“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

22 December 2011

Tangguh SBPA - Langkah Selamatkan BN

Well done DS Najib.

Jangan biarkan pembangkang ambil kesempatan. Yahudi menyelit dimana sahaja jika ada ruang. Lihat PR ingatlah Soros, ingat Soros nampaklah Yahudi.

Kerajaan mengambil keputusan menangguhkan perlaksanaan skim gaji kakitangan awam yang baru - Saraan Baru Perkhidmatan Awam (sbpa) adalah langkah terbaik untuk mengelak salah faham dan kebimbangan skim ini telah dicemari elemen negatif.

Terdapat rungutan skim ini disediakan dalam keadaan gopoh gapah yang berkemungkin dicemari dan gagal menghindar dari diambil kesempatan oleh pihak tertentu. Langkah CEUPACS yang tegas dan berani membuat bantahan segera patut dipuji.

Sebelum ini RADIKALISMA ada membayangkan kemungkinan tersebut. Tidak mustahil ada para pegawai peringkat tertinggi (jusa) telah dipengaruhi oleh pembangkang untuk menimbukan rasa tidak puas hati sebilangan besar penjawat awam kepada kerajaan. Dalam keadaan tergesa, apa sahaja boleh berlaku. Inilah masa terbaik untuk DS Najib membuat pemerhatian mendalam kalau-kalau ada parasit dalam jentera pentadbirannya. Musuh dalam selimut adalah pengkhianat yang paling merbahaya.

Amat dibimbangkan perasaan tidak puas hati penjawat awam akan merugikan kerajaan Najib kerana ia bakal diterjemahkan dalam pru nanti. Kerajaan harus sedar kedudukan ekonomi rakyat bawahan amat meruncing akibat kenaikan harga barang yang tidak terkawal. Penjawat awam peringkat rendah inilah yang lebih terdedah kepada kegawatan hidup akibat nilai wang gaji yang diperolehi tidak lagi mampu menampung kehidupan mereka. Jangan terbalikkan harapan mereka menjadi kebencian.

Jika kerajaan benar-benar adil merekalah yang patut diutamakan dan dibela. Keselesaan hidup akan membantu mereka memberi perkhidmatan terbaik. Yang lebih penting ialah menawan hati mereka agar menyokong BN dalam pru nanti.

Jangan salahkan mereka jika mereka berfikir untuk menukar kerajaan, kerana fikiran mereka bakal tidak tenteram dan terpaksa berhempas pulas memikirkan bagaimana untuk terus hidup dalam suasana kesempitan kewangan. Jangan biarkan ia terjadi. Sia-sialah segala usaha yang dilakukan selama ini.

Untuk membolehkan mereka dapat bertugas dengan aman dan tidak berhadapan masalah kewangan, kerajaan sebagai majikan janganlah hanya memikirkan kepentingan golongan atasan yang biasanya hanya berminat untuk hidup semakin mewah. Berlumba-lumba untuk hidup bergaya walaupun pohon yang mereka tumpang berteduh bakal tumbang.

Tindakan Datuk Omar Osman dan exco CEUPACS segera membuat bantahan amatlah dipuji. Biar lambat tetapi memuaskan. Tahniah CEUPACS. Semoga penjawat awam akan berpuas hati. Jika segalanya berjalan dengan baik, saya percaya sokongan Penjawat Awam kepada kerajaan terutamanya kumpulan sokongan akan terus meningkat. Jika tidak, 1.4 juta pengundi dan keluarga (mungkin lebih dari 3 juta pengundi) akan membuat protes dalam diam. Ia amat membahayakan pemerintah dalam pru13 nanti.


Bravo Datuk

Walau apa pun kita tunggu hasil perbincangan selanjutnya anatara CEUPACS dan JPA (perancang sbpa). Hubungan baik antara kesatuan sekerja dengan majikan harus dipelihara sebaik mungkin demi mencapai situasi menang menang.

BN jangan hanya ghairah untuk menangi pilihanraya dengan pelbagai program "mee segera" tetapi lupa kepada akibat dari kecelaruan perlaksanaannya.


SBPA Ditangguh : PM Setuju

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.
Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN


PANAS: NAJIB DITIPU PTD, usaha jatuhkan Najib?

baca pendedahan SanggahTokJanggut di sini



Adakah benar seperti yang didakwa bahawa kakitangan pengurusan tertinggi ataupun premier ini sengaja memberikan peluang kepada pembangkang untuk menggulingkan Najib supaya beliau hilang sokongan penjawat awam ataupun barangkali benarlah seperti yang didakwa bahawa pengurusan tertinggi ini sebenarnya `Trojan horse' pembangkang dan menggerakkan agenda pembangkang untuk mengulingkan Naib dari dalam.

Kumpulan ini merangka pelarasan gaji yang cukup tidak munasabah, kalangan mereka mendapat kenaikan gaji yang amat tinggi dan difahamkan kenaikan gaji yang melibatkan KSN mencecah RM80,00 sebulan gaji pokok dan belum masuk elaun sedangkan kumpulan Sokongan 1 dan 2 hanya mendapat kenaikan gaji sekitar RM60-hingga ke RM 200. Pelarasan gaji apa kalau ini sahaja jumlahnya? Ini bentuk pelarasan yang menindas penjawat awam.

Skim ini dilihat begitu menguntungkan kumpulan pengurusan tertinggi ataupun kumpulan premier (JUSA- Jawatan Utama Sektor Awam) dan kumpulan pengurusan tertinggi ini boleh tersenyum lebar kerana mereka mendapat kenaikan gaji 100% sedangkan SBPA ini langsung tidak memberikan menafaat kepada kumpulan sokongan yang berpendapatan rendah..

Hasrat Najib sewaktu membentangkan Belanjawan adalah untuk mengurangkan kadar kemiskinan Bandar yang dihadapi oleh kakitangan awam dan hasrat ini memang cukup baik memandangkan kos sara hidup yang tinggi dan berdepan dengan kenaikan harga barang di pasaran oleh kakitangan awam namun malangnya ada pihak-pihak tertentu dalam Jabatan Perkhidmatan awam ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta pihak Ketua Setiausaha Negara cuba mensabotaj ataupun menggagalkan niat Najib tersebut dengan melakukan pelarasan gaji tidak bermatlamatkan hasrat ataupun transformasi PM Najib sewaktu menginsafi nasib dan masa depan penjawat awam seperti yang beliau suarakan.

Kasihan! Usaha Najib disabotaj!

Mengapa pihak Ketua Setiausaha Negara (KSN) ataupun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA ) merahsiakan Lampiran "C" yang tertera bagaimana cara gaji dinaikan hingga penjawat awam tidak tahu dan tidak boleh tahu bagaimana pelarasan gaji dilakukan dan apakah rahsia sangat hingga tidak boleh didedahkan kepada umum bagaimana proses kenaikan gaji itu berlaku? Mengapa ini mahu dirahsiakan daripada penjawat awam?Apa motifnya sedangkan itu adalah hak penjawat awam? ............ seterusnya sila ke STJ

PTD punca nya...
Seorang pesara memberi pandangan...
Dalam percaturan perkhidmatan awam yang menguasai kesemua perancangan dasar dan apa juga dilakukan oleh pegawai-pegawai yang merasakan diri mereka terlalu hebat iaitu golongan PTD. 
Dalam soal SBPA, yang melakar dan merencanakan jrang gaji dan faedah samada untuk golongan profesional atau tidak adalah PTD. Suka tak suka golongan elit ini akan bekerjasama sesama sendiri dalam merangka dasar gaji dan sebagai nya . Hasil nya kita lihat sejauh mana kepakaran bidang seseorang seperti doktor atau jurutera atau siapa saja golongan yang ditakrifkan profesioanl tidak akan mendapat habuan yang lebih baik dari pegawai PTD.
Jadi Ceupacs benar jika mereka meronta dan merasakna diri mereka ditindas. Contoh jelas jurang 80 - 300 . Siapa untung siapa banyak, walau pun benar kelulusan memainkan peranan apa bezanya segulung ijazah jurusan pentadbiran dengan ijazah jurusan kedoktoran . 4 tahun dah dapat ijazah berbanding jurusan kedoktoran dan lihat beza gaji dianatara kedua nya.

Apakah terlalu istemewa golongan yang bergelar pegawai elit jika dibandingkan dengan profesional. Ini lah masaalah nya dan ceupacs harus bertindak untuk menyatakan kebenaran dalam isu ini.

5 comments:

  1. bodoh,,brader,,kalau xmau sign sbpa duduk la dgn ssm,,xde masaalah pn,,

    ReplyDelete
  2. Buat la kajian dl sblm hentam bangsa sdr..ape kaitan ptd dgn pembangkang.. tak relevan langsung.. sila semak gj ssm mahupun sbpa. Ko tgk sdr gaji gred 41 ptd dgn gred 41 doktor.. ko cuba bandingkan sdr. Sapa dpt gj yg byk..itu pn kalo ko tau math la

    ReplyDelete
  3. Sbpa mmg baik, tapi kurang adil, ada yang naik gaji rm 150 je tapi ada yang melompat sampai rm450
    tak putih mata ke?gerammmmm

    ReplyDelete
  4. Nak buat formula tu biarlah fikir2 dulu org junior 2tahun boleh sama gaji dengan senior yg dah nak pencen...kalau tak ubah juga nasib le.....

    ReplyDelete
  5. btl 2..org yg kje da lama gaji naik skt,org yg br kje da dpt gaji yg jurangnya hmpr2 dkt dgn org yg da kje lama..itu namanya xadil..yg naik 100% 2 uat kje pe sgt..g mn2 pun org siapkn mkn,transport..sng cite g uat lawatan xyah bwk duit pn xpe la..smue org da siapkan..cm 2 naik 100%..bertambah2 senang2 la..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive