Selama ini ingat TokMisai seorang sahaja yang terfikir tentang musibah ini. Rupanya ia memang telah menjadi satu "mimpi ngeri" kepada mereka yang berfikiran waras. Alhamdulillah Dr Hasan telah berani bersuara mengenainya dalam medium terbuka seperti dalam ceramah roadshownya.
Ia kini bukan satu rahsia lagi. terserahlah kepada kaum Muslimin untuk bertindak sama ada ingin menyelamatkan Malaysia (Islam) atau tidak. Anwar menjadi manusia pengkhianat yang bukan sahaja akan menjadikan Israel sebagai rakan malah akan menyerahkan negara kepada DAP/PAP yang jelas akan meruntuhkan segala yang kita bina sebelum ini.
Perpecahan amat dibenci Allah, tetapi kita masih lakukannya yang memungkinkan kita dijajah oleh pendatang. Betullah perumpamaan "Lebai Malang" dan "Pak Kadok" itu. Tahap pemikiran orang Melayu semakin merosot?
Sememangnya Gabungan antara PAP dan DAP adalah rahsia terpendam dalam perancangan DAP selama ini. Ia dengan bijak telah disembunyikan dari pengetahuan penyokong PR terutamanya dari PAS. Semoga dengan pembongkaran ini, ramai orang Melayu yang masih bersemangat mengangkat PR akan memikirkan semula azab yang bakal diterima oleh orang Melayu dan Penganut Islam jika PR mengambil alih Putrajaya.
Adakah ini juga satu "FITNAH" ????? fikirkanlah...... sebelum menyesal.
Bukti Soheh! Hasan Ali Ditolak Oleh Penduduk Bandar Baru Bangi
Banner Roadshow Dr Hasan disbotaj oleh kerajaan selangor dan dia cuba dinafikan untuk bersuara. namun hakikatnya masih ada yang sayangkan Islam dan ingin mengetahui kerja belakang tabir pertubuhan syaitan. Walau disabotaj, kekuatan Dr Hasan amat dikagumi demi memperjuangkan Islam setelah diabaikan oleh PAS atas desakan DAP.
dibawah ialah tulisan sahabat bloger Wak Jengkol yang ikut serta memantau majils Dr Hasan di BBB.
Bukti Soheh! Hasan Ali Ditolak Oleh Penduduk Bandar Baru Bangi
Segala usaha sabotaj yang dilakukan oleh 'syaitan' dan parasit-parasit upahan pemimpin Pakatan untuk menghalang Hasan Ali dari terus mendedahkan pekung mereka, nampaknya tidak mendatangkan sebarang kesan kepada Hasan Ali.
Sesiapa sahaja yang berpeluang mengikuti Road Show Hasan Ali dari dekat pasti akan berasa teruja setelah mendengar amanat-amanat penting yang disampaikan terutama sekali hal-hal yang berkaitan dengan Islam, orang Melayu dan juga Raja-Raja (IMR).
Kehadiran sekelompok manusia yang berkupiah putih malam tadi juga memberi satu gambaran bahawa masih terdapat dari kalangan ahli Pas yang menolak fahaman Anwarisme dalam Pakatan Pembangkang.
Disaat wak menulis artikel ini, jam sudah menunjukan 2.30 pagi. Oleh kerana wak tak mahu beleter panjang dan mata pun sudah mengantuk. Wak ingin menyampaikan satu pesanan penting kepada kita semua tentang malapetaka dahsyat yang bakal melanda negara tercinta ini sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya.
Mungkin ada yang menjuih bibir bila mendengar atau terbaca tentang hal ini dan merasakan apa yang disebut itu tak mungkin akan terjadi. Tapi ingat lah, perkara seperti ini bukan sesuatu yang mustahil. Cuba bayangkan jumlah kerusi Parlimen yang bakal mereka miliki sekiranya kedua-dua parti kafir ini bergabung?. Tentu anda sedang terbayang sesuatu perkara buruk akan berlaku bukan? Beringat sebelum terlambat supaya kita tidak menyesal dikemudian hari.
Wak Jengkol
No comments:
Post a Comment