“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi
Showing posts with label ultrakiasu. Show all posts
Showing posts with label ultrakiasu. Show all posts

14 December 2011

Chauvinisme DAP akan ambil kesempatan rampas kuasa





Sikap perkauman orang Cina amat terang dan nyata. Semakin tegar. Tidak dapat dinafikan.

Kalau orang Melayu memerintah pun orang Cina dapat segala apa yang mereka mahu melalui pelbagai cara tentu sekali selepas mereka dapat kuasa mutlak segalanya akan menjadi milik mereka, Mstahil mereka dapat lakukan sebagaimana yang dilaksanakan oleh orang Melayu? Berkorban segalanya menjaga hati mereka. Namun mereka masih tak berpuas hati.

Melayu yang terlalu berlemah lembut ini tidak dianggap berbudi malah di anggap bodoh dan lembik. Masalahnya kaum Cina ini tidak akan berubah selagi mereka menjarakkan diri untuk memahami apa sebenarnya yang terkandung dalam agama Islam anutan orang Melayu.

Orang Cina lebih berminat kepada komunis dan sekitarnya akibat pengaruh dari Tanah Besar China. Melayu sentiasa perlu berhati-hati terhadap pergerakan mereka baik secara langsung atau sebalik tabir.

Setelah mampu mempengaruhi dan menguasai PAS dan PKR mereka semua bersepakat memberikan DAP sokongan penuh. Kalau diperhatikan, kaum Cina ini memang mendasarkan perjuangan mereka menentang pemerintah, Parti pembangkang sentiasa menjadi pilihan mereka sepanjang masa sejak MCA runtuh. Sebab musababnya ialah apabila Parti Komunis Malaya dimansuhkan melalui perjanjian damai pada era Tun Dr Mahathir dulu.

Akhbar: Sinchew Daily News
Ruangan: Opinion Corner m/s 36
Tarikh: 2 Disember 2011 (Jumaat)

Tajuk: “DAP Di Bawah Ledakan Peluru Meriam UMNO”
Ditulis oleh: Tay Ting Yan (Timbalan Editor)

Bunyi meriam persidangan UMNO bergema, DAP seperti dihujani peluru meriam seperti dalam perang dunia kedua di Kota London, bumi terbungkas ledakan bom.

Bermula pada ucapan Muhyiddin Yassin, sehingga ke perwakilan yang bersambung-sambung berhujah, DAP kini diumpama sebuah pertubuhan yang menjadi “penentang orang-orang Melayu”, “penentang Islam”; dikatakan DAP berhasrat untuk hapuskan undang-undang beraja, wujudkan negara Republik, sehingga mereka sanggup lancarkan peristiwa 13 Mei, satu persatu ditimbulkan supaya semua orang rasa bimbang.

Ketua Penerangan UMNO Mazlan secara jelas berkata, jika dalam PRU akan datang berlaku parlimen ‘tergantung’ (Hung Parliament), jika kerusi Pakatan Rakyat dan BN tidak melebihi separuh, dan tidak dapat wujudkan kerajaan; pada masa itu DAP akan ambil kesempatan rampas kuasa.

Jika itu berlaku, orang-orang Melayu akan kehilangan segala-galanya.

Ada orang akan bertanya, DAP bukan lawannya UMNO secara langsung, kedua-dua parti tidak mungkin hadapi kerusi yang bertentangan, kenapa UMNO halakan asakkan kepada DAP, dan bukan halakan asakkan kepada PKR ataupun Pas?

Sedangkan jika beri asakkan kepada DAP, orang-orang bukan Melayu akan lebih rasa simpati kepada DAP, dengan itu langsung tidak dapat membantu MCA dan Gerakan dalam PRU: jika benar begitu apa tujuan dan maksud UMNO yang sebenarnya?

Sudah tentu ini adalah strategi UMNO

Sebelum PRU diadakan, UMNO terpaksa perkukuhkan diri UMNO dari segi isu kaum dan agama, untuk mendapatkan pengiktirafan dari kalangan orang-orang Melayu.

Mereka perlu mencipta banyangan musuh mereka, supaya boleh secara tiba-tiba menjadi sebuah parti yang mempertahankan kedudukan kaum dan agama mereka.

Perhimpunan sebelum ini, pada lazimnya yang jadi sasaran ialah orang-orang bukan Melayu, tetapi kali ini oleh kerana jarak PRU sudah terlalu hampir, tidak boleh menyinggung perasaan orang-orang bukan Melayu.

Sedangkan penentang mereka adalah orang-orang yang menentang slogan konsep 1 Malaysia Najib.

Walaupun tidak menghentam perasaan orang-orang bukan Melayu, sebaliknya mahu beri rangsangan kepada masyarakat orang-orang Melayu serta agama yang semakin meruncing itu, UMNO terpaksa alihkan dan tumpukan sasaran mereka yang tidak lekang kepada DAP, menyasarkan isu tepat kepada isu DAP.

Masyarakat Melayu secara amnya anggap DAP adalah sebuah parti milik orang Cina, tidak kurang orang-orang Melayu anggap DAP adalah sebuah parti yang fanatik dan Chauvinism.

Mereka cuba perbesar-besarkan ancaman bayangan dari DAP, ia boleh memberi sesuatu tekanan perasan kepada sebahagian daripada kumpulan kaum mereka.

Dalam pada mereka cuba perbesar-besarkan ancaman dari DAP, mereka juga dapat mengecilkan kedudukan PKR dan Pas kedua-dua beradik itu; kedua beradik ini disalah tafsirkan, pada bila-bila masa akan dianggap sebagai pengkhianat bangsa.

Jika mereka selaraskan isu-isu ini, ia menjadi satu strategi yang lebih logik.

Walaupun isu itu tidak dikaitkan dengan orang-orang bukan Melayu, ia juga boleh timbulkan keadaan kurang selesa kepada orang-orang bukan Melayu; bukankah isu itu lebih berbau perkauman, mereka telah tanamkan fahaman keadaan bahaya, ia hanya akan memberi kesan buruk kepada masyarakat yang berbilang kaum ini, dan tidak memberi sebarang manfaat.

Dalam ucapan Najib, UMNO perlu perbanyakkan pemikiran baru, baru boleh lakukan perubahan ikut zaman.

Dalam pemikiran baru ini tidak boleh asyik ciduk bahan fahaman lama; masalah yang dihadapi oleh UMNO hari ini, sebenarnya bukan disebabkan oleh DAP.

Jika UMNO mahu rebut sokongan dari orang-orang Melayu, UMNO sepatutnya tekad prestasi boleh membawa negara ini dan orang-orang Melayu maju ke hadapan, dan tidak boleh lagi pergunakan fikiran bayangan musuh dan berfikiran ada ancaman bahaya.

- terjemahan: AH/ DNA/ Q -

www.kritis-online.com




Akhbar: Nanyang Siangpau
Ruangan: Opinion Yuanlun m/s A18
Tarikh: 1 Disember 2011 (Khamis)


Tajuk: Orang Cina Ambil Kesempatan Meminta-Minta?
Ditulis oleh: Loh Hon Chew (Pengkritik Semasa)

Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad berkata, beliau tidak puas hati terhadap UMNO hanya memberi kepuasan kepada permintaan-permintaan kaum Cina, dan UMNO telah abaikan hak yang sepatutnya orang-orang Melayu dapat, sebaliknya kaum Cina ambil kesempatan meminta banyak perkara. Kata-kata ini cukup berbau perkauman yang kuat.

Selepas Tun Mahathir Mohammad melepaskan jawatannya, Tun Mahathir asyik pertahankan ‘Ketuanan Melayu’ seperti menjadi darah dagingnya, berkali-kali beliau mengkritik UMNO supaya jangan sampai abaikan kepentingan orang-orang Melayu, seterusnya mengkritik bahawa orang-orang Melayu sudah berpecah belah dan tidak lagi menyokong UMNO. Beliau sekali lagi memberi amaran kepada orang-orang Melayu jika tidak bersatu, orang-orang Cina akan rampas kuasa.

Adakah orang-orang Cina boleh rampas kuasa dan memerintah orang-orang Melayu? Ini seperti cerita dongeng, sebab itu bekas Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong berkata, Mahathir pandai buat-buat cerita dan pakar dalam bercerita. Kerana beliau telah masuk ke alam kaya dengan khayalan berfikir.

Tidak Perjelaskan Kepentingan Apa Yang Direbut

Sebenarnya selepas Mahathir bersara isu perkauman beliau lebih terserlah, berdasarkan perasaan perkauman, beliau lebih iri hati terhadap kepentingan kaum itu tidak boleh dinafikan lagi, hanya dalam percakapan beliau tentang isu itu seperti tidak bertanggungjawab dan dibiarkan begitu sahaja, secara membesar-besarkan berkata bahawa orang-orang Melayu dalam keadaan genting.

Contohnya seperti apa yang beliau katakan bahawa UMNO telah abaikan kepentingan orang-orang Melayu, tetapi tidak menjelaskan kepentingan orang Melayu berbentuk macam mana yang telah diabaikan, beliau sendiri tidak pernah perjelaskan apakah sebenarnya bentuk kepentingan orang-orang Melayu yang perlu diperjuangkan, apa yang Tun Mahathir sebutkan itu semuanya perkara-perkara yang tidak wujud.

Apakah kepentingan orang-orang Melayu yang diabaikan oleh UMNO dan BN? Adakah abaikan ‘Ketuanan Melayu’ ataupun tanah simpanan Melayu? Perkara ini tidak wujud pun. Adakah abaikan sistem kuota orang-orang Melayu, ataupun telah abaikan perkembangan sekolah kebangsaan, ataupun abaikan sekolah-sekolah yang hanya menerima pelajar-pelajar Bumiputera, abaikan membantu orang-orang Melayu, abaikan hanya terima kontrator-kontraktor Melayu (yang mendapat projek kerajaan), abaikan hanya lantik orang-orang Melayu sebagai canselor Universiti, serta ketua pengarah kementerian dan setiausaha kementerian? Semua perkara itu tidak berlaku, di mana sebenarnya UMNO dan BN abaikan kepentingan orang-orang Melayu, sepatutnya Mahathir terangkan satu persatu, tidak sepatutnya bercakap kosong yang boleh menyebabkan orang-orang Melayu ingat semua isu itu benar-benar berlaku, boleh menyebabkan selisih faham di antara kaum.

Permintaan Keseluruhan Orang-Orang Cina

Dari segai sudut lain pula, oleh kerana orang-orang Melayu peroleh macam-macam kepentingan, sebab itu kaum Cina tidak ada peluang untuk timbulkan apa-apa permintaan, kerana sudah tiada apa-apa permintaan yang boleh diminta. Sebab itu Perkasa yang didukung oleh Mahathir juga tiada apa lagi permintaan, kerana tiada apa-apa yang mahu direbut, ia wujud hanya untuk pertahankan kepentingan, apa yang mereka takut ialah jika orang-orang Melayu kehilangan kepentingan yang mereka ada sekarang, contohnya mereka takut hanya seperti kehilangan hak keistimewaan orang-orang Melayu, hilang tanah simpanan orang Melayu, hilang jawatan canselor universiti, hilang jawatan setiausaha kementerian, hilang jawatan Datuk Bandar, hilang projek-projek kerajaan, serta hilang kuasa orang Melayu di UiTM dan sebagainya.

Sebaliknya agak berbeza dengan kaum Cina, orang-orang Cina kekurangan sekolah bahasa ibunda, kekurangan guru di sekolah-sekolah, kekurangan mendapat biasiswa, kekurangan mendapat projek-projek kerajaan, tiada peluang jadi canselor di universiti, tiada peluang jadi Datuk Bandar, tiada peluang jadi Pegawai Daerah, hadapi kumpulan cerdik pandai lari keluar negara, sebab itu orang Cina mahu rebut itu dan rebut ini, tetapi Mahathir pernah berkata: orang-orang Cina nak itu dan nak ini tidak diberi, kerana semata-mata mahu diberikan kepada orang-orang Melayu. Kalau sudah seperti itu, kenapa Mahathir kata, orang Cina minta yang bukan-bukan? Sedangkan apa yang orang-orang Cina mahukan ialah memang hak kaum Cina sendiri, bukannya permintaan yang berlebihan yang bukan-bukan.

Seterusnya kaum Cina tidak ambil kesempatan timbulkan permintaan, semasa dan ketika BN lemah kami ajukan permintaan, semasa BN kuat juga kami ajukan permintaan namun tidak jua dapat, selagi permintaan kami tidak dikotakan selagi itu kaum Cina tidak akan berdiam diri dan terus menerus meminta, walaupun kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah, kaum Cina tetap memohon kepentingan orang-orang Cina apa yang sepatutnya, kaum Cina akan sokong sesiapa sahaja yang memberi kepentingan kepada permintaan orang-orang Cina, yang memohon semuanya adalah dari seluruh kaum Cina, orang-orang Cina bukan kumpulan fanatik, Mahathir tidak sepatutnya mengkritik kaum Cina yang bukan-bukan.

Sama ada UMNO memenuhi permintaan kaum Cina ataupun tidak, pada hakikatnya pihak kerajaan sepatutnya memenuhi permintaan semua rakyat yang sewajaranya, sedangkan calon BN ataupun UMNO kerana sokongan kaum Cina mereka peroleh kemenangan, untuk memenuhi permintaan kaum Cina sepatutnya terlalu mudah bagi mereka, Mahathir yang asyik mainkan isu berterima kasih semata-mata mahu UMNO lupa jasa kaum Cina.

- terjemahan: AH/ DNA/ Q -

www.kritis-online.com

12 December 2011

Presiden MCA dan Ultrakiasu Kena Balun



Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan kebiadaban pemimpin-pemimpin bukan Islam menghina amalan agama Islam, undang-undang Islam dan kedudukan Islam yang dilindungi oleh perlembagaan, secara bertubi-tubi. Seolah-olah ianya dirancang dengan sebegitu rapi, sama ada oleh parti politik, majlis peguam, NGO, individu tertentu dan sebagainya, yang tidak Islam. Pendek kata, mereka bergerak dalam segenap aspek, dalam satu pasukan menggunakan pelbagai label, pelbagai pendekatan, sama ada secara lantang, licik dan halus. Paling ketara, kita lihat mereka saling sokong-menyokong. Tidak ada yang membantah.

Islam diserang dari pelbagai sudut. Suara mereka tetap sama, senada dan seirama, tidak kira di mana berada. Tidak seperti kita, usahkan dari pelbagai sudut, perkara kecil sekalipun, masih berpecah dan bergaduh tidak ada penghujung. Apa yang amat menyedihkan adalah, tidak ramai dari kalangan kita yang berani menegurkan atau memberikan reaksi kepada tindakan biadab kumpulan bukan Islam ini. Jika teguran dibuat nanti, takut ada implikasi kepada kedudukan undi dan gugatan kuasa politik.

Sebagai agama yang bersifat universal, sebenarnya Islam begitu terbuka. Kita boleh ditegur, tidak ada masalah. Muhasabah diri amat penting dalam Islam. Hisablah sebelum diri kamu dihisab. Parti-parti politik atau orang bukan Islam boleh memberikan teguran dalam perkara lain seperti salah tadbir urus, salah laku peribadi, rasuah dan sebagainya yang dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi bila tiba kepada perkara berkaitan agama Islam, jangan terlalu kurang ajar. Apatah lagi jika yang menegur itu, latar belakangnya amat menjijikkan. Seks rambang dan perzinaan sudah menjadi budaya hidupnya.

Kenapa perlu mencampuri urusan orang Islam atau agama Islam, sedangkan orang Islam tidak pernah sama sekali campur tangan dalam urusan agama mereka. Siapakah kamu wahai kiasu? Jika kami melakukan tindakan yang sama menghina agama kamu, sudah tentu ibarat cacing kepanasan.

Saya amat memuji NGO-NGO yang begitu lantang mengkritik pemimpin parti politik yang suka berzina dan amat rendah moralnya ini. Saya yakin jika calon parti hina ini bertanding di kawasan majoriti Melayu, pasti mereka akan menerima akibatnya. Amat malang sekali jika kita sebagai umat Islam masih buta, yakni meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu. Jika mereka benar-benar anak jantan, biarkanlah bertanding sesama mereka. Kita lihat nanti siapakah yang akan menang? Parti politik yang berjaya menyelindungkan ultra kiasu telah berjaya memukau orang Melayu untuk mengundinya. 




Saya masih lagi boleh bersabar jika mereka tidak menerima ‘hudud Pas’. Tetapi cara mereka bercakap tidak menampakkan rujukan kepada ‘hudud PAS’, tetapi menghina Islam secara keseluruhan dan isi kandung al-Quran. Perbuatan ini amat melampau.

Sebagai umat Islam kita mesti merasa sensitif. Tidak boleh pejam sebelah mata. Jangan benarkan sesiapapun menghina al-Quran. Hidup mati kita adalah dengan al-Quran. Al-Quran adalah petunjuk, kerana ia adalah kalamullah. Hatta, satu huruf al Quran, kita tidak boleh tolak. Kita wajib mengimaninya. Inikan pula menolak hukum Allah itu. Jika tidak mahu menerima, tidak mengapa. Lagipun dia bukan untuk ultra kiasu. Hanya untuk orang Islam. Tetapi jangan keluarkan kenyataan yang menyakitkan. Bayangkan jika kami mengkritik agama Buddha atau Kristian secara terbuka. Apakah reaksi ultra kiasu dalam Majlis Perundingan agama bukan Islam dan kuncu-kuncunya ketika itu. Jangan bermain dengan api wahai penzina.

Saya bersetuju dengan desakan supaya penzina yang memalukan parti dan keluarganya sendiri ini, membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan beliau berkenaan dengan hukum hudud. Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam. Apakah kita boleh menerima kenyataan seperti pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan ‘binasa diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.

Persoalan saya, apakah Malaysia akan menjadi daya tarikan pelabur-pelabur dengan lambakan pelacur-pelacur yang datang daripada Cina dan Vietnam yang datang ‘memberi khidmat’? Apa matlamat sebenar membawa masuk mereka ini? Apakah mungkin beliau turut melanggan kerana memang menjadi kesukaannya menyimpan mistres?

Jika tidak faham tentang Islam, mari kita belajar bersama. Lagi pula bidang undang-undang Islam, begitu jauh daripada bidang penzina ini. Sudahlah bukan bidang, banyak pula dia bercakap. Jika bidang beliau mengenai kesihatan seperti mana jawatan yang pernah dipegang sebelum ini, lebih baik dia bercakap mengenai keburukan yang dibawa hasil seks luar nikah atau seks rambang atau penzinaan.

Penzina ini juga berkata sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa. Penzina ini juga meramalkan bahawa pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan ia juga akan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan. Wah! bukan main pandai lagi beliau meramal seperti nujum. Kenapa negara China yang mengamal sistem komunis yang nampak lebih zalim tidak dikritik? Adakah pelabur lari daripada negara Cina? Apa yang saya tahu, semakin ramai yang melabur di negara komunis itu? Tidak kurang yang mencari saudara mara mereka untuk dibawa ke sini kerana tidak tahan dengan cara hidup sana. Tidakkah komunis lebih kejam? Janganlah kerana saudara mara mereka ramai di situ, maka yang buruk dilihat baik, tetapi bila apa jua perkara berkaitan dengan Islam yang menjadi amalan kehidupan kita dihina sedemikian rupa dan yang baik dilihat buruk. Adakah kita masih buta dengan perancangan jahat ini?

Saya amat hairan kenapa kita sengaja memejamkan mata dengan strategi untuk ‘menghapuskan’ identiti Islam dan Melayu ini. Mereka bukan tidak tahu kebaikan Islam, mereka tahu. Tetapi mereka tidak mahu ada identiti Islam (Melayu) di Malaysia. Mereka mahukan sama rata dan sama rasa. Sampai bila-bila pun ultra kiasu yang berada dalam pakatan dan barisan tidak akan menerima Islam, kecuali Umno dan Pas bersatu.
Saya amat bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden Umno, sebenarnya kita tidak rasis. Mereka yang seratus kali lebih rasis. Bukan sahaja rasis, tetapi busuk hati. Mereka tidak mahu langsung negara ini dikaitkan dengan identiti Melayu dan Islam, walaupun itulah hakikat yang mesti diterima.



Seperti yang Perdana Menteri sebut, orang Melayu tidak pernah menjadi bangsa yang rasis dan bersikap pelampau kerana sejak merdeka orang Melayu sanggup berkongsi kuasa dan memberi apa yang (dirasa) adil kepada bukan Melayu. Orang Melayu telah menghulur tangan kepada orang bukan Melayu untuk membina sebuah negara yang aman, bersatu dan lebih makmur serta mengamalkan wassatiyyah (kesederhanaan) sejak dulu lagi. Jadi jangan sesekali cuba mencuit perasaan orang Melayu dengan cuba mengubah apa yang termaktub dalam Perlembagaan. Apa yang sudah kita rundingkan waktu merdeka dulu, perkara ini akan dipertahankan.

Justeru, tunggu apa lagi, marilah kita bersama-sama tanpa mengira parti dan ideologi, mempertahankan Islam yang semakin lama semakin berani dimamah dan diratah oleh ultra kiasu yang wujud di mana-mana, termasuk dalam Barisan Nasional. Mereka licik dan bijak menyamar seperti musang berbulu ayam. Kita bukan tidak tahu. Kita tahu, tetapi kita masih percaya bahawa ‘bersangka baik dan toleransi’ adalah segalanya, demi undi dan kuasa. Persoalannya, sampai bila? Adakah kita akan terus berada di pihak yang rugi.


Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah (Tee Chuan Seng)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

(Sinar Harian 12.12.11)
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...