dan sudah ada yang mula melihat bahawa kuasanya cukup besar berbanding dengan jawatan lain dan adakalanya beliau dilihat lebih besar dari Perdana Menteri ataupun Hakim walaupun mengikut Perlembagaan Persekutuan Ketua Audit Negara dilantik oleh DYMM YDP Agung atas nasihat Perdana Menteri.

Kerana keperluannya melaporkan terus segala laporan-laporannya kepada DYMM YDP Agung yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan dihadapan Dewan Rakyat seperti dituntut dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 105 hingga 107 tanpa melalui Perdana Menteri, ini cukup merbahaya kepada kerajaan seandainya beliau ada berniat tidak baik dan terpulang kepada beliau apa sahaja laporan itu walaupun mungkin menjejaskan kerajaan atau tidak sementelahan pula kerajaan tidak bersedia untuk menjawab, pembangkang akan mengambil kesempatan untuk menganggap laporan itu muktamad dan rakyat yang terkeliru akan lagi mudah percaya.

ISU audit National Fedlot Corporation (NFC) menjadi kelam kabut hasil laporan audit dan bagaikan nampak ada niat tidak baik di sebalik laporan tersebut hingga menjadi modal pembangkang untuk menyerang kerajaan hari ini. Setelah ramai pihak mendesak ketelusan laporan itu, Ambrin mula berdolak dalik. Sekejap beliau kata rugi, sekejap pula beliau kata salah urus dan berbaga-bagai lagi alasan diberikan apabila diasak.Lihat disini..

Beliau menjadikan laporan audit zaman beliau ini seperti telah menjadi satu hukuman sebelum bicara sedangkan tugas beliau hanyalah membuat pemerhatian audit dan memberikan syor pembaiokan semata-mata dan bukannya menghukum salah laku atau sebagaina kerana apa yang audit temui belum tentu berlaku penyalahgunaan kuasa atau wujud penyelwengan kerana mungkin system kerja sahaja yang tidak sesuai.

Sejak beliau mengambil alih jawatan Ketua Audit Negara berbagai-bagai kontraversi timbul dan ketua Audit Negara ini seolah-olah menjadi diri beliau bersih, dilihat bersih tetapi sudah ada yang mula bertanya mengapa tiada isu projek-projek Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang diluluskan semasa beliau menjawat jawatan Ketua Setiausaha (KSU) dalam laporan audit sebelum ini.

Sebelum ini ada isu KPM dibangkitkan dalam laporan audit semasa beliau dilantik KSU KPM dan selepas beliau memegang jawatan KSU KPM seperti contoh projek air dan makmal komputera yang terbengkalai di Sabah kerana projek tersebut dilaksanakan zaman beliau tetapi tidak selesai di zaman beliau juga.

Kalau benarlah, kita hairan kerana ada pegawai-pegawai kata mereka tidak dibenarkan untuk audit projek-projek KPM semasa beliau menjadi KSU kementerian tersebut dan kita tidak pasti sejauh mana kebenaran cakap-cakap ini tetapi kalau kita melihat kepada perkembangan audit,rasa macam betul sahaja cakap-cakap itu.

Malah barangkali kerana kecewa dengan gelagat dan menunjuk kuasa Ketua Audit Negara ketika ini, sudah ada yang mula bercakap tetapi kita tidak tahu sejauh mana benarnya apabila ada yang mendakwa bahawa semasa Ambrin menjadi KSU KPM, beliau dikatakan telah mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) Letter Of Award/Acceptence satu projek Sekolah Teknik baru di Beoufort, Sabah pada tahun 2004 sedangkan ianya tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk melaksanakannya dalam RMK8.

Tetapi SST dikeluarkan juga dengan cara bayaran tertangguh dan dibayar dalam RMK9 dan ini telah menimbulkan persoalan, bolehkah dikeluarkan SST kepada syarikat sedangkan projek tersebut sepatutnya dibina dan disiapkan dalam RMK8 (jika betul ada) dan memang tidak dicadangkan untuk dilaksanakan dalam RMK9 malah beluam lagi diluluskan oleh Parlimen?

Jika ini boleh berlaku,apa akan jadi jika semua projek yang belum diluluskan oleh kerajaan boleh dikeluarkan SST oleh KSU yang semestinya merupakan satu surat ikatan atau kontrak yang mengikat kerajaan dari segi kewangan kerana jika obligasi dilanggar, kerajaan boelh di saman di mahkamah untuk menuntut gantirugi. Kalau semua KSU berkuasa seperti itu dan boleh buat seperti itu, apa gunanya Parlimen meluluskan projek terlebih dahulu sebelum satua-satu RMK dibentang dan dibahaskan?

Jika betul projek yang disebut itu penting rasanya lebih penting lagi projek naiktaraf sekolah-sekolah daif di luar Bandar Sabah kerana ada sekolah yang sudah mahu reput,ada yang tiada bekalan air dan letrik dan kita diberitahu Sekolah teknik yang terlalu besar itu tiada keperluan sangat untuk dibangunkan pada masa itu dan difahamkan kos pembinaannya mencecah RM100 juta.

Kalau dikumpulkan jumlah pelajar untuk layak dari seluruh Negeri Sabah pun masih tidak mampu untuk memenuhkan sekolah tersebut dan dengar ceritanya sekolah tersebut telahpun ditukarkan menjadi sekolah vokasional. Apakah keutamaaan projek ini pada masa itu,pada masa Ketua Audit Negara menjadi KSU KPM berbanding dengan projek-projek lain sehingga ianya perlu diawardkan dalam RMK8 untuk bajet RMK9 yang belum diluluskan oleh Parlimen.

Dakwaan tentang kerja-kerja Ambrin sebagai KSU sebelum ini sudah mula bertaburan dijaja, permulaan kepada jajaan ini adalah dakwaan bahawa zaman beliau menjadi KSU KPM pun banyak penyelewengan seperti yang dibentangkan di atas dan sekiranya ini semua benar, Sruruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) harus menyiasat dan membawa ke muka pengadilan sesiapa sahaja yang terlibat.


Wajar Salleh heret Ambrin ke mahkamah!

Kita juga mengharapkan entity syraikat menyaman Keyua Audit Negara ini supaya kuasanya dalam menjalankan kerja-kerja audit tidak disalah anggap atau diperjelaskan kerana nampak akhir-akhir ini terutamanya menjelang PRU13, Ketua Audit Negara seperti mahu bermain politik ala menyokong pembangkang.

Kita bimbang Ketua Audit Negara terlalu banyak cakap dan kadang-kadang seperti lempar batu sembunyi tangan,orang lain pula mula membongkar tentang beliau sebelum ini.Kita tidak mahu nanti ada yang menyifatkan Ketua Audit Negara ini seperti ayam,kokoknya berderai tapi ekor bergelumang tahi.

dari Sanggah Tok Janggut



BRAVO!!

24 January 2012

Grand Design Anwar Korbankan Islam (update)


Walaupun terpalit dengan "sesuatu yang amat kotor" dia masih lagi mempunyai nafsu untuk menjadi Perdana Menteri.

Tiada seorang pun susuk di atas muka bumi ini yang sehebat dia. Rakannya dalam PR terutama DAP walaupun sudah tahu hal sebenar, masih mengalunkan lagu klasik iaitu "fitnah UMNO".  Bodoh benarkah rakyat Malaysia? Atau rakyat Malaysia tidak lagi peduli moral pemimpinnya? Kenapa pula soal rasuah didendangkan jika soal moral tidak diambil kira? Pelik bukan?

Parti Islam SeMalaya juga terpaksa menghirup udara tercemar ini. Namun Anwar dipertahankan bagaikan seorang raja. Mantapnya pengaruh manusia bernama Anwar Ibrahim ini keatas ulama PAS. Bersediakah mereka menyantap subhah yang terhasil dari keraguan sebegini? 


Kedudukan Islam di Malaysia kini amat lemah terhasil dari perpecahan yang terburuk dalam sejarah. Kita lihat semua yang terlibat dalam politik menjerumuskan Islam ke satu jalan yang salah, mengutamakan politk dari kepentingan Islam. Lahirlah ungkapan jual agama dan jual bangsa demi kemenangan.

Kita tidak boleh terlepas dari pengaruh politik. Tetapi adalah salah jika kita mengangkat politik melebihi Islam. Keadaan Islam sekarang telah terkena fitnah besar berpunca dari wujudnya manusia bernama Anwar Ibrahim, bekas pejuang Islam yang kini telah dibeli oleh NED untuk meliberalkan Islam di Malaysia.

Sebelum Anwar menjadi pemimpin PR, DAP tak berkutik, PAS unggul dengan perjuangannya dan semakin mendapat tempat dihati kaum Muslimin, SUHAKAM, SUARAM, Majlis Peguam, Sister In Islam dan sebagainya tidak ada suara. Kini setelah  Anwar mengangkat dirinya sebagai calun PM, semua badan-badan yang membenci Islam ini mula menuntut yang bukan-bukan, biasanya mendapat restu calun PM tersebut.  Anwar menjadi fokus sebagai ikon menentang pemerintah yang dikatakan "korup", namun sebagaimana diketahui ramai Anwar sendiri mengamalkan nepotisma dan korup semasa menjadi TPM dan Menteri kewangan. Laungan dan slogan yang dimainkannya untuk membersihkan kerajaan dari korupsi hanyalah rekayasa dan retorik semata. PAS tidak mampu bersuara.

Adakah kaum Cina berpecah? Dulu memang mereka berpecah tetapi kini seperti ada suara ghaib membuatkan mereka memberikan sokongan padu kepada DAP. Apa sebabnya? Mereka telah nampak peluang cerah mengambil alih pemerintahan walaupun sebagai kumpulan sokongan sebagaimana yang dipraktikkan di Selangor. Kaum Cina memang mengetahui semangat cauvinis DAP dalam hal "kristianisasi" dan kecenderungan perjuangan ala PAP. DAP tidak pernah berubah, namun mereka semakin menjadi dominan dalam PR. Demi Anwar, akhirnya PAS terpaksa berlembut dan mengubah dirinya. Meninggalkan hasrat menubuhkan negara Islam sebagaimana yang dikehendaki DAP. Apa kesudahannya?

Untungkah Islam? Siapa yang bertanggungjawab merubah perjuangan PAS? Bukankah manusia yang bernama Anwar Bin Ibrahim?

Adakah PAS tidak tahu Anwar menjadi rakan NED dan Asia Foundation yang mendanai kumpulan Islam Liberal seluruh dunia? Mustahil Nik Aziz dan Haji Hadi kalaupun bukan Ahmad Sabu tidak mengetahuinya. Ia terlalu terang nyata untuk disembunyikan, namun kita tidak tahu bagaimana Anwar berjaya mengalih alasan (berbohong) untuk mewajarkannya sehingga Nik Aziz dan Haji Hadi tidak pernah membangkitkannya.

Sekiranya perkara ini berada dalam pengetahuan mereka (Nik Aziz dan Hj Hadi), saya yakin mereka akan berhenti dari membantu Anwar. Islam Liberal ini amat merosakkan. Jauh terpesong dari Ahli Sunnah wal Jamaah yang telah bertapak kukuh dalam masyarakat Melayu. Amatlah menghairankan apabila para pemimpin ulama dan penyokong mereka yang bukan golongan anwarinas/erdogan tidak memperdulikannya. Sejauh itu Anwar berjaya mempengaruhi bijak pandai PAS ini.

Jika satu masa dahulu pemimpin PAS dan penyokongnya berteriak menentang konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan bekas PM Tun Abdullah. Ejekan dan hinaan terhambur melebihi batas kesusilaan Islam, namun kini mereka bersedia pula berganding dengan fahaman Islam Liberal anjuran Anwar. Malah pengikut PAS seperti memekakkan telingan serta tidak dapat menerima fakta ini sebagai benar. Kelihatannya para pengikut PAS tidak berminat untuk menyiasat sama ada tuduhan ini benar atau salah (fitnah). Agak ganjil, apabila sesuatu perkara yang mengenai batang tubuh Anwar akan segera ditepis sebagai "fitnah" termasuklah salah laku seks, seks rambang diluar perkahwinan, hubungan sejenis dan sebagainya.

Kini kita faham kenapa Anwar begitu berani menghadapi masyarakat walaupun pertuduhan terhadapnya cukup mengaibkan sebagai seorang Islam. Ternampak pembohongan di sini. Mampukah manusia melakukan fitnah "liwat" terhadap manusia lain sehingga berulangan dua kali. Belum pernah berlaku dalam sejarah. Rata-rata masyarakat awam baik Islam atau bukan Islam, dalam atau luar negeri tahu ia bukan sekadar tuduhan palsu. Banyak bukti telah berjaya diketengahkan walaupun hakim menghujah bahawa ia tidak mencukupi. Ramai yang terperanjat bila dia dilepaskan dari tuduhan (walaupun tidak disebut sebagai tidak bersalah). Media antarabangsa juga mengulas hal yang sama.

Di sini kita nampak tahap pemikiran yang meragukan dimiliki oleh pemimpin dan penyokong PAS, kecuali sedikit. Tidakkah mereka ini sedikit pun rasa terpalit malu? Rakyat Malaysia juga cukup hebat juga pelik, masih lagi percaya bahawa Anwar tidak melakukan perkara jijik tersebut. Berpusu-pusu hadir dalam ceramahnya dan mengangkatnya sebagai pemimpin. Apa dah jadi dengan rakyat Malaysia? Seperti telah tersihir lagaknya.

Apa matlamat akhir Anwar Ibrahim selain dari memporak perandakan Muslimin Muslimat di negara ini? Setelah gagal menguasai UMNO melalui gagasan IRC/JIM, kini sedang menguasai PAS pula sehingga terdedahnya kumpulam erdogan dan "parasit" dalam PAS. Umum tahu PAS sedang dalam proses diubahsuai menjadi sekular (Lim Kit Siang pernah menyuarakannya) atas satu tujuan, memansuhkan pengaruh ulama PAS secara perlahan, pecahkan kuasa dan pengaruh ulama dan akhirnya serapkan PAS ke dalam kesatuan baru dibawah Anwar. Sebagaimana dilakukan kepada Parti Sosialis Rakyat Malaysia.

Kini perkataan "silent majoriti" ditaburkan sebagai umpan untuk kukuhkan keyakinan PAS supaya terus kekal dan berpaut kepada PR dan ia digunakan untuk memujuk PAS (seolah perancangan sulit PKR-PAS kononnya sebagai senjata untuk menundukkan dominan DAP). Padahal ia hanya untuk kepentingan Anwar sendiri sebagai ugutan untuk terus mengetuai PR nanti walaupun PKR tidak menjadi parti majoriti dalam pakatan.

PKR mula membisikkan satu gerak saraf mendesak PAS tidak memihak UMNO walau apa pun keadaannya. Untuk ini dibangunkan singkatan "UG" oleh puak erdogan bagi membantutkan sebarang usaha yang membolehkan PAS berkerjasama dengan UMNO. Ini adalah rahsia permainan Anwar. Sememangnya telah diketahui oleh pemimpin PAS terutama di kalangan "parasit" yang mana erdogan ini hanya berkiblat kepada Anwar bukannya Nik Aziz ataupun Haji Hadi. Sehingga hari ini ulama PAS masih buntu untuk melepaskan diri dari belitan orang Anwar dalam PAS. Sebab itu PAS masih kukuh berpaut di belakang Anwar walaupun tahu DAP semakin jauh mendominanasi PR berbanding PAS. Itulah sebabnya DAP begitu berani menghina PAS (terpacul kata-kata seperti "langkah mayat saya dulu").

Grand design Anwar ialah melupuskan PAS melalui pengambil alihan kuasa oleh "parasit" tajaan Anwar dan semua ahli PAS akan diserap. Walaupun perkara ini belum menampakkan hasil, keadaan sekarang masih memihak Anwar kerana sebahagian besar AJK Pusat PAS adalah orang Anwar yang menyusup masuk beramai-ramai selepas Anwar dipecat dari UMNO. Kepimpinan ulama pula nampaknya sudah tidak mampu mengawal keadaan dan sebaliknya terpaksa pula tunduk kepada kumpulan ini dengan menafikan tuduhan wujudnya erdogan atau parasit dalam PAS. Boleh nampak?

Apa yang paling ditakuti ialah, Anwar sedang usahakan gagasan yang lebih besar iaitu menghalalkan LBGT, majukan Islam Liberal dan Plural, memansuhkan monarki dan sistem beraja. Semua ini atas asakan dari pertubuhan Yahudi antarabangsa yang telah Anwar anggotai atau mendapat dana besar. Perancangan NWO yang terkenal itu menjadi pokok pangkal apa yang berlaku hari ini. Seperti biasa dia tetap akan menafikannya. Hanya akan terserlah apabila dia sudah memegang tampuk pemerintahan nanti. Di masa itu semuanya telah tidak berguna lagi dan pejuang Islam hanya dapat menggigit jari melihat agamanya diliwat sesuka hati.

Sukar untuk ditelah ke mana hala tuju perjuangan Islam hari ini. Penyingkiran Dr Hasan dari parti PAS menampakkan sedikit kecerahan dan mungkin akan dapat memimpin Muslim Malaysia yang semakin educated melihat "big picture" masa depan Islam dalam keadaan bebas pengaruh Anwar.

UMNO tidak seislamik PAS. Itu kita tahu. Diantara dua gergasi ini, siapakah yang lebih menyebabkan kehancuran Islam? Keadaan semakin kronik.... inilah peranan mana-mana NGO bergerak pantas mendominasi gerakan pelajar di pelbagai Universiti negara sebagai laluan mempromosi Islam yang bersih dan melahirkan pejuang muda yang berkeupayaan menangkis daayah Yahudi dan proksinya mengubah rupa dan wajah Islam. Kurangkan perhantungan mereka kepada politik, terutama politik sosialis yang merugikan mereka sendiri.

Kita harus berani mengambil peluang ketika Islam sedang dipermainkan oleh musuh secara rahsia. Perkukuhkan perjuangan. Jangan biar politik kotor menjadi tunggak dan memperbodoh kaum Muslimin.

Sekarang adalah masanya untuk kita semua tamatkan peranan Anwar sebagai pelaksana program NED, Soros dan USA, jika kita masih mengharapkan Islam kembali tumbuh dengan baik. Jika Islam Liberal telah mengambil alih, segalanya akan hancur berkecai kerana Islam Liberal adalah fahaman baru yang sesat serta tergelincir dari paksi Islam sebenar.

Matlamat kita, tanggungjawab kita dan kewajipan kita semua, hentikan politik Anwar.

Liberalsma berputik dari Protokol Zionis


23 January 2012

Hmmm apa dah jadi? Parti Perjuang Islam hina Ulama Sendiri?

Azizan Razak Bebal Dan Sombong..

suara bloger PAS


kategori KETEGAQ?
MB Kedah godam Buku Jingga, selar NGO

Tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak yang mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap mahasiswa terus mendapat kecaman pelbagai pihak.

Menurut NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), tindakan pemimpin PAS itu seolah-olah menggodam Buku Jingga yang menggariskan komitmen pembangkang memansuhkan akta itu.

"Selaku MB Kedah beliau harus sedar bahawa tindakannya menggunakan AUKU ini telah menyebabkan janji Pakatan untuk menghapuskan AUKU dalam Buku Jingga dianggap retorik di kalangan mahasiswa," kata kenyataan segmen mahasiswa SAMM.


Menurut kenyataan itu juga, walaupun menerima kecaman pelbagai pihak termasuk dari pimpinan Paktan dan gerakan mahasiswa, Azizan masih bersikap ofensif menghadapinya.

"Azizan telah menunjukkan sikap bebal dan sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa," menurut kenyataan itu lagi.

Mei lalu, lima mahasiswa KUIN digantung pengajian, antaranya kerana dituduh menyertai demonstrasi, memberikan ucapan kepada umum dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Bagaimanapun tempoh penggantungan bagi empat daripadanya telah tamat.

Sebelum ini, Pemuda PAS, kumpulan peguam Lawyers for Liberty, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) DAN Pro-Mahasiswa Nasional sudah pun menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap langkah tidak popular itu.


Arrrr ada rasa kecewa? Lain kali jangan suka suka kutuk orang... mhee
Ni lagi satu hahaha


Ust Azizan gedebe cari penyakit laksanakan AUKU di KUIN..

oleh anakkedah007




kalau Ust.Azizan terus berkeras utk melaksanakan AUKU di KUIN......PRU13 nih comfom anak muda akan bertukar angin !!! x lma g mybe akn bertukar MB !! isu ini sedikit sebnyak menjejaskan Pakatan Rakyat krna dlm buku Jingga PR menjanjikan akn memansuhkan Auku klau PR bleh memerintah.....hmm...tak tau la ust.Azizan weii...

Lepas ni kutuk pula Nik Aziz ye?


yang ini komen anak Kedah yang sedaq lagi sedap
AUKU AZIZAN


Ce cey cey...... Hebat sungguh Datuk Seri Azizan MB Kedah..... Dia power abis ooooo..... Dato Seri dah pecat seorang timbalan dekan dan 6 orang pelajar universiti kerana terlibat dengan demontrasi semuanya dari kolej universiti insaniah ... Hak milik kerajaan negeri Kedah.....




Inilah akibatnya mengaji tinggi sangat........ Sampai tak boleh tegor langsung... Kalau tegor kena tindakan ..Kalau dulu Kerajaan barisan Nasional hanya membuat akta .... AUKU tapi Azizan terus ?AKU yang pecat" cuba dengar kata budak ni....


Budak ni pun satu tara mana la dia reti kot... Adakah nak ngadu kat Hadi Awang ... Dia ingat Kolej tu hak Pas kot... Dia tak tahu kerajaan negeri..... Semuanya tertakluk bawah kementerian pengajian tinggi .....tak kan tak daftar kot?????..... Nak ngadu biar kena tempat.....Ada dasar 2nya .......


Tapi sepatutnya budak tu kena pi kaw team dengan Nik ajis.....Kerana dia boleh maafkan apa saja kesalahan ... ampun dosa org... tak boleh masuk universiti... nanti Nik Ajis bagi masuk surga...... Lagi pun dia dah halal segala demostrasi... Malah dah jadi macam sembahyang waktu, sembahyang Jumaat @ macam orang ambil haji ..........tak caya tengok video ni


Kelas tu ... Kalau dah macam tu..... pi la jumpa Nik Ajis tu...... Dia boleh buat macam 2 termasuklah suruh buat demonstrasi..... Minta dalil kat dia baru cakap kat Azizan ...........baru boleh respect.... So jgn mengelabah..... bawa bertenang..............

Percaya tak percaya KD rasa hanya kerajaan barisan Nasional yang berupaya menyelesai permasaalahan yg timbul ... Oleh org. yang gila kuasa... pantang di kritik......bertenang..................................


Dato seri komferm tak akan tarik balik dia punya keputusan.... Kalau tarik kredebeliti dia jatuh lah... Yang naya budak 2 tu..... Harapkan geng PR nak tolong .... Ha sorry la bro lu kena lu jawap.... Tapi elok la pindah sokong BN ... depa buat lebih rasional ... ada pakai akai sikit bukan hentam saja... Ok wassalammmm Aku cilok dari sini haha



Bravo.. PAS...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive