Kreatif. Itulah yang dapat disimpulkan dari tindakan peniaga yang terjejas dalam kempen BERSIH 3.0 lalu. Tanpa memperdulikan apa yang akan diperkatakan oleh publik, mereka mengambil alih BERSIH secara rasmi apabila Ambiga tidak bersedia melakukan aksi 4.0 tersebut walaupun Nik Aziz hendakkannya. Nik Aziz kini terlalu sibuk berfikir bagaimana hendak menepis terjahan terhadap kesilapan statementnya mengenai "Muzakarah" tentu telah melupakan niat 4.0 nya itu.
Rogol BERSIH adalah langkah terbaik sebelum
terjadi macam ini.. robot gila
Tindakan peniaga mengambil alih BERSIH 4.0 amat mengujakan malah menajdikan siri BERSIH semakin melucukan. Jika PR mahukan bersih terpaksalah ambil nombor 5.0 pula. Tetapi rasanya ia tidak akan memberi "ummph" lagi kerana ia telah dicabul (perkosa?) oleh musuh baru mereka, para peniaga yang terjejas akibat BERSIH 3.0 lalu.
KEMPEN BERSIH 4.0
Ambiga Kini Hadapi Kesusahan dan Menyesal?
Sekumpulan 60 peniaga merancang untuk berniaga di kawasan kediaman Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara pada Khamis dan Jumaat ini.
Menamakan tindakan mereka sebagai “Bersih 4.0 - Mencucikan Bersih 1,2,3", peniaga terbabit berbuat demikian bagi menampung kerugian mereka akibat perhimpunan yang bertukar ganas yang dianjurkan Ambiga di ibu kota pada 28 April lepas.
Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md. Yunus berkata, mereka akan berniaga pelbagai barangan, makanan dan minuman dari pukul 3.30 petang sehingga 8 malam pada hari terbabit.
"Kami berharap dapat memperoleh kembali kerugian akibat perhimpunan itu. Dianggarkan setiap peniaga boleh mendapat antara RM300 hingga RM500 sehari jika berniaga di kawasan itu (kediaman Ambiga)," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini. - BERNAMA
Peniaga mahu anjur 'Bersih 4.0' depan rumah Ambiga
HIDAYAH HAIROM20 Mei 2012
KUALA LUMPUR - Kediaman Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga terus menjadi sasaran protes dan yang terbaru, kumpulan peniaga dikenali sebagai Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur merancang menganjurkan 'Bersih 4.0' dengan membuka 60 lot perniagaan di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara di sini minggu ini.
Pihak penganjur berkata pihaknya mahu mengajar individu yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerugian mereka alami ekoran perhimpunan-perhimpunan Bersih sebelum ini.
Pengerusi majlis itu, Datuk Jamal Md. Yunos, berkata, penganjuran 'Bersih 4.0' berbeza sama sekali dengan perhimpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.
Menurutnya, dengan 'protes' tersebut, peniaga-peniaga yang terlibat mahu Ambiga merasai sendiri 'nikmat' apabila keharmonian di sesuatu tempat itu dicemari.
"Esok kita akan turun untuk mengadakan lot-lot perniagaan dan kita akan sediakan 60 lot untuk peniaga.
"Pada Selasa, kita akan pergi ke pejabat Datuk Bandar (Kuala Lumpur), untuk memohon permit perniagaan yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Mei ini," katanya ketika pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman di sini pagi tadi.
Perhimpunan yang mendapat sokongan persatuan-persatuan peniaga serta badan bukan kerajaan (NGO) itu dijangka disertai lebih 10,000 orang dan pihak penganjur menyasarkan pendapatan RM300 hingga RM500 sehari.
Ia akan berlangsung bermula jam 3 petang hingga 8 malam.
Malah, sekiranya mendapat sambutan menggalakkan, pihak penganjur akan memohon permit kekal perniagaan di situ kerana menyifatkan ia sebagai lokasi berpotensi. Sinar Harian
bagusnya idea dema,i like.....sokong sepenuhnya peniaga2 tu take over bershit 4.
ReplyDeletekalau anbiga nak anjur lg, gunalah nama
Bershit 3suku. Sebab 4 dan seterusnya dah di take over.
yes... hehehe..
ReplyDelete