“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

25 January 2012

Ada sesuatu yang tak kena dengan Audit Negara - parasit?

Lanjutan dari desakan PERKASA
Malaysia (Perkasa) mendesak Ketua Audit Negara memberi penjelasan mengenai kekeliruan ini dan menjawabnya secara terbuka.

Ketua Pengarah Jabatan Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang memberitahu beliau akan memberikan penjelasan terperinci berkaitan dengan kemelut dalam Laporan Audit Negara 2010 dalam masa yang terdekat.



Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan entiti perniagaan yang dimaksudkan dalam laporan tersebut sebenarnya merujuk kepada Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan bukannya NFCorp seperti yang didakwa.

"Saya akan memaklumkan penjelasan mengenai perkara ini dalam masa yang terdekat," kata Ambrin.

Ambrin turut mengakui pihak pengaudit keliru dengan di antara NFCorp sebuah syarikat Sendirian Berhad dengan syarikat kepunyaan Industri Asas Tani, sebuah entiti kepunyaan kerajaan secara keseluruhan.

Kemelut tercetus setelah Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita, ZuraidaKamaruddin mendakwa berlaku penyelewengan dana pinjaman dan pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.

Kedua-dua pemimpin PKR tersebut turut mendakwa Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya menggunakan hampir RM600,000 dari dana yang diperuntukkan bagi membayar hutang kad kredir pada tahun 2009.

Walaubagaimanapun, NFCorp menafikan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan berniat jahat terhadap syarikat milik persendirian tersebut. NFCorp turut menafikan dakwaan dan tuduhan dana RM250 juta dimasukkan kedalam akaun syarikat itu sebelum perjanjian berkenaan ditandatangani.

Sumber KL POS

Apa yang menjadi tandatanya ialah setelah 3 (tiga) bulam NFCorp di aniaya dan ditohmah baharu sekarang Jabatan Audit Negara bersuara. Apa sebenarnya motif mereka mendiamkan diri selama ini?

Kenyataan Ketua Pengarahnya hanya muncul setelah Shahrizat menyaman Rafizi dan Zuraida dari PKR, sesuatu yang agak ganjil dan terus menjadi tandatanya. Mereka cuba melarikan diri setelah melakukan kesilapan besar. Ia  memberi ruang kepada pembangkang menyerang Ketua Wanita UMNO seolah Ketua Wanita ini terbabit dalam konspirasi mencuri wang negara. Satu tuduhan liar yang sengaja diangkat untuk mengeliruka rakyat sambil mengiakan tuduhan bahawa BN sebuah kerajaan korup.

Terdapat tanda bahawa wujud komplot tersembunyi yang memainkan peranan untuk memberi bola tanggung kepada PKR. Siapa mereka? Masihkah Najib selaku ketua negara berdiam diri dan memaafkan mereka setelah Ketua Pengarah JPM melakukan kesilapan sebelum ini? Penjawat awam yang tidak setia kepada majikannya (kerajaan) dan menjadi pembelot seharusnya disiasat dan disingkirkan segera. Jangan jadi sejarah kejatuhan Melaka berulang semula.

Carilah Anwarinas dalam Perkhidmatan Awam dan perbetulkan mereka dan jika berdegil singkirkan sahaja kerana mereka bukan untuk membantu membaiki prestasi kerajaan sebaliknya menjadi musuh dalam selimut. Parasit ini bukan sahaja ada dalam PAS tetapi juga dalam UMNO dan jentera kerajaan. Jika tidak diatasi, BN akan ranap disebabkan oleh pengkhianat dalaman setelah penat berjuang di luar.

Ada yang Tak Kena dan Meragukan jika dilihat dari apa yang berlaku.

Tiada agenda politik?  "Ambrin turut mengakui pihak pengaudit keliru dengan di antara NFCorp sebuah syarikat Sendirian Berhad dengan syarikat kepunyaan Industri Asas Tani, sebuah entiti kepunyaan kerajaan secara keseluruhan".  

Hmmm pegawai Audit KELIRU? atau sengaja di KELIRUKAN? Adakah ini antara musuh yang terpaksa dihadapi Najib menjelang PRU13 nanti?






2011/10/30
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang

Jabatan Audit Negara bekerja tanpa rasa takut
KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara bukan semata-mata mencari salah orang lain, sebaliknya memperbetulkan kelemahan dan kesilapan dilakukan mereka yang kurang cekap atau lalai ketika membuat kerja, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang - Kenyataan Ketua Pengarah Audit.

Walaupun tidak takut (kepada siapa?). tidak semestinya berdiam diri selepas melakukan kesilapan besar sehingga merosakkan emej seorang Menteri. Apakah kesilapan ini tidak termasuk istilah "lalai dan kurang cekap" sebagaimana yang beliau ungkapkan?

Kerosakan ini harus dibayar, siapa yang perlu membuat bayaran jika tidak Ketua Pengarah Audit negara sendiri?



sensasi: Kemelut NFC menggelegak
Bekas KSU jadi Ketua Audit..




akan terus dibongkar






Apa masaalahnya hingga begitu berat untuk membuka mulut mempertahankan Audit yang dibuat oleh jabatan sendiri? Orang yang makan gaji beribu dengan kerajaan seperti Ambrin Buang tidak rasa berkepentingan untuk mempertahankan jabatan sendiri memandangkan hanya menunggu masa untuk pencen.Mungkin berasakan lebih baik tutup mulut,bulan bulan gaji masyuk! Cukup masa blah kemudian makan pencen pulak!Yang menjadi mangsa adalah kerajaan!

Menjadi persoalan kenapa selepas 3 bulan baru Ambrin tampil ke depan untuk menjawab segala kekeliruan dan fitnah yang dilemparkan oleh puaka puaka PKR? pisau.net

KREDIBILITI dan intergriti Ketua Audit Negara,Ambrin Buang mula dipersoalkan malah niat serta pertanggungjawabannya terhadap sesuatu yang diaudit menimbulkan banyak sekali keraguan dan sudah ada yang mula melihat bahawa kuasanya cukup besar berbanding dengan jawatan lain dan adakalanya beliau dilihat lebih besar dari Perdana Menteri ataupun Hakim walaupun mengikut Perlembagaan Persekutuan Ketua Audit Negara dilantik oleh DYMM YDP Agung atas nasihat Perdana Menteri.

Kerana keperluannya melaporkan terus segala laporan-laporannya kepada DYMM YDP Agung yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan dihadapan Dewan Rakyat seperti dituntut dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 105 hingga 107 tanpa melalui Perdana Menteri, ini cukup merbahaya kepada kerajaan seandainya beliau ada berniat tidak baik dan terpulang kepada beliau apa sahaja laporan itu walaupun mungkin menjejaskan kerajaan atau tidak sementelahan pula kerajaan tidak bersedia untuk menjawab, pembangkang akan mengambil kesempatan untuk menganggap laporan itu muktamad dan rakyat yang terkeliru akan lagi mudah percaya.

ISU audit National Fedlot Corporation (NFC) menjadi kelam kabut hasil laporan audit dan bagaikan nampak ada niat tidak baik di sebalik laporan tersebut hingga menjadi modal pembangkang untuk menyerang kerajaan hari ini. Setelah ramai pihak mendesak ketelusan laporan itu, Ambrin mula berdolak dalik. Sekejap beliau kata rugi, sekejap pula beliau kata salah urus dan berbaga-bagai lagi alasan diberikan apabila diasak.Lihat disini..

Beliau menjadikan laporan audit zaman beliau ini seperti telah menjadi satu hukuman sebelum bicara sedangkan tugas beliau hanyalah membuat pemerhatian audit dan memberikan syor pembaiokan semata-mata dan bukannya menghukum salah laku atau sebagaina kerana apa yang audit temui belum tentu berlaku penyalahgunaan kuasa atau wujud penyelwengan kerana mungkin system kerja sahaja yang tidak sesuai.

Sejak beliau mengambil alih jawatan Ketua Audit Negara berbagai-bagai kontraversi timbul dan ketua Audit Negara ini seolah-olah menjadi diri beliau bersih, dilihat bersih tetapi sudah ada yang mula bertanya mengapa tiada isu projek-projek Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang diluluskan semasa beliau menjawat jawatan Ketua Setiausaha (KSU) dalam laporan audit sebelum ini.

Sebelum ini ada isu KPM dibangkitkan dalam laporan audit semasa beliau dilantik KSU KPM dan selepas beliau memegang jawatan KSU KPM seperti contoh projek air dan makmal komputera yang terbengkalai di Sabah kerana projek tersebut dilaksanakan zaman beliau tetapi tidak selesai di zaman beliau juga.

Kalau benarlah, kita hairan kerana ada pegawai-pegawai kata mereka tidak dibenarkan untuk audit projek-projek KPM semasa beliau menjadi KSU kementerian tersebut dan kita tidak pasti sejauh mana kebenaran cakap-cakap ini tetapi kalau kita melihat kepada perkembangan audit,rasa macam betul sahaja cakap-cakap itu.

Malah barangkali kerana kecewa dengan gelagat dan menunjuk kuasa Ketua Audit Negara ketika ini, sudah ada yang mula bercakap tetapi kita tidak tahu sejauh mana benarnya apabila ada yang mendakwa bahawa semasa Ambrin menjadi KSU KPM, beliau dikatakan telah mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) Letter Of Award/Acceptence satu projek Sekolah Teknik baru di Beoufort, Sabah pada tahun 2004 sedangkan ianya tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk melaksanakannya dalam RMK8.

Tetapi SST dikeluarkan juga dengan cara bayaran tertangguh dan dibayar dalam RMK9 dan ini telah menimbulkan persoalan, bolehkah dikeluarkan SST kepada syarikat sedangkan projek tersebut sepatutnya dibina dan disiapkan dalam RMK8 (jika betul ada) dan memang tidak dicadangkan untuk dilaksanakan dalam RMK9 malah beluam lagi diluluskan oleh Parlimen?

Jika ini boleh berlaku,apa akan jadi jika semua projek yang belum diluluskan oleh kerajaan boleh dikeluarkan SST oleh KSU yang semestinya merupakan satu surat ikatan atau kontrak yang mengikat kerajaan dari segi kewangan kerana jika obligasi dilanggar, kerajaan boelh di saman di mahkamah untuk menuntut gantirugi. Kalau semua KSU berkuasa seperti itu dan boleh buat seperti itu, apa gunanya Parlimen meluluskan projek terlebih dahulu sebelum satua-satu RMK dibentang dan dibahaskan?

Jika betul projek yang disebut itu penting rasanya lebih penting lagi projek naiktaraf sekolah-sekolah daif di luar Bandar Sabah kerana ada sekolah yang sudah mahu reput,ada yang tiada bekalan air dan letrik dan kita diberitahu Sekolah teknik yang terlalu besar itu tiada keperluan sangat untuk dibangunkan pada masa itu dan difahamkan kos pembinaannya mencecah RM100 juta.

Kalau dikumpulkan jumlah pelajar untuk layak dari seluruh Negeri Sabah pun masih tidak mampu untuk memenuhkan sekolah tersebut dan dengar ceritanya sekolah tersebut telahpun ditukarkan menjadi sekolah vokasional. Apakah keutamaaan projek ini pada masa itu,pada masa Ketua Audit Negara menjadi KSU KPM berbanding dengan projek-projek lain sehingga ianya perlu diawardkan dalam RMK8 untuk bajet RMK9 yang belum diluluskan oleh Parlimen.

Dakwaan tentang kerja-kerja Ambrin sebagai KSU sebelum ini sudah mula bertaburan dijaja, permulaan kepada jajaan ini adalah dakwaan bahawa zaman beliau menjadi KSU KPM pun banyak penyelewengan seperti yang dibentangkan di atas dan sekiranya ini semua benar, Sruruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) harus menyiasat dan membawa ke muka pengadilan sesiapa sahaja yang terlibat.


Wajar Salleh heret Ambrin ke mahkamah!

Kita juga mengharapkan entity syraikat menyaman Keyua Audit Negara ini supaya kuasanya dalam menjalankan kerja-kerja audit tidak disalah anggap atau diperjelaskan kerana nampak akhir-akhir ini terutamanya menjelang PRU13, Ketua Audit Negara seperti mahu bermain politik ala menyokong pembangkang.

Kita bimbang Ketua Audit Negara terlalu banyak cakap dan kadang-kadang seperti lempar batu sembunyi tangan,orang lain pula mula membongkar tentang beliau sebelum ini.Kita tidak mahu nanti ada yang menyifatkan Ketua Audit Negara ini seperti ayam,kokoknya berderai tapi ekor bergelumang tahi.

dari Sanggah Tok Janggut



BRAVO!!

4 comments:

  1. orang2 yg mcm nie lah menjadi perosak bangsa...pecat saja...

    ReplyDelete
  2. teringat kisah raja mendaliar dalam kerajaan Melaka dulu

    ReplyDelete
  3. ..memang kerja audit ialah ntuk mengesan, mencari dan memperbetulkan apa2 kesilapan, kecuaian dan juga salah laku yg dibuat oleh jabatanatau agensi kerajaan. Tak kan pula tukang cari silap orang juga tersilap dan tercuai serta tidak kenal 'target' untuk diaudit. Bodoh sangat ke pegawai2 audit yg kebanyakannya lulusan diploma keatas. Bodoh sangat ke pegawai2 kanan yg menyelia pegawai2 audit..atau Big Bos auadit sendiri yg hanya tahu tandatangan saja laporan tanpa disemak terutama yg melibatkan peruntukan yg besar.

    Nampaknya kerajaan perlu menubuhkan satu pasukan pemantau Jabatan Audit Negara pula....

    Mata-mata Audit

    ReplyDelete
  4. "..memang kerja audit ialah ntuk mengesan, mencari dan memperbetulkan apa2 kesilapan, kecuaian dan juga salah laku yg dibuat oleh jabatanatau agensi kerajaan. Tak kan pula tukang cari silap orang juga tersilap dan tercuai serta tidak kenal 'target' untuk diaudit. Bodoh sangat ke pegawai2 audit yg kebanyakannya lulusan diploma keatas. Bodoh sangat ke pegawai2 kanan yg menyelia pegawai2 audit..atau Big Bos auadit sendiri yg hanya tahu tandatangan saja laporan tanpa disemak terutama yg melibatkan peruntukan yg besar.

    Nampaknya kerajaan perlu menubuhkan satu pasukan pemantau Jabatan Audit Negara pula....

    Mata-mata Audit"

    Anonymous: ana bersetuju dengan enta/enti....insyaallah,dengan kekuasaanNYA dan kehendakNYA,sedikit demi sedkit kita akan tahu kebenarannya......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive