Bakal Menteri Besar?
Nampaknya sesuatu yang luar biasa akan berlaku dalam pentadbiran kerajaan Negeri Selangor. Rafizi menarik diri (dibuang?) dan Faekah akan dikenakan tindakan atas keterlaluan tindakannya.
Jika dilihat senario ini, Rafizi terpaksa menelan air liur basinya setelah memalukan Shahrizat dalam isu NFC dahulu. PKR baru perintah satu negeri dalam masa sepenggal sudah mampu lakukan hal yang sama malah lebih teruk. Terang dan jelas Faekah menggunakan kuasa Menteri Besar untuk membantu kejayaan kroninya.
Sudah tentu Rafizi akan berdiam diri kerana ia melibatkan PKR, namun kita harus ingat Rafizi juga kini menjadi mangsa kepada beberapa pemimpin bengis dalam PKR.
Lebih menarik Khalid bermati-matian membela Faekah ini dan Khalid pula dibawah naungan Wan Azizah isteri Anwar. Azmin yang menjadi dalang sengketa PKR Selangor ini pula adalah orang kesayangan Anwar. Secara tidak langsung Anwar terpaksa melawan isterinya (Presiden PKR) dalam isu Faekah.
Parti anak beranak (Dinasti Anwar) ini akan menjadi medan pertempuran keluarga dalam masa terdekat. Kekecuhan akan terus berlanjutan kerana Azmin mempunyai niat untuk mengambil alih kuasa di Selangor dan isu "ais krim tandas" juga menjadi punca pertelingkahan ini.
Mana satu Anwar nak jaga? Isteri (Presiden) atau bekas setia usaha sulitnya itu yang kini Timbalan Presiden? Banyak sangat rahsia yang Azmin tahu begitu juga dengan Azizah.
Apa pun ia kan merosakkan perancangan Anwar untuk pertahankan Selangor.
PKR Selangor Memang Betul-Betul Mahu Jatuhkan Faekah.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti isu berkaitan pengakuan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berhubung surat sokongan agar firma guaman yang mempunyai hubungan keluarga dipertimbangkan mejadi panel peguam Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul berkata, pihaknya sedang meneliti peranan dimainkan Faekah dalam isu surat tersebut.
Kata Mohd Shukri ketika menghadiri Majlis Perasmian Kompleks Pejabat SPRM Negeri Kelantan di sini, hari ini.
"Kalau setakat bagi surat, bukan dia yang buat, ia bukan satu kesalahan di bawah akta kita, tetapi kalau dia sendiri duduk sebagai ahli lembaga yang membuat keputusan dan melantik adik-beradiknya, itu baru satu tuduhan di bawah akta kita,"
Bagi SPRM, mereka akan buka fail jika terdapat lapuran. Sudah tentu PKR Selangor betul-betul mahu pisahkan Faekah dari Khalid Ibrahim sehinggakan ada yang sanggup buat lapuran nanti.
Kita tunggu dan lihat siapa yang sanggup membuat lapuran rasmi kepada SPRM terhadap salahlaku Faekah.
Faekah sudah tentu tidur tak lena kerana bila-bila masa SPRM akan panggil beliau untuk disiasat secara rasmi, jika terdapat lapuran dibuat.? Jika bersalah, sudah tentu Faekah kena gantung dan dipisahkan dari Khalid.
Faekah Kecundang. PKR Selangor Minta Faekah Di Gantung Dan Di Siasat.
"..Faekah perlu digantung dan di siasat.."
Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie meminta MB Khalid supaya konsisten dengan tindakan dan kenyataan beliau seperti sebelum ini dan perlu membuat siasatan penuh terhadap Faekah. Ia semata-mata demi mempertahankan kewibawaan kerajaan negeri.
“Saya rasa adalah lebih baik digantung dulu tugas pegawai yang terlibat (Faekah) supaya siasatan dapat dilakukan. Untuk mengelakkan rasa tidak puas hati... saya berpandangan elok digantung dulu seperti kes-kes sebelum ini dan tindakan itu dilihat jauh lebih konsisten,"
"Jadi tidaklah nanti menjadi tuduhan-tuduhan besar, Menteri Besar melindungi Setiausha Politiknya," – Suhaimi kepada AntaraPos.
Dengan desakan itu memberi makna bahawa PKR Selangor dan Ketua Penerangan PKR Selangor memang mahu dan ingin melihat Khalid Ibrahim menggantung Faekah Husin, walaupun sementara, dan menyiasat sama ada Setiausaha Politiknya itu salah menggunakan kuasa berhubung isu penggunaan kepala surat Pejabat Menteri Besar.
Memang PKR Selangor diterajui Azmin Ali betul-betul mahu mengeyahkan Faekah walaupun Faekah sudah mengakui menulis surat sokongan itu tetapi menafikan sebarang salah guna kuasa. Salah gunakuasa atau tidak, SPRM sudah mengintai-intai Faekah untuk dikorbankan,.
Yang semua orang pasti, sebelum Ketua Penerangan PKR hendak mengeluarkan apa-apa statement yang berkepentingan politik dan masyarakat, termasuk dasar dan polisi, sudah tentu mendapat green-light dari boss beliau terlebih dahulu. Siapa boss besar PKR Selangor?Atau adakah kebiasaan PKR Selangor main hentam keluarkan statement ikut sedap hati?
Khalid Ibrahim cukup terdesak sekarang kerana beliau tidak ada apa-apa kuasa tertinggi politik PKR Selangor. Dan untuk tidak melepaskan Faekah, orang kesanyangan beliau, Khalid terpaksa melutut kepada Azmin. Malahan Khalid akan sanggup mengikut telunjuk Azmin asalkan Faekah tetap bersama beliau. Orang kecewa seperti Khalid akan sanggup melakukan apa sahaja, termasuk paling tidaknya akan merajuk.
Berbalik kepada surat bermasalah Faekah, lihat dimana masalah besarnya, ia berbunyi:
"Pentadbiran ini (Tan Sri Abdul Khalid) juga berpandangan bahawa peluang HARUS diberikan (kepada syarikat Zeenat Asyiqin & Associates) selagi ia tidak menyalahi mana-mana peraturan syarikat."
Nampak benar PKR Selangor all-out secara besar-besaran, sementara ia masih panas, mahu Faekah Husin dinyahkan dari Khalid Ibrahim. Ini kerana mereka telah menjatuhkan hukum bahawa Faekah telah bersalah sebelum beliau disiasat.
"Saya ingin menegaskan jika Datuk Menteri Besar pernah mengeluarkan arahan tidak memberikan kebenaran surat-surat sokongan dikeluarkan dalam bentuk perniagaan... dalam kes ini surat yang dikeluarkan itu nampaknya sudah bertentangan dengan arahan yang dikeluarkan," - Suhaimi
Cukup berat bagi Faekah/Khalid untuk menang kerana Suhaimi merujuk kepada kes-kes yang lepas seperti seorang peguam yang akan menjatuhkan hukuman dan memisahkan Faekah dari Khalid.
"Kalau kita lihat seperti kes sebelum ini, maka adalah lebih baik kita konsisten dengan keputusan itu dan sewajarnya pegawai yang terlibat digantung daripada tugasnya untuk diadakan satu sisatan dalaman bagi membersihkan nama pegawai yang terlibat," – Suhaimi.
Sanggup kah Kak Wan melihat Faekah kecundang digantung?
Jika Kak Wan masuk campur dan cuba menyelamatkan Faekah, apa pula kata Bang Non (Anwar), dimana Azmin Ali adalah kekasih gelap beliau.
Semuanya serba salah !!.
Kesudahannya kehendak PKR Selangor mesti diikuti.
Kecundang lah Faekah !
petikan artikel HHalim
No comments:
Post a Comment