“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

07 August 2014

Anwar Ibrahim "zalim"

PKR Semakin merapu, dah jadi Parti Anak Bini.. 





Majlis Syura Ulama Pas memutuskan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak boleh digugurkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkannya disingkirkan.

Pendirian itu dibuat selepas majlis berkenaan bermesyuarat semalam berasaskan kepada hukum syarak dengan meletakkan kepentingan rakyat yang perlu didahulukan melebihi kepentingan individu dan parti.

Jelas majlis itu, jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen pakatan pembangkang untuk meneruskan Tan Sri Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihan Raya Umum ke-13


PRESIDEN Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-Barisan Nasional, Zulkarnain Mahdar (dua dari kanan) pada prapelancaran peringkat Sabah 'Kami Anti Kronisma dan Nepotisma' di Kota Kinabalu, Sabah, semalam. - UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pas terutama daripada kalangan pemimpin ulama ternyata sudah membulat tekad untuk menghalang permainan politik kotor Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar Selangor.

Malah Pas menerusi Ahli Jawatankuasa Pusatnya, Nasruddin Hassan secara terbuka melabelkan tindakan Ketua Pembangkang sebagai satu bentuk kezaliman yang mengaibkan dan seterusnya menegaskan, menjadi kewajipan parti itu untuk membela Abdul Khalid.

Bekas Ketua Pemuda Pas Pusat itu juga tidak berselindung tentang penentangannya apabila tampil menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (Gerak) 2.0 bagi menggagalkan niat serong Anwar.

Kenyataan keras itu adalah yang pertama keluar daripada mulut pemimpin Pas sejak krisis politik di Selangor bermula dan dipercayai ada kaitan dengan serangan terbaharu Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Abdul Khalid menerusi Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

"Apa skandal dan salah laku beliau yang memaksa Abdul Khalid perlu dipecat dari PKR lalu digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor? Apakah perkara ini mahu dilihat hanya perkara dalaman PKR dan rakyat tidak perlu bangkit untuk membela Abdul Khalid?

"Jika Anwar yang disingkir oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dari kerusi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 menyaksikan kebangkitan Pas yang dipimpin bekas Presiden, Datuk Fadzil Noor melalui Gerak pada waktu itu.

"Saya kira, andai Abdul Khalid disingkir oleh Anwar dari kerusi Menteri Besar, sewajarnya Pas yang dipimpin tuan guru Abdul Hadi bangkit membela Abdul Khalid yang dizalimi dan diaibkan melalui Gerak 2.0," kata Nasruddin menerusi Facebooknya hari ini.

Krisis politik di Selangor yang berpunca daripada Anwar, hanya kerana mahu menjatuhkan Abdul Khalid menyebabkan pentadbiran negeri terkaya di Malaysia itu berada dalam keadaan tidak menentu tetapi semua itu langsung tidak dihiraukan Ketua Pembangkang.

Sebaliknya, apa yang menjadi keutamaan Anwar ialah menabalkan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu walaupun jika keadaan itu menyebabkan rakyat terpaksa berdepan dengan pilihan raya negeri.

Dalam pada itu, Nasruddin mempersoal sikap pemimpin PKR yang menuduh tindakan Dr. Mahathir menyingkir Anwar pada tahun 1998 sebagai suatu kezaliman dan fitnah tetapi mengapa apabila tindakan serupa dibuat ke atas Abdul Khalid, rakyat tidak boleh bangkit menentang.

"Anwar dipecat atas tuduhan skandal liwat. Rakyat bangkit dan membela. Mereka tak anggap itu masalah UMNO dan kini berlaku pergolakan di Selangor yang menyaksikan Abdul Khalid diperlakukan dengan tindakan serupa, apakah rakyat tidak boleh bangkit membela," soalnya.

UTUSAN ONLINE
utusan.com.my

26 April 2014

BLOG DR MAHATHIR DISEKAT gara2 MH370



[Admin] Artikel mengenai MH370 yang ditulis Dr Mahathir semalam. Ini terjemahan dalam bahasa Melayu.

Blog rasmi Tun Dr Mahathir -chedet . cc tidak dapat diakses buat masa ini. Kami sedang berusaha untuk mengenalpasti punca masalah. 



[Artikel asal dalam Bahasa Inggeris yang ditulis dalam blog rasmi Tun Dr Mahathir - chedet semalam dan hari ini telah disekat kerana mungkin terlalu lantang da... See More

[Artikel asal dalam Bahasa Inggeris yang ditulis dalam blog rasmi Tun Dr Mahathir - chedet semalam dan hari ini telah disekat kerana mungkin terlalu lantang dan bercakap benar mengenai apa yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airlines yang hilang - MH370]

MH 370
oleh Che Det

1. Saya berasa kecewa apabila pekerja MAS dikepung di Beijing oleh ahli keluarga penumpang MH370 yang hilang. Saya juga terkilan kerana mereka menyalahkan pihak yang salah. Kehilangan pesawat ini adalah disebabkan oleh pembuat pesawat Boeing itu sendiri.

2. Mengapakah Boeing mereka pesawat yang begitu lemah dan mudah dilumpuhkan? Dalam keadaan yang sepatutnya, kru pesawat termasuk juruterbang, pembantu juruterbang boleh berhubung dengan KLIA. Walaupun ada kemungkinan juruterbang tidak mahu menghubungi KLIA, tetapi pembantu juruterbang sudah tentu sekali ada keazaman untuk memaklumkan stesyen operasi di darat sekiranya pesawat tidak terbang mengikuti jalan udara yang sepatutnya.

3. Jika sekiranya penumpang tidak perasan apa-apa yang di luar kebiasaan sekali pun, sudah tentu kru kabin, dan pembantu juruterbang dapat mengesannya. Mereka semua amat terlatih untuk berhadapan dengan kes-kes kecemasan.. jika tidak serta merta sekalipun.. setidak-tidaknya kemudian.

4. Tetapi apa yang berlaku, nampaknya tiada sesiapa pun di dalam kabin yang mencuba (maklumkan keanehan/keganjilan yang berlaku). Andainya juruterbang yang dengan sengaja mematikan system keselamatan, sudah tentu ia memerlukan sedikit masa dan usaha. Pembantu juruterbang pula sudah pasti perasan kelakuan aneh juruterbang dan setidak-tidaknya berbuat sesuatu untuk menghalang. Adakah pembantu juruterbang telah turut ‘dilumpuhkan’ (oleh siapa?), Adakah kesemua kru pesawat juga telah ‘dilumpuhkan’ (oleh siapa juga)?

5. Kesemua pesawat penumpang sepatutnya boleh dikesan, walaupun menggunakan teknologi biasa seperti telefon bimbit. Saya boleh lakukannya melalui telefon. Jika ia mendarat, saya boleh lihat status pendaratannya. Saya juga boleh memperoleh maklumat mengenai mana-mana pesawat di mana jua – siapa pembuatnya, model apa, kepunyaan siapa.. ke mana dan dari mana ia terbang dan destinasinya.

6. Saya yakin dan percaya terdapat peralatan di dalam pesawat yang membolehkan ia dikesan – mungkin GPS.

7. Peralatan kamera canggih yang terpasang pada satelit-risikan (di angkasa) yang dikendali oleh beberapa buah kuasa besar dunia sebenarnya mampu mengambil gambar manusia (di atas muka bumi) dan sekaligus mengenalpasti identity manusia terbabit. Sudah semestinya kamera seperti ini lebih daripada mampu untuk mengesan objek sebesar 63 meter (pesawat Boeing)

8. Kali ini, pesawat MH370 telah hilang secara mutlak. Saya jangkakan di dalam telefon bimbit semua orang, ia juga telah hilang. Peralatan keselamatan di atas pesawat telah dimatikan. Malah, sistem keselamatan lapisan kedua dan ketiga (back-up) juga telah dilumpuhkan.

9. Pesawat MH370 ini dibina oleh Boeing. Oleh itu, Boeing patut menjelaskan bagaimanakah segala sistem keselamatan dan pengesan pesawat canggih ini boleh dimatikan, dalam erti kata lain.. gagal. Ini menjurus kepada rumusan samada teknologi Boeing sangat teruk, atau ia tidak selamat. Saya tidak akan terbang menaiki pesawat Boeing , sekiranya Boeing tidak mampu menjelaskan isu terbabit.

10. Sistem penerbangan kawalan jauh (drone) sekarang amat maju dan berkuasa. Apakah benar Boeing telah memasang sistem kawalan jauh ke atas pesawatnya bagi mengelak aktiviti rampasan dan keganasan? Jika benar.. maka kenapa ia tidak dikawal bagi membolehkan MH370 mendarat dengan selamat? Adakah tidak mustahil bagi pihak ke-tiga (selain Boeing dan MAS) mengambilalih kapal terbang dan mengawalnya dari jauh?

11. Apabila pesawat terhempas.. biarpun di atas tanah, mahupun di laut.. sudah pati ada bangkai pesawat ataupun tompokan minya. Sehingga tarikh ini, tiada satu pun yang menjadi bukti terhempasnya pesawat. Persoalannya, bolehkah pesawat terhempas/tenggelam dengan begitu sempurna sehinga tiada kesan apa sekali pun?

12. Bolehkah kita percaya pesawat ini (MH370) jatuh dengan begitu tenang sekali di dalam lautan ganas (Laut Hindi) dan tenggelam dengan begitu mudah ke dalam lautan? (tanpa meninggalkan sebarang petunjuk)

13. Sudah menjadi amalan kebiasaan, apabila pesawat terhempas, sepasukan pakar akan tiba ke lokasi dengan segera untuk mencari punca terhempasnya peawat. Boeing dan pihak berkuasa SEPATUTNYA berusaha mencari kapal terbang tersebut. TETAPI Boeing langsung tidak menunjukkan minat mencari, dan sebenarnya seperti langsung tidak menolong proses pencarian.

14. Syarikat penerbangan nasional MAS telah mengendalikan pelbagai pesawat dan ada rekod yang cemerlang. Juruterbang MAS juga amat terlatih. Jika sekiranya juruterbang ingin membunuh diri sekalipun, sudah tentu pembantu juruterbang dan kru kabin tidak akan membenarkannya berbuat demikian (demi keselamatan penumpang). Tetapi kali ini, ada kemungkinan kesemua kru penerbangan sudah ‘dilumpuhkan’ sama sekali (melalui cara yang tidak kita ketahui)

15. Boeing perlu menjawab kesemua persoalan ini. Boeing mesti membuktikan kesemua kemungkinan mengapa sistem komunikasi boleh dimatikan. Boeing patut menanggung tanggungjawab kerana membina sebuah pesawat yang boleh tiba-tiba hilang begitu sahaja secara total di tengah-tengah udara.

16. MAS tidak bersalah. MAS terlah menerbangkan pesawat untuk menjalankan tugas. Tetapi pesawat Boeing tersebut telah bekelakuan luar dari kebiasaan. SIapa yang harus bertanggungjawab? Sudah tentu bukan MAS, tapi pastinya pembuat kapal terbang tersebut.. iaitu Boeing Aircraft Corporation

[Tun Mahathir bercakap benar, sesuatu yang kita memang fikirkan selama ini. Kami bersama Tun Mahathir!]

16 March 2014

MH370 - PEMBOHONGAN DAN TERORISMA DAJJAL



ADAKAH APA-APA KAITAN ANWAR IBRAHIM DENGAN PERISTIWA KEHILANGAN MH370? SATU LAGI BUKTI YANG MENUNJUKKAN PENYOKONG TEGAR ANWAR ADALAH ORANG PENTING MENGENDALIKAN PESAWAT.


Polis dilihat tiba di rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370, pada 2.42 petang tadi selepas sidang berita Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan pesawat yang hilang itu.

Kapten Zaharie merupakan penyokong kuat parti keadilan rakyat (PKR) dimana ketua umumnya adalah Anwar Ibrahim. Masih terlalu awal untuk mengatakan juruterbang ini terlibat secara langsung dalam kehilangan pesawat MH370.

Banyak bukti yang mengesahkan bahawa pesawat ini memang dirampas oleh sekumpulan orang yang diketuai oleh seorang yang mahir dalam pengendalian pesawat jenis boeing 777-200ER milik syarikat penerbangan MAS.

APA KAITAN ANWAR IBRAHIM DENGAN PERISTIWA KEHILANGAN MH370

Si rejim-rejim Barat-Zionis ni memang DALANG-DUA-MUKA plg. DAJJAL! Bayangkanlah, dgn. teknologi amat canggih Barat-Zionis termasuk sistem Satellite NSA dan NASA, mereka tak boleh mengesan MAS ini – MUSTAHIL; sedgkan DRONE mereka boleh pula kesan ‘teroris’ (kononnya) kampung kat pendalaman dan kwsn. pergunungan, cthnya di Afghanistan, Pakistan, Yemen dsbnya (lihat di http://maelpengerang.blogspot.com/2014/03/mh370-prayformh307-kenapa-satellite.html, Kenapa Satellite Amerika Gagal Kesan MH370? , March 15, 2014)!


Saya mengesyaki Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat di Diego Garcia yg. terletak di Lautan Hindi, mungkin terlibat dlm. TERORISMA dajjal ini (di - http://www.mazidulakmal.com/2014/03/cabal-times-dedahkan-tentang-diego.html , CABAL TIMES DEDAHKAN TENTANG DIEGO GARCIA DAN MH370 , Khamis, Mac 13, 2014; dan http://darah-satria.blogspot.com/2014/03/agenda-tersirat-disebalik-rampasan.html, Agenda tersirat disebalik rampasan pesawat MAS MH370 Thursday, 13 March 2014;)! 

Kemungkinan yg. sungguh MENGGERUNKAN - cara TERORISMA yg. terbaru dan paling GANAS, oleh Barat-ZIONIS! Selepas berita ini tersiar, CIA dan Pentagon tiba-tiba mengeluarkan teori , kapal perang USS Kidd akan SEGERA mencari di Lautan Hindi pula akibat kemungkinan MAS terhempas di situ, tapi mengapa pula MAS boleh terbang sampai ke situ pd. asalnya; jadi teori MAS di’hijack’ ke Diego Garcia ini tidak mustahil – kemudian MAS kononnya akan dijumpai oleh US Navy dalam Lautan Hindi yg. sungguh sukar ini, kononnya terhempas setelah dirampas ‘teroris’, bahkan ini memang baru diramalkan Pentagon (macam mana pula dia tahu MAS terhempas di Lautan Hindi?!) dan kenapa tak mengesahkan dahulu hal ini dgn. K’jaan kita!

Maka bukti MAS dihijack di Diego Garcia ini mungkin tidak akan dijumpai bila-bila – inilah yg. disyaki diharapkan si PENGGANAS Barat-Zionis ini.

Ini disyaki akibat kehadiran sekaligus, 12 jurutera/saintis teknologi TINGGI dari Malaysia dan 8 dr. China, yg. sgt. penting, termasuk empat pemegang patent teknologi terbaru, dr. syarikat Freescale Semiconductor. Sy. Freescale ini terlibat dlm industri Microchip, Data, Angkasa dan Pertahanan (lihat di http://www.techbriefs.com/component/content/article/31-ntb/webcasts/on-demand-webinars/17016 , Freescale’s Portfolio of Microprocessors, Microcontrollers, and RF Devices for Aerospace and Defense , 06 August 2013; dan lihat di http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/03/10/Loss-Of-Employees-On-Malaysia-Flight-A-Blow-US-Chipmaker-Says/, Loss of employees on MAS flight a blow, US chipmaker says, March 10, 2014 )!

Di samping itu, Freescale Semiconductor ini juga turut dimiliki Empayar ZIONIS plg. Dajjal, Empayar Rothschild, yg. membiayai dan mengasaskan Zionisma dan Israel (yg. berasal dr. Jerman, dan menjadi begitu berkuasa sejak abad ke 16 setelah menjadi “peminjam wang” kpd. Raja-Raja Eropah dan kemudiannya mengahwini mereka) - lihat di http://aftertheshift.blogspot.com/2014/03/malaysia-airlines-flight-370-patents.html, Malaysia Airlines Flight 370: “Patents Patents Patents?” ; http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html, Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel; http://www.tokenrock.com/explain-order-of-skull-and-bones-the-78.htm, The Order of Skull and Bone; dan http://vigilantcitizen.com/hidden-knowledge/the-order-of-the-illuminati/ , The Order of the Illuminati: Its Origins, Its Methods and Its Influence on the World Events, Dec 12th, 2012.

PERTAHANKAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormati Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Disyaki Mossad-CIA-MI6-NATO akan MENSASARkan pakar Bukan Barat, terutamanya yg. Islam dan dr. China dlm industri ini, terutamanya dlm. industri PERTAHANAN - lihatlah bagaimana Mossad telah membunuh saintis-saintis nuklear Islam dr. Iran - di http://www.businessinsider.com/mossad-in-iranian-scientist-murders-2011-8 , Mossad Suspected In Murder Of Iranian Nuclear Scientists , Vincent Trivett, Aug. 5, 2011.

Dan sebab itu agaknya si CIA (yg. dikuasai Mossad-ZIONIS/ISRAEL) asyik nak membidas teori letupan dan juga begitu galak MENUDUH juruterbang Islam/Melayu kita, atau 20 jurutera/pakar kita dan dr. China, dr. Freescale Semiconductor, kononnya mungkin bunuh diri atau terlibat terorisma!

Tapi TAK pula CIA Dajjal ni menuduh bekas tentera dr. New Zealand ni, yg. berikan cincin kahwin dan jam tangan pd. isterinya sebelum penerbangan – saya syak dia ejen CIA-Mossad yg. disyaki akan dpt. ID baru, setelah disyaki menjlnkan misi dlm. MAS ini.
(lihat di http://www.dailymail.co.uk/news/article-2578358/Husband-gave-wedding-ring-watch-wife-boarding-missing-flight-MH370-case-happen-him.html, Agony of the wife whose husband gave her his wedding ring and watch before boarding missing flight MH370 'in case something should happen to him', by James Rush, 11 March 2014.)

Juga Barat-ZIONIS disyaki mahu MEMBANKRAPkan MAS (supaya terpaksa bergabung dgn. sy. penerbangan Barat-ZIONIS melalui One World Alliance, yg. baru disertai MAS) dan menghancurkan hubungan Diplomatik baik antara China dan Malaysia, serta menghuru-harakan NEGARA ISLAM kita ini, hingga terpaksa bekerjasama lebih rapat dgn. Barat-ZIONIS melalui CIA-MI6/tentera US-British-NATO, dan perisikan/tentera Singapura (yg. diKUASAI CIA-Mossad-MI6-NATO, lihat di - http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html , THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009). Serta memaksa NEGARA ISLAM Malaysia dan Brunei menyertai TPPA, yg. di KUASAI Barat-ZIONIS ini.

Maka teori ‘hijacking’ MAS oleh Barat-Zionis di pengkalan tentera laut US di Diego Garcia ini tak mustahil kerana si Barat-ZIONIS asyik menyerang dan membunuh umat Islam sesuka hati, dlm pembunuhan beramai (GENOCIDE) di Dunia Islam yg. kaya minyak-gas, melalui PENJAJAHAN terus, penggunaan Drone atau bom kimia, atau menggunakan pengganas al-Qaeda atau mana-mana “pengganas Islam” yg. sebenarnya dicipta Barat-ZIONIS sendiri - untuk tujuan MENJATUHKAN Islam/umatnya dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN Barat-Israel, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas, yg. bermula dr. Palestin, hingga ke Afghanistan, Iraq, Libya, Syria, Mali, Somalia, Yemen, Pakistan, Mali, Nigeria, Republik Africa Tengah dsbnya  
(lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013; dan http://www.presstv.ir/detail/2013/09/15/324167/excia-agent-911-lies-big-and-tragic/, Ex-CIA agent: 9/11 lies bigger than already known, Sep 15, 2013).

Kerajaan kita dan China, mesti MENYIASAT kemungkinan ini, melalui apa cara pun, demi MENYELAMATkan penumpang MAS tersebut! Jgn. remehkan sebagai teori 'konspirasi' semata - setiap maklumat adalah PENTING!

Sekarang, si CIA dan pakar Barat-Zionis lain, buat teori MAS mungkin dirampas ke tempat lain pula, di Kepulauan Andaman di Teluk Bengal, ke arah Pakistan, Iran, Afghanistanlah dan mcm-macm lagi!

Saya syaki ini cubaan CIA nak mengalih perhatian dari DIEGO GARCIA di tengah Lautan Hindi – saya syaki MAS telah dibawa dari Diego Garcia ke arah ini! ATM mesti dptkan maklumat tarikh bila radar mulanya dikesan, kalau betul MAS menuju ke Kepulauan Andaman dari awal lagi, dan kononnya terhempas di Teluk Bengal (yg. juga terletak di Lautan Hindi).

Disyaki CIA dah PANIK tentang pendedahan Diego Garcia dlm insiden ini! Lihatlah nanti CIA-MI6-Mossad-NATO disyaki akan menyalahkan “pengganas Islam” atau pilot Islam/Melayu kita, melalui teori Teluk Bengal ini!

sumber: MSB
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...