HARAKAH akhbar bebas fitnah atau penyebar fitnah?
Dr Hasan Ali kena kencing
Dr Harun Din kena kencing
Ust Ismail Kamus kena kencing
Siapa pula selepas ini akan kena kencing?
Kenapa mereka kencing Ulama PAS? Angkara siapa, siapa mengarahkannya? Mustapa Ali ataupun Cikgu Pa S/U Pas adalah orang di belakang Harakah. Adakah S/U juga salah seorang Parasit yang menentang ulama secara rahsia? Semua bakal ditelanjangi satu persatu oleh Dr Hasan Ali.
Berita terhangat dalam PAS akan meletup, ekoran tersebar meluasnya muslihat segolongan pemimpin pusat PAS berkomplot meruntuhkan penguasaan Ulama dalam PAS. Nik Aziz pening kepala memikirkan nasib PAS selepas ini.
Hikmah dari pemecatan Dr Hasan Ali bakal menghilangkan sokongan rakyat kepada PAS. Rakyat akan tahu siapa yang sebenarnya berkuasa dalam PAS, bukan Nik Aziz dan Bukan Hj Hadi. Ada tangan ghaib yang memacu PAS selama ini. Tak ubah seperti penguasaan Yahudi dalam pentadbiran USA.
Akhirnya Nik Aziz meminta Dr Hasan tidak terus membongkar kejahatan ini kerana sebahagian besar AJK pusat adalah golongan parasit tersebut. Jika dibongkar juga, PAS akan runtuh. Namun Dr Hasan telah menetapkan pendiriannya akan melakukan apa sahaja untuk selamatkan PAS dari parasit ini.
Memandangkan mereka semua adalah penyokong Anwar dan memuja legasinya, pasti kedudukan Anwar juga akan ikut terancam. Kini segala usaha mereka secara rahsia ini akan terbongkar. Balasan yang mereka terpaksa terima akibat kegopohan untuk ke Putrajaya. Strategi sedang memakan diri.
Parasit akan dibongkar satu demi satu. Ramai telah pun dapat mengagak siapa mereka. Selangor akan menerima tamparan paling hebat. Khalid Ibrahim dikatakan tidak berani melantik Dr Rani sebagai exco walaupun dia adalah Pesuruh Jaya PAS Selangor.
Masihkah Anwar akan kata ini semua "fitnah" dan "konspirasi UMNO"? Dua perkataan berbisa selama ini mungkin akan hilang bisanya sedikit hari lagi. Rakyat sudah tidak percaya lagi.
Apa yang lebih penting, mampukah PAS bertahan sehingga PRU13? Tanda-tanda kemusnahan mula nyata.
Berikut ialah rungutan sahabat kita dalam salah satu blog PAS yang menentang parasit ini:
Boikot Harakah & Harakahdaily diteruskan: Tampil Buat Aduan Terhadap Rasyidi dan Zul Sulong.
Kejahatan Zul Sulong dan Rasyidi di dalam harakah tidak dapat dimaafkan begitu sahaja. Kalau dia minta maaf, maka baru kita boleh pertimbangkan. Setakat ini bukan sahaja tidak mahu minta maaf, tetapi masih dengan sombong dan angkuh kerana dia tahu, PAS tak boleh pecat dia sebab kuasa di dua media penting parti ini dikuasai oleh PARASIT.
Saya mendapat maklumat yang banyak bahawa dua parasit ini banyak memburukkan presiden dan parti dibelakang, sama ada di dalam majlis atau seumpamanya.
MEREKA BERDUA INI MUSTAHIL BOLEH DIPECAT DARI DUA MEDIA TERSEBUT kerana PAS Pusat dikuasai oleh parasit yang bela mereka. Mereka ni muka tak tahu malu, tak mahu undur dan terus menumpang rezeki di 2 media parti tapi terus merosakkan parti dari dalam.
Oleh itu, saya merayu kepada seluruh ahli PAS di Malaysia, sebagai ahli yang sayangkan parti dan Islam, tolong buat aduan disiplin yang ditujukan kepada lembaga disiplin parti, CC kepada S/U dan mediakan kepada media2 yang ada. Atau at least, hantar ke blog saya. Inilah sahaja cara terbaik untuk halau parasit-parasit dari Harakah.
Tolong surat aduan disiplin secara terbuka terhadap dua parasit ini seperti:
1. jika dia pernah memberikan ceramah atau pengisian ditempat anda dia kutuk pimpinan atau PAS sendiri.
2. Jika dia pernah menulis atau bercakap tentang keburukan pimpinan pusat yang kita sayangi....
3. apa-apa sahaja yang boleh dibuktikan kelongkangan lidahnya.
Ayuh!!! Jangan tunggu... teruskan boikot harakah dan harakahdaily selama mana dua parasit ini berada di situ. Harakah bahagia tanpamu....
Kempen Boikot Harakah
Harakah lebih suka menonjolkan Anwar sebagai pemimpin, berbanding Hj Hadi sendiri, nampak sangat muktamar akan datang puak-puak Anwariyyun ni nak jatuhkan Hj Hadi. Dia orang ini lah yg kecoh-kecoh supaya kepimpinan islam ganti kepimpinan ulama, ummah centric, anti wala, anti dewan ulama.
Kalahkan Khalid Samad, Mujahid, Dr Dzul, Saari, Dr Mariah, dalam muktamar akan datang.
###
Agak jelas siapa ketua parasit yang dimaksudkan oleh Dr Hasan dalam persidangan akhbar semalam. Mereka yang cuba menukar PAS menjadi seperti PKR agar mudah diserap kedalam PKR nanti. Ya, hebat grand design mereka ini. Siapa pencatur sebenar?
thnx sebab bongkarkN hal2 ni......apa kata jika tuan bongkarkan kepincangan UMNO....saya betol2 nak tau kepincangan,salah laku,manusia parasit ahli hingga pimpinan tertinggi UMNO...semoga dijadikan pengajaran.......syukran ya sheikh...
ReplyDeleteorg PAS slalu meratib ke sana sini kata UMNO dah nazak.. tapi dalam dok syok mengata tak sedar pulak yg pokoknya pun dah sama nak tumbang..
ReplyDeletekesimpulan yg kita dpt sekarang adalah, DUA2 PARTI NI PUN DAH MAKIN MELEMAH DAN KIAN REPUT..
MELAYU MAKIN LAYU BAGAI TELUR DI HUJUNG TANDUK.. TAK TAU LA APA NAK JADI DAA PASNI..
Agenda dah diatur oleh orang luar... Mereka ini hanya watak yang dibeli sahaja. jgn takut, Melayu pasti ranap... tak dapat elak lagi... itu adalah grand design Soros USA dan Yahudi. Kalau PR menag akan lebih cepat lagi...
ReplyDeleteYang perlu hanya bersedia sahaja jangan terseret dalam agenda mereka. Dlm BN juga ada musibat ini, tak apa nanti kita bongkar kerana Islam mesti diselamatkan dahulu dari cengkaman Anwar(liberal Islam) + DAP (Liberal Christian). PAS macam orang lurus, dipersenda dek dua jenis makhlok ini. Wakil Anwar (parasit) punya angkara kenapa PAS berubah wajah.
Kalau negara aman dan PR menang PRU nanti, apa akan jadi? Adakah negara akan aman? Noooo !! Musibat dalam UMNO pula akan dikerah buat bantahan dan demo tah apa lagi...
Kalau BN menang pun akan ada demo juga, Anwar kan raja demo?
Mereka tetap mahu M'sia jadi macam Arab. Mungkin lepas tu baru Islam bersatu dalam diam menentang melalui paksi sebenar. wallahuaklam.
aliffmy
Inilah kerja perang saraf musuh-musuh islam, menyusup masuk dalam organisasi & memecah belah dari dalam serta antara organisasi..sedarlah umat islam! bersatulah...
ReplyDeleteTurunkanlah & buanglah pemimpin yang enggan bersatu serta menyatukan umat..mungkin ianya salah satu dari ejen-ejen yahudi & perosak agama..berfikirlah!...bertindaklah!