“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

29 February 2012

SAMAN jangan TAK SAMAN [cerita rekaan baru UstBad]

Nak saman akhbar, TV, bloggers....  hah kenapa tak saman 20 orang yang belasah dia? Tak buat pun report polis... hahaha...

calun bini nombor tiga UstBad

Wak Badrol nih kelakar lahh. Kejap itu, kejap ini.  Mana satu yang betul? Yang betulnya UstBad ada dalam bilik masa suami wanita ini buka pintu dengan kunci pedua, kan? Bilik gelap. kan? Buat apa dalam gelap bersama wanita yang lari dari rumah? Hahhh... sudahlah ostat. Lagi banyak bohong, lagi terkeluar rahsia.. baik lari masuk gua jerr... 

Tak nak ke ambil dia jadi no. tiga? Dia dah minta fasah pun.. mesti ada rancangan sulit, kan? Bocor lagi.. !!!

Tunggu lepas nie ada lagi pendedahan... apa yang pasti memang ada umh..

Badrolamin dakwa pembantunya disogok
WARTAWAN SINAR HARIAN
29 Februari 2012

SEREMBAN – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrolamin Bahron mendakwa pembantunya ditawarkan imbuhan lumayan oleh sekumpulan lelaki sebagai dorongan supaya menjadi saksi memburukkannya.

Menurut Badrolamin, pembantunya itu diugut supaya memberi kerjasama dan ditawarkan upah lumayan bagi membantu menjayakan satu rancangan pihak tersebut.

“Ketika saya berada di Kuantan, pembantu saya didatangi enam lelaki dengan nada memujuk dan mengugut meminta supaya memberikan kerjasama.

“Sekiranya dia (pembantu) sanggup berikan kerjasama dengan menceritakan kononnya saya begitu dan begini, dia akan diberikan imbuhan lumayan,” katanya semasa menyampaikan ceramah sulungnya di Ampangan, dekat sini, malam kelmarin.

Bagaimanapun, Badrolamin berkata, pembantunya itu kuat semangat tidak melayan tawaran berkenaan sebelum memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu.

Menurutnya, berikutan kejadian itu, dia dan pembantunya bercadang membuat laporan polis dalam masa terdekat ini bagi membersihkan kembali namanya berikutan kejadian ditangkap khalwat lalu.

Sementara itu, Badrolamin juga berkata akan berbincang dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu serta stesen televisyen tempatan kerana menyiarkan laporan khalwatnya.

Malah, beliau turut memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz kerana mengeluarkan kenyataan dalam kedua-dua media itu.

“Selepas keterangan saya dan wanita terbabit diambil, Jaip mendapati dakwaan saya berdua-duaan adalah tidak benar dan pihak jabatan agama juga menerima sendiri kenyataan itu.

“Dengan itu, kenyataan Mohd Ghazali bahawa saya ditangkap berdua-duaan adalah terbatal, begitu juga laporan media berkenaan bahawa kami ditangkap berkhalwat adalah tidak benar.

“Sehubungan itu, kami akan me ngambil tindakan undang-undang terhadap kedua-duanya,” katanya.

SINAR HARIAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive