“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

24 January 2012

Grand Design Anwar Korbankan Islam (update)


Walaupun terpalit dengan "sesuatu yang amat kotor" dia masih lagi mempunyai nafsu untuk menjadi Perdana Menteri.

Tiada seorang pun susuk di atas muka bumi ini yang sehebat dia. Rakannya dalam PR terutama DAP walaupun sudah tahu hal sebenar, masih mengalunkan lagu klasik iaitu "fitnah UMNO".  Bodoh benarkah rakyat Malaysia? Atau rakyat Malaysia tidak lagi peduli moral pemimpinnya? Kenapa pula soal rasuah didendangkan jika soal moral tidak diambil kira? Pelik bukan?

Parti Islam SeMalaya juga terpaksa menghirup udara tercemar ini. Namun Anwar dipertahankan bagaikan seorang raja. Mantapnya pengaruh manusia bernama Anwar Ibrahim ini keatas ulama PAS. Bersediakah mereka menyantap subhah yang terhasil dari keraguan sebegini? 


Kedudukan Islam di Malaysia kini amat lemah terhasil dari perpecahan yang terburuk dalam sejarah. Kita lihat semua yang terlibat dalam politik menjerumuskan Islam ke satu jalan yang salah, mengutamakan politk dari kepentingan Islam. Lahirlah ungkapan jual agama dan jual bangsa demi kemenangan.

Kita tidak boleh terlepas dari pengaruh politik. Tetapi adalah salah jika kita mengangkat politik melebihi Islam. Keadaan Islam sekarang telah terkena fitnah besar berpunca dari wujudnya manusia bernama Anwar Ibrahim, bekas pejuang Islam yang kini telah dibeli oleh NED untuk meliberalkan Islam di Malaysia.

Sebelum Anwar menjadi pemimpin PR, DAP tak berkutik, PAS unggul dengan perjuangannya dan semakin mendapat tempat dihati kaum Muslimin, SUHAKAM, SUARAM, Majlis Peguam, Sister In Islam dan sebagainya tidak ada suara. Kini setelah  Anwar mengangkat dirinya sebagai calun PM, semua badan-badan yang membenci Islam ini mula menuntut yang bukan-bukan, biasanya mendapat restu calun PM tersebut.  Anwar menjadi fokus sebagai ikon menentang pemerintah yang dikatakan "korup", namun sebagaimana diketahui ramai Anwar sendiri mengamalkan nepotisma dan korup semasa menjadi TPM dan Menteri kewangan. Laungan dan slogan yang dimainkannya untuk membersihkan kerajaan dari korupsi hanyalah rekayasa dan retorik semata. PAS tidak mampu bersuara.

Adakah kaum Cina berpecah? Dulu memang mereka berpecah tetapi kini seperti ada suara ghaib membuatkan mereka memberikan sokongan padu kepada DAP. Apa sebabnya? Mereka telah nampak peluang cerah mengambil alih pemerintahan walaupun sebagai kumpulan sokongan sebagaimana yang dipraktikkan di Selangor. Kaum Cina memang mengetahui semangat cauvinis DAP dalam hal "kristianisasi" dan kecenderungan perjuangan ala PAP. DAP tidak pernah berubah, namun mereka semakin menjadi dominan dalam PR. Demi Anwar, akhirnya PAS terpaksa berlembut dan mengubah dirinya. Meninggalkan hasrat menubuhkan negara Islam sebagaimana yang dikehendaki DAP. Apa kesudahannya?

Untungkah Islam? Siapa yang bertanggungjawab merubah perjuangan PAS? Bukankah manusia yang bernama Anwar Bin Ibrahim?

Adakah PAS tidak tahu Anwar menjadi rakan NED dan Asia Foundation yang mendanai kumpulan Islam Liberal seluruh dunia? Mustahil Nik Aziz dan Haji Hadi kalaupun bukan Ahmad Sabu tidak mengetahuinya. Ia terlalu terang nyata untuk disembunyikan, namun kita tidak tahu bagaimana Anwar berjaya mengalih alasan (berbohong) untuk mewajarkannya sehingga Nik Aziz dan Haji Hadi tidak pernah membangkitkannya.

Sekiranya perkara ini berada dalam pengetahuan mereka (Nik Aziz dan Hj Hadi), saya yakin mereka akan berhenti dari membantu Anwar. Islam Liberal ini amat merosakkan. Jauh terpesong dari Ahli Sunnah wal Jamaah yang telah bertapak kukuh dalam masyarakat Melayu. Amatlah menghairankan apabila para pemimpin ulama dan penyokong mereka yang bukan golongan anwarinas/erdogan tidak memperdulikannya. Sejauh itu Anwar berjaya mempengaruhi bijak pandai PAS ini.

Jika satu masa dahulu pemimpin PAS dan penyokongnya berteriak menentang konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan bekas PM Tun Abdullah. Ejekan dan hinaan terhambur melebihi batas kesusilaan Islam, namun kini mereka bersedia pula berganding dengan fahaman Islam Liberal anjuran Anwar. Malah pengikut PAS seperti memekakkan telingan serta tidak dapat menerima fakta ini sebagai benar. Kelihatannya para pengikut PAS tidak berminat untuk menyiasat sama ada tuduhan ini benar atau salah (fitnah). Agak ganjil, apabila sesuatu perkara yang mengenai batang tubuh Anwar akan segera ditepis sebagai "fitnah" termasuklah salah laku seks, seks rambang diluar perkahwinan, hubungan sejenis dan sebagainya.

Kini kita faham kenapa Anwar begitu berani menghadapi masyarakat walaupun pertuduhan terhadapnya cukup mengaibkan sebagai seorang Islam. Ternampak pembohongan di sini. Mampukah manusia melakukan fitnah "liwat" terhadap manusia lain sehingga berulangan dua kali. Belum pernah berlaku dalam sejarah. Rata-rata masyarakat awam baik Islam atau bukan Islam, dalam atau luar negeri tahu ia bukan sekadar tuduhan palsu. Banyak bukti telah berjaya diketengahkan walaupun hakim menghujah bahawa ia tidak mencukupi. Ramai yang terperanjat bila dia dilepaskan dari tuduhan (walaupun tidak disebut sebagai tidak bersalah). Media antarabangsa juga mengulas hal yang sama.

Di sini kita nampak tahap pemikiran yang meragukan dimiliki oleh pemimpin dan penyokong PAS, kecuali sedikit. Tidakkah mereka ini sedikit pun rasa terpalit malu? Rakyat Malaysia juga cukup hebat juga pelik, masih lagi percaya bahawa Anwar tidak melakukan perkara jijik tersebut. Berpusu-pusu hadir dalam ceramahnya dan mengangkatnya sebagai pemimpin. Apa dah jadi dengan rakyat Malaysia? Seperti telah tersihir lagaknya.

Apa matlamat akhir Anwar Ibrahim selain dari memporak perandakan Muslimin Muslimat di negara ini? Setelah gagal menguasai UMNO melalui gagasan IRC/JIM, kini sedang menguasai PAS pula sehingga terdedahnya kumpulam erdogan dan "parasit" dalam PAS. Umum tahu PAS sedang dalam proses diubahsuai menjadi sekular (Lim Kit Siang pernah menyuarakannya) atas satu tujuan, memansuhkan pengaruh ulama PAS secara perlahan, pecahkan kuasa dan pengaruh ulama dan akhirnya serapkan PAS ke dalam kesatuan baru dibawah Anwar. Sebagaimana dilakukan kepada Parti Sosialis Rakyat Malaysia.

Kini perkataan "silent majoriti" ditaburkan sebagai umpan untuk kukuhkan keyakinan PAS supaya terus kekal dan berpaut kepada PR dan ia digunakan untuk memujuk PAS (seolah perancangan sulit PKR-PAS kononnya sebagai senjata untuk menundukkan dominan DAP). Padahal ia hanya untuk kepentingan Anwar sendiri sebagai ugutan untuk terus mengetuai PR nanti walaupun PKR tidak menjadi parti majoriti dalam pakatan.

PKR mula membisikkan satu gerak saraf mendesak PAS tidak memihak UMNO walau apa pun keadaannya. Untuk ini dibangunkan singkatan "UG" oleh puak erdogan bagi membantutkan sebarang usaha yang membolehkan PAS berkerjasama dengan UMNO. Ini adalah rahsia permainan Anwar. Sememangnya telah diketahui oleh pemimpin PAS terutama di kalangan "parasit" yang mana erdogan ini hanya berkiblat kepada Anwar bukannya Nik Aziz ataupun Haji Hadi. Sehingga hari ini ulama PAS masih buntu untuk melepaskan diri dari belitan orang Anwar dalam PAS. Sebab itu PAS masih kukuh berpaut di belakang Anwar walaupun tahu DAP semakin jauh mendominanasi PR berbanding PAS. Itulah sebabnya DAP begitu berani menghina PAS (terpacul kata-kata seperti "langkah mayat saya dulu").

Grand design Anwar ialah melupuskan PAS melalui pengambil alihan kuasa oleh "parasit" tajaan Anwar dan semua ahli PAS akan diserap. Walaupun perkara ini belum menampakkan hasil, keadaan sekarang masih memihak Anwar kerana sebahagian besar AJK Pusat PAS adalah orang Anwar yang menyusup masuk beramai-ramai selepas Anwar dipecat dari UMNO. Kepimpinan ulama pula nampaknya sudah tidak mampu mengawal keadaan dan sebaliknya terpaksa pula tunduk kepada kumpulan ini dengan menafikan tuduhan wujudnya erdogan atau parasit dalam PAS. Boleh nampak?

Apa yang paling ditakuti ialah, Anwar sedang usahakan gagasan yang lebih besar iaitu menghalalkan LBGT, majukan Islam Liberal dan Plural, memansuhkan monarki dan sistem beraja. Semua ini atas asakan dari pertubuhan Yahudi antarabangsa yang telah Anwar anggotai atau mendapat dana besar. Perancangan NWO yang terkenal itu menjadi pokok pangkal apa yang berlaku hari ini. Seperti biasa dia tetap akan menafikannya. Hanya akan terserlah apabila dia sudah memegang tampuk pemerintahan nanti. Di masa itu semuanya telah tidak berguna lagi dan pejuang Islam hanya dapat menggigit jari melihat agamanya diliwat sesuka hati.

Sukar untuk ditelah ke mana hala tuju perjuangan Islam hari ini. Penyingkiran Dr Hasan dari parti PAS menampakkan sedikit kecerahan dan mungkin akan dapat memimpin Muslim Malaysia yang semakin educated melihat "big picture" masa depan Islam dalam keadaan bebas pengaruh Anwar.

UMNO tidak seislamik PAS. Itu kita tahu. Diantara dua gergasi ini, siapakah yang lebih menyebabkan kehancuran Islam? Keadaan semakin kronik.... inilah peranan mana-mana NGO bergerak pantas mendominasi gerakan pelajar di pelbagai Universiti negara sebagai laluan mempromosi Islam yang bersih dan melahirkan pejuang muda yang berkeupayaan menangkis daayah Yahudi dan proksinya mengubah rupa dan wajah Islam. Kurangkan perhantungan mereka kepada politik, terutama politik sosialis yang merugikan mereka sendiri.

Kita harus berani mengambil peluang ketika Islam sedang dipermainkan oleh musuh secara rahsia. Perkukuhkan perjuangan. Jangan biar politik kotor menjadi tunggak dan memperbodoh kaum Muslimin.

Sekarang adalah masanya untuk kita semua tamatkan peranan Anwar sebagai pelaksana program NED, Soros dan USA, jika kita masih mengharapkan Islam kembali tumbuh dengan baik. Jika Islam Liberal telah mengambil alih, segalanya akan hancur berkecai kerana Islam Liberal adalah fahaman baru yang sesat serta tergelincir dari paksi Islam sebenar.

Matlamat kita, tanggungjawab kita dan kewajipan kita semua, hentikan politik Anwar.

Liberalsma berputik dari Protokol Zionis


2 comments:

  1. hentikan politik anwar, begitulah yang diseru. jika diamati, ternyata tun dr mahathir berpenadangan cukup jauh ketika merestui pendakwaan yang menyebabkan anwar terhumban ke penjara. selain mahu menyelamatkan negara, tindakan itu juga menyelamatkan anwar sendiri dari dibelenggu oleh kejahatannya sekiranya bebas di kalangan masyarakat. tindakan pak lah yang merestui pembebasan anwar adalah pandangan singkat yang kononnya mahu memperlihatkan sifat kemanusiaan tetapi sebaliknya menjerumuskan negara ke kancah kacau bilau seperti sekarang. bagi anwar sendiri, lebih banyak sifat buruknya terserlah termasuk rakaman china doll, episod thailand dan pendakwaan kali kedua kes liwat yang setakat ini berakhir dengan bukti yang tidak meyakinkan mahkamah untuk menyabitkannya. bukankah itu semua adalah keburukan anwar, yang sekiranya dia terpenjara, tidak akan terbuka.

    kekuatan najib menjadi senjata utama untuk menghapuskan politik anwar. sokongan umno dan parti komponen menjadi dorongan yang mengukuhkan lagi kekuatan itu. seandainya pemimpin umno di peringkat bahagian khususnya, serta pemimpin parti komponen masih bermain-main dalam situasi sekarang, janganlah bermimpi indah bahawa anwar boleh terhenti dengan sendirinya.

    ReplyDelete
  2. Politik Anwar mesti dihentikan untuk keselamatan semua kerana dia sekarang adalah tunggak perancangan Yahudi sedunia.

    Saya bersetuju dengan ulasan saudara berasiam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive