“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

10 January 2012

konklusi 901 - kunci rahsia terlindung


901 bakal menjadi nostalgia hebat abad ini dan memcetus impak luar jangkaan. Kerajaan dilihat mula bergerak menuju defensif untuk kesekian kalinya. Ironinya kes Anwar antara yang paling mendapat perhatian di seluruh dunia. Mengapa Malaysia begitu popular sehingga mata dan telinga terus fokus kepada Malaysia? Keganjilan yang terus menghantui fikiran pengkaji fenomena akhir zaman. Sesuatu yang bakal memaksa kita mencari jawapan. Pasti akan menemui jawapannya jika kita waspada dan fokus.

Anwar semakin popular. Satu keajaiban manusia yang disahkan mempunyai moral yang diragui, tetap mendapat tempat di sisi kuasa besar dunia dan agennya. Ia bakal terlakar dalam peristiwa sejarah yang sukar dipadam. Akan muncul lebih banyak journal antara bangsa mengangkat martabat manusia ini bagi menutup setiap kekurangan dirinya. Kenapa? Tentunya dia seorang yang istimewa pada pandangan mereka.

Bagaimana Malaysia boleh menjadi perhatian banyak pihak? Apa yang ada di sini? Apa yang mereka cari?

Wall street Journal pun sudi memperkatakan mengenai kes ini, tidak terkecuali duta-duta dan juga presiden USA, Perdana Menteri Australia, Britain dan penganalisis-penganalisis politik luar negara.

Di dalam negara ia akan menjadi buah mulut mengikut ragam kelompok. Cetusan kekeliruan yang tidak mudah dirungkai. Tidak dikenali siapa sebenar musuh, siapa pula rakan. Prejudis berterusan menjadikan buntu mencari jalan keluar. Ini memberikan satu hentaman dalaman. Rakyat terus menerus terbelenggu dengan keresahan yang tidak sepatutnya wujud. Tidak mustahil ada yang mempertikaikannya.

Sekali imbas ia membuahkan ketakutan, tak semena beralih kepada keyakinan, kembali semula menggugat menuju kebimbangan. Berbolak balik. Keliru. Hilang fokus. Sesiapa yang berada di posisi penting akan saling mengambil kesempatan. Akhirnya terperangkap dalam krisis yang tidak diketahui mana puncanya. Ada pula yang merasa sangat puas sehingga tenggelam dalam suasana meriah akhirnya terjerumus ke lembah ragu juga. Timbul pertanyaan adakah benar apa yang terjadi, dan kenapa begini?

Krisis Keyakinan akan menjadikan sesaorang itu hilang keupayaan semula jadi. Mental terbeku jumud. Mungkin ada yang berputus asa dan bertindak liar. Amat mudah tergelincir dan memaksa membuat keputusan yang salah.
Kunci rahsianya: 
  1. Leberalisma dan Pluralisma
  2. Gelembung Semangat Negatif Keterlaluan
  3. Pandangan Kriris Bertali Arus
  4. Cara Hidup Baru Mengejar Kepuasan
  5. Maklumat Palsu dan Perangkap
  6. Dasar yang Tidak Sesuai
  7. Strategi yang Silap
Mungkin ada yang tidak faham apa yang dimaksudkan dengan kunci rahsia ini. Kunci untuk apa?

Kedudukan fizikal Tanah Semenajung yang kebal dari bencana alam telah menjadikannya istimewa bagi yang ingin selamat dari gempa bumi, taufan dan tsunami. Ada mata sedang memerhatikannya dengan penuh selera. Malang bagi mereka, hasrat tersebut kerapkali terhalang. Ada sahaja aral melintang, perancangan terpaksa diubah-ubah. Siapa yang menjaga bumi semenanjung yang penuh keemasan ini?

Strategi terkini ialah merombak keyakinan diri pengawalnya agar hilang fokus. Untuk itu satu keyakinan palsu wajar dibangunkan. Kepalsuan mengatasi kebenaran.

 p/s ada bom di perhimpunan 901? timbul tandatanya baru. ?????

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive