Setelah terdedah skandal seks Eli Wong dengan kekasih Melayunya dan telah hidup dalam zina selama ini, terpacul pula skandal baru. Seorang yang terkenal sebagai bekas pensyarah dan pendakwah hebat sebelum menyertai PKR telah ditangkap berkhalwat dengan isteri orang padahal sudah pun mempunyai dua isteri.
Sebelum dari itu Anwar sendiri dikatakan terlibat skandal dengan pelacur dan sehingga kini dia masih diam membisu atas perkara ini. Atas harapan masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu dan Islam akan melupakannya. Kita nampak tanda bahawa Allah telah memberi keizinan terhadap keinginannya. Berlakulah kesah bersekedudukan dan khalwat tersebut lalu Allah buka aibnya sebagai peringatan kepada semua Muslimin untuk berfikir semula.
Dari tindak tanduknya mempertahankan diri, dia telah menzahirkan hasratnya untuk tetap akan meminpin negara ini kepada kehidupan yang bebas. Termasuk bebas dari moral baik dan menyetujui cara hidup bebas sepenuhnya. Terutamanya hal yang berkaitan seks.
Dari tindak tanduknya mempertahankan diri, dia telah menzahirkan hasratnya untuk tetap akan meminpin negara ini kepada kehidupan yang bebas. Termasuk bebas dari moral baik dan menyetujui cara hidup bebas sepenuhnya. Terutamanya hal yang berkaitan seks.
Lebih menghairankan para Ulama dalam PAS membiarkan sahaja apa yang berlaku dan tiada suara mengecam kejadian buruk berkenaan, malah ada diantaranya dipertahankan dengan berbagai alasan lemah dan melucukan.
Kemelut terhebat selain skandal seks ialah hasratnya untuk "mempertahankan keselamatan negara Israel" paling mengejutkan semua pihak. Nampak dalam hal ini Anwar kelihatan sedang bersaorangan. PAS pernah membuat desakan supaya Anwar menarik balik kenyataan atau menyaman WSJ. Namun seperti yang semua tahu dan telah pun dijangka, Anwar akan terus memperthankan kenyataannya walaupun apa yang terjadi.
Siapa Anwar sebenarnya? Layakkah dia menjadi Perdana Menteri Malaysia? Layakkah dia menjadi ketua kepada rakyat yang beragama Islam? Layakkah dia menjadi ketua kepada Ulama (dalam PAS)?
Semua ini akan membuka pekung dirinya yang cuba disembunyikan sekian lama.
Dalam pada itu, masihkah Anwar berfikir bahawa PAS akan terus akur dan patuh kepada arahannya? Dengan keangkuhannya mengangkat Israel sebagai sahabat, PAS kelihatan dalam resah gelisah. Tidak tahu apa yang patut dilakukan. Perbezaan semakin ketara dan ternyata sukar untuk dikendurkan. Apa yang kita akan lihat ialah siapakah yang lebih berkuasa antara Nik Aziz dan Anwar. Pada ketika ini masih lagi kelihatan PAS terus didodoikan oleh Anwar atas hajat menawan Putrajaya. Dengan ini lidah ulama yang selama ini begitu lantang sudah diam kaku tak bermaya.
Menghairankan, kenapa PAS masih belum faham cara Anwar bekerja? Anwar telah membayangkan cara pemerintahan kuku besi,dengan memecat sesiapa sahaja yang tidak sealiran atau menentangnya, walaupun dalam PAS. Anehnya dia tidak mampu mengawal DAP yang semakin menimbulkan kebencian orang Melayu/Islam. Masihkah PAS hendak menyangkalnya?.
Adakah PAS kini telah selamat dicengkam kemas melalui rangkaian parasit yang menjadi golongan anwarinas dalam PAS? Analisa kes "Pertahankan Keselamatan Israel" akan dapat menjawab siapa sebenarnya Anwar Bin Ibrahim.
Pendirian yang saling bercanggah
DALAM Facebook, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai hasil pertemuannya dengan Anwar Ibrahim berbangkit kenyataan Anwar mengenai Israel dalam The Wall Street Journal (WSJ) dan kata dua Majlis Syura Pas terhadap Anwar iaitu menarik balik kenyataan berkenaan atau menyaman WSJ, Nik Aziz menjawab terserahlah kepada Anwar untuk menerima pendirian Pas.
Kata Nik Aziz lagi, Pas sentiasa konsisten, parti itu tidak akan mengiktiraf negara haram Israel sebaliknya terus memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin. Kenyataan ini adalah kenyataan berani dan ia adalah isu prinsip. Kenyataan Anwar di media selepas bertemu dengan Nik Aziz tetap dengan pendiriannya dan tidak akan meminta maaf kepada WSJ.
Dua kenyataan yang mempunyai maksud yang berbeza ini amat menarik undianalisis. Nik Aziz tidak akan membuat kenyataan yang membelakangkan hasrat Majlis Syura kerana ia suatu amanah. Majlis Syura sudah tentu membincangkannya secara panjang lebar.
Menariknya dalam isu ini Anwar tidak dipanggil terlebih dahulu memperjelaskan keadaan tetapi Majlis Syura membuat keputusan sendiri dan selepas pertemuan Anwar dengan Nik Aziz, nampaknya Nik Aziz menyebutkan Pas tidak akan mengiktiraf negara haram Israel.
Analisis pertama ialah isu Israel dan Palestin adalah isu fundamental dan menjadi perkara dasar dalam perjuangan Pas. Apakah PKR dan DAP mempunyai pendirian yang sama atau berbeza dengan Pas. Kenyataan Nik Aziz mewakili Majlis Syura tegas dengan isu negara Israel dan kedudukan umat Palestin sedangkan Anwar sebaliknya.
Keinginan Anwar untuk mempertahankan kedaulatan negara Israel ternyata bercanggah dengan pendirian Nik Aziz walaupun Anwar cuba memberi justifikasi bahawa Israel perlu patuh kepada beberapa syarat. Ini bukan pendirian Anwar seorang tetapi sudah dibincang lama oleh pihak-pihak di Amerika Syarikat (AS) dan juga Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Isunya siapakah mereka di Amerika itu dan siapa pula di belakang PBB. Tidak mungkinkah mereka mempunyai muslihat tertentu kerana pendirian Anwar itu bukan pendirian terpencil.
Kedua, kenyataan Nik Aziz adalah pendirian Pas yang fundamental. Bagaimana dalam konteks pakatan pembangkang, pendirian Anwar dan pendirian Pas boleh diharmonikan sedangkan kedua-dua kenyataan itu adalah saling bercanggah dan tidak ada titik temu. Benarlah seperti kata dua Majlis Syura, tarik balik atau saman WSJ.
Tentunya Majlis Syura kena bersidang lagi supaya pendirian jelas Pas dapat dibuat. Kalau tidak ia mencabar kredibiliti Pas. Bayangkan takdir berlaku persidangan kedua membincangkan isu ini dijangka Majlis Syura tidak akan berganjak dengan pendirian seperti yang disebutkan oleh Nik Aziz.
Oleh itu, siapa harus tunduk kepada siapa. Penulis percaya bahawa Anwar tidak akan tunduk kepada pendirian Pas kerana mengenali Anwar memang wataknya sedemikian. Pas juga tidak akan tunduk dengan helah Anwar kerana ia adalah isu prinsip. Isu tolak ansur tidak berbangkit. Sekiranya Pas akur dengan Anwar bermakna satu lagi prinsip perjuangan Pas akan hilang. Seperti juga Negara Berkebajikan, adalah suatu cara melunakkan orientasi perjuangan supaya wujud persamaan antara Pas dan PKR dan Pas dengan DAP. Meski begitu Abdul Hadi Awang mengatakan Perlembagaan Pas tetap tidak mengubah arah tuju kepada binaan negara Islam.
DAP menerusi Karpal Singh tetap tidak menerima agenda negara Islam. Pas dengan maksud tersiratnya tetap mahukan negara Islam. Bila itu terjadi wujud isu fundamental antara perlembagaan Pas yang memperuntukkan negara Islam dan DAP dengan matlamat negara sosialis demokratiknya.
Oleh itu kesamaan dari segi prinsip yang fundamental antara pendirian Anwar dengan kenyataan di WSJnya dan pendirian Majlis Syura Pas yang tidak mahu berganjak tidak wujud. Jika ia tidak wujud bagaimana dasar negara dapat dibentuk sekiranya pakatan pembangkang diberi kuasa mentadbir negara?
Hal yang sama bagi Pas, perlembagaannya masih terdapat agenda membangun negara Islam sedangkan DAP amat menentang. Tidakkah itu menyukarkan pembentukan sebuah kerajaan kerana Pas mahu negara Islam kerana ia terdapat dalam perlembagaannya sedangkan DAP mahukan negara yang sebaliknya.
Kalau Pas ingin menegakkan negara Islam sudah tentu pelaksanaan syariah dalam sistem adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Karpal Singh pernah menyebut "langkah mayat saya dulu" sekiranya negara Islam hendak dijadikan landasan bernegara bagi Malaysia. Maksud negara Islam tidak sama dengan Negara Berkebajikan.
Dalam negara Islam memang terdapat faktor kebajikan tetapi dalam Negara Berkebajikan belum tentu ada asas syariah yang mendasari sistem. Sekiranya Pas menggugurkan perjuangan negara Islam dan pelaksanaan Syariah Islamiah dalam manifestonya orang ramai akan berpendapat Pas sudah lari dari garis besar haluan perjuangan. Sekiranya DAP tunduk dengan kemahuan Pas orang Cina akan meninggalkan DAP.
Sekiranya Pas Kelantan mempunyai manifesto lain iaitu menegakkan negara Islam, sekali gus melaksanakan hudud apakah DAP dan Anwar bersetuju? Kalau pelaksanaan negara Islam dan hudud hanya berlaku di Kelantan saja tetapi tidak di Persekutuan apa maknanya sebuah kerajaan yang mempunyai dasar berbeza-beza.
Justeru pendirian Anwar di WSJ tidak sekadar suatu lintasan kenyataan yang terputus langsung dengan pihak lain. Keputusan Majlis Syura' sudah tentu memahami hakikat ini. Sebab itu Nik Aziz bertegas dengan pendirian mengharamkan negara Israel.
Pada hemat penulis ketegasan Nik Aziz yang mewakili Majlis Syura tidak memberi makna sekiranya tiada tindakan susulan. Perbezaan yang ada adalah amat dasar. Ia tidak hanya suatu pendapat yang boleh dikompromi dengan mudah. Tetapi mempertahankan keselamatan Israel adalah isu pokok. Telah sekian lama rakyat Palestin menderita. Anwar tahu tidak mungkin Israel memulangkan semula Baitulmaqdis kepada Palestin. Lebih tidak mungkin kawasan yang ditawannya dan dijadikan penempatan mustahil untuk dikembalikan semula kepada orang Palestin.
Kewujudan Israel adalah sesuatu yang disengajakan. Amerika bimbang dengan kedudukan Iran dan senjata nuklearnya. Amerika juga bimbang dengan kebangkitan negara-negara Arab(Arab Spring) meski ada analisis ia adalah perancangan Amerika juga
Apa pun tafsiran, AS tetap menjaga keselamatan Israel kerana mengukuhkannya adalah mengukuhkan keselamatan AS. Oleh itu kenyataan Anwar untuk mengukuhkan keselamatan Israel amat melegakan AS dan kuasa Yahudi tetapi mengguris hati umat Islam dan yang menyokong perjuangan Palestin termasuk Pas.
UOL
No comments:
Post a Comment