“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

10 January 2012

Berita buruk untuk BN - Kakitangan kerajaan melenting - SBPA tak adil

Hujan emas menanti Pakatan Rakyat. Boleh senyum sampai telinga hehehe


Seorang sahabat lama berjumpa saya, berpangkat juga orangnya menghabiskan masa berbual panjang. Masih bekerja di sektor awam kerajaan sebagai Pegawai Tadbir Kanan. Perbualan kami hanya menyentuh topik am mengenai nasib dan masa depan orang Melayu dan ancaman terhadap agama suci Islam. Masa itu kesah 901 belum lagi terjadi.

Perbualan kami menjadi serius apabila menyentuh Saraan Baru Perkhidmatan Awam iaitu skim baru yang dilaksanakan kerajaan baru-baru ini. Rupa-rupanya sahabat saya itu telah tahu keseluruhan maklumat gaji baru ini termasuk elaun dan cara pengiraan kenaikan gaji. Saya yang kurang arif mengenainya hanyalah banyak berdiam menjadi pendengar hanya sesekali menyampuk.

Selepas memberi penjelasan, dia mengeluh "ahhh... kali ini kena pangkah yang lain kot?" Bahasa dalam loghat utara. Aku terperanjat dan bertanya kenapa? Katanya dia amat kesal dan sakit hati dengan kadar bayaran yang bakal diterimanya walaupun sudah dekat nak pencen. Atas status timbalan pengarah dia hanya layak menerima kenaikan tak sampai pun RM400.00.

Saya tanya kembali, kenapa pula bukankah RM400 itu kira banyak juga. Merah padam mukanya menahan nafas, agak marah juga dia ketika itu.

Setelah menarik nafas panjang, dia maklumkan bahawa apa yang dia dapat tak sampai 10 peratus dari pegawai atasannya yang berpangkat JUSA (jawatan utama sektor awam). Pegawai JUSA peringkat bawah pun bakal menerima kenaikan RM6000. Itu belum lagi pegawai JUSA yang lebih tinggi.

Kalau dia seorang Timbalan Pengarah yang dah dekat nak pencen hanya layak mendapat tambahan bawah RM400, bagaimana nasib pegawai bawahannya. Pendek cerita, semua kakitangan sokongan bakal menjerit melolong selepas mengetahui pegawai JUSA menerima kenaikan berpuluh kali ganda. Katanya lagi kerajaan telah melakukan kesilapan besar melaksana kenaikan gaji ini ketika pilihanraya semakin hampir. Pasti sebahagian besar kakitangan awam akan membuat protes yang boleh meruntuhkan kerajaan.

Saya tergamam seketika mendengar kata-katanya. Tak sangka akan menjadi sedahsyat itu. Satu liabiliti kepada kerajaan pula setelah berusaha membantu kakitangan awam memperbaiki ekonomi mereka. Pegawai JPA telah mengambil kesempatan. Rupanya ia satu strategi yang benar-benar silap. Dia bertanya saya adakah saya ada mendengar apa-apa perkembangan dari ceupacs setelah berbincang dengan JPA? Saya hanya gelengkan kepala tanda tidak tahu. Memang saya tidak mendengar apa-apa perkembangan dari ceupacs selepas kenyataan Datuk Omar Osman tempoh hari.

Dia bimbang pihak JPA akan sembunyikan maklumat ini daripada ceupacs untuk mengelak dari mendapat bantahan. Pegawai-pegawai JPA dan SPA itu tentunya dikalanganm kumpulan JUSA yang bakal menerima bayaran lumayan dari skim SBPA ini. Jika benar terjadi hal ini, ia akan menjadi masalah besar kepada DS Najib. Mampukah kerajaan membetulkan keadaan dalam masa singkat ini bagi mengelak bencana yang tidak disangka?

Sah DS Najib kena tipu dengan JPA. Kita tidak tahu apa kesannya dalam pilihanraya nanti, mungkin kerajaan sekarang akan tumbang dengan mudah hanya kerana sedikit kealpaan Perdana Menteri. Jika tidak diperbaiki sebelum pilihanraya, tentulah DS Najib akan menangis menyesal. Bukan sedikit kakitangan awam yang akan turun mengundi untuk memperotes kerajaan.

Kesian Najib. Jadi PM tak sampai satu penggal, dah kena penampar sulung kakitangannya sendiri. Kalau tak rebah kira bernasib baik lah.

Menakutkan....  PR tentu senang hati bila mengetahui bakal menerima hujan emas percuma. Semua tahu bahawa seluruh kakitanga awam adalah layak mengundi, 1.4 juta orang, banyak tu. Mereka pasti akan turun dengan ghairahnya untuk memangkah pembangkang. Apabila marah menguasai diri, mereka tidak lagi peduli tentang bangsa dan agama. Inilah yang paling ditakuti.

Apakah yang telah ceupacs lakukan? Mampukah dia bantu selesaikan masalah ini? Nampak seperti satu hal yang amat mustahil.

Bersedialah menerima PM baru yang sudah rosak akhlaknya. TPM Cina haprak bekas komunis. Nasib malang kau Melayu. Islam akan dinodai oleh liberalisma. Negara akan bertukar jadi negara bebas seks. Pondan bebas berulit manja tanpa bimbang....  Ohhh piluuuu..nyaaa...

Hahahaha... bloger UMNO... kesian!! ... gue pun ... haha

Mahukah DS Najib membaca rungutan dari blog cabuk ni... uhuhu... Nasib lah kau... Kepada blogger pro kerajaan, nampaknya usaha anda sia-sia sahaja. Buat penat pikir nak cari idea menghentam kem pakatan. Ada yang tak tidor malam. BN akan tewas mudah kerana silap sendiri....  Cubalah bantu kalau mampu....

adios... Barisan oh barisan... nasibmu... nasibku jua...

8 comments:

  1. ko ni ade 6 sense ke bleh tau ape jd pas pr memerintah.........???? citer nak leb la ko ni misai nanyok.....geng ultra melayu dh malu diri sndiri,kate nk turun reramai,50 ekor budak balaci paria yg turun,pekida usah citer,aktiviti dakwah n ibadat ni bukan mainan derang,kalo parti tonggang arak,tu satu selangor n kl bleh abis turun....lg ko nk citer melayu diperintah oleh kafir.....

    ReplyDelete
  2. masalahnya JPA tak ikut formula kenaikan seperti yang dibentangkan di Parlimem, iaitu kenaikan 7 - 13 peratus.

    ReplyDelete
  3. mamat10.56, heh eksen lak... apa citer ko.. dia nak bagi tau kalau tak buat ... dia kalah... ada paham x? sapa nyanyok ko ke dia? ada otak main trup, tu la ko. negara nak kna jual pun x sdar.

    Citer jer lebih. bebudak kolej kencing tak betul pun ko tak leh celen.

    ReplyDelete
  4. najib cari penyakit, tak periksa betul2. mamat atas tu yang susah, nak kena asah parang... tah2 parang pun tak reti pegang.

    ReplyDelete
  5. ADA MUSUH DALAM SELIMUT?? ADA AGEN RAHSIA DALAM JPA???INILAH MASALAH YANG TIMBUL APABILA CINTAKAN DUNIA DAN TAKUTKAN AKHIRAT.

    ReplyDelete
  6. Ha. Ha Ha. Gaji aku akan naik berkali anda walaupun tak jadi blogger pengampu.
    Yang penting kena bijak...bijak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan makan, jangan lupa telan banyak2 supaya senang berak... hehehe.. teran jangan tak teran.

      Delete
  7. Tak logik langsung DS Najib kena tipu dengan JPA...

    Budak tadika pun tak percaya...

    Wassalam,
    Wan.
    mlshaharizuan@yahoo.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive