“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

29 May 2012

Salah... salah... sahlah.. Buat Baik Pun Salah.. bagi Salah..uddin

Makin lama makin tak cerdik orang ini. Dalan hati dia cuma tahu satu sahaja.. "UNDI"... lain tiada.


Kalau busuk hati akan terserlah jua. Keikhlasan hanya bermain dipermukaan dan iksploitasi lidah.. sama macam hipokrit atau bahasa lama "munafik".

Kalau dulu kerajaan bantu biayai 'kroni" untuk majukan ekonomi negara, mereka kata tak betul dan salah.. kini kerajaan keluarkan wang negara bantu golongan susah, pun mereka salahkan juga.

Patutnya kita semua pandai menilai, bersyukurlah ada yang mahu membantu. Peratus manusia susah di Malaysia adalah orang Melayu, dasar ini banyak mengurangkan beban orang Melayu. Jangan pessimis sangat sangka nak beli undi dan sebagainya. PAS takut kepada bayang-bayang?

Ingatlah ini adalah dasar transformasi negara yang bakal merubah seluruh sistem pemerintahan negara. Malaysia akan menjadi negara contoh bagaimana bertindak bijak mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat jelata. Sama seperti kaedah "zakat" cuma tidak terhad kepada orang Islam sahaja.

ringankan beban rakyat juga "salah"?


Kalau PR menang nanti pun mesti lakukan hal yang sama supaya wang negara juga dapat dinikmati oleh golongan bawahan. Mampukah PR lakukannya? Apa yang pasti DAP tak akan pernah setuju. Biarlah DAP tak setuju, kita tahu niat mereka. Jika orang Melayu tak setuju ia bermakna mereka semakin sewel. Tak dapat nilaikan yang baik dan buruk. 

Dasar ini adalah yang terbaik. Lihat sahaja Indonesia, mampukah kerajaan mereka lakukan hal yang sama? Mengapa tak bersyukur? 

Harga barang naik adalah sebab kerja kapitalis DAP yang kawal pasaran selama ini. Kedai 1 Malaysia akan selesaikannya, itupun kalau nak fahamlah. Skim 1 Malaysia amat membantu golongan bawahan... sepatutnya kita bersetuju. Jangan ikut telunjuk DAP yang dengki kepada bangsa Melayu. Dasar transformasi ini harapnya akan merebak kepada sistem pemerintahan Islam pula satu hari nanti. Ini akan dengan sendirinya menjumudkan PAS yang mengaku Islam selama ini.

Najib perlu cari jalan menggubah (transform) sistem pemerintahan perlahan-lahan menuju sistem Islam. Gunakan kepakaran ulama yang berwibawa (seperti Harussani dan Dr Harun Din) membentuk panel penasihat kerajaan ke arah tersebut. Kurangkan politiking antara kaum Muslimin. Bangunkan Majlis Syura sebagaimana PAS dan jadikan mereka pakar rujuk untuk Islamkan semua tindakan kerajaan. PAS pasti terpaksa berkubur.

PKR? Bakal hilang arah bagai orang sasau. USA tidak lagi mampu membantunya bila semua orang Islam di belakang kerajaan. Silap haribulan Anwar pun ikut PAS ke kubur juga kerana kegagalannya.

Jika ini dapat dilakukan, pastinya semua Muslimin tiada alasan kecuali menyokong pemerintahan Islam. PAS tiada lagi helah untuk merosakkan agama. Bagi PKR yang membawa agenda Islam Liberal, kerajaan perlu tentang habis-habisan. Islam Liberal adalah jelas sesat dan munafik. Kerajaan perlu ada mekanisma yang jitu bangunkan Islam sebagai wadah baru transformasi. Jadikan ia Raja Segala Reformasi. Najib mampu melakukannya untuk mematikan watak perderhaka seperti Anwar Ibrahim dan sebahagian dari pemimpin PAS.

Jika ini berlaku dan berjalan lancar, UMNO adalah Parti Islam sebenar walaupun bukan  bernjenama "Islam", semoga Allah perkenankan.

BR1M kedua: Tanda BN tak yakin, dakwa Pakatan
JAMILAH HAMZAH
29 Mei 2012

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) belum yakin dengan sokongan rakyat terhadap perikatan itu sehingga terpaksa mengharapkan pada pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kali kedua.

Menurut Salahuddin lagi, syor agar BR1M kali kedua disediakan adalah salah satu cara untuk meraih undi ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beberapa pemimpin BN berpendapat bahawa pemberian BR1M kali kedua akan mengurangkan beban rakyat dan sangat diperlukan dalam keadaan semasa ekoran kenaikan kos sara hidup.

Bagaimanapun menurut Salahuddin, cara pemberian BR1M bukanlah satu kaedah yang baik untuk membantu rakyat kurangkan kos sara hidup dan bukan langkah yang bijak.

"Hal ini menunjukkan BN masih belum punyai keyakinan dengan sokongan rakyat dalam menghadapi PRU13 akan datang, dan kemungkinan itu, pengumuman tarikh pilihan raya masih ditangguhkan sehingga ke hari ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Beliau turut mengatakan bahawa faktor utama kos sara hidup rakyat meningkat adalah disebabkan kenaikan harga barang dan kadar pendapatan yang semakin kecil.

"Ini bukan langkah transformasi yang bagus, yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak," tambah Naib Presiden Pas itu.

Sementara itu, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, pemberian BR1M haruslah kepada penerima yang benar-benar perlukan dan bukannya membazirkan wang rakyat kerana wang itu adalah wang rakyat yang didapati melalui kutipan cukai setiap
tahun.

Seng Giaw yang juga seorang Ahli Parlimen Kepong mendakwa, pemberian wang tunai kepada rakyat melalui BR1M adalah salah satu cara untuk meraih undi oleh Umno-BN untuk PRU tidak lama lagi.

"Kita tak pasti sama ada dengan pemberian wang tunai itu adalah benar-benar membantu rakyat dalam tempoh berpanjangan atau untuk masa terdekat ini sahaja.

"Wang itu sepatutnya perlu diberikan tanpa ada agenda lain kepada rakyat dan perlu membuat kajian terlebih dahulu untuk elakkan pembaziran melalui pemberian wang kepada individu yang salah," kata Seng Giaw lagi.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengalu-alukan cadangan pemberian BR1M kedua itu lebih adil dan mendahulukan penerima benar-benar layak.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, pihaknya juga mahu usaha pemberian BR1M kedua itu ikhlas dan tidak dipengaruhi desakan untuk meraih undiandalam pilihan raya akan datang.

“Saya harap ia bukan satu rasuah politik’yang bertujuan untuk memancing undi rakyat atau lebih tepat lagi sekadar gula-gula menjelang pilihan raya,” katanya, semalam.

Beliau mendakwa, sebelum ini ada penerima tidak layak tetapi turut diberi bantuansekali gus menyebabkan penerima yang benar-benar memerlukan bantuan keciciran.

“Justeru, saya harap pihak kerajaan memandang serius isu ini bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.

Ketika diminta untuk mengulas tentang usaha kerajaan memberi bantuan berterusan sejak akhir-akhir ini, Tuan Ibrahim tidak menafikan ia memberi kesan terhadap parti itu.

“Secara umumnya, ia memang memberi kesan. Pun begitu, bagi Pas yang berjiwa besar dan mempunyai fikiran terbuka, kami tidak rasa perkara itu akan menjejaskan undian rakyat.

“Pendek kata, jika rakyat mengambil umpan sekalipun, belum tentu mereka akan menelan pancing,” katanya.SH


Satu Lagi Transformasi Hebat Kerajaan....




Borang permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia akan mula diedarkan pada hari Isnin 30 Januari 2012. Berikut adalah maklumat-maklumat penting berkenaan Skim SARA 1Malaysia.

Bank Yang Terlibat Dengan SARA 1Malaysia:
Malayan Banking Bhd
RHB Bank Bhd
CIMB Bank Bhd
Bank Simpanan Nasional Bhd (BSN)

Kaedah Pembayaran (Pinjaman/ Perlaksanaan/Pembiyaaan) SARA 1Malaysia :
Peminjam hanya perlu membayar minimum RM84 sebulan selama lima tahun
Insentif bulanan akan dibayar kepada peserta dalam bentuk unit tambahan AS1M
Sekiranya tiada pengeluaran dibuat sepanjang tempoh itu, akan meraih pulangan RM13,000.

Tempoh Permohonan Pinjaman SARA 1Malaysia:
Permohonan akan dibuka selama setahun atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan.

Syarat Kelayakan Mohon Pinjaman SARA 1Malaysia:
Pemohon yang mempunyai jumlah pendapatan isi rumah antara RM500-RM3,000 sebulan layak menyertai.
Tidak Muflis
Tidak pernah menerima pinjaman dari skim-skim kerajaan yang lain.
Lain-lain

Maklumat Lanjut Sila Rujuk Laman Web Sara1Malaysia di www.sara1malaysia.com.my

Masih tak mahu bersyukur?


Hanya Anwar Yang Sukakan Pinjaman Bank Dunia
kerana dia adalah 'kroni' Bank Dunia.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...