“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

16 January 2012

PARASIT - Dr Hassan Ali akan bongkar rahsia, PAS milik Anwar?



Mustahil Dr Hassan Ali akan diampunkan malah mungkin akan terus dihina dan dimampatkan. Hari ini Dr Hassan akan buat kenyataan Akhbar. Pasti hot.... kita tunggu.

Wajarkah Dr Hassan diberi peluang merayu kepada Majlis Syura PAS untuk mendapat pengampunan? Apa salah dia, rasuah?  Melliwat? Tipu? aaahhh..bukan... Lawan Anwar.... haha...  Apa yang menarik, peraturan baru dalam PR telah dibangunkan iaitu "JANGAN LAWAN ANWAR" Walaupun bukan dari PKR.

Dr Hassan seperti sudah membuat keputusan untuk tidak merayu walaupun ramai di kalangan ahli yang menyayanginya terus memujuk beliau supaya terus bersama parti tersebut. Ini yang merisaukan Hj Hadi dan para parasit dalam PAS.

Tindakan Menteri Besar Selangor dalam keadaan tergesa melucutkan jawatan exco juga memberi gambaran bahawa dia tidak lagi diterima sebagai anggota kerajaan PR Selangor. Dia sudah diterajang dan dimalukan. Ahli PAS yang mengaku lebih beragama juga turut melakukan hal yang sama, menghina Dr Hassan. Kenapa ia terjadi? Sebabnya terkesima dengan hasil pemecatan ini barangkali atau merasa bimbang pengaruh PAS akan menjunam.

Sudah barang tentu kepimpinan PAS juga sudah membuat kata putus untuk mengenepikannya apabila membenarkan jawatan exconya ditarik balik. Ia amat jelas, jadi kenapa diminta merayu? Dah cerai sudahlah, kenapa gila talak pula?

PKR yang selama ini tidak sebulu dengan Dr Hassan pasti telah memberi isyarat kepada PAS untuk menolak rayuan tersebut jika dikemukakankan.

Penamatan tugas exco itu adalah tandanya PKR tidak mahu lagi Dr Hassan menjadi sebahagian dari anggota PR. Jika merayu pastinya Dr Hassan akan dimalukan sekali lagi. Bakal dituduh terhegeh-hegeh memohon belas kasihan Majlis Syura.


Secara logiknya tiada alasan lagi dia perlu bersama PAS setelah dihina sedemikian rupa. Segalanya telah dirampas termasuk laluannya untuk memertabatkan agama. Walaupun dia masih sayang kepada PAS, namun dalam masa terdekat Dr Hassan tidak mungkin membuat rayuan untuk terus bersana PAS.

Belum pun dia dipecat, dia telah cuba dinafikan menjadi calun pilihanraya. Apa makna ini semua? Ikhlaskah PAS mengampuninya? Untuk apa?

Dr Hassan telah masak dengan pertelingkahan dalaman PAS, dan amat kenal siapakah parasit yang sedang bermaharajalela dalam PAS terutamanya di Selangor. Dia tahu dia dimangsakan oleh parasit ini atas tujuan yang lebih besar, iaitu mengambil alih kepimpinan PAS. Kita akan lihat selepas ini Hj Hadi pula menjadi sasaran parasit ini.

Ada kemungkinan para ulama akan dipaksa meninggalkan PAS satu masa nanti apabila kumpulan parasit ini berjaya dalam perancangan mereka.

Apa yang pasti Dr Hassan tidak akan berdiam diri dan akan bangun mendedahkan rahsia identiti, perancangan dan permainan para parasit ini. Selama ini atas kapasitinya sebagai orang yang tidak berjawatan dalam parti terpaksa lebih berdiam diri lantaran menghormati Nik Aziz dan Hj Hadi. Namun kini ia berbeza setelah Nik Aziz dan Hj Hadi tidak cuba berusaha membelanya semasa dianiaya oleh kumpulan parasit dalam parti.

Apakah nasib PAS akan lebih malang selepas ini, ia menjadi tandatanya ramai pihak. Mampukah prasit-parasit ini bersembunyi lagi apabila belang mereka terdedah nanti. Saya yakin sebilangan ahli parti PAS yang membenci permainan parasit ini akan bersama-sama Dr Hassan (secara rahsia) membuka pekung parasit dalam PAS ini.

Dr Hassan Ali telah membaca gerakan puak Anwarinas dalam PAS dan nyata terbukti dia dipecat selepas membuat serangan terbuka kepada Anwar Ibrahim sebagai seorang yang "kotor". Serangan ini membuat Anwarinas melenting dan dengan segeranya mendesak Dr Hassan dipecat serta merta tanpa rayuan. Anwarinas dalam PAS inilah parasit yang dimaksudkan. Dr Hassan cuba menyedarkan kepimpinan PAS mengenai kewujudan parasit ini dan bahaya kepada ulama, tetapi akhirnya dia tertewas dengan serangan talibarut Anwar dalam PAS.

Usaha media PR memburuk-burukkan Dr Hasan sedang bermula.




1. Pemecatan Dr Hasan Mohamed Ali sebagai ahli PAS melayakkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu dilucutkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri, kata Tan Sri Khalid Ibrahim 
Menteri Besar Selangor itu bagaimanapun tidak menyebut pengganti Dr Hasan. 
Difahamkan, beliau menyerahkan kepada PAS untuk mencadangkan nama pengganti kepada kerajaan negeri. 
Satu sumber memberitahu, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman disebut-sebut sebagai pengganti Hasan. 
Proses perlantikan Dr Rani khabarnya pada Rabu depan. 
Dalam perkembangan lain, Istana Selangor hari ini khabarnya mencapai kata sepakat dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), iaitu Hasan akan terus dikekalkan sebagai Timbalan Yang DiPertua Majlis walaupun tidak mendapat restu Pakatan Rakyat atau kerajaan negeri. 
Perkembangan terbaru ini sekaligus seakan menyerlahkan bahawa Hasan akan terus berpatah arang dengan membuat onar dalam PAS serta Pakatan Rakyat walaupun dipujuk hebat oleh dua ahli Majlis Syura Ulama PAS bernama Datuk Dr Harun Din dan Nasharuddin Mat Isa.


2. Dr Hasan Mohamed Ali yang baru dipecat dari PAS gara-gara didakwa membantu Umno secara tidak langsung dengan membuat onar dalam parti serta Pakatan Rakyat belakangan ini dijadualkan akan mengadakan ceramah ‘anti Pakatan Rakyat’ di Masjid Terapong dekat Tanjong Bungah, Pulau Pinang 
Ceramah itu dijadualkan pada Sabtu, 28 Januari ini.
Paling mengejutkan, ceramah anti Pakatan Rakyat itu disusun sendiri oleh bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang bernama Ustaz Hafiz Nordin.

Satu sumber berkata, Hafiz minggu lepas mengarahkan PAS Kawasan Bukit Bendera, George Town melakukan mobilisasi ahli-ahli parti bagi memberi tekanan kepada Pakatan Rakyat walaupun tanpa restu mesyuarat perhubungan parti negeri 
Namun, arahan itu dibantah sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Bukit Bendera 
Tidak cukup dengan itu, dilaporkan, pemimpin muda berkenaan turut mengaku dipaksa oleh Hafiz supaya mengadakan ceramah ‘anti Pakatan Rakyat’ walaupun disedari bakal mencalar imej PAS di peringkat negeri 
Melihat pada siri-siri onar grup Hasan dan partisipasi Hafiz itu, pemimpin muda kawasan berkenaan mendesak PAS khususnya dewan pemuda negeri supaya menyatakan pendirian mengenai konspirasi terbaru Hasan bersama-sama bekas ketua pemuda mereka 
Hafiz yang kini tidak lagi aktif dalam PAS selepas melepaskan jawatan dua tahun lepas seolah-olah mengikut jejak Hasan membuat onar dalam jamaah 
Beliau seakan kembali menyerlahkan sikap anti DAP khususnya ke atas pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagaimana lazim disuarakan secara tidak langsung dalam siri khutbah dan ceramah agama beliau sebelum ini 
Dalam perkembangan berkaitan, suatu sumber berkata, ceramah ‘anti Pakatan’ yang diatur oleh Hafiz ini turut mendapat sokongan tidak langsung daripada beberapa grup samseng yang dikaitkan dengan pemuda Umno, Pekida dan Pertiga negeri 
Grup-grup ini anti Pakatan Rakyat, khususnya DAP serta cuba memujuk PAS untuk anti parti majoriti Cina itu 
Dijangkakan, inisiatif terbaru Hasan dan Hafiz ini seolah-olah bakal memberi satu lagi ‘peluru hidup’ kepada Umno untuk menyerang PAS dan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Mereka perlu segera menghalang Dr Hassan dari menelanjangkan kumpulan parasit ini. Mereka tahu tahap keupayaan Dr Hassan. Tersalah cara, ia kan membahayakan perancangan parasit ini.

Bagi mendapat simpati ahli, Dr Hassan akan dikaitkan dengan UMNO dan melakukan kerja untuk UMNO. Propaganda yang sama digunakan oleh para parasit ini dalam pemilihan AJK PAS Pusat sedikit masa dahulu dimana pemimpin pro ulama disingkirkan (termasuk Dr Hassan Ali)

Perlu diingat, Anwarinas juga ada dalan UMNO. Mereka tersusun sejak Anwar berada dalam kerajaan dahulu. Sebahagiannya keluar mengikut Anwar, sebahagian lagi masih berada dalam kepimpinan UMNO. Berhati-hati, UMNO harus terus memerhatikan mereka. Jika keadaan dilihat memihak Anwar, mereka akan melompat keluar. Mereka sebenarnya parasit Anwarinas dalam UMNO dan bertindak apabila mendapat lampu hijau dari Anwar. Oleh itu UMNO jangan terlalu yakin. Baru-baru ini, Mat Sabu ada membayangkan bahawa PR mempunyai sokongan dari kalangan pemimpin UMNO. Persoalannya siapa mereka?

Sekarang kita tahu Anwar telah diajar dengan baik oleh zionis mengenai strategi politik penuh muslihat. Namun Allah lebih bijak dari manusia hipokrit yang menjadi tokak kepada umat Melayu ini.

Bakal terbongkar perancangan sulit pertubuhan rahsia dalam negara. Ada bukti Anwar dan JIM bersekongkol (kemungkinan ketua) dalam perancangan jangka panjang mengambil alih semua parti politik Melayu...  tunggu nanti....  gamat, memang gamat....

BRAVO!

hapuskan parasit







.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive