“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

19 January 2012

PAS lebih PKR dari PKR, sesuatu yang lucu tetapi benar.

Demi keghairahan dan ketaksuban, penyokong PAS menelan lebih kuah dari nasi. Lebih PKR dari PKR sendiri. Kenapa ia terjadi? 



Rata-rata penulis blog PAS telah terikut-ikut gaya kata dan gaya cerita penyokong reformasi sehingga ada yang terlajak ucap yang bakal memalukan diri sendiri. Lebih menyedihkan mereka sudah berani memutar fakta dan menyebar fitnah, sesuatu yang tidak wajar bagi masyarakat yang mengaku sebagai pejuang Islam.

Kasar, itulah yang dapat disimpulkan. Budaya samseng, maki hamun, menghina berlebihan menjadi asam garam baru mereka sejak berjabat tangan dengan PKR. Harakah sendiri mengajar penyokong PAS mencerca UMNO semahunya. Mereka mula gemar cara baru iaitu menyebar fitnah dalam masa yang sama menuduh UNMO pula yang suka menfitnah.  UMNO dijadikan sasaran dan dilanyak sekala maksima sebagaimana mereka benci kepada DAP satu masa dahulu. Beginikah budaya yang diajar oleh PAS?

budaya benci ajaran siapa?

Siapakah guru mereka? Adakah Nik Aziz dan Hj Hadi mengajar mereka sedemikian hina? Menayangkan gambaran  rupa bentuk "ISLAM" kepada rasis DAP... hahahaha... Kalaulah begini bentuk Islam yang dipentaskan oleh pemuda dan penyokong tegar PAS, sampai kiamat pun orang Cina DAP takkan sanggup memeluk Islam. Malah dijadikan bahan ketawa, "punya bodo itu olang Islam.. heheheh".

Satu perkara lagi, wayang yang cukup berkesan dimainkan oleh mereka ialah "UG" secara tidak langsung ia diangkat sebagai satu taboo. Kenapa "UG" ini dipopularkan dan siapa pengasasnya? 

Taboo ini akan meletakkan UMNO ditahap yang paling jijik, hina dan kotor tidak sejijik dan sehina DAP yang nyata rasis membenci Islam secara terang terangan.

Ia ada kaitan dengan "PARASIT" yang bakal dibongkar oleh Dr Hasan Ali nanti. Kenapa kumpulan parasit ini bangunkan selogan anti UG ini? Ada rahsia besar di sebaliknya. Sesiapa yang mereka tidak sebulu akan dilabel sebagai geng UG, akhirnya mereka dihapuskan. Hebat bukan?

Jika PAS tidak menolak konsep UG (sebagaimana dahulu) atas hasrat mengujudkan penyatuan sesama Islam, ia akan menjadi satu masalah besar kepada Anwar. Jika PAS dan UMNO bersama, PKR pasti berkubur awal. PKR sebetulnya hanya menumpang tuah PAS. Anwar tidak akan dapat diterima selama-lamanya untuk sertai UMNO hasil dari penderhakaannya dahulu. Oleh itu, dia akan mengasak supaya PAS tetap bersamanya dengan menghasut seluruh ahli parti itu supaya membeci UMNO tahap sewel.

Sebodoh-bodoh orang UMNO masih lagi ada disudud hatinya menyimpan rasa kasih dan sayang kepada orang PAS atas dasar agama, tetapi PAS sekarang amat membenci UMNO walaupun mengaku lebih Islam dari orang UMNO. Benci yang amat sangat sehingga terleleh air hingus dibakar api kemarahan... Keganjilan dunia akhir zaman. Jika mereka dianggap sama seperti kaum Khawarij, memang ada kewajarannya.

Beginilah politik, penipuan terancang untuk diangkat sebagai Perdana Menteri. Sanggup menginjak dan menunggang tubuh orang lain demi nafsu membuak. Mengaku pula sebagai manusia warak dan Pemimpin Paling Suci !!!!! ahhh agak menjijikkan..

Kasihan PAS yang telah dimangsakan sedemikian rupa.  Parasit dalam PAS menguasai keadaan, memintal minda penyokong PAS sehingga terjumud.

Layakkah si fulan menjadi Perdana Menteri? Terbelakah Melayu, selamatkah Islam?

2 comments:

  1. Nama saja PAS tapi jiwanya adalah PKR. PAS IS DEAD. Kesian Tok Guru Nik Aziz dah kena kencing oleh Hj Anuuwar Al Jubb.

    ReplyDelete
  2. Aku masih sayang haji hadi ... tapi sorrylah nik ajis, hilang rasa hormat tengok orang tua yang tak sedar diri macam ko .. boleh termakan gula gula hussam musang .. menjerumuskan kau menjadi pencacai al juburi

    ahli PAS seumur hidup.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive