“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

20 January 2012

Peluru dihalakan ke arah Dr Hasan Ali oleh tentera parasit.

Lone Ranger gegar PAS

Hasan Ali

Tentera siber PR terutama PAS kini sedang berjuang mati-matian bagi melumpuhkan serangan Dr Hasan ke atas parasit dalam kepimpinan PAS. Adakah PAS kini telah dikuasai sepenuhnya oleh parasit? Kesian ulama PAS, kini sedang menghadapi tekanan untuk memihak kehendak para parasit ini.

Berbagai alasan terpaksa dikeluarkan untuk menafikan dakwaan Dr Hasan walaupun mereka tahu Dr Hasan tidak berdusta.

Kita dapat lihat, berbagai ragam serangan dihamburkan ke arah Dr Hasan termasuk kata-kata kesat yang di luar batas kesusilaan bangsa Melayu. Apa lagi dilakukan oleh orang yang berjuang atas paksi agama. Segalanya hanya berlandaskan dendam kesumat dan kekecewaan. Begitulah cara fikir tentera siber PAS ini. Jauh dari kewarasan.

Parasit kini dalam kepanasan apabila Dr Hasan memulakan serangannya ke kubu kuat PAS Selangor. Satu perkembangan yang menarik. Kita bakal lihat gelagat tentera parasit ini menjadi gila kepanasan sebagaimana panasnya tuan mereka para parasit tersebut.

Semua aktiviti Dr Hasan di spin dan dikritik hebat. Dia dihina sebagai seorang pengkhianat. Adakah benar Dr Hasan seorang pengkhianat?

Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang jelas tiada kaitan dengan politik juga dihina dan dikaitkan dengan politik UMNO. Miskinnya tahap pemikiran mereka. Bagi penyerang PAS ini semua yang ada kaitan dengan Dr Hasan dianggap jahat dan hina.

Kenyataan Dr Hasan minggu lepas bahawa dia masih sayang PAS dan tidak akan sekali-kali akan masuk UMNO  menjejaskan serangan sengit mereka. Jika tidak, Dr Hasan tentu menghadapi kesukaran untuk menangkisnya kerana taboo UG (bergabung dengan UMNO) masih berbisa dan mampu menjatuhkan mana-mana pemimpin PAS yang tidak disukai termasuk ahli majlis syura.

Nasharuddin dan Dr Harun Din kini juga disasarkan kerana kesederhanaan mereka, tidak sesuai dengan pendekatan parasit yang lebih agresif. Mereka juga sering dikaitkan dengan Dr Hasan dan menyokong perjuangan Dr Hasan menentang pemurtadan. Melalui pendedahan ini Dr Hasan juga akan dapat  menyelamatkan rakan-rakannya dalam PAS yang menjadi sasaran parasit ini.

Apa yang jelas penyokong PAS telah diberi suntukan radikal untuk menjadi pejuang ganas di alam siber hari ini. Tiada dasar kesederhanaan bagi mereka. Berbeza dengan penyokong pro ulama. Sekiranya kita membaca posting dalam laman atau blog mereka, kita akan menemui pelbagai maki hamun dan kata-kata kesat terhadap Dr Hasan dan ulama dalam PAS.

Kelihatan mereka menjadi manusia kecewa. Geram terhadap nasib yang tidak menyebelahi mereka. Mereka tahu pemecatan Dr Hasan memberi kesan besar dan akan menurunkan sokongan masyarakat dengan PAS. Kerana terlalu mempertahankan Anwar, mereka rela memecat pejuang agama atas alasan merugikan PAS.

Ada diantaranya tidak dapat menahan marah berhujah bagai orang kurang akal walaupun tidak gila. Menggunakan nama Allah untuk mnghina sesama manusia, malah ada yang sangup melafazkan "sumpah" dengan nama Allah.

Islam jenis apakah yang mereka perjuangkan? Semakin mengelirukan rakyat terutama yang baru hendak mendekati PAS.

Apa dah jadi dengan penyokong PAS ini sehingga menjadi kurang waras? Melakukan sesuatu diluar akhlak Islam. Secara tidak langsung mereka tidak sedar mereka bakal menambahkan lagi kebencian masyarakat kepada PAS.

Adakah "parasit" dalam PAS telah berjaya mengubah manusia PAS ini menjadi manusia ganas dan radikal? Itulah yang amat disukai oleh Anwar. Penyokong PAS telah dapat di twistkan menjadi tentera sukarela untuk memperjuangkan apa yang disaran olehnya termasuk berguling atas jalan raya.

Dr Rani pernah mengungkapkan bahawa mempertahankan Anwar adalah satu jihad dan layak mendapat pahala syahid. Amat menghairankan bagaimana penyokong PAS dapat diperbodohkan sedemikian rupa.

Peperangan baru hendak bermula, kita akan lhat siapa yang menang sama ada cybertrooper parasit PAS atau pejuang "lone ranger" Dr Hasan Ali.


Masa akan menentukannya.

Kenyataan Rasmi Dr Hasan memberi gambaran para parasit ini terutama di Selangor berdasarkan tindak tanduk mereka menentang tindakannya menghalang pemurtadan dan arak.

       

PAS sebagai sebuah parti yang berteraskan Islam juga gagal memainkan peranan asalnya untuk menjaga akidah umat Islam.

"PAS yang sepatutnya menjadi juara untuk mengangkat martabat Islam. Tapi sehingga kini oleh kerana parasit itu, PAS saya masukkan dalam kategori gagal.

"Parasit ini ada kumpulan, pertemuan, gagasan, matlamat, misi, visi dan sebahagiannya sudah bergerak cergas sejak mereka berada di luar negara sebagai pelajar.

"Penyusupan kumpulan parasit ini paling berjaya dalam PAS. inilah situasi yang berlaku dan saya terlalu yakin bahawa mereka telah memegang jawatan-jawatan penting dalam PAS," katanya.

Isu itu dibangkitkan Hasan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia sebelum ini apabila mendakwa terdapat sekumpulan parasit di dalam parti itu yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain, serta tidak suka isu arak dan murtad diperjuangkan di Selangor.

Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, beliau akan mendedahkan ketua dan pengikut 'parasit' yang wujud dalam parti Islam itu dalam satu siri jelajah ke seluruh negeri, yang akan diadakan dalam waktu terdekat.

"Siapa ketua dan pengikut parasit itu, saya tidak akan sebut hari ini, tetapi saya akan nyatakan dalam satu siri ceramah jelajah ke seluruh negeri yang akan diumumkan dalam masa terdekat," kata beliau menjawab Pesuruhjaya negeri itu, Dr Abd Rani Osman yang semalam mencabar agar beliau mendedahkan senarai nama sekumpulan parasit yang didakwa wujud dalam Pas.

Selain itu, Hasan turut menegaskan, kumpulan parasit yang menggunakan strategi licik ini juga telah masuk ke dalam Pas dan menjadi salah satu punca beliau dipecat awal minggu lalu.

"Saya yakin dan juga telah berunding dari luar dengan mereka yang ada di dalam (parti) untuk memastikan agar parasit ini akan dilepaskan dari Pas.

"Saya akan lakukan dengan penuh kebijaksanaan dan intelektual untuk bersama menggerakkan Pas agar parti itu berada seperti zaman (Allahyarham) bekas Presiden Datuk Fadzil Mohd Noor," kata Hasan pada sidang media di kediamannya hari ini.

Dalam laporan Sinar Harian hari ini, Dr Rani meminta pendedahan senarai nama dikemukakan agar boleh membantu Pas untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Kalau dia ada bukti mengatakan dalam Pas ini ada parasit, maka perkara itu perlu didedahkan kerana dalam Islam sendiri setiap tuduhan itu perlu ada buktinya.

“Kita pun nak tahu juga siapa parasit yang ada dalam Pas ini supaya kita sendiri boleh mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya.

Dalam pada itu, bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam itu berkata, parasit yang wujud dalam Pas itu juga terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang mempunyai matlamat dan visi mereka tersendiri.

Jelasnya, sebahagian daripada mereka telah bergerak cergas ketika masih belajar di luar negara dan kini menyusup masuk ke dalam Pas.

"Mereka kini telah memegang jawatan-jawatan penting dalam Pas dan memang mereka meminta jawatan strategik ini dalam parti," katanya.

Sementara itu, Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia turut menegaskan bahawa pemecatannya dibuat bukan atas dasar kesilapannya yang telah diharmonikan dan dianggap selesai sebelum ini tetapi, katanya, beliau dipecat kerana menegur komponen parti yang ada di dalan Pakatan Rakyat, iaitu PKR.

Beliau turut melahirkan rasa hairan bagaimana Pas selaku parti yang memperjuangkan Islam boleh mengikut telunjuk parti itu.

Kata Hasan, "adakah Pas telah hilang jati dirinya?"

"Dalam apa juga keadaan sekalipun, saya akan berjuang sama ada di dalam atau di luar Pas. Saya hidup kerana Islam dan saya redha mati kerana Islam," tegasnya.

http://www.sinarharian.com.my/hasan-ali-dedah-parasit-pas-waktu-terdekat-1.18497

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive