menang
kalah
“Saya hanya bersyukur apa yang didengar pada hari ini. Usaha mengaibkan dan memfitnah saya ditolak hakim,” kata Anwar kepada pemberita di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta.
Perkataan "FITNAH" masih lagi digunakan walaupun telah dibebaskan. Seperti telah sebati dengan dirinya. Ini memberi klue bahawa dia suka cara ini. Ingin gunakan isu ini untuk keuntungan politik. Andai dia dipenjarakan, isu ini akan lebih kuat dilaungkan. PR berpeluang meraih undi simpati dalam PRU nanti.
Siapa fitnah siapa? ... Jangan engkau sangka Allah itu buta dan pekak.
Ada Hikmah sebalik Bencana, Ada Sesuatu Sebalik Insiden ini.
Siapa fitnah siapa? ... Jangan engkau sangka Allah itu buta dan pekak.
Ada Hikmah sebalik Bencana, Ada Sesuatu Sebalik Insiden ini.
Banyak pihak tertanya-tanya dan kehairanan. Semua terkedu dengan keputusan kes yang telah berjalan selama lebih 3 tahun itu diputuskan dalam masa tak sampai setengah jam. Sebelum 9.30 pagi keputusan tidak bersalah telah dibacakan hakim. Pelik apabila di kenang kembali beberapa peristiwa. Lari menyorok ke kedutaan Turki atas alasan cubaan bunuh. Menggelabah dan pucat lesi selepas mendapat tahu Saiful buat lapuran polis. Menangguhkan kes berpuluh kali, berusaha menukarkan hakim beberapa kali.
Sehinggakan tertuduh sendiri merasakan tiada jalan keluar lagi dan pasti akan di sabitkan kesalahan. Berikrar tetap akan menjadi PM walaupun dipenjara. Aturkan siri provokasi di PWTC, UPSI, BA901 (bebaskan anwar). Dakwa akan membawa 100 ribu penyokong dan pelbagai lagi untuk mencetuskan huruhara. Alasannya hanya satu iaitu "Konspirasi!".
Allah Maha Mengetahui. Semoga Saiful kuatkan iman dan teruskan berdoa. Allah sentiasa memelihara kita semua. Percayalah manusia hanya merancang tetapi Allah jualah Perencana Maha Hebat!
Luar Dugaan
Keputusan hakim tadi pagi menimbulkan pelbagai tanda tanya dan sungguh meremukkan hati, terutama pejuang-pejuang kebenaran. Bagaimana pun terlalu banyak hikmah yang boleh dititip daripada keputusan itu yang bila direnung dengan tenang selepas ‘kekusutan minda’ ekoran keputusan luar jangka itu, maka kita akan berasa bersyukur dan kembali bersemangat.
1. Keputusan hakim menyimpulkan kes pendakwaan ke atas Anwar tidak kukuh kerana sample DNA tidak dapat dipastikan 100% terpelihara dan sukar bergantung hanya kepada saksi saiful sahaja membuktikan mahkamah malaysia bukanlah seperti yang dicanangkan oleh pembangkang selama ini yang mendakwa telah dikawal oleh kerajaan. Keputusan ini membuktikan mahkamah Malaysia benar-benar berkecuali, profesional dan berintegriti tinggi.
2. Ekoran keputusan mahkamah ini juga sebenarnya memberi tamparan TKO kepada puak-puak pembangkang apabila tohmahan, fitnah, dakwaan, rekayasa dan cerita yang mereka jaja di seluruh dunia betapa Malaysia sebuah negara korup dan tiada keadilan sebenarnya tidak benar, sebaliknya merekalah sebenarnya agen fitnah dan pembawa berita palsu kepada rakyat. Maka akan terbuka luaslah mata mereka yang selama ini telah dibutakan oleh pembangkang bahawa pentadbiran malaysia tidaklah seburuk dan sekotor yang dicanang. Kecualilah kalau mata mereka memang sudah buta dari kebenaran.
3. Keputusan mahkamah ini juga membuktikan siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Dialah manusia yang menyebabkan Malaysia porak peranda, Melayu berpecah belah, Islam digadai dan nasib bangsa diperkotak katikkan apabila dia menjaja mahkamah Malaysia tidak adil dan penuh konspirasi. Nah, sekarang siapa yang berkonspirasi dan siapa yang menjaja cerita palsu?
4. Anwar tidak ada ruang untuk mempersendakan mahkamah malaysia lagi bila dirinya dibebaskan dari tuduhan liwat. Sayugia diingatkan beliau dibebas bukan kerana tidak bersalah, tetapi dek kerana isu teknikal yang tidak semestinya menidakkan beliau tidak meliwat. Liwat tetap berlaku tetapi tak cukup bukti untuk memuaskan hati hakim.
5. Keputusan mahkamah ini juga dapat meredakan gelombang 901 yang menggelegak. Kita tidak tahu apakah yang akan terjadi andai keputusan memutuskan anuwar bersalah. Imej kerajaan akan lebih tercalar dan memungkinkan lebih banyak rakyat atas pagar bersimpati kepada Anwar dan Pakatan Rakyat. Jadi, keputusan ini sebenarnya memberi tamparan kepada Anwar dan Pakatan dan meningkatkan moral pentadbiran kerajaan sedia ada. Kesannya lebih menguntungkan kerajaan BN untuk jangka masa panjang terutama PRU yang akan menjelang nanti.
6. Disebalik keputusan hakim membebaskan Anwar, keputusan itu sebenarnya bersifat conditional. YA hakim tidak berpuas hati pada sampel DNA sedia ada dan Saiful. Justeru memberi ruang kepada pasukan pendakwa untuk memanjangkan rayuan. Di mahkamah rayuan nanti, Anwar tidak boleh berselindung di kandang tertuduh lagi, sebaliknya perlu akur dengan apa juga permintaan dari mahkamah rayuan ini termasuklah menyerahkan sampel dna yang baru untuk dipadankan dengan DNA lelaki "Y" supaya keraguan hakim ini dapat dipuaskan dan mungkin memanggil segala alibi-alibi yang tidak dipanggil sebelum ini. Jika ini berlaku maka Anwar benar-benar bertemu buku dengan ruas tanpa dapat berdalih lagi.
7. Keputusan hakim membebaskan Anwar juga membolehkan pihak pendakwaraya memfailkan rayuan dan mahukan proses rayuan dilaksana secepat mungkin. Sebaliknya jika Anwar disabit kesalahan meliwat, sudah tentu barisan pembelaannya akan menuntut rayuan juga, dan jika mereka yang membuat rayuan maka mahkamah rayuan juga berpotensi menjadi sarkas bila episod tunda menunda kembali berulang.
- Zakir Tajuls
siapa zalimi siapa, siapa fitnah siapa
gembira, berucap sebaik dibebaskan
Entah lah aku rasa sayu sedih yang teramat sangat. Buat Saiful ingat ALLAH selalu. Tenangkan hati dan selalu berdoa.
ReplyDeletetu la saiful..tamau bg org kata fitnah bawak ja 4 saksi ikut cara islam kan mudah..klau tak ckp 4 saksi memang ko fitnah la mamat anwar tu..klau undang2 islam ko kna sbat 80 kali sebab fitnah..mahkamah malaysia bkn leh pakai..taghut yg punya..anwar salah ka bebas ka ko tetap bodo saiful..dan yg ikut anwar tu lembu tadak akai..ko yg tulis blog ni pon komfem ke anwar liwat saifol tu..tak pasai2 ko dapat saham fitnah sama..bek ko diam ja lg baguih
ReplyDeleteyelah ikut cara kau lagi baik dok diam-diam. negara nak kena lelong pun tak pa, dok diam-diam.. ye tak? kalau kena rogol pun dok diam-diam sebab tak ada 4 saksi. kalau buncit kata zina bantai rotan 100 kali, gitu? anwar bernasib baik, tapi belum tentu dia akan selamat selamanya.
Delete