eksploitasi siswa
Saifuddin
Setelah blogger BN mendedahkan bukti sahih niat Anwar mengumpul dan merancangkan Huru Hara di KL pada 9/1/12 nanti, terjadilah kegemparan hebat dalam kem PKR. Anwar resah dan marah bagaimana rahsia ini boleh terbongkar.
Bimbangkan pasukan keselamatan mengambil tindakan menyekat kehadiran mereka di mahkamah nanti, Saifuddin membuat tohmahan bahawa arahan untuk berkumpul dan melakukan sabotaj bukan dari arahan Anwar. Seperti biasa nadanya tetap sama. UMNO yang memfitnah. Semua fitnah adalah dari UMNO.
Andaikata pihak keselamatan bersedia dan membuat siasatan serius, pastinya perancangan dahsyat ini akan musnah sebelum dapat dilaksana. Ini yang amat ditakuti Anwar. Biar, benarkan pengikutnya berhimpun dulu atas semangat aman, katanya. Dalam pada itu dapatkah mereka menahan solidariti yang kurang ajar itu dari melakukan perkara gila?
Jika dihalang dan merampas bahan menyebabkan kekacauan seperti bom petrol atau banner menghasut dan sebagainya tentulah rancangan mereka akan gagal. Namun semua orang sudah tahu apa yang ada dalam kepala Anwar.
Nak tanya sikit, apa gunanya poster ni? Semata tunjuk sokongan? Bohong tetap bohong..
Surat SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL, SETIAUSAHA AGUNG, PARTI KEADILAN RAKYAT kepada semua ahli PKR.
Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini, yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat UMNO yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara.
Wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam setiap nafas dan gerak nyawa UMNO.
Saya seterusnya meminta orang ramai, anggota KEADILAN dan penyokong-penyokong gerakan reformasi yang akan keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya berhimpun secara aman dan mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab pada hari berkenaan.
Sekian, terima kasih.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT
27 DISEMBER 2011
Orang yang mendustai perintah Allah ini sedang membakar semangat pengikutnya agar besedia mati katak di jalanraya, jom REVOLUSIIII.
i am back...lancarkan perang kekeliruan terhadap penyokong2 anwar...manusia yang sedang sesat akan bertambah keliru dengan tindakan yang patut diambil...pecahkan kepada tiga serangkai utama dan tiga kekeliruan yang berbeza...terhadap dap, pas dan pkr...mintak barisan2 pencinta agama, bangsa dan negara, bertindak atas kapasiti anda...percaya dengan tindakan anda dengan dan demi niat untuk islam...-z
ReplyDeleteUdah- udah la tu Nasution.......muak kami golongan marhain nengok benda2 cam ni.
ReplyDeletekami sekelian juga telah bersedia di bawah panji-panji hitam kami untuk menggempur pendusta besar @ proksi dajjal malaysia anwar ibrahim serta pengikut-pengikut mereka seperti nasution & lain-lain yang memang hendak menghancurkan bumi mala yang dirahmati Allah ini.
ReplyDeleteJika Anwar didapati tidak bersalah, beliau hanya dibebaskan oleh mahkamah yang dia tidak iktiraf. Walaupun bebas, dia terpaksa memperbaiki imejnya. Tetapi kerosakan imej yang telah berlaku sangatlah serius dan tidak mungkin dapat diperbaiki. Dia akan kecundang juga sudahnya. Imej baik dibalas baik, imej jahat dibalas jahat. Tunggulah keputusan mahkamah rakyat. Tunggulah PRU13. Talqin untuk DSAI.
ReplyDeleteNEGARA INI MENGAMALKAN PERSAMAAN HAK. JIKA PENYOKONG DSAI BOLEH BERKUMPUL, PENYOKONG BN JUGA BOLEH BERKUMPUL. KALAU MEREKA TAK BUAT KECOH, PENYOKONG BN JUGA TAK BUAT KECOH. KALAU MEREKA KASAR, KITA LAWAN BERKASAR. BARU ADIL DAN SAKSAMA. TAK KAN PENYOKONG BN NAK LIHAT KUMPULAN PENGGANAS ITU MERUSUH SESUKA HATI.
ReplyDeleteTAHNIAH KUMPULAN MAHASISWA USM YANG RASIONAL DAN BERANI BERSUARA MENGKRITIK MAHASISWA YANG MELANCARKAN DEMONSTRASI DI UPSI. INI YANG KITA MAHU TERDAPAT DI IPTA. GOLONGAN YANG PANDAI TIDAK BOLEH MEMBISU SERIBU BAHASA. YANG BIJAK DAN RASIONAL PERLU BERSUARA MEMPERTAHAN HAK DAN KEBAJIKAN RAMAI. JANGAN TUNDUK KEPADA GOLONGAN KECIL YANG LANTANG DAN CABUL. MELAWAN DSAI DALAM KONTEKS KINI IALAH SATU IBADAH YANG MULIA. TAHNIAH.
ReplyDelete