Dr Hasan Ali membuat kenyataan khas di rumahnya menjelaskan kepada umum berkaitan pemecatannya malam tadi. Katanya dia amat kesal tindakan AJK Pusat PAS hanya kerana dia membuat komen terhadap Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Dia akan membuat kenyataan akhbar kemudian, "ini hanyalah penjelasan mengenai kes pemecatannya" katanya disatu perhimpunan dirumahnya malam tadi. Turut hadir ialah rakan dan penyokongnya. Antara yang turut hadir untuk memberi semangat kepada beliau ialah Dr Haron Din, Nasharudin Mohd Isa dan Ismail Kamus. Selain itu ikut bersama dalam majlis itu ialah presiden PERKASA, Ibrahim Ali.
Antara saya dan Anwar adalah perkara peribadi. Saya tak mahu Anwar mempergunakan orang ramai, mengheret rakyat untuk kepentingan peribadi dia. Menjunjung perjuangannya yang saya kira "sangat kotor". Saya dah ikut Anwar Ibrahim sejak 97, dah tahu dan faham caranya. Saya telah membuat penyelidikan menyeluruh perjuangan Anwar, sejak awal, bukan perkara baru. Saya dapati saya sudah tak dapat tahan lagi. "Saya sudah tidak sanggup". ujar beliau dengan penuh nada sayu.
Pemecatannya memang telah diduga. Dr Hasan sendiri pernah melahirkan persediaannya untuk menerima keputusan pucuk pimpinan. Soal meletak jawatan tidak tmbul. Kemelut antara Dr Hasan dan Anwar bakal berlanjutan. Tokoh ini akan membuat kenyataan penuh dan dijangka panas. Dr Hasan amat yakin tindakan yang diambil beliau adalah atas landasan benar. Dia juga mempunyai rakan-rakan yang sentiasa bersamanya, memberi sokongan penuh tindakannya itu.
Tindakan Dr Hasan yang amat tidak disenangi oleh PKR ialah ketegasannya mempertahankan penyiasatan aktiviti gereja DUMC memurtadkan muslim dalam bulan ramadan lalu, menentang kerja memurtadkan orang Islam dan memperkasa serta memperkemas JAIS menentang kemungkaran termasuk peminum arak di kalangan orang Islam.
Sejak itu hubungannya dengan PKR menjadi keruh. PKR mendesak PAS mengambil tindakan terhadap Dr Hasan. Berikutan dari peristiwa ini, berlakulah pertembungan antara Dr Hasan dengan Setia Usaha PAS dan Khalid Samad.
Satu perkembangan lain, polis membuat kenyataan bahawa Azmin Ali "berbohong" berkaitan 10 syarat yang telah dipersetujui. Pihak polis tetap mengambil tindakan tegas jika Azmin melanggar persetujuan yang ditandatangai. "Kami ada saksi" kata polis.
No comments:
Post a Comment