“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

30 January 2012

HJ HADI UNDUR tanda KEMELUT BERTUKAR JADI RIBUT

ULAMA PAS BERONTAK - PARASIT SEMAKIN ......

Haji Hadi Kecewa?

PAS dilihat semakin tidak tentu arah sejak pemecatan drastik dibuat ke atas Dr Hasan Ali.

Beberapa pimpinan yang diikhtiraf sebagai tokoh ulama mula memberontak mempertahankan beberapa prinsip yang dianggap bercanggah dengan dasar Pakatan pimpinan Diktator Anwar Ibrahim. Mereka semakin berani setelah dimulakan oleh Ketua Pemuda PAS menyerang Anwar Ibrahim.

Berakhir dengan tindakan tegas MB Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak berkaitan penggantungan 5 mahasiswa KUIN di bawah AUKU. Aziz Bari tiba-tiba membuat serangan kilat seperti diupah untuk menjatuhkan imej MB Kedah itu.



Ulama PAS kian terdesak dan mungkin terpaksa membuat percaturan baru menyelesaikan punca masalah berbangkit. Adakah kumpulan ulama PAS akan pergi meninggalkan PAS dan menyerahkan parti itu kepada para parasit?

Akibatnya, pengumuman Haji Hadi Awang untnk meninggalkan perjuangan PAS dan seterusnya tidak mahu bertanding pada PRU13 satu keputusan mengejutkan semua pihak. Ada dua kemungkinan.

1. Ia hanya gimik politik. Memalingkan isu yang sedang terfokus kepada Dr Hasan Ali supaya ahli PAS dapat bertenang sambil memancing simpati dari ahli.
2. Malu dengan tindakan tergesa memecat Dr Hasan yang kini sedang membahang dan berkemungkinan menjejaskan pengaruh PAS dalam PRU nanti.

Tindakan Haji Hadi Awang yang membuat pengumuman terus kepada media membangkitkan kemarahan besar buat kumpulan Pro Erdogan atau kini digelar Parasit PAS. Kenapa ia tidak dibincangkan terlebih dahulu dalam majlis kepimpinan PAS. Haji Hadi seperti sudah hilang semangat apabila Anwar membuat statement untuk mempertahankan negara Israel dan sebelum itu menyatakan sokongannya kepada aktiviti seks rambang dan liwat (gay). Sesuatu yang tidak dapat diterima atau bertentangan dengan dasar PAS. 

Tindakan luar jangka ini akan diketahui puncanya sebaik sahaja Nik Aziz membuat penjelasan nanti. Apa yang menarik untuk diketahui ialah sejauh mana ia akan membuatkan perancangan sulit parasit ini terjejas. Adakah Haji Haji sengaja menjerat kumpulan parasit setelah semua rahsia mereka diketahui umum walaupun belum dibongkar oleh Dr Hasan.

Apa pun keadaannya, PAS akan mengalami kekacauan besar dalam kepimpinan. Akan terjadi peperangan antara penyokong ulama dan penyokong parasit.

Hadi Awang dilihat seperti ada komplot tersembunyi bersama Dr Hasan Ali dan beberapa Pemimpin Ulama PAS seperti Nasharuddin, Dr Harun Din, Taib Azamuddin dan Ismail Kamus. Tidak mustahil mereka bersam-sama penyokong akan keluar dari PAS beramai-ramai menyertai Kuasa Ketiga yang amat ditakuti oleh PKR terutamanya Anwar. 

Rata-rata ulama PAS bersetuju dengan tindakan Dr Hasan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai exco selangor dahulu. Demi Anwar dia terpaksa disingkirkan. Ia ada kaitan dengan desakan Azmin Ali. Dr Hasan disingkir secara tergesa-gesa dari jawatan exco Selangor sebelum tamat edahnya (tempoh rayuan) oleh TS Khalid dari PKR dan jawatan exco agama dirampas oleh TS Khalid sendiri, keikhlasan PKR mula diragui. Ini menyebabkan luka bertambah parah. 

Kekecewaan ini walaupun cuba disembunyikan dengan membuat keputusan untuk menutup mulut, akhirnya terzahir juga.Tidak dapat bertahan lama. Selepas Anwar membuat kenyataan menyokong negara Yahudi dan disiar secara meluas, Haji Hadi melakukan drastik dan berani membuat kenyataan akhbar untuk berundur.

Pimpinan di kalangan Parasit PAS dikesan semakin kerap mengadakan Mesyuarat Tergempar tanpa pengetahuan Presiden PAS tersebut (secara sulit). Ini mungkin menjadi penyebab utama tindakannya memandangkan hanya dia seorang sahaja kumpulan ulama yang menganggotai AJK Pusat PAS sekarang setelah kumpulan yang seiring dengannya tewas dalam muktamar yang lalu dan diganti dengan ahli dari kumpulan parasit (pro Anwar). Teori mengenai wujudnya kumpulan parasit yang berhubungkait dengan perancangan JIM/IRC semakin nyata.

Kita akan lihat kesan dari kemelut ini dalam masa terdekat sejauh mana Anwar berjaya menghalang tindakan Haji Hadi ini. Anwar pasti akan kecewa besar jika ia gagal memujuk Haji Hadi dan pastinya PR juga akan menerima tempiasnya. Walau apa pun, luka sudah kelihatan dalam kem PAS dan pertentangan dengan PKR semakin membesar.

Adakah PAS sudah hilang kepercayaan kepada Anwar? Namun AJK Pusat PAS (parasit) akan diketuai oleh rakan karibnya yang satu masa lalu pernah menggelar Anwar sebagai Syeukh al Jubori iaitu Ahmad Sabu pasti akan bangun berkerja kuat bagi pihak Anwar.

Adakah PAS akan keluar dari Pakatan bertanding bersendirian dan menganggotai semula selepas PRU13? Taktik ini pernah diperbincangkan oleh beberapa penganalisis politik tanah air satu masa dahulu semasa isu hudud dibangkitkan oleh Nik Aziz. Ataupun keluar dan bergabung menjadi sebahagian dari kumpulan pendesak baru yang diketuai Dr Hasan Ali?

Banyak kemungkinan akan terjadi tetapi yang pastinya PAS akan hancur jika masih bersama PR, dimana perpecahan sudah diambang pintu. Jika masih kekal dalam PR, Mampukah mereka mendomonasi PR dalam PRU nanti?

Pertahan Aqidah

SIRI CERAMAH HIMPUN ESOK - HASAN ALI GEGAR PARLIMEN UTAMA PARASIT PAS DI SHAH ALAM BERNAMA KHALID GEREJA.


DATANG BERAMAI-RAMAI. SEBARKAN. DEMI PERKUKUHKAN AKIDAH UMMAH DARI PENGARUH MURTAD.


Sebelum itu apakata layan ulasan sdr HHalim ini... hahaha


Pok Nick Putuskan Hadi Mesti “Berkhidmat Sampai Mati”




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive