Dolly Eli? ehhh!
"Tibai" akan tibai Anwar? Mampukah mereka tibai dia? Masa dah tiba terpaksa menggunakan pendekatan brutal kerana cara halus nampaknya tak jalan. Istilah "tibai" menggambarkan brutalisma dan bakal membogelkan Anwar sebogel-bogelnya. Itulah yang mungkin mereka maksudkan.
kepala keretapi - masih atas landasan?
Walaupun Datuk Nalla membentangkan cabaran supaya dia disaman, namun Anwar tidak melakukannya sebagaimana yang diharapkan rakyat terbanyak. Sekaligus menunjukkan Anwar memang mengamalkan "biseksual". Apa yang pelik mereka nak sangat saman Utusan (seperti kes Datuk Dr Hassan Ali). Sumber maklumat tidak pula disaman? Kenapa ya?
Permainan apa pula yang mereka sedang mainkan kali ini? Kita nantikan apa yang "TIBAI" dapat lakukan dalam usaha menyekat Anwar dari menjadi "Sivaji".
Secara kasarnya "TIBAI" akan membuka semua rahsia Anwar secara berfakta. Saya pasti mereka akan lakukannya. Jika tidak Anwar dan rakannya akan terus membuat spin berterusan sebagaimana yang dia lakukan sebelum ini. Tanpa maklumat sahih dan berfakta, sesua akan jadi sesia dan mungkin menjadikan penyokong tegar mereka terus menghina pemerintah.
Para pemikir "tibai" harus professional, melakukan tindakan tersusun dan berkesan baharulah ia akan membuahkan hasil sebagaimana yang sepatutnya. Rakyat ingin sangat mengetahui "Siapa Anwar" selain dari manusia warak pada pandangan PAS.
Bukti harus dibentangkan dengan jelas dan tidak akan dapat dipertikaikan.
China Doll
Kroni Yahudi USA
Mempertahankan Keselamatan Israel
Gerakan Islam Liberal
Lakonan Menagih Simpati
Membela Warga ArabSaudi: Penghina Nabi saw
Kekayaan Azmin
Isteri Azmin
Bebas seks sokong LBGT
Soros dan IMF
BERSHIT
skandal trivoli
skandal PKR
mahkamah - Kes Liwat: kenapa terlepas?
kesian saiful, siapa peduli?
Demonstrasi dan Reformasi
dan.. Banyak lagi!
Mampukah "TIBAI" menibai dia? Kita tunggu ....
MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN DAN MOHD ZULFADLI SHARIFUDIN
18 April 2012
KUALA LUMPUR - Bekas-bekas pemimpin pengasas PKR menubuhkan kelab menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - dinamakan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai).
Mursyidul Amnya, Muhammad Zahid Md Arip berkata, kelab ini ditubuhkan bagi memberi kesedaran kepada rakyat mengenai pembohongan yang dibuat Anwar.
Tibai akan dilancarkan secara rasmi pada 22 April ini di Kelab Sultan Sulaiman. Ia akan dirasmikan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
"Kita akan turun secara maksimum di kawasan-kawasan yang ditandingi PKR bagi mendedahkan siapa Anwar sebenarnya.
"Kita akan fokuskan empat negeri iaitu di Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Ditanya bagaimana untuk menjadi ahli kelab itu, Muhammad Zahid berkata, keahlian adalah terbuka dan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Untuk jadi ahli, cukup hanya di dalam hati, sahaja aku sertai Tibai kerana ALLAH Taala," katanya.
Tibai turut ditubuhkan oleh 28 individu yang merupakan bekas pengasas PKR, antaranya Senator Mohd Ezam Mohd Noor; Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Datuk Zulkifli Nordin; Senator Datuk S Nalakaruppan; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Cho Keong; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari; Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah; Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin; bekas pembantu Anwar, Rahimi Osman dan Ng Lum Yong.
Kata Muhammad Arip lagi, walaupun Tibai menyokong Umno, mereka bertindak menubuhkan kelab ini tanpa pengaruh sesiapa kecuali atas kesedaran menyelamatkan negara daripada Anwar.
"Kita akan guna apa jua cara untuk halang Anwar, jika beliau berceramah, kita akan berada dalam ceramahnya," katanya. SH
Kesian dia tetapi orang mcm dia ni mmg minta tolong bukan pada Tuhan. Anwar penganut agama Pluralrisme. Dia selalu minta tolong taghut.. Orang yg Syirik kepada ALLAH akan dihina oleh segala makhluk dia bumi & langit.
ReplyDeleteYa ALLAH tolong la Jauhi aku dari orang bernama Anwar. Tetapi pada penyokongnya engkau biarlah dia menganuti Anwar hingga ke akhir hayatnya. Walaubagaimana pun Hidayah itu milik ALLAH. Amin
Sorry but i think u got it wrong. Cuba fikir diluar kotak.
ReplyDeleteParty-BN
Ketua- Mahathir
Masalah- Kroni menjadi2
Parti- Pembangkang
Ketua- Anwar
Masalah- Pencabul negara
pertama sekali, cuba fikir diluar kotak.saya x sokong mana2 pihak, saya benci sistem demokrasi malaysia tapi saya follow up dgn politik scene sbb sy sayang negara dan bangsa saya. Pada saya, anwar dan mahathir ada diatas satu kapal yang sama. Anwar bukan lah sejahat yang kita fikir, tetapi dia terpaksa bawak watak tu demi bangsa kita. Mahathir dan anwar adalah pejuang bangsa, kalau dua2 bersatu, dunia ni melayu boleh pegang.
Kenapa saya ckp mahathir dan anwar masih bkawan baik dan sama? ini sebab dia.
1- anwar seolah2 tahu yg dia xkan dihukum masa hari penghakiman dia
2- after anwar dibebaskan terus dia fly keluar malaysia. mesti dia book ticket sehari sebelum kan?
3-lepas anwar keluar, 3 biji bom meletup.
4- anwar keluarkan statement bodoh sokong israel
5- anwar diam lepas kes mahkamah tu, sedangkan skrg pru13 dah dekat.sepatutnya dia berkempen gila2 skrg.
masa dulu2 mahathir dgn anwar ni memang ngam, semua org tau sampai satu masa dorg gaduh.kite kene fikir, mcm mana yg anwar dan mahathir ni nk kita fikir. maksudnya mesej sebenar yg disampaikan.kalau x faham jugak, maksudnya anda lembab dan menyedihkan.haha. maaf ye. kalau x le kasar, jadi pondan je. ok sambung,ni apa yang sy ada dlm otak. beberapa tahun dulu, mahathir dan anwar plan untuk pecah kan melayu, jd mereka pun pecahkan melayu satu BN lagi satu PKR. kenapa? sebab mereka tahu dan takut melayu berpecah dibawah tgn org yg salah, jadi mereka pun rancang la mcm tu supaya melayu yg berpecah bawah mereka akan pasti bersatu semula satu hari. cuba tgk anwar lepas kes baru2 ni, dah bebas terus keluar statement bodoh. rakyat pun pecaya la si anwar ni dok support israel. lepas dia buat statement bodoh tu, cuba tgk berapa ramai org melayu pkr cau masuk bn???ramaikan? kenapa mahahit dgn anwar tak buat dri dulu? sebab mereka tahu tahun ni, populasi melayu kt malaysia tahun ni kurang dr 50% dimana mmg mudah melayu akan kalah. ni rahsia tau, sebab aku otai dtg dri bulan..hahahaha..- Mr.X
saya cuba sambung di atas,mungkin terdapat juga perancangan dari intelligent m'sia utk mengatur &mencatur wajah politik di negara ini,kita sedia maklum tiada yg kekal di dunia ini begitu juga hayat parti2 politik spt umno lalu ditendanglah anwar dari umno utk membentuk 1 parti politik baru yg baunya ala2 umno dan beliau memimpinnya maka diciptalah tuduhan2 yg meloyakan walhal sewaktu beliau memduduki kerusi menteri kewangan & merangkap sebagai tpm takkan tak ada langsung kes rasuah yg dilakukannya lalu digambarkan watak anwar yg baru sebagai ketagih seks.ditakdirkan umno kalah maka pr akan menerajui putrajaya ,siang2 lagi org2 melayu pasti tidak mahu berketuakan org cina sbg pemimpin mrk begitu juga org cina awal2 lagi mereka menolak hadi awang sebagai pm jadi secara logiknya anwar yg akan memegang teraju kepimpinan negara ,da masalahkah org2 umno utk masuk menyusuli anwar dari belakang yg penting kepimpinan mesti diterajui oleh melayu maka satu ikon telah dicipta di luar umno iaitu anwar yg dpt diterima oleh pelbagai kaum kerana kita tidak mahu m'sia menjadi spt s'pore org melayu terus tersisih dari kepimpinan negara
ReplyDeleteAnda terlalu idealis hingga tidak berpijak pada fakta. Mungkin peminat cite karton atau filem Tamil.
DeleteAda seorang cucu Pak Man Telor Melayu payah ingta mudah lupa tak serik-serik main sekim cepat kayap.
ReplyDelete