“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

01 January 2012

Malaysia tidak boleh terima Perdana Menteri gay: Raja Petra






Saya ada bercakap dengan orang yang pernah bersamanya dalam kerajaan dulu. Mereka jelaskan bahawa Anwar ada skeleton in the closet. Namun begitu, anda masih sokong Pakatan?.

Jawapannya, apakah pilihan yang kita ada. Orang sokong Anwar kerana mereka kata Anwar sebagai alternatif kepada apa yang kita ada hari ini. Pakatan sangat kagum dalam ‘menunjukkan’ Anwar sebagai pemimpin yang berkebolehan. Saya ada menulis tentang ini sebulan yang lalu. Seramai 28 juta rakyat Malaysia hanya ada seorang Anwar Ibrahim. Siapa yang boleh mentadbir negara ini? Tak ada orang lain lagi ke? Ini bukan satu benda yang saya cakap hari ini tetapi saya dah tulis tentang ini lama dulu.

Pada pendapat saya, Pakatan sedang meningkatkan karisma Anwar. Dia penarik, ke mana sahaja dia pergi keluar negara dia menarik minat orang ramai. Bagus juga Pakatan gunakan kelebihan ini. Benarkah dia begitu? Ia hanya satu persepsi. Saya tahu ramai yang sokong Pakatan tetapi mereka tak berapa gembira dengan Anwar.

Isunya sebab kita hidup dalam masyarakat seperti Malaysia yang tidak boleh terima cara hidup begitu. Di Malaysia, masyarakat belum bersedia. Mungkin mereka tak akan bersedia kerana mereka ini masyarakat Islam yang konservatif.


Gay

Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh. Anda boleh jadi menteri dan gay sekali gus. Di Malaysia, anda kena pilihlah. Anda nak jadi gay, teruskan. Saya tak ada masalah tapi anda nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, dah tentu di Malaysia tak boleh.

Walaupun bukan gay, tapi kalau anda tinggal dengan wanita lain bukan isteri, ia juga tidak diterima. Kalau nak jadi Perdana Menteri, anda tidak boleh begitu. Kena pilih salah satu.

Saya tidak pertahankan perbuatan yang tidak bermoral tapi itu pilihan anda. Kalau anda pilih itu, anda tak boleh dapat yang ini. Di UK anda boleh dapat kedua-duanya. Di Australia, anda boleh dapat kedua-duanya.

Saya tidak peduli. Kalau anda kata: “Adakah Anwar seorang gay?” Saya kata mungkin. Tapi tak boleh jadi Perdana Menteri. Itu realitinya.

Projek 901

Saya yang mulakan Kempen Bebaskan Anwar pada 2000. Ya, malah saya dapat panggilan daripada seseorang , adakah saya dah sedia untuk lancarkan yang baru. Saya kata, Anwar belum dijelkan. Kenapa kita mesti ada kempen bebaskan Anwar? Kata mereka ini persiapan untuk Anwar.

Ini mungkin sesuatu seperti pada 1999/2000. Dah 12 tahun pun. Kita tak boleh kembali kepada masa lalu. Kita tak boleh undur masa. Semua dah berubah. Hal seperti kempen bebaskan Anwar ini tak akan dapat pengikut seperti pada tahun 2000. seterusnya - Raja Petra Kamaruddin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive