“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

sakit

Kita percaya bahawa terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan manusia mendapat kesakitan. Sebahagiannya adalah faktor fizikal, sebahagian lagi pula adalah faktor spiritual (psikosomatik). Oleh itu, sebagai orang yang beriman, kita tidak menerima bahawa setiap kesakitan datang daripada sesuatu penyakit dan hanya perlu melakukan sesuatu dalam hidup kita (merawat secara fizikal).Tetapi ia juga merupakan tindak balas kerohanian yang memberi kesan kepada manusia dan membuatkan mereka rasa sakit.

Setiap rasul menasihati umat mereka, orang-orang yang beriman dan para pengikutnya agar menggunakan "amal kebajikan" sebagai satu perlindungan daripada penyakit. Bukan dalam Islam sahaja yang mengatakan bahawa amal kebajikan dapat memberikan perisai kepada kita daripada penyakit. Setiap agama (samawi) telah menyatakan melalui rasul-rasul mereka mengenai kepentingan memberi atau melakukan kebajikan.

Kerana itulah kita mengulang-ulang perkara yang sama seperti mana yang dilakukan oleh para rasul, termasuklah rasul terakhir, sejahtera ke atas Baginda dan mereka (rasul-rasul yang lain). Amal kebajikan mesti dilakukan atau diberikan terlebih dahulu. Sebelum menggunakan sebarang ubat-ubatan, manusia perlu cuba merawat dirinya dengan melakukan amal kebajikan. Kerana itulah amal kebajikan sangat penting.


Apabila kita memahami perkara ini, maka perawatan menjadi mudah bagi orang yang beriman. Bagi orang-orang yang tidak beriman, perawatan adalah sangat sukar. Roh membantu orang yang beriman untuk dirawat, tetapi orang yang tidak beriman mempunyai roh yang menentang dirinya sendiri dan perkara ini tidak akan pernah menyokong mereka. Jadi, perawatan bagi orang yang tidak beriman adalah lebih panjang dan lebih lama, atau mungkin juga sehingga ke penghujung kehidupan mereka.

Bagaimanapun, orang yang beriman, disebabkan roh menyokong dan membantu mereka, maka mereka boleh dirawat dan sembuh dengan cepat. Jadi, faktor yang paling utama bagi perawatan dan kesembuhan bagi sesuatu penyakit adalah dengan memberi kebajikan, "SEDEKAH".

Saat yang paling menakutkan dan berbahaya bagi manusia adalah untuk selamat daripada semua penyakit-penyakit yang tidak diketahui (ganjil). Semakin para doktor dan para pengkaji melakukan kajian, maka mereka menjumpai semakin banyak penyakit, semakin banyak ubat-ubatan (dadah) dan perawatan untuk menghadapinya. Adalah mustahil untuk menetapkan hadnya. Bilangan penyakit dan jumlah perawatan yang wujud pada masa kini telah mencapai klimaksnya (kemuncak). Ini membuatkan para doktor dan para saintis menjadi letih dan berputus asa daripada mencegah penyebaran penyakit atau mengawalnya.


Oleh itu, kita mencari "ubat-ubatan" utama untuk merawat penyakit. Rawatan yang PERTAMA bagi semua orang yang sakit ialah ; mereka mesti beriman.

Kekufuran membawa kepada penyakit yang tidak berkesudahan puncanya, sebagai satu balasan. Oleh itu, sebagai rawatan yang pertama bagi semua manusia, adalah sangat penting untuk kita beriman dengan Pemilik alam semesta ini.

KEDUA, manusia perlu menerima nasihat. Pertamanya daripada Pemilik segala syurga, keduanya daripada Rasul-rasulNya dan ketiganya daripada para Wali Allah. Jika mereka tidak mendengar nasihat ketuhanan daripada Allah yang Maha Perkasa, daripada Rasul-Nya yang dicintai Sayyidina Muhammad, daripada semua rasul dan juga tidak menerima nasihat daripada para pewaris nabi yang lain, orang yang mulia, para Wali Allah, maka mereka akan menderita dan tiada lagi kesembuhan bagi mereka.

Bahkan boleh jadi "rawatan" adalah balasan bagi mereka. Pada masa kini, hampir semua rawatan adalah melalui pembedahan, dan pembedahan bukanlah rawatan yang sebenar. Pada abad inilah pembedahan mula digunakan secara melampau. Pada hari ini, pembedahan merupakan rawatan yang paling utama bagi penyakit-penyakit. Hampir 99% para doktor ingin menggunakan pisau bedah dan bukan yang lain. Mereka ingin memotong, menjahit, menambah, memusnahkan dan (tujuannya) bukan yang lain (daripada itu semua). Itu bukanlah rawatan, itu adalah balasan (bala).

Kerana itulah kita mengatakan : setiap orang mesti beriman dengan Pemilik segala syurga, mesti beriman dengan kewujudan Pemilik seluruh alam semesta dan mesti beriman dengan Kuasa Kehendak-Nya (Iradat Allah). Mereka juga perlu beriman bahawa rawatan untuk hamba-hambaNya hanya boleh datang dengan kehendak-Nya. Hanya dengan kehendak-Nya rawatan boleh datang kepada manusia, orang yang sakit. Jika Dia tidak mahu, maka hanya bala yang akan datang, bukan rawatan.

Maka dengan sebab itulah, hanya peratusan kecil manusia yang tidak menghadapi pisau yang memotong badannya. Ini merupakan salah satu cara bagaimana bala ini boleh sampai ke seluruh dunia, daripada Timur ke Barat.

Penyakit merupakan bala bagi manusia yang hidup pada zaman ini. Selepas mendapat bala (penyakit), "rawatan" yang mereka inginkan merupakan bala yang seterusnya, dan hasilnya ialah mereka menjadi lumpuh (tidak dapat melakukan apa-apa lagi). Pada masa kini, setiap bahagian anggota badan telah dipotong, telah dibuka dan telah menderita : kepala? jantung? hati? Setiap bahagian anggota badan telahpun disentuh oleh pisau-pisau. Semua ini merupakan bala yang seterusnya ; ia tidak akan membenarkan pesakit itu berehat, tidak! Ia bukanlah satu rawatan.



Kesimpulan :

1. Punca penyakit bukan sahaja bersifat fizikal dan material seperti kuman atau toksin, bahkan ia mungkin bersifat spiritual atau rohani seperti kegelisahan, kekufuran, tekanan, kemaksiatan dan kesedihan.

2. Keimanan merupakan benteng dan ubat utama bagi merawat segala penyakit. Bahkan tidak mustahil penyakit seseorang itu boleh hilang begitu sahaja tanpa sebarang rawatan, iaitu hanya dengan menjaga kesihatan rohani melalui ketaatan kepada Allah, Rasul-Nya dan para Wali Allah.

3. Amal kebajikan juga dapat menghalang penyakit serta merawatnya, sebaik-baik amal kebajikan bagi menjaga kesihatan adalah dengan bersedekah.

4. Umat masa kini ditimpa pelbagai penyakit yang pelik dan ganjil serta tidak dapat dirawat, ini semua adalah balasan terhadap kemaksiatan yang berlaku.

5. Kebanyakan perawatan moden yang disangka oleh kebanyakan orang sebagai satu kaedah rawatan, pada hakikatnya bukanlah rawatan, bahkan ia merupakan satu lagi bala yang Allah timpakan kepada umat kini. Adakalanya rawatan yang diambil adalah lebih teruk daripada penyakit yang dihadapi itu sendiri. Contohnya seperti rawatan kemoterapi (chemotherapy) bagi pesakit kanser. Dadah yang digunakan dalam rawatan ini bukan sahaja membunuh sel kanser, bahkan membunuh banyak sel-sel badan yang normal dan sihat. Hasilnya adalah sangat teruk, banyak organ badan yang rosak dengan rawatan ini, berlaku kekurangan darah, lemah imuniti, radang salur pencernaan, keguguran rambut, kemandulan, sakit jantung, sakit paru-paru, sakit buah pinggang dan banyak lagi.

6. Begitulah juga dengan pembedahan yang menjadikan manusia seperti barang mainan atau haiwan yang boleh dipotong sesuka hati.

terimakasih DEVOTEE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...