“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

07 January 2012

"Anwar Di Dapati Tidak Bersalah": Permulaan Huruhara

9Hb Januari mungkin kita akan melihat sesuatu yang tidak dijangka. Bagaimana jika Anwar bebas dari tuduhan? Apakah ia suatu yang mustahil?



Kita dapat lihat Anwar begitu liat untuk ditumpaskan. Jika bukan Anwar sudah lama terbenam, tetapi manusia ini masih bernafas dengan angkuh seolah semua hentaman kepada dirinya tidak memberi bekas.

Walaupun begitu banyak bukti diketengahkan, ramai pengikutnya dan penyokong PAS tetap tidak menerimanya malah dianggap sebagai fitnah dari parti pemerintah. Kita masih lagi dihidangkan lagu lama ini. Lagu "fitnah" "fitnah" "fitnah" dari UMNO terhadap manusia bersih yang warak yang dekat dihati ulama (ulama pro PAS). Itulah argumen mereka. UMNO dipersalahkan bukannya kerajaan BN. Ini satu lagi keganjilan. Mind control yang amat berhasil menguasai pemikiran penyokong tegar.

Walaupun Anwar tidak mempunyai alibi semasa pertuduhan liwat beliau (sesuatu yang cukup penting), malah tidak sanggup disoal balas oleh peguam (juga aneh), pengikutnya masih lagi menganggap ianya fitnah UMNO. Bukankah itu ganjil namanya?

Seolah skrip sengaja dikarang sedemikian rupa. Yang ditentang hanyalah UMNO, sehingga DAP sendiri sering gunakan ungkapan yang sama. Tenggelam seluruhnya lain-lain parti komponan BN. Mereka semua sepadu menentang UMNO. Adakah ini bermakna MCA dan MIC sudah mati? Tidak. Memburukkan orang Melayu menjadi keperluan penting merosakkan institusi Raja-Raja dan Islam.

Bukan sedikit rakan karib Anwar termasuk beberapa nama besar meninggalkannya (dari Dr Chandra Muzaffar hinggalah Raja Petra Kamaruddin),  Anwar masih gagah bersemayam di hati penyokong taksubnya. Resepinya mudah dan hanya satu iaitu semua peluru dikembalikan untuk menyalahkan UMNO. Ada yang dikatakan dibayar ada yang dikatakan fitnah diatur UMNO. Semuanya UMNO. Hebat betul Anwar Bin Ibrahim ini.

Watak alim dan warak di mata pemimpin dan pengikut PAS masih berbekas sehingga mampu menolak semua bukti yang muncul dengan jelas di depan mata. Anwar dikatakan manusia alim,warak, soleh, pejuang agama dan amat rapat dengan ulama, mustahil Anwar menjadi agen Yahudi dan melakukan kerja terkutuk (zina dan liwat).

Keupayaannya membentuk kumpulan pembangkang terkuat walaupun pernah dipenjarakan, sesuatu yang amat menghairankan. Anwar bersih pada pandangan ahli PKR dan PAS. Kesalahannya dipantulkan kembali kepada UMNO. UMNO dilihat sebagai taboo bagi penyokong tegar mereka.

Penyokong Anwar amat takut jika Anwar dipersalahkan pada 9Hb nanti tetapi anehnya Anwar sendiri tidak gentar malah tidak berusaha bersungguh-sungguh membela dirinya di mahkamah dahulu. Pada mata kasar Anwar memang bersalah, sama ada secara paksa atau suka sama suka, Anwar tetap melakukan "LIWAT". Ia muktamad, jelas dan tiada keraguan. Kenapa PAS masih sukar nak percaya? Atau PAS telah bertukar kulit menjadi kumpulam munafikin?

Apa kata kita melihat sesuatu yang tidak ingin kita lihat. Kita berfikir secara terbalik sesuai dengan cara pemikiran elit Yahudi. Kemungkinan ganjil yang bakal mempengaruhi keputusan hakim nanti?

1. Bomoh, itu dakwaan sebahagian dari blogger UMNO. Hakim disihir supaya menukar keputusan.

2. Soros, pasti mampu merasuah hakim dan institusi kehakiman sebagaimana di USA.

3. 
Agen CIA dan FBI melakukan ugutan (disakiti, bunuh, sebarang bentuk ancaman) kepada hakim 

Tiga faktor di atas sudah cukup untuk membuat hakim memihak kepada Anwar. Sebab musabab adalah perkara kedua, ia boleh diaturkan.

Jika ia berlaku, akan terjadilah pesta besar-besaran komponen parti pembangkang dan akan menular menjadi rusuhan. Ingatlah ketika Parti Gerakan dan DAP memenangi banyak kerusi pada 1969 memulakan pesta kemenangan mereka. Perayaan besar-besaran dianjurkan sehingga terkeluar kata-kata menghina kaum Melayu. Bermulalah peristiwa 13 Mei. Keadaan yang sama mungkin juga dirancang oleh agen zionis menghuru harakan negara.

Penyokong kerajaan akan marah dan melahirkan rasa tak puas hati dan melakukan tindak balas, sabotaj terhadap perayaan syaitan pembangkang ini, maka tercetuslah sesuatu yang kita tidak ingini.

Jadi jangan sangka jika Anwar bebas, Malaysia akan aman. Perancangan himpunan Bebas Anwar 901 mungkin hanya retorik semata untuk menyembunyikan niat sebenar. Ingat, Yahudi hanya mahu negara ini huru hara sebagaimana Syria. Anwar menang atau kalah tidak penting.

Watak pengikut tegar PAS amat sesuai memulakan kerja ini (rancangan zionis) tanpa mereka sendiri sedari. PKR menjadi batu api sementara DAP menyumbangkan bantuan dalam diam. Selanjutnya komunis yang memihak DAP akan segera ambil peluang.

Adakah ia suatu yang mustahil? Lain yang dijangka, lain yang terjadi. Bersediakah anda menghadapi sesuatu yang tidak diduga?

 Hanya Allah jua tempat kita berharap. Semoga ia tidak berlaku sebagaimana dirancang oleh Soros dan Anwar.


5 comments:

  1. Jika Anwar didapati tidak bersalah, beliau hanya dibebaskan oleh mahkamah yang dia tidak iktiraf. Walaupun bebas, dia terpaksa memperbaiki imejnya. Tetapi kerosakan imej yang telah berlaku sangatlah serius dan tidak mungkin dapat diperbaiki. Dia akan kecundang juga sudahnya. Imej baik dibalas baik, imej jahat dibalas jahat. Tunggulah keputusan mahkamah rakyat. Tunggulah PRU13. Talqin untuk DSAI.

    ReplyDelete
  2. Semoga pandangan anda benar. Apa yang penting negara ini selamat dari pengkhianat terkutuk proksi Yahudi. Doakanlah semoga berjaya.

    ReplyDelete
  3. Apa kata kita melihat sesuatu yang tidak ingin kita lihat. Kita berfikir secara terbalik sesuai dengan cara pemikiran elit Yahudi. Kemungkinan ganjil yang bakal mempengaruhi keputusan hakim nanti?

    1. Bomoh, itu dakwaan sebahagian dari blogger Pakatan. Hakim disihir supaya menukar keputusan.

    2. Soros, pasti mampu merasuah hakim dan institusi kehakiman sebagaimana di USA.

    3. Agen CIA dan FBI melakukan ugutan (disakiti, bunuh, sebarang bentuk ancaman) kepada hakim.

    Tiga faktor di atas sudah cukup untuk membuat hakim memihak kepada UMNO. Sebab musabab adalah perkara kedua, ia boleh diaturkan.(Che Det mengaku ada ambil wang dari soros, :))

    ReplyDelete
  4. betul memang raja spin dah ajar pun, semua peluru akan kealih ke UMNO walaupun dia yang bersalah... ngaku jauh sekali. Nak tau berapa banyak Soros dah bantu Anwar raja segala raja tu?... banyak beb!

    ReplyDelete
  5. Salam, bagi saya pembebasan Anwar adalah rahmat. Bukan kerana Anwar tidak bersalah (saya tidak tahu dengan pasti adakah dia salah atau betul) tetapi dengan bebasnya Anwar, rusuhan besar-besaran dapat dielakkan sekurang-kurangnya bagi tempoh beberapa bulan lagi.

    Lihatlah mereka menghimpunkan ramai penyokong pada hari keputusan. Jika Anwar bersalah kemungkinan besar terjadi rusuhan besar pula. Jika Anwar tidak bersalah maka tiada sebab mereka hendak merusuh lagi. Rosaklah rancangan mereka pada 901 untuk menjadikan tanah ini seperti di Syria sekarang. Dan mereka terpaksa memikirkan rancangan lain pula. Ia akan memakan masa pula.

    Doa para auliya di tanah ini masih mendapat perhatian dari Allah. Semoga kita terus aman tanpa kekacauan disebabkan oleh tangan manusia yang rakus. Semoga Islam kita terpelihara, wallahua'lam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive