“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

13 January 2012

SBPA disemak semula - Kakitangan Awam menarik nafas lega. Terima Kasih DSN

Perdana Menteri mengarahkan JPA semak semula SBPA. Tunggakan tetap dibayar mulai 1.1.12, satu berita yang melegakan.

Masa Perubahan Penting melalui Transformasi Najib

Malam ini DS Najib Tun Razak mengumumkan penangguhan SBPA sertamerta untuk membuat rundingan dan semakan semula skim terbabit dengan CEUPACS. Penjawat Awam terutama kategori rendah menarik nafas lega dan amat berharap DBPA dapat dilaksana seadil mungkin bersesuaian dengan hasrat PM mahu meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Terima kasih kepada pucuk pimpinan. Jika ia diperbaiki, insyaallah, sokongan kakitangan awam kepada BN akan bertambah kecuali parasit yang telah disesatkan pemikirannya oleh Pakatan (menghuruharakan) Rakyat.

Beberapa blog dan FB telah memperjuangkan keluhan Kakitangan Awam apabila dapat mengesan kepincangan yang wujud dalam skim terbabit. Tahniah kepada media baru yang semakin berkesan memberi input kepada kerajaan untuk mengesan masalah yang dihadapi rakyat. Blog jalanan, blog cabuk seperti ini juga mempunyai peranan rupanya hahaha, walaupun tidak mendapat liputan meluas masih lagi berguna.

TokMisai hanya dapat ucapkan terima kasih kepada Aku Peduli Apa@APA, rakan TokMisai yang sering memanjangkan suara TokMisai. Bravo APA!

Alhamdulillah, kini TokMisai semakin yakin DS Najib mampu mentadbir negara dengan baik dan didoakan mendapat kejayaan cemerlang dalam PRU nanti. DS Najib menunjukkan dia amat perihatin terhadap masalah rakyat dan segera membuat tindakan pembaikan sebaik sahaja mengetahui kepincangan perlaksanaan satu-satu dasar oleh agensi perlaksana dasar.

Apa lagi yang dikehendaki oleh penyokong Pakatan (huruharakan) Rakyat? Belum cukup amankah negara? Belum cukup majukah negara? Belum cukup lagikah apa yang dinikmati ...belum ada yang tak makan, cuma segelintir yang tak pernah bersyukur, rasa irihati dan cemburu atas kesenangan orang lain ... janganlah jadi tamak. Jangan sampai "dengar guruh di langit air tempayan dicurahkan". Harapkan pembangkang belum pasti dapat hidup seperti hari ini. Di sana lebih ramai penyamun yang sedang menunggu peluang meratah harta negara.

Itu belum ambil kira Agama Islam bakal dinoda oleh Islam Liberal. Jangan berkhayal.

Lihatlah betul-betul apa yang ada dalam PKR dan PAS. Mereka secara rahsia sedang diserang wabak Islam Liberal yang diimpot dari USA. Islam Liberal bakal mengubah PAS menjadi seperti sampah, tiada nilainya di sisi Islam jika agenda mereka berjaya (semoga Allah membantu PAS kembali kepada asas perjuangannya yang mulia, jika mahu dihormati). Kini nasib malang PAS sedang bermula. Pegangan Islam pusaka nenek moyang akan disalin kulit menjadi Islam Liberal. Dapat kerusi hilang meja... perumpamaan TokMisai.. haha.

Beberapa wajah pembawa virus ini telah pun  dikenal pasti. Mereka bakal menjerumuskan PAS kearah lorong gelap. PAS terpaksa mengikut perintah orang luar setelah ulama dilumpuhkan nanti. Siapakah mereka? Kini mereka menduduki semua kerusi penting kecuali Presiden dan Majlis Syura.

Bekas pemimpin JIM atau IRC sedang menunggu peluang membunuh kerjaya politik Ulama seperti Hj Hadi, Nik Aziz dan Harun Taib. Baru-baru ini mereka dengan liciknya bersembunyi disebalik Azmin telah mendesak penyingkiran Dr Hassan, Pejuang Islam yang paling berani. Dr Hasan Ali telah terkorban hanya kerana menentang Anwar. Tahukah anda kepada siapakah bekas ahli JIM (IRC) patuh? Bukan Nik Aziz, Bukan Hj Hadi tetapi Anwar Bin Ibrahim. Bacalah blog PAS yang memihak ulama seperti Tulang Besi dsb.

Islam Liberal yang dibawa dari Barat inilah akan menjadi agama baru Malaysia jika PR memerintah. Memang itulah agenda Barat. Islam Liberal diadun dari resepi Kristian Liberal di Barat. Amat serasi dengan keperluan hawa nafsu. Belum lagi pergerakan yang perjuangkan seks bebas, LBGT dan sebagainya yang di sokong Anwar. Mahukah anda melihat negara ini dipenuhi maksiat yang jijik itu hanya kerana hendak jatuhkan kerajaan?

Jika anda ikhlas sayang agama anda cuba mohon petunjuk Allah, buatlah sembahyang istikarah. Jika anda mahu tahu apa yang dibawa oleh Islam Liberal ini, dan siapa peneraju yang sedang sebarkan Islam Liberal ini. Anda jangan terperanjat, jika anda mendapat tahu dia ialah orang PKR diketuai oleh penasihatnya Anwar Bin Ibrahim, pelakun terhebat zaman ini. Sebab itu dia tidak menentang pergerakan seks bebas di Malaysia. Dia memihak Majlis Peguam yang jelas menentang Islam, dia bersetuju membenarkan gereja menggunakan nama Allah. Paling trajik, dia langsung tak ambil kisah orang Islam dimurtadkan. Nak bukti macam mana lagi?

Mereka menawarkan syurga palsu sebaliknya mereka sedang membawa anda ke neraka. Itu amat jelas kerana Islam Liberal menentang (dalam diam) pegangan Ahlissunah Waljamaah, yang menjadi tunjang Islam Melayu sejak zaman berzaman. Islam ditafsir semula menggunakan akal yang terhad, firman Allah dipermainkan.

Semoga Allah memelihara anda, amin.

4 comments:

  1. salam tokmisai

    nnti sy upkan alkisah SBPA dalam posting terbaru

    orgorg

    ReplyDelete
  2. Assalam Tok Misai.
    Teruskan menyatakan kebenaran walaupun ianya pahit kerana melibatkan pihak kita.Jangan terikut ikut sentimen sokong membawa rebah.

    Artikel ini telah saya panjangkan di blog saya.Terima kasih atas pujian walaupun peranan saya tidaklah sebesar mana pun.

    Salam perjuangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih APA, anda banyak memberi semangat untuk saya terus menulis. Betul tu, jangan ikut buta tuli. salah tetap salah, benar tetap benar. Itu perjuangan yang patut kita bawa. salam kembali, terus bersama berjuang hentikan langkah Anwar... aku benci DAP tahap gaban... tak leh tahan... hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive