“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

09 September 2013

Perang dunia ke 3 on the way .. Anwar sokong siapa?


KAPAL PERANG RUSIA DI PERAIRAN SYRIA







Kapal perang Russia Nikolai Filchenkov meninggalkan Sevastopol menuju Pelabuhan Novorossiisk sebelum belayar ke Syria. (Gambar kecil) kapal pemusnah Nastoichivy.

Moscow: Kapal perang Russia, Nikolai Filchenkov semalam meninggalkan pelabuhan Sevastopol di Ukraine untuk membawa ‘kargo khas’ ke Syria, ketika Kremlin semakin meningkatkan kehadirannya di perairan Mediterranean.

Agensi berita Interfax yang memetik sumber pangkalan angkatan laut di Saint Petersburg melaporkan, kapal berkenaan akan menuju ke Pelabuhan Novorossiisk di Laut Hitam, sebelum belayar ke Syria.

Laporan juga menyatakan kehadiran angkatan laut Russia itu bertujuan mengimbangi peningkatan jumlah kapal tentera laut Amerika Syarikat di rantau itu ketika pemimpin dunia terus bertelagah mengenai langkah wajar yang patut diambil untuk menghentikan konflik di Syria.



Bawa kargo khas

“Nikolai Filchenkov akan singgah di Novorossiisk untuk mengambil kargo khas terbabit sebelum menuju ke tempat ia diarahkan bertugas di timur Mediterranean,” kata Interfax.

Sumber itu bagaimanapun tidak memberikan butiran terperinci kargo yang dihantar, tetapi mengesahkan bahawa Russia meningkatkan kehadiran angkatan lautnya di wilayah itu sejak krisis di Syria memuncak.

Interfax menyatakan kapal pemusnah Smetlivy akan menyertai Nikolai Filchenkov, selain kapal pemusnah Nastoichivy. 

“Armada anti kapal selam Admiral Panteleyev sudah memasuki zon operasi bagi mengetuai pelayaran kumpulan kapal perang berkenaan di Mediterranean,” kata sumber angkatan tentera.

Kapal pengiring, Neustrashimy sudah pun berada di timur Mediterranean, begitu juga kapal pengangkut Alexander Shabalin, Admiral Nevelsky dan Peresvet.

Semua kapal terbabit dijangka menyertai sebuah lagi kapal pengangkut pesawat lebih besar Novocherkassk dan Minsk, selain kapal membawa peluru berpandu Moskva.

Kapal peninjau Priazovye juga sedang belayar untuk menyertai kumpulan itu.


Gagal capai sepakat

Sementara itu pemimpin dunia yang hadir pada sidang puncak G20 di Saints Petersburg, gagal mencapai kata sepakat membabitkan rancangan Amerika Syarikat untuk melancarkan tindakan ketenteraan ke Syria.

Majlis makan malan yang dihoskan Presiden Vladimir Putin gagal mencari penyelesaian mengenai bagaimana konflik Syria, yang sudah meragut lebih 100,000 nyawa patut dihentikan. - AFP

-BHARIAN-

2 comments:

  1. Anwar mesti ler memastikan Israel selamat seperti yang diwar war kan nye die media antarabangsa..tak gitu

    ReplyDelete
  2. geee hee cam btol je ~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERKINI Posts