“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

05 January 2012

Hassan Ali tibai Anwar, tak bermoral dan tak layak jadi PM

Dr Hassan Ali nekad menghukum Anwar Ibrahim dan menentang projek BA901. Bagai halilintar membelah bumi. Ada yang tak tentu arah bagai cacing kepanasan bila Dr Hassan melibas.

IKON BARU - Berjuang hanya untuk Islam 

Dr Hassan Ali semakin lantang dan berani berterus terang. Beliau menyelar usaha menganjurkan perhimpunan 9 Januari dan melahirkan rasa kurang senang tentangan terhadap mahkamah. Ugutan terhadap mahkamah sebagai sebuah institusi tahap tinggi dalam perlembagaan negara tidak sepatutnya berlaku. Mahkamah telah memberi peluang yang cukup luas kepadanya untuk membela diri. Berpuluh-puluh penagguhan. Tidak pernah berlaku sebelum ini. Mengapa pula memerlukan ugutan untuk membebaskan dirinya?

Dr Hassan juga menyatakan Anwar Ibrahim tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri atas masalah moralnya. Sebelum ini tidak ada pemimpin PAS yang berani menolak Anwar apa lagi membuat kenyataan bahawa Anwar tidak bermoral (sek rambang dan luar tabii). Rupa2nya ia tidak menjadi rahsia lagi kepada pemimpin PAS selama ini. Mereka membisu demi survival PAS dalam politik. Dalam pengetahuan mereka bahawa Anwar memang terlibat dalam perlakuan aktiviti seks luar tabii.  Ia bukanlah fitnah UMNO sebagaimana dakwaan Anwar sebelum ini. Satu perubahan menarik.

Katanya Malaysia tidak mahu Perdana Mentyeri di kalangan orang yang rendah moralnya. Haji Hadi dan Nik Aziz lebih layak jika dibandingkan dengan Anwar. Wawancara di TV3 disiarkan dalam berita 8 malam tadi.

"Perhimpunan 9 Januari untuk menentang mahkamah adalah tidak wajar" katanya. "Demonstrasi pelajar juga tidak wajar". Dr Hassan melahirkan rasa terkilan bila pemimpin PR mempersalahkannya dan memboikot program "HIMPUN" tetapi beria-ia menyertai demonstrasi menghalang mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Anwar.

Kesian Anwar.... semakin kerdil apabila PAS melabelnya sebagai pesalah seks.... Anwar tentu bengang! 901 adalah permulaan neraka buat Anwar. tapi... kan lebih elok rampas paspotnya segera takut dia melarikan diri bila projek 901 tiada sambutan.


adios... selamat berangkat ke distinasi impian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive