“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

24 March 2015

GST - ramai kena sekolah balik..

pinjam artikel tunfaisal, macan bagus jer...



Pelik bila Ku Li tak faham GST dan Laporan Ekonomi



Agak pelik apabila seorang `backbencher' tidak faham dasar kerajaan dan laporan ekonomi. Ada dua kemungkinan, pertama sama ada dia tidak pergi atau malas mendengar taklimat atau dia tidak memahami langsung kandungan taklimat.


Mustahil seorang Ahli Parlimen BN, tidak memahami kebaikan GST terhadap rakyat dan ekonomi negara. Saya yakin semua Ahli Parlimen BN telah memahaminya kerana mereka bertanggung jawab untuk menjelaskan kepada rakyat yang memilih mereka di kawasan Parlimen masing-masing. Tidak pelik jika rakyat Gua Musang tidak memahami GST, kedudukan ekonomi negara dan pelbagai dasar lain serta bantuan-bantuan kerajaan di dalam Bajet 2015, jika ahli Parlimen mereka sendiri, Tengku Razaleigh Hamzah tidak memahaminya.


Dalam satu pertemuan dengan Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Datuk Noorehsanuddin Mohd Harun Narrashid, saya dapat melihat bahawa bukan sahaja mempunyai kefahaman yang begitu jelas mengenai GST, malah dapat menjelaskan GST dalam bahas yang mudah difahami oleh rakyat kebanyakan. Sudah tentu dasar-dasar kerajaan dan pelbagai isu semasa dapat dijelaskan dengan lebih baik jika BN mempunyai lebih ramai wakil rakyat seperti ini.


Sebagai `backbencher', Ku Li sewajarlahnya memahami tujuan utama pelaksanaan GST adalah untuk menambah baik sistem percukaian negara dengan menggantikan SST yang terlalu banyak kelemahan dan tidak dapat dipertahankan lagi.


Salah satu ciri utama GST adalah elemen cukai tidak lagi menjadi sebahagian daripada kos sesuatu barangan dan perkhidmatan. Dengan itu, kos barangan dan perkhidmatan akan menjadi lebih murah dan rakyat tidak lagi dibebani dengan harga yang lebih tinggi akibat cukai berganda dan bertindih.


Ciri GST yang telus pula membolehkan kerajaan mengenal pasti kegiatan mengambil untung yang berlebihan oleh peniaga dan boleh melindungi rakyat dengan lebih mudah melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.


GST juga lebih adil kepada peniaga yang jujur kerana, tanpa elemen cukai dalam kos, kos pengeluaran peniaga lebih rendah dan ini membolehkan harga barangan dan perkhidmatan mereka menjadi lebih kompetitif.


GST cuma `zalim' kepada peniaga yang tamak, tidak jujur, menipu dan terlibat dalam perniagaan yang tidak berdaftar, haram dan meragukan. GST mengakibatkan peniaga dalam kategori ini tidak lagi boleh menipu rakyat dengan mengambil keuntungan melampau. GST juga mengakibatkan mereka tidak lagi boleh menipu kerajaan dengan mengelak cukai, menipu pengisytiharan harga barangan yang diimport dan dihasilkan, mengutip cukai tetapi tidak menyerahkan kepada kerajaan dan menjalankan perniagaan-perniagaan haram dan meragukan.




Adakah ia lebih baik kepada ekonomi negara? Ya, kerana apabila peniaga yang tamak, tidak jujur, menipu dan terlibat dalam perniagaan yang tidak berdaftar, haram dan meragukan tidak lagi dapat mengelakkan cukai, sudah tentu hasil yang dikutip lebih baik berbanding di bawah SST ketika ini.


Siapakah yang hendak dilindungi oleh Ku Li? Rakyat atau peniaga yang tamak dan menipu ini?


Ku Li juga bercakap seolah-olah ekonomi negara sedang mengalami krisis yang maha hebat. Sekali lagi, amat menghairankan apabila Ahli Parlimen BN sendiri seolah-olah tidak menyedari kewujudan dan tidak membaca laporan ekonomi yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan penilaian oleh IMF baru-baru ini.


Mungkin Ku Li tidak sedar laporan BNM menyebut:-


1. Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang lebih kukuh sebanyak 6.0% pada tahun 2014 (2013: 4.7%), didorong oleh kekuatan yang berterusan dalam permintaan domestik swasta dan disokong oleh peningkatan dalam prestasi perdagangan luar.


2. Kadar pengangguran menurun kepada 2.9%.


3. Lebihan akaun semasa melebar berbanding tahun sebelumnya manakala tahap rizab antarabangsa kekal tinggi dan lebih daripada mencukupi untuk memenuhi kewajipan jangka pendek dan menyediakan penampan yang mencukupi terhadap kejutan luaran.


4. Jumlah aset BNM berjumlah RM427.6 bilion dengan keuntungan bersih sebanyak RM6.4 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2014. BNM mengisytiharkan dividen sebanyak RM3.0 bilion kepada Kerajaan bagi tahun 2014


Ku Li juga mungkin tidak membaca laporan Lembaga Eksekutif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 13 Februari, 2015, yang menyimpulkan Perkara IV Rundingan 1 dengan Malaysia antaranya seperti berikut:-


1. Ekonomi yang pelbagai di Malaysia terus menunjukkan prestasi yang baik pada tahun 2014. Pertumbuhan pesat kepada 5.9 peratus, disokong oleh permintaan domestik swasta yang kukuh dan pemulihan dalam eksport. Kos elektrik yang rendah membantu membendung inflasi kepada 3.1 peratus walaupun selepas penghapusan subsidi bahan api dan kenaikan tarif elektrik. Trend pelaburan kekal meningkat, mencapai 26.8 peratus daripada KDNK pada tahun 2014, didorong oleh keadaan kewangan yang akomodatif dan perbelanjaan awam yang berterusan ke atas infrastruktur.


2. Penyatuan fiskal adalah tepat pada masanya, dengan kadar yang sesuai, dan kekal di landasan yang betul. Kerajaan baru-baru ini menyemak semula bajet persekutuan yang menyebabkan sedikit perubahan pada siling defisit bajet, kepada 3.2 peratus daripada 3.0 peratus KDNK, dalam tindak balas yang tepat dan pragmatik kepada penurunan harga minyak mentah antarabangsa yang mendadak baru-baru ini. Mereka mengambil tindakan fiskal yang berani pada tahun 2014, meneruskan gerakan beberapa tahun lagi bagi mengurangkan subsidi yang tinggi dan tidak tersasar.


Mengenai soal hutang negara pula, seperti yang telah berulang kali diulas bahawa hutang negara masih berada di dalam keadaan terkawal, iaitu di bawah paras 55% KDNK. Jumlah bayaran khidmat hutang dalam Bajet 2015 kekal stabil pada kadar 9 - 10.3% daripada jumlah hasil pendapatan negara.








Manakala mengenai soal Hutang Domestik, statistik BNM pada tahun 2013 menunjukkan bahawa ia meningkat akibat krisis kewangan global. Sebahagian besar Hutang Domestik ini disumbangkan oleh rakyat Malaysia, terutamanya disebabkan oleh pembelian hartanah (52%), baik untuk kediaman (44%) dan bukan kediaman (8%), pembelian kenderaan (18%), hutang peribadi (17%), pembelian saham (6%), kad kredit (4%) dan lain-lain hutang (3%).






Dalam hal ini bukannya BNM langsung tidak mengambil sebarang langkah untuk mengawalnya. Antara langkah yang diambil oleh BNM adalah dengan mengeluarkan Garis Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab yang menetapkan kelayakan permohonan pinjaman bank perlu berdasarkan pendapatan bersih dan bukan lagi pendapatan kasar pemohon. BNM juga mengehadkan tempoh pembiayaan pinjaman kenderaan dan pembelian rumah.


Di bawah garis panduan tanggungjawab pembiayaan ini, permohonan pemohon juga dinilai berdasarkan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan cukai serta mengambil kira semua tanggungan hutang semasa melibatkan segmen runcit seperti pembiayaan kediaman, kenderaan, kad kredit dan kad caj, pinjaman peribadi termasuk kemudahan overdraf dan pembiayaan bagi pembelian sekuriti kecuali pembiayaan margin saham.


Nampaknya banyak perkara yang tidak diketahui oleh Ku Li dan menjelaskan kenapa Ku Li sudah tidak lagi relevan.


Bagi penulis sendiri, Ku Li bukanlah politikus yang penulis hormati kerana beberapa sebab, antaranya, pertama penulis tidak nampak pencapaiannya yang hebat sebagai Menteri Kewangan suatu ketika dulu, kedua, Skandal BMF berlaku pada zaman Ku Li menjadi Menteri Kewangan, ketiga, dalam melaksanakan agenda Bumiputera, Ku Li tidak setanding Tun Daim Zainuddin yang lebih menonjol dalam melahirkan ramai jutawawan Bumiputera dan mempertingkatkan agenda Bumiputera, keempat, sikap tidak dapat menerima kekalahan (sore loser) dalam pemilihan parti dan perbuatan khianat penyokongnya telah mengakibatkan pendaftaran UMNO dibatalkan, kelima, tindak tanduk dan disiplinnya sebagai wakil rakyat BN dalam isu Wang Minyak Kelantan, penglibatannya dalam video klip `Undilah' dan perbualan twitternya dengan Lim Kit Siang sebelum PRU-13.

8 comments:

  1. Bro, kuat sungguh ko sokong Thagut. Ko lupa ka sistem yg Adil macam mana? Atau ko tak tahu? Brapa banyak cukai da mahu kutip? Pemimpin hidup mewah senang lenang. ramai yg hidup cukup mkn ja. Ramai jugak yg tak cukup mkn. Data data IMF boleh ditertawakan aja. Sangat melucukan data imf yg saban tahun terbalik dari forecast diguna pakai dan dijadikan panduan ekonomi kebanyakan negara. Kalau terer sangat, cuba survive apabila bon dan stok dilambak lambak. Kalau hebat sangat cubala tahan jatuhnya reserve currency yg menjadi pegangan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












      Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

      Delete
    2. Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111




      (((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







      Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111

      Delete
  2. anon 2202,
    kalau x stat gst maka keadaan naik harga akan berlaku lagi melampau. berbanding sst, gst ada tracking system. sbb tu mesti berdaftar dgn kastam dan guna software yg dibekal. jadi peniaga tak boleh menipu dengan guna 2 akaun yang banyak diamalkan sekarang. pembayar cukai hanya 2 juta dr 30 juta rakyat Malaysia skrg. ini ko kata banyak? tak sampai 10 persen pun. rakyat Malaysia mcm ko ni jenis kalo boleh x bayar cukai tapi kemudahan jalan, kesihatan, infra, maintenance semua nak free. elok duduk kat pulau sorang2 mcm tu.

    jentayu

    ReplyDelete
  3. Anon 08:28..betul tu...byk peniaga menipu cukai terutama mata sepet..mereka ada sistem sendiri utk elak cukai..Dgn GST, mereka dh panas bontot..terpaksa byr cukai..tapi yg buruknya, kaum melayu jadi pembayar cukai teramai sebab mereka majority dan mereka juga berpendapatan rendah tp terpaksa byr cukai..kerajaan tlg selesaikan mslh rumah dan kenderaan yang sgt mahal..anda blh kutip GST tapi selesaian mslh rumah,kereta dan sara hidup yg tinggi..kami xkisah byr cukai jika kami punyai duit lebih...

    ReplyDelete
  4. Kenapa kutip cukai dari org miskin sedangkan sumber hasil negara melimpah ruah tetapi salah takbir & ketirisan wang negara oleh pemimpin dibiarkan berterusan. Negara kaya tetapi pemimpin korup, rakyat jadi mangsa. Gunung emas pun runtuh kalau ditarah hari2 tanpa kawalan kemana dibelanjakan & berhemah atau membazir.

    Tak payah nak pertahankan golongan toghut ni.

    ReplyDelete
  5. perkataan taghut itu hanya persepsi sahaja. apa sebenrnya berlaku kerana rasa benci kepada pemerintah. Pembenci kerajaan hanya pandai menentang dasar kerajaan, nak buat dasar pun tak pandai.

    ReplyDelete
  6. Wow camana korang kata gst ni bagus? Agaknya korang ni orang kaya kut.ni kami ni orang miskin lagi miskin lagi la kan? Hari2 rakyat kena cukai. Ada korang tengok.?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERKINI Posts