“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

15 January 2012

SENSASI: Ahli PAS Boikot Harakah gara-gara "parasit"


Harakah diboikot oleh ahli PAS sendiri


Berlaku kekalutan dahsyat dalam kem PAS pada masa ini. Sebahagian dari ahli PAS melahirkan rasa tidak senang hati terhadap tindak tanduk beberapa pemimpin PAS kalangan professional (bukan ulama). Mereka ini juga pernah digelar kumpulan erdogan atau ahli ICR. Ada pihak yang yang sedang berkomplot untuk menggulingkan pemimpin ulama dalam PAS, kata mereka.

Kini beberapa laman blog baru muncul dengan pendekatan baru. Ia menjadi semakin sengit dan hangat apabila berlakukunya pro dan kontra pemecatan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali. Sempena pemecatan tersebut terjadi pula peristiwa 9 Januari, kempen BA901.

Jelaslah sekarang mengapa sambutan peserta 901 menjadi hambar. Sebahagian ahli PAS yang masih sayangkan Dr Hassan yang juga menamakan diri mereka pro ulama telah memboikot demo 901 lalu. PKR tidak mempunyai ahli yang sesetia PAS, sebab itulah Anwar berharap sangat ahli PAS turun berhimpun di mahkamah baru-baru ini. Ternyata Anwar begitu kecewa.

Setelah meneliti beberapa blog rakan PAS kita, baharulah difahami kenapa sokongan kepada Anwar merudum. Ianya bukan kerana Dr Hassan. Ia telah berlaku sebelum itu lagi dan pemecatan Dr Hassan itu hanya menjadi turning point.

Kini terjadilah sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan, PAS bakal berpecah (seperti yang berlaku kepada UMNO dahulu) akibat kebencian sebahagian ahli  kepada kumpulan pemimpin mereka yang lebih taat patuh kepada Anwar melebihi Nik Aziz atau Hj Hadi.

Malah lebih sensasi pembongkaran besar-besaran sedang berlaku sekarang dimana beberapa wajah telah dapat disingkap sebagai "parasit" dalam PAS. Semua mereka ini terdiri dari bekas pemimpin ICR yang menyelinap masuk ke dalam PAS selepas Anwar dipecat dari UMNO. Mereka ialah talibarut Anwar yang bersetia dengan konspirasi terancang untuk menguasai PAS dalam diam. Seterusnya mengambil alih PAS dari penguasaan ulama. Antara muka yang amat dibenci sekarang ialah Khalid Samad dan Saari Sungip. Mereka dianggap dalang sebenar pemecatan Dr Hassan dari PAS. Dr. Rani (Pesusuruhjaya PAS Selangor yang baru) juga dikatakan bersama mereka dalam komplot ini.
Petikan dari pendedahan menarik salah seorang peserta forum menggunakan nama Abu Zahid. Forum bertajuk pengkajian "parasit" dalam PAS.

Q : Siapakah "parasit" yang dimaksudkan itu?
A : Mereka yang menyelinap masuk ke dalam PAS dengan maksud menguasai dan kemudian mengambilalih PAS sebagaimana yang dijelaskan dalam Kertas Kerja berjudul "Usul Masuk UMNO" bertarikh 28 Februari 199. Mereka adala dari kalangan Jemaah asalnya di UK bergelar Islamic representative Council (IRC) atau Majlis Syura Muslimun (MSM) dan kini menubuhkan JIM dan IKRAM di Malaysia. Cuba baca http://jalan-yang-satu.blogspot.com. Baca juga buku tulis Ayah Hasan Firdaus (1989) berjudul Gerakan Islam – Satu Sejarah dan Pengalaman, Bandar Baru Bangi:  Madrasah Muttaqin dan juga karangan Zainah Anwar (1990), Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar, Kuala Lumpur: Pelanduk Publications. 
Q : Mengapakah enta gelar IRC sebagair "parasit"?
A : Kerana mereka memasuki PAS tidak dengan maksud ikhlas 100% untuk membantu PAS. Mereka tidak meletakkan kesetiaan kepada kepimpinan ulamak PAS, tetapi menggunakan PAS dengan objektif tersembunyi mereka seperti dalam grand design "HIS". Parasit ni tak boleh hidup sendirian, asyik nak tumpang benda hidup lain.

Q : Tapi parasit ni menyokong Mursidul'Am dan beberapa pimpinan PAS?
A : That's the point. Pimpinan yang telah mereka racuni, sebulu dengan mereka tanpa pimpinan itu sedar, mereka dipergunakan oleh parasit sepenuhnhya. 
Q : Isssyyyy, enta ni! Takkanlah pimpinan dan Mursyidul 'Am tidak sedar??
A : Inilah liciknya IRC ni. Perancangan ini makan bertahun-tahun lamanya. Ia bermula sejak awal 80-an lagi terutamanya setelah DSAI masuk UMNO Julai 1982. Waktu itu Ustaz Alias Otham dan Mustafa Abdul Kader masuk Lajnah tarbiyyah PAS di bawah TGHH. Kemudian selepas diketahui gerak kerja mereka dalam PAS kedua-duanya ditendang keluar. Dulu zaman arwah TG Ustaz Fadzil, selaras dengan PRU tahun 1999, berbondong-bondong tenaga profesional IRC masuk PAS seperti Dr Dzul Ahmad, Shafie, Tarmizi dan lainnya. Kemudiannya Saari. Ada yang masuk PKR seperti Sahri Bahari yang pernah pegang Naib Presiden PKR. Waktu itu, pintu politik terbuka luas dan IRC ambil peluang setelah Majlis Syura Jamaah mereka mengizinkannya makah menggalakkannya. Tapi bukan semua turun padang. Majoriti kekal dalam tanzim rahsia.
perancang ala zionis

Harakah juga telah dikuasai sepenuhnya oleh ahli kumpulan kongsi gelap ini, parti dalam parti. Kemarahan ahli PAS semakin memuncak apabila ada usaha untuk memburuk-burukkan presiden PAS, Haji Hadi Awang. Harakah membantu mengeluarkan kenyataan2 yang memihak kumpulan ardogan ini dan meremehkan presiden dan ahli syura yang terdiri di kalangan ulama. Ada yang mengatakan Harakah sekarang tak ubah seperti lidah PKR...  aaawww

Perkembangan selanjutnya akan lebih menarik.....hahaha...  . tunggu....   Bravo!



1 comment:

  1. sudah tiba masanya kita bersihkan pas daripada setan-setan dalam pas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive