“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

23 February 2012

BRAVO.... CUEPACS.

Tahniah Datuk Omar Osman.. ANDA SEORANG PEJUANG!



"Kalau tak mampu bayar, turunkan kenaikan gaji pegawai atasan salorkan kepada kakitangan bawahan!"  Untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan, adalah dicadangkan... gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.

Haa niii barulah betul  slogan "Kerajaan Untuk Rakyat".  Mana-mana parasit yang pelahap dan asyik fikir nak buat untung diri sendiri, boleh isi borang bersaralah. Itulah parasit yang sedang merosakkan reputasi kerajaan DS Najib untuk membantu Anwar.

DS Najib kena juga siasat siapa yang buat tahi dalam SBPA asal dan terajang keluar biar dia kerja dengan Anuar Ibrahim. Tengok cukup makan ke tak. Kita tahu parasit Anwar banyak dalam SPA dan JPA, berpangkat besar dan berkedudukan tinggi, tetapi sengaja nak sabotaj kerajaan. Kalau dibiarkan BN boleh tumbang kerana membuat kakitangan awam kecewa dan marah.

Kita tengok sejauh mana kebijaksanaan DS Najib mengatasi para parasit dalam kerajaannya. Masa Anwar jadi TPM dahulu, banyak anasir ini diserap dalam seluruh Jabatan Kerajaan selain dalam UMNO.

Bravo Cuepacs!

Tuntutan Terkini Cuepacs Beri Harapan Gembira : Julat Kenaikan Gaji RM 700 - RM 2500!!!


Di sebalik rasa tidak puas hati berkenaan dengan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang sepatutnya dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu, Cuepacs hari ini menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Pelaksanaan SBPA ditangguhkan sementara pasukan petugas khas selesai menjalankan semakan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi SBPA.

Antara tuntutan tersebut adalah;

Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700
Gred 17 hingga Gred 26 kenaikan sebanyak RM1,000
Gred 27 hingga Gred 40 kenaikan sebanyak RM1,500
Gred 41 hingga Gred 48 kenaikan sebanyak RM1,800
Gred 52 hingga Gred 54 kenaikan sebanyak RM2,500Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500," katanya.

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.

"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji. Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.

Omar berkata, tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA.

"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.

"Jika tidak boleh juga... apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive