“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

14 January 2012

Semak Semula SBPA - tindakan segera perbaiki kepincangan

Masih mengenai SBPA.

Hujan emas dah tak jadi turun ke kem PR, angin bakal bertiup kencang mengalihkannya ke kem BN. Suatu yang menakjubkan.



Baru-baru ini ada seorang kuli PR masuk mengaum menghina TokMisai. Lebih kurang macam mentertawakan semua pemblog pro kerajaan (TokMisai bukan orang UMNO... hehe dia tak tau) kononnya sesia sahaja bodek kerajaan. Dia lagi bijak, katanya gaji dia melambung-lambung. Entahlah dia kerja dengan siapa, mungkin jadi CEO syarikat tajaan PKR atau DAP agaknya. Kalau dia orang JUSA rasanya tak masuk akal langsung, cara meroyan pun kita kenal.

Apabila ia ditangguhkan, tak hendak pula dia datang menyalak. Memang dasar pemakan tahi pakatan (huruharakan) rakyat. Tetapi TokMisai tak pernah ambil hati pun, TokMisai dah tahu memang itulah perangai dia orang memuaskan hati bongkak mereka dan hanya mencari salah orang lain. hahaha.  jangan marah ya?


Kita kembali kepada SBPA.
KSN terlibat?

Belum pernah terjadi dalam mana-mana pentadbiran PM terdahulu arahan pelaksanaan gaji baru Kakitangan Awam terpaksa ditarik balik walaupun dengan kata "ditangguhkan" sebagaimana diumumkan PM semalam. Apa pun kesannya, ia adalah tindakan paling berani dan terbaik dilakukan PM. Membuktikan komitmennya mengutamakan kepentingan rakyat dari kepentingan dirinya.

DSN pasti akan ditohmah sebagai tidak cekap atau tidak konsisten dalam tindakannya dengan mengambil kes ini sebagai alasan. Tidak perlu bimbang, ia tidak akan memberi sebarang impak kepada pengundi kerana  dalam kes ini yang terlibat dan perlu dijaga hanyalah Kakitangan Awam sahaja. PR hanya boleh menjadikannya sebagai cerita penglipurlara yang tiada sebarang kesan, sebagaimana DSAI dalam kandang tertuduh bersyarah panjang, akhirnya tiada siapa peduli.


Walau apa pun keadaannya, kakitangan Awam amat berterima kasih kepada PM atas tindakan beraninya itu. Biarlah apa yang pembangkang nak kata, yang penting hasrat membantu rakyat menjadi kenyataan. Rakyat sendiri akan menilainya.

JPA pun satu hal juga. Seperti ada kutu babi dalam jentera kerajaan. Seperti ada dalang memasang jerat untuk membunuh kerajaan DS Najib. Amat menghairankan JPA bertindak menyerang kerajaan dari dalam, mengambil kesempatan terhadap kepercayaan DS Najib kepada mereka. Sepatutnya JPA sebagai salah satu badan terpenting kerajaan membantu menaikkan reputasi dan imej kerajaan sebagai majikan yang membayar gaji mereka selama ini. Bukan sebaliknya. Mengapa perlu lakukan sabotaj yang tak masuk akal sebegitu. Lebih ketara bila memaksa Kakitangan Awam menandatangai borang dalam tergesa-gesa seolah ingin menutup kurap di kepala.

Dengan izin Allah Datuk Omar Osman segera membuat bantahan. Tahniah kepada Datuk Omar kerana menjaga kepentingan ahli naungannya dengan baik.
CEUPACs

Memang tidak patut JUSA mendapat lonjakan kenaikan gaji di luar kadar mubasabah. Bukan tidak boleh naik tinggi tetapi biarlah kakitangan rendah diutamakan. Bukankah gaji JUSA sudah sedia tinggi, kenapa perlu dianaikkan sehingga beribu-ribu ringgit. Biarlah masuk akal sikit. Jangan keterlaluan.

Harap perkara sedemikian menjadi pengajaran kepada pegawai tinggi kerajaan supaya kerap menoleh ke bawah dan lihat penderitaan pegawai bawahan jika pun tak selera nak pandang wajah boroh atau pekerja am yang makan nasi berulam garam. Buanglah sifat tamak haloba. Janganlah sesekali jadi parasit dan dendalu yang membunuh tuan kamu sendiri demi kepentingan diri. Mementingkan diri sendiri adalah sejenis rasuah yang tidak ketara dipermukaan. Ibu segala kejahatan. Perbuatan anda sama seperti salah guna kuasa dan patut didakwa ke mahkamah. Manusia semacam kamulah yang menjadi punca kejatuhan kerajaan-kerajaan besar terdahulu. Di mana taat setia kamu?

Selagi kerajaan yang memerintah menjaga rakyatnya dengan baik, tidak zalim serta menjaga agamanya sebaik yang dia mampu, adalah menjadi suatu kesalahan jika ada kalangan rakyat yang bertindak khianat menjatuhkannya. Lebih jahat lagi jika impikan kehancuran negara melalui kekacauan dan huru hara. Nik Aziz tentu maklum mengenainya walaupun cuba mengelak dari memperakuinya demi kepentingan diri dan juaknya. Betul tak?

Saya tidak faham kenapa ada dilkalangan penyokong PAS dan PKR mengungkapkan kata-kata "kerajaan zalim". Zalim macam mana yang dimaksudkan? Mendenda kamu atas jenayah yang kamu lakukan dianggap zalim? Menangkap kamu untuk selamat negara dari huru hara kamu anggap kerjaan zalim? Apa yang tidak zalim bagi kamu? Biarkan sahaja apa yang kamu suka buat dan menyokong cara kamu walaupun di luar batas akhlak barulah dikira adil bagi kamu?

Beginikah cara kamu mendidik masyarakat penyayang? Melakukan perbuatan tak bermoral dianggap tidak zalim bagi kamu. Menceroboh hak orang lain dianggap tidak zalim bagi kamu. Melalak melolong terjerit-jerit mencerca dengan kata-kata "mampos" itu baik dan beretika bagi kamu. Gambaran muslimah masa kini yang tidak lagi mencermin akhlak wanita Islam. Itulah yang dikatakan baik dan tidak zalim. Sebenarnya anda sedang menzalimi diri sendiri. Model wanita yang ditonjolkan PAS (kes 901) adalah manusia yang tidak patut dicontohi. Tidak kiralah apa alasannya.

Bukan TokMisai nak menangkan kerajaan dan bencikan PAS, tapi cara penjelmaan akhlak nampaknya penyokong kerajaan lebih bertamaddun. Itu kenyataannya.

bravo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive