“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

20 March 2012

Lihat Anwar nampak Seks, Pembohongan dan Israel

Anwar anak jantan? Mungkin inilah yang sedang dibincangkan oleh rakyat Malaysia. Sudah banyak cabaran untuknya tetapi beliau gagal menyahutnya. Jadi segala tuduhan ini adalah benar, tak begitu Anwar?



Jika lihat Anwar, ternampaklah bebarapa watak yang menakutkan. Selama ini dia membuat kenyataan bahawa dia disabotaj, dianiaya, dizalimi dan difitnah. Dia sengaja meletakkan dirinya dalam keadaan teraniaya bagi mendapat simpati. Persoalannya, benarkah dia telah dianiaya?

Dalam keadaan biasa, sesiapa yang teraniaya akan dapat pembelaan melalui prosiding mahkamah. Jika difitnah, mahkamah tempat paling sesuai untuk membersihkan namanya. Kenapa Anwar tidak dilakukan? Kini semakin ramai yang mencabar Anwar untuk kemukakan saman untuk membuktikan tuduhan terhadapnya adalah fitnah. Beliau memilih untuk menyepikan diri. Saman yang dikeluarkan hanyalah kepada Utusan Melayu, itu pun entah akan diteruskan atau tidak, belum pasti lagi.

Terbaru Datuk Nalla mendedahkan maklumat yang disebarkan kepada umum hanyalah 30 peratus sahaja. Bermakna ada lagi 70 peratus maklumat rahsia seks Anwar masih lagi belum terdedah. Banyak tu!. Inilah Anwar yang disifatkan sebagai orang warak bersembunyi di sebalik jubah (lakonan). Nalla mencabar Anwar mengemukakan saman terhadapnya. Mampukah Anwar? Beranikah dia?

Sebagai manusia yang menjaga populariti, andai dia tak bersalah, (Nalla menfitnahnya) maka tentu dia akan lakukan saman walaupun tidak dicabar. Secara tidak langsung seandainya Anwar tidak mengemukankan saman terhadap Datuk T dan Nalla, maka jelaslah dia memang melakukan kerja keji tersebut.

Cabaran saman untuk Anwar lakukan masih lagi "on".

1. Chinadoll - Datuk T
2. Seks Rambang - Datuk Nalla
3. Sokong Israel - WSJ
4. Seks dengan Bini Orang - Ummi Hafilda
5. Menggunakan Wang Yahudi jatuhkan Kerajaan - TDM
6. Pemimpin Gay - Raja Petra
7. ....
8. ...
9. ....

banyak sangat kalau nak disenaraikan. Apa yang nyata raja saman menyaman ini kecut pulak bila hadapi cabaran orang2 ni.

Secara tak langsung dia mengiyakan tuduhan tersebut. Tanpa segan silu, penyokongnya terutama dari kem PAS (tumpang semangkok) menganggukkan kepala setiap kata2nya walaupun penuh kesangsian.

Ni adalah yang terbaru, mampukan Anwar bertahan? Ramai yang nak tahu baki 70 peratus lagi rahsia Anwar. Ok lah Nalla, go ahead tak payah tunggu dia saman baru nak dedahkan. Dedahkan sekarang biar dia tahu tabiat dia tak dapat disorok lagi. Jika dapat kemukakan dengan bukti kukuh. Rakyat nak tahu sama ada Anwar atau Nalla yang berbohong..

Dalam Islam sesiapa yang bercakap bohong termasuk dalam kelompok "munafik" yang akan masuk neraka lebih awal dari orang "kafir". Bagaimana pula nasib mereka2 yang bersubahat dengannya walaupun telah tahu. Atau sekurang2nya terasa was2 Anwar ini bersih orangnya dan tidak berbohong.

Nalla cabar Nik Aziz keluar fatwa mengenai Anwar...
ISNIN, 19 MAC 2012  HELME HANAFI


Senator Datuk KS Nallakaruppan muncul semula hari ini dan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual dan beliau pernah melihat Anwar 'beraksi' dalam satu sidang media di pejabat Perkasa, Kuala Lumpur.KENYATAAN PENUH LIHAT DI RUANGAN VIDEO AGENDADAILY

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) itu turut mencabar Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika dakwaan itu tidak benar.

Nallakarupan yang berulang kali menyatakan beliau kawan Anwar selama 30 tahun mahu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa membenarkan seorang biseksual menjadi ketua pembangkang.

Beliau sebelum itu menyatakan hairan mengapa Pakatan Rakyat melantik Anwar, seorang biseksual menurut beliau, untuk menjadi ketua pembangkang.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual. Dia tidak berhenti walaupun selepas dia keluar dari penjara. Saya meninggalkan dia kerana dia masih meneruskan aktiviti itu, "kata Nalla.

"Orang ramai menganggap beliau adalah seorang Muslim yang baik, tetapi ia tidak. Saya mencabar beliau, jika dia anak jantan, bawa saya ke mahkamah," tambah beliau.

"Dia boleh menipu orang ramai, tetapi hakikatnya ialah beliau mahu merosakkan negara. Jika dia berani, panggil saya keluar (ke mahkamah) . Saya boleh mendedahkan di mahkamah siapa budak yang dia telah liwat. Saya cabar Anwar on this matter, bisexual,” katanya lagi.

Menurut beliau, jika Anwar menghadapkannya ke mahkamah, beliau akan mendedahkan lebih banyak perkara mengenai Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana setakat ini pendedahan yang telah beliau buat hanya 30 peratus sahaja.

"Nik Aziz juga harus mengeluarkan fatwa untuk membenarkan biseksual menjadi ketua pembangkang. Mengapa mereka (Pakatan Rakyat) tidak mengambil tindakan ke atas beliau? Mereka mesti mengambil tindakan terhadap perilakunya. Terdapat begitu ramai pemimpin pembangkang, mengapa meletakkan lelaki biseksual (untuk menjadi ketua pembangkang)? " tanya Nalla.

“Dengan ini saya katakan yang Anwar seorang biseksual dan saya cabar Anwar saman saya di atas kenyataan ini. Anwar doesn’t want to face the truth, dia bukan anak jantan.

"Dia (Anwar) tidak ada prinsip. Beliau mahu menjadi Perdana Menteri, itu sahaja. Beliau akan merosakkan apa-apa untuk menjadi Perdana Menteri, "katanya.

Beliau juga memberitahu telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin utama PAS untuk mendedahkan siapakah Anwar.

"Saya bersedia jumpa Nik Aziz untuk tujuan yang sama," katanya.

Ditanya apakah sebabnya beliau 'muncul' semula menyerang Anwar, kata Nallakarupan, beliau terpaksa, kerana Anwar 'pusing' Malaysia untuk membohongi rakyat Malaysia.

"Sebagai orang yang kenal Anwar, saya perlu mengatakan kepada rakyat bahawa Anwar adalah manusia lidah bercabang, seorang biseksual," katanya-19/3/2012

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...