“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

31 January 2012

Edisi Perang Salib: DAP hasut parasit PAS untuk musnahkan Islam dari dalam

SHAH ALAM
Strategi halus DAP



Dr Hasan semakin menggugat

Datuk Dr Hassan Ali meneruskan sesi ceramahnya di Seksyen 17 Shah Alam. Seramai hampir 5,000 orang telah hadir untuk mendengar ceramah dari Dr Hasan sendiri.

Semakin lama semakin ramai yang hadir, alhamdulillah berkat kesabaran YB Dr Hasan Ali dia kini tidak keseorangan seperti yang didakwa oleh Azmin dan parasit dalam PAS. Hadirin yang adalah sebahagian yang menyokong Dr Hassan secara ikhlas untuk berjuang ke Jalan Allah bersama YB Datuk Dr Hasan Ali. Kebanyakan yang hadir terdiri daripada penyokong PAS yang sudah pun berpaling tadah.

Dr Hasan berdoa bahawa demi Allah, demi Rasul pada malam yang hening ini marilah kita berjanji bahawa kita tidak akan sekali-kali memberi walau satu undi pun kepada DAP, kerana apa kerana DAP adalah musuh Islam.

Dr Hassan menceritakan bagaimana PAS Pusat memecat beliau tanpa diberitahu tentang pertuduhan terhadapnya dan beliau juga tidak dibenarkan untuk membela diri.

Anwar Bin Ibrahim

Bertapa zalimnya parasit berkiblatkan Anwar yang sengaja mahu 'menendang' Dr Hassan supaya cepat keluar daripada PAS. Secepat yang mungkin.

Beliau juga talah diberi amaran oleh Anwar apabila terlalu kerap membenteras rumah-rumah urut, judi, kedai-kedai arak, membenteras penzinaan kerana bagi Anwar biarlah mereka berehat kerana waktu siang mereka teruk bekerja untuk menaikan ekonomi Selangor, kata Anwar.


1000? 2000 atau 5000 orang hadiri ceramah?



Menggerunkan parasit

YB Datuk Dr Hasan Ali sekali lagi mengingatkan umat Islam bahawa jika hendak melaksanakan Islam, jika hendak menjaga anak cucu kita daripada Kristian tolong jangan undi DAP.

DAP merupakan parti yang jelas menentang Islam, mereka menghasut umat Islam agar menerima Islam Liberisasi yang sama rata tetapi apabila kita hendak melaksanakan Islam mereka tentang.

Anwar mempelopori Islam Liberal di Malaysia, bukti persahabatannya dengan beberapa tokoh terkemuka Illam Liberal Indonesia dan pendedahan pengkaji telah mengesahkan peranan Anwar. Ia bakal ditelanjangi Dr Hasan sedikit waktu lagi. Saya percaya Dr Hasan telah maklum dan mempunyai banyak maklumat mengenainya. Sebab itu dia pernah berkata Anwar Ibrahim "sangat kotor".

Penghayatan Islam Liberal (kesesatan nyata) amat sesuai dengan perancangan kristian Malaysia menghancurkan Islam dari dalam. Parasit dalam PAS juga difahamkan menjadi agen Islam Liberal tajaan Anwar. Mereka tidak akan menghormati kepimpinan ulama yang dilihat tidak menonjol dan ketinggalan sebab itu Anwar dijadikan idola walaupun bermukim di dalam PAS.

Pada malam tahun baru lalu Dr Hasan telah membuat serbuan bersama JAIS dan mendapati hampir 250 pasangan ditangkap meminum arak dan berzina. Dr Hasan telah disindir oleh rakan pemimpin dalam PAS kerana begitu agresif sehingga memberi kesan kepada ekonomi Selangor. Layakkah mereka menjadi pemimpin Islam?

Parasit dalam PAS diwujudkan oleh beberapa pemimpin yang tidak sukakan Islam, mereka semata-mata hanya ingin untuk ke Putrajaya sahaja. Selagi parasit ini berada didalam PAS jangan harap PAS boleh mengamalkan Islam.

Beberapa pemimpin parasit PAS dengan muka yang tidak tahu malu melarang YB Datuk Dr Hasan Ali menjalankan tugas bagi mencegah permurtadan ke atas umat Islam. Mereka juga melarang samasekali Dr Hasan membenteras maksiat dan minum arak di bilik-bilik hotel, dalam kereta kerananya bagi parasit PAS semua itu adalah bertentangan dengan hak asasi manusia dan kebebasan.

Parasit PAS juga mengatakan kepada Dr Hasan,"biarlah mereka rehat pada malamnya kerana pada siang hari mereka bekerja", ini bermakna parasit PAS yang ada kini merelakan maksiat dilakukan di negeri Selangor. Semuanya hanya untuk ke Putrajaya. Mereka sanggup melacurkan Agama Islam demi untuk ke Putrajaya.

Sekali lagi lampu dipadamkan oleh parasit yang panas telinga mendengar Dr Hasan berceramah

Datuk Dr. Hasan Ali menasihati para hadirin supaya jangan bagi walau satu undi pun pada parti DAP kerana DAP merupakan musuh Islam.

DAP pada luarannya nampak tenang tetapi hati dan matlamat mereka hanyalah untuk memastikan Agama Islam bukan agama rasmi di Malaysia.

Kerana DAP lah hampir keseluruhan pemimpin PAS termasuk ulamak jadi bisu dan pekak tentang kemusnahan akhlak umat Islam di negeri Selangor, kata Dr Hassan sewaktu ceramahnya di dataran Bukit Gantang.

Sebagai umat Islam, kita perlu memberitahu kepada anak cucu kita tentang bahayanya matlamat DAP ini, kata Hasan lagi.

PERANCANGAN DAP

Pas dan UMNO bergaduh di hadapan rumah Allah, siapa PAS dan siapa UMNO kedua-dunya adalah orang Melayu. Keadaan inilah yang paling menyeronokkan buat parti DAP. Sebuah parti yang paling rasis. Kemasukan orang Melayu dalam DAP pun hanya sebagai balaci sahaja.

Mereka tidak mahu lebih mereka hanya mahukan supaya Melayu berpecah dan jika ini berlaku, Melayu sudah tidak lagi menjadi kaum majoriti dalam Malaysia. Keputusan akan dipengaruhi oleh DAP iaitu parti yang terbesar dalam Malaysia.

Strategi ini juga telah digunakan oleh puak Yahudi ketika menakluki Iraq, Mesir ,Libya dan kini Syria dan strategi ini menjadi kenyataan. Siapakah kaum Cina Cauvinis Ultrakiasu Malaysia atas nama DAP ini jika kita bandingkan dengan apa yang telah Yahudi lakukan? Tidak salah lagi DAP mendapat nasihat dari PAP yang mempunyai  hubungan rapat dengan negara Yahudi tersebut.

Anwar sendiri tanpa berselindung memperakui akan menjadi rakan Israel dan mempertahankan Israel dengan apa cara sekalipun jika berjaya menjadi Perdana Menteri kelak. Ia sealiran dengan pendekatan DAP.

Akhirnya orang Melayu akan jadi kaum minoriti dan tidak ada lagi keistimewaan seperti sekarang. Bangsa Melayu akan hidup terhina dalam negara sendiri seperti Sinagpura. Itulah yang sedang dirancang oleh DAP.


Melayu hina pada pandangan DAP?

Satu ceramah telah diadakan di Meru anjuran penyokong PAS sendiri yang ingin mendengar sendiri perkara yang sebenarnya berlaku dalam PAS.

Agak mengejutkan penyokong PAS menjemput Datuk Dr Hassan Ali untuk berceramah di pentas PAS dalam DUN Dr Rani.

Foto dari blog gerakan anti PKR: Penyokong PAS yang hadir

Signal malam tadi memberi petanda bahawa ramai ahli PAS sudah bangkit untuk mempertahankan Islam bersama Dr Hassan. Mereka sudah tidak percayakan pemimpin PAS yang hanya mengikut telunjuk DAP.

Difahamkan apabila Dr Hassan menyebut nama ambiga, parasit dalam PAS, DAP dan pkr mereka bersorak sambil mengherdik.

Yang pastinya penyokong PAS sudah tidak tahan lagi apabila pemimpin mereka diperkudakan oleh Anwar Ibrahim, Ambiga dan beberapa pemimpin DAP demi untuk kuasa bagi memerintah Malaysia.

Perosak Agama



Menjadi buruan pemberita

Anwar Ibrahim mesti ditolak oleh semua rakyat Malaysia terutamanya umat Islam kerana pemimpin PKR itu akan melakukan sesuatu terhadap undang-undang menghalalkan homoseksual jika dipilih mentadbir kerajaan persekutuan, demikian dedah Datuk Dr Hasan Ali.

Dr Hassan juga berkata, itu merupakan sebab mengapa dia tidak boleh bekerja atau menghadiri perbincangan empat mata dengan pemimpin pembangkang tersebut, dan temubual baru-baru ini antara Anwar dengan BBC membuktikan dia menyokong homoseksual.

“LGBTs (lesbian, homoseksual, dwiseksual dan transeksual) disahkan di Malaysia! Allah melarang sekeras-kerasnya! Saya boleh melihat keadaan yang sukar jika perkara itu berlaku,” kata Dr Hassan lagi.

“Anwar akan menjadikan perkara itu sebagai 'halal'. Allah mengeji perbuatan itu, dan masyarakat akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir jika itu berlaku.

Hasan berkata, jawapan Anwar semasa temuduga itu sahaja menunjukkan mengapa tekaannya terhadap pemimpin de facto PKR itu ialah benar belaka.

Malaysia Insider cuba memutar belitkan kenyataan Dr Hasan supaya pembaca akan memandang Hasan Ali dengan persepsi yang amat buruk.

Memang tidak hairanlah apabila Datuk Paduka Dr Hassan Ali dan Dr Harun Din tidak dicalonkan pada PRU13 nanti oleh PAS, suatu perkara yang dihebohkan pada suatu masa dahulu. Walau apa pun alasan rakyat sudah tahu siapa Khalid Samad dan Dr Rani yang dikenalpasti menjadi balaci kepada Anwar dan Cina DAP.

Mereka ini sanggup buat apa sahaja demi mempertahankan Anwar dan Cina DAP. Mereka hanya berselindung disebalik parti yang kononnya Islam tetapi merekalah yang menyokong murtad di gereja Damansara Utama baru-baru ini.

Mungkin malu dengan tindakan Dr Hassan yang mempertahankan Islam maka Khalid dan Dr Rani berpakat untuk tidak mencalonkan Dr Hassan Ali pada PRU13 sebagai hukuman.

Inilah yang berlaku dalam parti PAS sekarang sesiapa sahaja menentang Anwar dan Cina DAP mereka akan berdepan dengan hukuman yang cukup berat. Tetapi sesiapa sahaja yang sanggu pmati demi karpal Singh, demi Cina DAP, demi Anwar mereka akan dianggap mulia.


Sokong Israel: PAS lindungi Anwar



Siapa pengkgianat Islam?

Akibat kebebasan bersuara dan menasihati disekat oleh parasit yang berkiblatkan Anwar maka satu komen pun tidak keluar daripada Majlis Syura PAS termasuk ketuanya Harun Taib mengenai kenyataan Anwar menyokong Israel.

Parasit PAS juga memberi amaran kepada Dewan Pemuda PAS Pusat supaya jangan buat apa-apa kenyataan mengenai Anwar Ibrahim walaupun Anwar secara terbuka menyokong penuh penubuhan negara Israel sekalipun.

Berikut adalah pandangan Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut yang menyifatkan kenyataan Anwar Ibrahim secara terbuka menyokong Israel adalah haram dan dilarang dalam Islam.

Datuk Nooh Gadut berkata dalam Al Quran pada Surah Al Baqarah ayat 120 secara jelas menyatakan Yahudi dan Nasrani sebagai musuh Islam. Manakala dalam Surah Hud ayat 118, pula melarang umat Islam cenderung kepada orang yang berlaku zalim.

Apakah kenyataan ini tidak cukup kuat untuk PAS mencari parasit sebenar dalam PAS? Lihatlah sahaja pada Twitter Nasruddin Hassan, beliau sendiri masih takut menyebut nama sebenar orang yang mahu melindungi Israel tersebut. Apakah Dewan Pemuda PAS sudah dikunci mulutnya oleh parasit parasit yang ada dalam PAS?

Betullah kata Dr Hasan Ali jika umat Islam di Malaysia memberi peluang kepada pakatan Rakyat menduduki Putrajaya maka umat Islam juga merelakan Agama Islam dihancurkan oleh parasit ini.

sumber sumbangan sungairapat

6 comments:

  1. salam empunya blog, nasihat saya adalah biarlah melaporkan secara adil, program di seksyen 17 tidak sampai 2ribu orang, kalau lebih 1ribu mungkin logik. Saya menyatakan begini adalah kerana saya juga terlibat secara langsung dengan program ini. Janganlah melaporkan perkara2 yang menipu demi untuk menyedapkan cerita. Kita kena berani bersikap benar.. sampai bila hendak membudayakan sikap pembodekan dan pemalsuan fakta. Rakyat semakin bijak dan janganlah kita semakin bodoh untuk menjadi bijak.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Salam

    Anonymous Jan 30, 2012 05:54 PM,

    jumlah orang yang hadir itu tidak penting. lebih penting ialah kamu sendiri yang tidak mahu berfikir. lebih penting ialah adakah kamu juga menyokong Israel seperti yang diucapkan Anwar?

    "Rakyat semakin bijak dan janganlah kita semakin bodoh untuk menjadi bijak.. hehehe.." kata-kata itu terpalit kembali ke muka kamu seperti meludah ke langit.

    ReplyDelete
  3. kenapa lampu dipadam selepas Dr Hasan mengecam kejahatan parasit dan ambiga?

    ReplyDelete
  4. skang citer plak saper pengkhianat & parasit daLAm umno plak......bleh x wahai tuan blog nie??? biar adil skit........peace...........

    ReplyDelete
  5. Agak2 siapa yang padamkan lampu kalau dikaitkan anon jan 31,2012 04:45am dengan anon jan 30,2012 05:54PM..pikir2 sendiri.......

    ReplyDelete
  6. tunggulah sehingga Islam selamat dulu.. baru kita fokus parasit umno pula. La ni Islam sedang diserang , dalam, luar, kiri, kanan... ada perasan tak? Lumpuhkan perancangan DAP dahulu, itu wajib. Kalau tak tahu kena kaji sendiri. Baru faham siapa dibelakang DAP, siapa Teresa kok.. bravo!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive