“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi
There was an error in this gadget
Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

18 November 2011

Hak Asasi Manusia sebagai senjata politik bertaraf "Agama Baru Dunia"

Semakin hari semakin jelas perjuangan DAP menuju ke arah perkauman radikal chauvinis Cina. Semua agenda menaikkan martabat Melayu dan Islam dianggap "kerja jahat" UMNO dan melihat seolah kerajaan Najib ini umpama kerajaan fasis.

Pergerakan "Hak Asasi Manusia" yang dipopularkan di Barat kini giat dibangunkan di negara ini. Berpuluh NGO yang dipercayai mendapat dana rahsia muncul dalam sekelip mata. Mereka membuat berbagai kejutan luar biasa menyerang "kesucian dan keharmonian umat Islam". Mereka menyerang bertubi-tubi tanpa henti.

PERKASA yang bangun melindungi hak orang Melayu dan peribumi telah dilabel sebagai "ULTRA". Kenapakah mereka begitu berani? Tentu ada sebabnya.

SLOGAN: "Suara Rakyat" "Pakatan Rakyat" "... Rakyat"  "... Rakyat"


Berbagai tuduhan berani dilemparkan ke arah orang Melayu tanpa rasa hormat sedikit pun. Raja Melayu juga turut dihina dan dipersenda melalui beberapa proksi mereka termasuk dikalangan orang Melayu sendiri. Apa yang menyedihkan orang Melayu dalam PAS dan PKR sentiasa sahaja mengangguk kepala bersetuju. 

DAP amat membenci Melayu dan hanya melantik Anwar sebagai ketua PR untik strategi PRU nanti. Tidak lebih dari itu. Selepas itu Anwar akan dicampak ke tepi jika pun masih diletakkan di hadapan, ia hanya berupa boneka semata, segala dasar ditetapkan oleh DAP..

Zion mahukan begitu. Begitu banyak modal telah dikeluarkan untuk ini. Islam akan dihalang dari bersatu. Islam dihalang untuk kembali sebagai satu jemaah. Proksi mereka cukup kental merealisasikan harapan untuk melihat Islam runtuh. Kejayaan mereka sudah menampakkan hasil bila pemuda pemuda PAS yang taksub kepada kepimpinan mereka dapat dijadikan soldadu ampuh menggoyah UMNO. Pemuda-pemuda ini tidak sedar mereka sedang membantu DAP untuk berkuasa dan seterusnya membunuh roh Islam di Malaysia. Satu pusingan "U" yang cukup berkesan.

Perangkap diatur supaya Islam hancur di bumi bertuah ini melalui tangan orang Islam sendiri. Alternatifnya ialah sekularisma-liberalisma-pluralisma bawaan peneraju PR (seorang berwatak ulama dan dijulang sebagai pejuang agama satu ketika dahulu). Agak aneh bila mana tuan Haji Nik Aziz Nik Mat, ulama PAS yang disegani satu masa lalu juga ikut serta bernaung di bawah payung yang sama. Akibatnya PAS tersungkur ke bumi menyembah kaki DAP atas gesaan peneraju PR ini.

Melayu mula di labelkan sebagai ultra, tamak, rakus, rasis, fasis, melaksana kronisma, rasuah, radikal agama dan berbagai lagi. Di masa lalu kata-kata ini tidak pernah dilontarkan kepada bangsa yang amat bertolak ansur dan menerima mereka sebagai rakyat walaupun mereka adalah pendatang bawaan British. Ironinya orang Melayu telah terlebih memberi ruang kepada mereka mengaut kekayaan negara. Anjing yang tersepi telah menyerang mencederakan penyelamatnya. Bidalan Melayu mula menunjukkan buktinya.

Membiarkan sahaja anjing itu mati tersepit adalah lebih baik. Ia telah pun menjadi sejarah, apa yang boleh kita lakukan sekarang ialah mengawal agar anjing gila ini tidak terus mengganas.

Malangnya Bangsa Melayu yang terkenal penuh sopan santun dan berhati mulia ini dikerah tanpa sedar (mind control) memangsakan bangsa dan agama sendiri. Mereka disiapkan dengan pelbagai alasan dan helah agar terus berjuang. Kebijaksanaan DAP dalam muslihat kejahatan sebegini memang licik dan halus.

Mereka marah apabila dikaitkan dengan komunis. Sebaliknya mereka memang pembawa virus komunis dalam setiap tindak tanduk meteka. Chin Peng dianggap sebagai wira negara melawan British pasca kemerdekaan. DAP bermatian berjuang untuk memperolehi keampunan Chin Peng walaupun keseluruhan orang Melayu masih mengingati kekejaman pengganas komunis membunuh askar dan polis Melayu.

Mat Sabu bangun menjadi pembela Mat Indera sebagai satu laluan untuk mendapatkan sokongan orang Melayu menghalalkan komunis. Sebelum ini cerita Mat Indera telah tersimpan kemas dalam sejarah, orang Melayu tidak mahu mengungkitnya kembali sehinggalah Mat Sabu mencubanya. Inilah permainan DAP di belakang tabir. 

Menggunakan orang Melayu memusuhi dan menentang Melayu dalam masa yang sama, Islam diasak supaya bermusuhan sesama sendiri atas alasan yang remeh temeh.



Chin Peng @ Ong Boon Hua
idola DAP


Sejarah Hitam Bangsa Melayu 

Memori seorang anak:
'Ayah saya diseksa sebelum disembelih'

BANGI 27 Mei - "Ayah dan bapa saudara saya diikat dengan tali antara satu sama lain, mereka diseksa, seluruh tubuh ditetak dan ditakik-takik sebelum leher kedua-duanya disembelih".

"Semasa ditemui, mayat kedua-duanya hanya tinggal rangka dan tulang, bercampur antara satu sama lain tanpa kepala, amat jelas kesan takikan bertubi-tubi seperti sebatang pokok kayu yang ditakik-takik bagi dikeluarkan getahnya."

Demikian cerita Profesor Dr. Amat Juhari Moain, bekas Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau berkata, jenazah bapanya, Moain Saridin @ Shahidin dan Hassan Akasah yang dibunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan oleh komunis itu kemudian dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Sungai Dulang Darat, Rengit, Batu Pahat Johor.

Mengimbas kejadian menyayat hati yang berlaku pada akhir Jun 1945 tetapi masih lagi segar di ingatan seolah-olah baru berlaku semalam, Amat Juhari, 69, berkata, semasa dia dan bapanya mandi di tepi Sungai Dulang pada waktu petang, mereka didatangi beberapa penduduk yang meminta bantuan.

Menurut beliau, arwah ayahnya, seorang ketua kampung, dimaklumkan mengenai penangkapan seorang alim yang dikenali dengan nama Wak Sulaiman oleh sekumpulan komunis.

"Adalah menjadi tanggungjawab arwah ayah untuk membantu anak buahnya, lantas dia yang berselempang kain merah segera bergegas ke kawasan hutan di pinggir kampung, kawasan yang menjadi persembunyian komunis itu dengan ditemani oleh Hassan.

"Sehingga lewat tengah malam ayah, Hassan dan Wak Sulaiman masih tidak pulang dan selepas beberapa minggu, langsung tiada berita mengenai mereka bertiga, sama ada hidup atau mati.

"Pada malam yang sama terdapat seorang Cina bersenjata mundar-mandir di kawasan rumah kami, seperti tidak membenarkan kami keluar mendapatkan bantuan.

"Keadaan itu berlarutan sehingga beberapa minggu menyebabkan kami sekeluarga menjelang malam terpaksa menyorok di kawasan pokok buluh berhampiran bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beberapa minggu selepas itu apabila keadaan telah menjadi aman, penduduk kampung mula berani keluar rumah untuk mengerjakan kebun masing-masing dan ketika itulah mayat Moain dan Hassan ditemui di bahagian hutan.

Sementara itu, Amat Juhari berkata, pada akhir Mei tahun sama, sebelum kejadian itu berlaku, sekumpulan kira-kira 20 komunis yang lengkap bersenjata mengunjungi bapanya di rumah bagi mempelawa dan meyakinkan arwah supaya menyertai kumpulan haram mereka, tetapi telah ditolak.

Tambah beliau, kekejaman komunis tidak hanya terhenti di situ malah ramai lagi penduduk kampung yang berpengaruh seperti penghulu, orang alim dan pendekar dibunuh kerana enggan memberikan sokongan dan kerjasama kepada mereka.

"Saya masih ingat lagi kejadian di Kampung Sungai Tongkang berhampiran kampung kami apabila komunis menyerang rumah penghulu, mereka tembak bertubi-tubi sebelum dibakar menyebabkan kira-kira 30 orang yang berlindung di rumah berkenaan mati," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, arwah bapanya sebenarnya telah menghidu lebih awal kegiatan komunis di negara ini apabila mendapat maklumat melalui pembacaan dalam Utusan Melayu dan Utusan Zaman yang dilanggan terus daripada Singapura pada masa itu. #

Mampukah kita melalui peristiwa pahit ini sekali lagi? Maruah Melayu dipijak, agama Islam diperkosa oleh komunis. Beringatlah wahai anak Melayu, jangan ulangi kesilapan Rashid Maidin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan Ahmad Indera. 

Semangat perjuangan komunis sedang diasuh kembali di kalangan penduduk Cina di Malaysia oleh DAP dan kini di sokong oleh PAS melalui Mat Sabu dan PKR, Anuar Ibrahim. Kelibat Chin Peng kini mula terlihat di wajah anak kesayangan Lim Kit Siang. 


Setelah komunis menyerah diri dan menghentikan perjuangan bersenjata Disember 1989 mereka mula menyusun strategi baru. Menyusup masuk dalam pelbagai parti politik yang dikuasai oleh orang Cina seperti MCA, Gerakan (pencetus 13 Mei 1969) dan sebahagian besarnya menyertai DAP yang ternyata lebih agresif dan rasis. Dari sinilah bermulanya era tuntutan demi tuntutan yang keterlaluan yang menyesakkan orang Melayu. Komunis Melayu pula sertai Parti Sosialis yang kemudiannya dikenali sebagai Parti Rakyat Malaysia.

Parti Rakyat akhirnya bergabung dengan Parti Keadilan dan lahirlah Parti Keadilan Rakyat (PKR) diterajui oleh YB DS Anuar Ibrahim, bekas TPM Malaysia. Dari sini kita boleh nampak bagaimana komunis ini bersembunyi dan menjalankan aktiviti jenayah mereka.

Lihat taktik baru Komunis membawa virus songsang ke Selangor
Masyarakat Melayu akan dipaksakan untuk menerima budaya mereka (Cina) termasuk menerima najis berat seperti babi dan anjing. Mungkin satu hari nanti taboo orang Melayu ini akan diguna untuk mengheret bangsa ini kesatu ruang yang paling menjijikkan. Daging babi dihidangkan kepada orang Islam. Komunis mampu melakukannya.

Ia telah dimulakan di Selangor, negeri Islam yang diketuai seorang Melayu PKR. Perkara malang yang tidak pernah terjadi sebelumnya. Komunis tetap komunis walau apa pun bentuk pakaian mereka.

Itulah yang berlaku pada Julai 2011 apabila akhbar Selangor Times yang merupakan akhbar milik Kerajaan Negeri Selangor menyiarkan satu muka surat penuh promosi produk daging babi. Keluaran yang dimaksudkan adalah keluaran 1-3 Julai 2011. Ianya mengenai Restoran Tean Kitchen di SS2, Petaling Jaya yang menjual lapan jenis produk babi.



Apa yang mengejutkan ialah, Kerajaan Negeri Selangor seolah-olah tidak sensitif dengan mempromosikan makanan tersebut pada ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadat puasa.

Promosi yang sama turut dilakukan oleh sebuah akhbar arus perdana. Walaupun akhbar berkenaan menarik semula artikel tersebut dan meminta maaf, namun berdasarkan tindakan yang dilakukan oleh Pakatan dalam isu ini, sememangnya mereka tidak pernah berminat untuk melihat keharmonian kaum dan agama berlangsung secara aman sebaliknya, Pakatan cuba memastikan umat Islam menerima pemaksaan nilai-nilai yang selama ini dibentengi oleh Perlembagaan dan saling hormat-menghormati di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Pakatan seolah-olah cuba mendidik, produk babi bukanlah satu kesalahan. Umat Islam di negara ini perlu menerima babi sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka. Pakatan dan DAP mahu umat Islam di Selangor tidak marah, tidak jijik dan tidak bencikan babi.

Selama ini, umat Islam tidak pernah merungut atau mengutuk amalan atau budaya pemakanan bukan Islam di negara ini. Umat Islam boleh menerima kepelbagaian dan hakikat kemajmukan yang wujud di negara ini. Namun pada masa yang sama, umat Islam hanya meminta hak mereka selaku masyarakat majoriti yang hak mereka termaktub di dalam Perlembagaan.



Walaupun babi bukannya merupakan bahan larangan, tetapi ia sebenarnya boleh mencetuskan perasaan tidak senang, permusuhan dan akhirnya berlakulah pergeseran kaum serta kekacauan. Mengapa perlu mencari masalah, walhal perkara tersebut boleh dielakkan.

Negara ini tidak pernah melarang umat bukan Islam memakan, menjamah mahupun menternak babi. Terdapat pelbagai restoran yang menjual daging babi, bahkan pasar basah babi pun boleh ditemui di mana-mana, terutama sekali di kawasan bermajoriti bukan Melayu.

Mengapa Kerajaan Negeri Selangor yang kononnya lebih advance berbanding kerajaan-kerajaan negeri yang diterajui oleh UMNO boleh menjadikan perbezaan itu sebagai satu senjata mereka untuk mendapatkan sokongan kaum bukan Melayu? Mengapakah kerajaan Pakatan tidak pernah memikirkan sensitiviti umat Islam dan konsekuens yang bakal dihadapi oleh rakyat Selangor sendiri?

petikan dari http://sel13.com/

15 November 2011

Mengapa masih DEGIL? Tangan Dajjal sudah sampai di sini.



Jika anda masih berdegil untuk tidak melihat realiti kejahatan musuh Islam, tiada siapa yang boleh melarang anda. Anda sendiri sedang menzalimi diri anda. Saya bukan fokus kepada gerakan "BERSIH" yang lalu, sebaliknya mengangkat perhatian semua kepada konspirasi terancang oleh zionis.

Jika anda sayangkan PKR atau PAS, ia tidak jadi isu di sini, teruskanlah cuma perlu bertindak bijak mempertahankan agama bangsa dan agama. Kita wajar segera matang dalam caturan politik. Jangan tutup minda anda dari kebenaran. Hapuskan prejudis.

Bukan bencikan sesiapa. sebaliknya sayangkan semua rakan taulan. Sayangkan bangsa seagama yang sedang dipermainkan. Paling menyedihkan umat Islam negara ini telah dikelirukan dengan dahsyat sekali terutama yang tidak tahu apa-apa dikampung pendalaman .

Orang Islam keluar dengan rasa bangga menjaja agenda zionis ini atas dasar Islam. anda boleh lihat susun atur perjudian zionis ini.

Ia dimulakan dengan kemenangan PR dalam PRU12 menafikan dua pertiga kerusi parlimen pemerintah.

DAP mengorbankan jawatan Ketua Pembangkang untuk DS Anwar Ibrahim walaupun DAP mempunyai lebih kerusi. Anwar terus diterima sebagai ketua PR sekaligus mengetuai parti-parti pembangkang. DAP ada muslihat terselindung terhadap tindakan tersebut.

Kita susuri lagi beberapa peristiwa. Melalui keputusan mahkamah nama Allah dibenar digunakan oleh pihak kristian. Orang Islam membantah, PKR dan PAS senada dengan DAP mempertahankannya. Islam mula tewas di sini.

Ia satu kejayaan besar bagi zionis merosakkan ketuanan Islam di Malysia yang sekian lama mereka gagal lakukan. Kesah Lina Joy menggemparkan Malaysia. Islam tewas lagi.

Selepas mendapat respon yang baik dari rakyat terutamanya umat Islam beramai-ramai menyertai demonstrasi "Bersih 2", usaha dilanjutkan untuk menguji sejauh mana umat Islam akan mempertahankan agama mereka. Dilakukan pelbagai provokasi dan gerak kerja bagi meremehkan Islam yang berstatus "Agama Pesekutuan" di dalam Perlembagaan.

Provokasi dilancarkan dengan mencadang kristian dijadikan agama resmi Malaysia, matlamatnya memecah belahkan penduduk Sabah dan Sarawak supaya bangun memberi sokongan kepada mereka (kita tahu sebahagian besar pemimpin DAP adalah kristian dan menjadi dalang usaha kristianisasi di Malaysia). Kita bernasib baik, kerajaan dan Majlis Raja-Raja segera bertindak menghentikannya.

Trajedii 1 Ramadhan, pihak gereja Damansara disiasat dan didapati terdapat usaha memurtadkan sebilangan orang Melayu. Isu ini berpanjangan sehingga Sultan Selangor masuk campur untuk menghalang kerja jahat gereja ini. PKR dan PAS sekali lagi terperangkap antara agama dan politik. Apabila PKR dan PAS memboikot HIMPUN, maka terpahatlah satu sejarah kelam umat Islam di Malaysia. PAS dan PKR lebih sayangkan politik dari agama. Islam tewas lagi.

Pesta dan kempen LBGT pula dianjurkan oleh kumpulan yang seangkatan penganjur Bersih 2. Kali ini ia menjadi semakin sinis dan semua pihak berhati-hati membuat kenyataan, namun DS Anwar Ibrahim sama ada secara sengaja atau sebaliknya telah menyatakan pendirian menyokong usaha ini.

Semua ini dilakarkan oleh arkitek antarabangsa dan dibina oleh jurutera tempatan. Tujuannya? Runtuhkan Islam.

Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang menegaskan bahawa DS Anwar tetap akan dilantik PM walaupun telah dipenjarakan jika PR menang PRU13 nanti. Belum pasti Anwar akan bertanding dalam pilihanraya dan belum pasti berapa kerusi akan dimenangi PKR tetapi dia telah dinobatkan sebagai bakal PM. Muslihat ini tentu mudah dibaca oleh mereka yang berfikir.

Pertama menafikan peluang Haji Hadi sebagai PM jika PAS memperolehi lebih kerusi, keduanya mempergunakan Anwar sebagai PM atas nama sahaja. Segala dasar ditentukan oleh DAP sebagaimana Perak satu masa dahulu. Ketiga memaksa orang Melayu memangkah "roket".

Apabila DAP memerintah negara melalui DS Anwar Ibrahim. Zionis akan mudah melaksanakan agenda seterusnya merosakkan apa sahaja yang mereka mahu. Akhirnya Islam akan tinggal nama sahaja kerana Islam Liberal yang tiada "nur Islam" menggantikan pegangan Ahlussunah WalJamaah di Malaysia. Usaha mengkristian orang Melayu tiada lagi halangan.

Maksiat dihalalkan, judi arak dan zina malah liwat (sodom) akan menjadi sebahagian dari cara hidup Malaysia Baru.

Dari sini mereka semua akan disogokkan dengan teori yang telah lama mereka ketengahkan iaitu "kebangktan Nabi Isa" yang sebenarnya dia adalah palsu. Itulah Dajjal.

Saya mengambil maklumat ini dari AIDC yang pada saya ia amat penting untuk dianalisa oleh segenap lapisan masyarakat. Fakta keterlibatan zionis secara langsung dalam persekitaran kehidupan rakyat Malaysia. Telah disusun dengan kemas. Usah melatah hanya kerana laman tersebut memihak kepada kumpulan bertentangan. Jadilah manusia bijak.

Mereka (zionis) tidak perlu datang ke sini. Sebaliknya kita sendiri yang menguruskan apa yang telah mereka rancangkan sama ada kita sedar atau tidak. Semua bertititik tolak dari segi "dana/wang" yang amat diperlukan oleh sesaorang terutama ahli politik. Perkataan kurang ajar yang boleh disebutkan ialah ""menjadi hamba/balaci" zionis menusnah negara bangsa dan paling sadisnya agama sendiri.

.......................................



Apakah Sekarang Era NGO Feminism & Islam Renaissance ? Meneliti terhadap carta aliran dan huraiannya, timbul satu persoalan apakah sekarang ini Era Kebangkitan NGO Feminisme dan Islam Renaissance yang akhirnya dikenalpasti dibiayai oleh OSI (Open Soceity Institute), milik penyangak matawang Yahudi, George Soros ?

Berdasarkan carta di atas, pemain utama NGO feminisme adalah Maria Chin Abdullah (rujuk nombor 1 dalam carta di atas) yang menaungi dan menerajui sekurang-kurang tiga NGO, iaitu EMPOWER (Pusat Jana Daya), WDC (Women’s Development Collective) dan NIEI (National Institute for Democracy and Electoral Integrity).

NGO feminisme bermaksud satu kumpulan yang memperjuangkan kesamaan gender (jantina) di antara perempuan dan lelaki serta kesamaan gender harus dipraktikkan dalam semua bidang sosial, politik, ekonomi dan agama.

Bermakna hukum Islam yang mengatakan lelaki adalah ketua kepada perempuan ditolak, kerana menurut hukum feminisme, lelaki dan perempuan adalah sama taraf.

Para aktivis politik feminisme biasanya berkempen memperjuangkan hak asasi manusia untuk kaum wanita yang merangkumi keutuhan badan serta kebebasan hak pembiakan, termasuk hak pengguguran yang sah di sisi undang-undang, pencegahan hamil, mutu jagaan pranatal, perlindungan daripada keganasan dalam perkongsian rumah tangga, penganiayaan seks, penganiayaan di jalan raya, diskriminasi dan rogol, serta juga hak tempat kerja untuk cuti bersalin dengan gaji yang sama.

Tema-tema yang biasa diangkat dalam feminisme adalah pengobjekan seks dan penindasan serta monopoli lelaki.

Berdasarkan video di sebelah, kita akan dapat lebih memahami perkaitan antara NGO dengan NGO yang lain (EMPOWER,WDC & NIEI), tetapi matlamatnya satu iaitu ke arah mendemokrasikan Malaysia serta mencabut akar-akar agama yang menjadi penghalang kepada pembangunan kebebasan dan demokrasi di negara ini.

Dua yayasan dana Yahudi yang bertopeng demokrasi iaitu NED (National Endowment for Democarcy) dan OSI saling bekerjasama mendanai NIEI, EMPOWER dan WDC untuk melakukan gerak kerja demokrasi di Malaysia. Klik di sini

Dalam video itu Yunus Lebai Ali (arwah) dan isterinya Maria Chin Abdullah memainkan peranan penting dalam penubuhan NGO feminisme dengan dibantu oleh tiga individu lain yang bermain di belakang tabir iaitu Dr Rohana Ariffin (aktivis PKR & kawan rapat Yunus/Marina), Hishamuddin (Isham) Rais (pro PKR & kawan rapat Yunus/Marina) dan Amin Iskandar @ Black (pro PKR & anak didik Yunus/Isham).

“Okay..okay..okay..pengalaman saya pergi ke rumah pelacur di Thailand..(disambut jeritan dan gelak ketawa lagi)..okay..dengar..dengar..dengar..saya pergi rumah pelacur di Thailand, adakah saya, (masa) saya nak pergi ‘menutuh’ (berzina) tu saya bawa kawan saya, kawan saya masuk bilik yang sama..tak masuk akal dah..” kata Isham Rais, ketika berceramah kepada AMK PKR di Shah Alam pada 18 Jun 2011, yang memberi isyarat dalam perjuangan kebebasan dan demokrasi menghalalkan aktiviti berzina yang sebelum ini diharamkan Islam. Klik di sini

Kerana gerakan LGGT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) tidak begitu sesuai dengan iklim budaya ketimuran maka, gerakan LGBT lebih banyak menumpang kepada NGO feminisme.

Selain LGBT menumpang NGO EMPOWER dan WTC, satu lagi yang lantang memperjuangkan hak asasi LGBT Malaysia adalah SUARAM yang diketuai oleh Cynthia Gabriel (rujuk nombor 2 dalam carta di atas).

Elizabeth Wong sebelum bertanding menjadi calon PKR merupakan aktivis belakang tabir yang mengerakkan SUARAM bersama Tian Chua.

Menurut Lokman Nor Adam, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan, semasa beliau ditahan bersama-sama Tian Chua di penjara Kamunting, Tian Chua mengakui pembiayaan kehidupannya dibayar oleh Soros. Klik di sini

Maklumat Lokman disokong oleh Senator Ezam Mohd Nor yang mengesahkan Elizabeth Wong adalah ejen Soros di Malaysia yang mengatur penyaluran dana kepada PKR dan NGO. Klik di sini

Maka tidak hairan apabila skandal kegiatan gelap Elizabeth Wong yang suka bertukar-tukar pasangan seks tanpa kahwin disebarkan, bekas aktivis SUARAM itu tidak meletakkan jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor. Klik di sini


Inner Circle Anwar - Dari kiri, Lee Khai Loong (Ketua Koodinator Youth For Change), Elizabert Wong, Yap Swee Seng (Pengarah Eksekutif SUARAM), Cynthia Gabriel (Aktivis SUARAM), Murphy Pakiam (Ketua Biskop Kristian) dan Tian Chua. Mereka berkunjung ke rumah terbuka Anwar pada tahun 2007.


Juga tidak menghairankan apabila Cynthia Gabriel, Pengarah SUARAM menjemput William Bourdon, seorang peguam yang turut dibiayai Soros untuk memalukan Malaysia dengan isu pembelian kapal selam Scorpene. Klik di sini



Kerana Cynthia Gabriel, Elizabeth Wong, Tian Chua bernaung di bawah ketua yang sama iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai blue eyed boy Soros di Malaysia. Klikdi sini,, sini, sini dan sini

Maka apabila peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin mendakwa pelacur di Lorong Haji Taib juga turut mengambil cuti untuk menyertai perhimpunan haram BERSIH 2.0 pada 9 Julai, tidak lagi menjadi satu kejutan kepada masyarakat umum. Klik di sini

Islam Renaissance

Maria Chin Abdullah juga terlibat dalam NGO Islam Renaissance iaitu dilantik sebagai Pengurus Kanan SIS (Sister In Islam). Kliksini

PAS pernah mencadangkan agar SIS membuang perkataan Islam dalam nama NGOnya kerana tindak tanduknya menjurus kepada melakukan aktiviti yang bertentangan dengan ajaran Islam.

“Orang yang membuat cadangan itu kita anggap sebagai tidak relevan, dan cadangan itu juga tidak relevan,” kata Maria Chin Abdullah, Pengurus Kanan SIS. Klik di sini

SIS ditubuhkan pada tahun 1988, sekumpulan peguam, aktivis, ahli akademik dan wartawan wanita termasuk Zainah Anwar dan Marina Mahathir untuk menyelesaikan masalah wanita Islam di Mahkamah Syariah.

Pada tahun 1993, gerakan ini secara rasmi didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad dan sehingga kini dikenali sebagai Sisters in Islam atau ringkasnya SIS.

Tumpuannya adalah untuk mencabar undang-undang dan dasar atas nama Islam yang mendiskriminasikan wanita yang kemudiannya diperluaskan kepada isu lebih besar seperti demokrasi, hak asasi manusia dan perlembagaan.

Pada 7 Jun 2009, dalam Muktamar PAS 2009 ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam, Muslimat PAS Shah Alam meluluskan usul mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkannya sekiranya terbukti menyeleweng dari akidah Islam.

Menyusul selepas itu, Dewan Pemuda PAS mencadangkan agar SIS menukar nama kepada Sisters In Malaysia jika mereka mahu meneruskan tingkah mereka yang memperjuangkan hak asasi yang subjektif dan tidak lagi membawa nama Islam tetapi dalam masa yang sama mempersoalkan hukum-hukum Islam yang telah termaktub dalam al-Quran dan hadis. Klik di sini

Beberapa hari selepas itu, pada 11 Jun 2009, Khalid Samad, Yang Dipertua PAS Shah Alam menarik balik usul pengharaman SIS dengan alasan usul dibuat secara silap.

“Usul itu datang dari Muslimat kawasan. Kerana kesuntukan masa dan dibuat tergesa-gesa, ia tidak dibahaskan dalam mesyuarat kawasan dan ia terus dihantar kepada jawatankuasa usul pusat”, kata Khalid.

Justeru itu Khalid juga menarik balik usul ‘mengharamkan’ SIS dan mengantikan dengan usul baru iaitu “berbincang’ dengan SIS.Klik di sini

Berkenaan penglibatan Zaid Kamaruddin, Presiden JIM (Jemaah Islah Malaysia) dalam jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, blogger mahaguru 58 sifatkan sebagai ‘ular berkepala dua’ dalam NGO Islam.

“Orang yang saya maksudkan adalah tidak lain dari Hj Zaid Kamarudin, Presiden Jamaah Islah Malaysia, salah sebuah NGO Muslim yang bersama dengan ACCIN dan PEMBELA, Gabungan Pertubuhan pertubuhan dan Persatuan persatuan serta NGO Muslim yang sekian lama ini gigih memperjuangkan kedaulatan Islam dan senantiasa berusaha di dalam segala cara untuk memastikan bahawa hak hak umat Islam seMalaysia tidak terhakis dan terjejas di dalam apa cara sekalipun di dalam negara kita Malaysia ini.

“Di dalam ia bersama sama dengan ACCIN mempertahankan kedudukan dan kedaulatan Islam melawan puak puak penganjur IFC dan rakan sekutu mereka di dalam MCCBHST, Zaid Kamarudin boleh pula menyokong penuh agenda BERSIH 2.0 yang dikepalai Ambiga Sreenevasan sendiri di atas platform berbeza dengan memegang jawatan sebagai Setiausaha Agong IKRAM! Apa cerita ini?”, katanya. Klik di sini


Renaissance merupakan kalimah sering dicanang oleh Anwar sejak dari akhir tahun 1990-an.

Anwar juga pernah menerbitkan buku bertajuk “The Asian Renaissance”, yang diterbitkan oleh Times Editions, Singapore (1996).

Buku itu melambangkan visinya yang membawa pemikiran liberal dan semangat pluralisme agama antara bangsa-bangsa di Asia.

Istilah Renaissance dipinjam dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu.

Zaman Renaissance merujuk kepada perkembangan Eropah selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke 16. Bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia.

Hasil daripada Renaissance telah membuka jalan kepada kelahiran pelbagai aliran baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rasionalisme, nasionalisme dan absolutisme.

Dalam konteks Malaysia pula pada tahun 2009, muncul pula satu NGO yang dinamakan Islamic Renaissance Front (IRF) yang dipimpin oleh Dr Ahmad Farouk Musa. (Rujuk nombor 3 carta di atas)

Dr Ahmad Farouk dan IRF salah seorang daripada 11 doktor Tung Shin dan beliau dan organisasinya merupakan salah seorang daripada Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 yang dipimpin oleh Ambiga.

Yang lebih menarik lagi, Dr Ahmad Farouk dikatakan salah seorang kenalan rapat Anwar dan organisasinya itu, IRF juga turut mendapat sumbangan daripada Geoge Soros. Klik di sini


Angela says:
Islam hanya tinggal pada nama – ini sudah lama diperkatakan dan dibayangkan dalam Hadith mengenai umat di akhir zaman. Dan begitu juga pada JENAMA, di mana label-label atau jenama “Islam” digunakan untuk mengelirukan umat Islam. Tak usah cakap pasal nama dan jenama “Islam” sebab kalau mereka sudah terlebih dahulu merampas nama “Allah” untuk terus menghancurkan Islam. Dan umat Islam tidak tahu mekanisme yang digunakan oleh kaum kuffar untuk menyusup ke dalam organizasi-organizasi Islam, kerana ada yang berpura-pura Islam sedangkan mereka adalah agen nasrani. Mereka tinggal bersama-sama kita, makan bersama-sama kita, ikut sembahyang bersama-sama kita, puasa bersama-sama kita. Ini sudah lama berlaku! Umat Islam sudah terlalu ketinggalan dalam organizasi INTELLIGENCE, dan terlalu lurus bendul, sebab itu mereka mudah ditipu. Hanya dengan ilmu dan COUNTER-INTELLIGENCE sahaja umat Islam dapat menepis kegiatan subversif agama yang telah berlaku sekian lama dalam dunia Islam. Khidmat intelligence ini adalah khidmat yang dibayar dengan harga yang mahal, jadi tidak hairanlah ada orang yang suka berkhidmat dalam bahagian ini. Antara organizasi yang paling licik dalam kegiatan ini adalah MI5 dan MI6 dalam British Intelligence.
Kita hanya kemaruk dengan Yahudi, Yahudi, Yahudi… kerana umat Islam TELAH TERMAKAN PROPAGANDA ANTI-SEMITIC PUAK NASRANI. Propaganda ini sangat berpengaruh dan sangat meluas, dan rata-rata umat Islam melalui golongan terpelajar sudah termakan pengaruh ini. Propaganda Nasrani yang kononnya anti-Yahudi dan anti-Freemason ini sudah berlarutan berabad-abad sejak zaman Inquisition lagi, dan propaganda inilah yang sekarang bersepah di Internet, dan propaganda inilah yang dikutip oleh pelajar-pelajar Islam yang tidak tahu hujung pangkal sejarah.
Sekarang lihatlah sendiri, siapa yang sudah mula menyerang dan memurtadkan umat Islam di Malasysia? Kini satu demi satu negara Islam telah dikuasai, dan terkini – Libya! Lepas ini Syria dan Pakistan, sebelum Iran diserang. Ramai orang Islam sudah termakan propaganda Nasrani sehingga Ikhwan Muslimun (yang ditubuhkan oleh Jesuit pada tahun 1928 melalui Freemason Hassan al Bannah dan Syed Qutb) akan berjaya menghimpunkan satu bala tentera yang besar (dengan bantuan Western Intelligence) untuk berperang dengan Israel – sedangkan ini adalah satu gerakan SUICIDE bagi umat Islam. Di atas kebodohan umat Islam itu, yang mengikut telunjuk Western Intelligence, akhirnya umat Islam akan terjerat dengan perancangan untuk hancurkan Islam melalui peperangan dengan Yahudi (di mana Yahudi juga akan dihancurkan sama).
Allah Maha Kuasa, walaupun perancangan rapi ke arah itu akan tercapai, tetapi ianya tidak akan berpihak kepada pihak Barat (Nasrani) kerana:
“And when those who disbelieve plot against thee (O Muhammad) to wound thee fatally, or to kill thee or to drive thee forth; they plot, but Allah (also) plotteth; and Allah is the best of plotters.”
- Qur’an: Surah Al-A’raaf, verse 8. Pickthal’s Quran Translation.
Dalam konteks yang sama, perancangan untuk menghancurkan Islam (agama yang dibawa oleh Muhammad), Allah juga akan menyelamatkan Islam.
Kesimpulan: walau bagaimana licik perancangan kuffar termasuk dengan menganjurkan pelbagai organizasi NGO dan sebagainya untuk menghancurkan Islam, namun Allah akan menyelamatkan agama suci ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERKINI Posts