“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

14 January 2012

penjara jiwa - sok sek sok sek kes liwat 901



Liwat 901 belum lagi bebas sepenuhnya…

1. Bagai nak rak Anwar terkejut apabila YA Hakim Dtk Mohammad Zabidin membebaskan Anwar. Kenapa? Orang yang rasa dirinya tak bersalah tidak akan rasa terkejut…dok gitu? Samaada Anwar terkejut kerana rancangannya untuk huruharakan Malaysia tak kesampaian atau kerana dakwaannya kes ini satu konspirasi terhadap dirinya sudah dibaca dari awal2 lagi.

2. Saiful redha dengan keputusan dan mengatakan hukuman Allah di Mahsyar pasti menunggu. Kenapa? Saiful amat insaf dengan keputusan mahkamah dan ingin membuat rayuan di Mahkamah Rayuan. Kenapa Karpal dan Bar Council cuba menyekat apabila Saiful ingin membuat rayuan?

3. Tup tup Karpal sekarang ni yang mengelabah…kenapa? Macam ada sesuatu tak kena atau isu konspirasi yang dicanang sudah dapat dibaca? Atau Karpal sendiri takut pada taklik ‘suka sama suka’ yang dibuat dalam mahkamah akan memakan diri Anwar?

4. Anwar juga risau apabila meneplak Panel Code 377 mengenai kesalahan liwat yang sudah lapok masih digunapakai oleh kerajaan Malaysia, kenapa? Sambil disambut pula oleh golongan ProGay Filipina yang menyokong pembebasan Anwar, lantas mencabar Panel Code 377 pula. Apa kaitan Anwar dengan puak2 ProGay ni?

5. Yang pasti Anwar tidak bebas sebagaimana yang didendangkan dengan pelbagai rentak tarian dijalanan oleh kaum2 muslimat Pas. Anwar masih lagi menunggu 2 perbicaraan; 1) perbicaraan dikotak2 undi pada PRU13 tak lama lagi, 2) perbicaraan sebenar dihadapan Allah SWT di Masyar kelak. Yang pasti golongan atas pagar yang tak aktif politik, bijak dan professional yang tergolong dalam kelompak 40% pengundi akan menghukum Anwar nanti…kenapa? Kerana Anwar bukan bersih sebagaimana yang diidamkan oleh puak2 pembangkang, imej kotor yang dibawa selama ini tidak boleh dibersihkan hanya dengan pembebasan dalam Liwat 901, lantaran itu, rakyatlah yang akan membersihkan Anwar dari arena politik tanah air… naw

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan sentiasa menyeru kepada kebenaran dan kebaikan”

Nasihat wak pada penyokong DSAI trutama orang-orang PAS, jika kamu mengaku sebagai orang yg beriman, beramal soleh lah dan serulah kepada perkara-perkara yang benar dan buatlah kebaikan semasa hidup ni.

Hubungan songsang sesama jenis ni memang dah jelas HARAM dan DOSA BESAR. Jangan lah sia-siakan masa kamu dengan menyokong dan berbalah dengan perkara kuffar ni. Jauhi dari terjebak dengan mainan syaitan, takut nanti bila Allah panggil tak sempat nak taubat….. sia-sia hidup. Wak Kang 

A.w.w. handai taulan. Inilah yg saya katakan sebelum ini bahawa walaupun di satu pihak Anwar dan panel peguambelanya gembira dia dibebaskan, tetapi di pihak lain Anwar dan konco2nya dipenjarakan oleh ‘rasa bersalah’ kerana dia sebenarnya tidak dibebaskan secara mutlak. Rasa bersalah ini wujud kerana pembebasannya bukan 100% disebabkan oleh fakta/bukti/alasan bahawa dia tidak bersalah langsung. Ini juga bererti bahawa dlm minda orang ramai, masih wujud tanda soal mengapa Anwar enggan bersumpah mubahalah, mengapa isu pitavideo chinadoll belum selesai, mengapa kes jam Omega belum terhurai, mengapa itu dan mengapa ini dlm kes Anwar. Selagi tanda tanya besar ini tidak terjawab, selagi itulah Anwar akan merasakan dirinya dipenjarakan dan selagi itu jugalah jiwanya akan resah dan gelisah, walaupun dari segi luaran dia kelihatan gembira, menari sana menari sini dan terkinja sana terkinja sini. Soal yg paling besar ialah selagi nama baik Anwar terpalit dgn pelbagai isu moral dan etika. Dan sebagai seorang politikus yg bercita2 besar, persoalan etika dan moral ini boleh menghambat cita2nya utk menawan Putrajaya, mentelah lagi jika dia juga terpalit dgn isu2 pengkhianatan kerana bersekongkol dgn unsur2 dalam dan luaran yg memusuhi agama, bangsa dan negara. Salam. warisatuliman2011 



CUKUP BERSETUJU.

DENGAN KATA LAIN JUGA ANWAR HANYA “MENANG SORAK…TETAPI KAMPUNGNYA TERGADAI..” KREDIBILITINYA SUDAH TIDAK ADA LAGI WALAU APA PUN TOHMAH YANG AKAN MEREKA PERGUNAKAN SEKARANG INI.

KEMENANGAN ANWAR ADALAH MERUPAKAN “BLESSING IN DISGUISE” KEPADA PENCINTA KEBENARAN KERANA SELEPAS PRU13 ANWAR DAN PARTINYA AKAN HILANG SAMA SEKALI DARI ARENA POLITIK MALAYSIA.

ITU BELUM LAGI DIAMBIL KIRA SAMA ADA RAYUAN AKAN DIBUAT. APA PUN AKU KIRA RAYUAN TIDAK AKAN BERMULA “IN EARNEST”, SEHINGGA SELEPAS PRU13 DAN AKU AMAT YAKIN ANWAR AKHIRNYA AKAN DIDAPATI BERSALAH MELALUI PERINTAH MAHKAMAH UTK MEMBEKALKAN DNA NYA.

ANWAR AKAN KEPENJARA JUGA AKHIRNYA SELEPAS PENGAIBAN KEKALAHANNYA DIPRU13.  Rimau 




Sunyi Sepi penuh tandatanya
Wujudnya suasana ‘sunyi’ di kalangan Pakatan Rakyat setelah kejayaan besar 9 Januari yang lalu. Kalau kita kenal dengan Anwar Ibrahim, kalau kita kenal dengan Azmin Ali, kalau kita kenal dengan Saifuddin Nasution – kita semua akan tahu bahawa mereka akan menjadi euphoria dan tak menentu.

Mereka akan melakukan banyak perkara dalam memastikan imej Anwar akan kembali bersih seperti bayi yang baru lahir.

Kalian kena tahu dan faham – bahawa semua ‘kesunyian’ ini berlaku kerana sebab yang besar. Walaupun pada hakikatnya, keluarga Anwar sendiri seronok dan sedang bergembira; mereka kembali senyap dan sunyi apabila dinasihatkan oleh Karpal tentang beberapa perkara.

Sebagai seorang peguam yang handal – Karpal sendiri sudah berpesan kepada keluarga supaya bersiap sedia dengan kemungkinan drama mahkamah akan bermula semula.

Karpal, pada malam kelmarin, secara terus terang mengatakan dia masih RISAU dan TAKUT dengan penghakiman bertulis yang bakal diberikan oleh Hakim nanti. Kepada Karpal, akan ada kejutan baru yang akan menyebabkan mereka kembali menjadi defensif. baca seterusnya 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive