“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

10 February 2012

Hubungan seks dilakukan antara dua orang sahaja, kenapa tidak beramai-ramai? kata TDM

Ini ialah persoalan orang dewasa yang mempunyai akal yang cerdik untuk memikirkan persoalan berat. Ia meliputi persoalan seks, sesuatu yang diluar kelaziman perbicaraan masyarakat Melayu yang beragama Islam.



seks bebas sedang menular... UMNO yang salah?.

Seks adalah senjata terbaik untuk menarik kita menuju keinginan mendapatkan kepuasan syahwat (nafsu). Kita akan disorong sengan pelbagai bentuk maksiat ini dalam kehidupan seharian. Itulah kerja Yahudi untuk menjadikan kita setaraf haiwan (pernah dengan perkataan goyim?). Beralihlah kita dari manusia kepada kehidupan baru sebagai haiwan berkaki dua.

Berubahlah dan tinggalkan semua peraturan yang menyusahkan termasuk peraturan tradisi dan agama terhadap hubungan seks ini. Itulah bentuk kehidupan yang sedang diusahakan oleh Barat (tajaan Yahudi) supaya diterima oleh seluruh penduduk dunia. Melalui slogan Hak Asasi Manusia, semuanya akan kembali semula ke zaman lampau seperti kehidupan kuno, hidup tanpa peraturan.

Apa kaitannya dengan keadaan di Malaysia? Mungkin ramai diantara kita yang masih silau ataupun kabur dengan apa yang telah berlaku. Dr Hasan Ali pernah mengatakan dia dilarang oleh sesaorang dari menguatkuasakan enakmen syariah atas alasan bertentangan dengan "Hak Asasi Manusia". Malah ahli partinya (Islam) sendiri mendesaknya supaya tidak melakukannya atas alasan yang sama. Dengan sebab itulah perkembangan perniagaan berkaitan seks menular dengan derasnya di Selangor walaupun Menteri Besarnya seorang yang beragana Islam.

Hak Asasi Manusia? Sejauh mana PAS bersetuju mematuhi prinsip Hak Asasi Manusia ini berbanding dengan hukum syarak? Persoalan yang membingungkan rakyat Malaysia kecuali pengikut PAS. Keanehan PAS semakin menjadi-jadi. Kalau dikaatakan UMNO ini jahil tiada yang mempertikaikannya kerana mereka tidak dididik dalam pengajian agama sebagaimana pemimpin PAS (digelar Ulama).

Undang-undang Malaysia sudah ketinggalan zaman dan tidak boleh dipakai lagi, kata mantan TPM Malaysia dalam temubual dengan pemberita antarabangsa, Jika diperhatikan benar-benar, kita akan nampak ada pihak sedang bersungguh-sungguh untuk mengubah segala yang menjadi budaya rakyat Malaysia dengan alasan untuk ikut bersama dalam kehidupan yang maju di Barat. 

Walaupun gesaan ini keluar dari mulut orang Melayu tetapi sebenarnya ia dari hati orang Yahudi.

Ia sedang berlaku sekarang sehinggakan manusia yang mengaku alim juga sedang ditipu secara halus. Tidak mustahillah jika kita katakan permainan manusia ini umpama kerja Dajjal laknatullah. Bijak berpura-pura dan cekap melakukan penipuan.

Itulah yang dimaksudkan oleh mantan TPM kita semasa ditemuramah di Mumbai tempoh hari sebaik sahaja dibebaskan dari tuduhan liwat .

Rakyat Malaysia sedang ditipu mentah-mentah. Nik Aziz dan Haji Hadi yang bertaraf Tok Guru juga boleh tertipu dengan mudah. Apabila Nik Aziz dan Haji Hadi mempercayai penipuannya, mudahlah seluruh pengikutnya diseret ke dalam perangkap yang disediakan. Berkokoklah para pengikut ini dengan sepenuh hati malah mengingatkan kita tentang neraka kerana membuat fitnah (benarkan ianya sebuah fitnah?)

Wajarkah kita berdiam diri bila kita tahu seorang yang nyata kejahatannya ingin diangkat sebagai Perdana Menteri?

Apa yang menghairankan kita ialah orang yang cerdik akal telah dipaksa untuk menerima pandangan dan gesaan mereka yang pendek akalnya (dungu). 


Berusahalah untuk celik
Baca sini sampai habis...

1. Anwar telah menyatakan kepada BBC, iaitu kepada bangsa Barat, bahawa undang-undang Malaysia lapok, ketinggalan zaman.

2. Tentulah Anwar tahu bahawa lapok dan ketinggalan zaman, bagi orang Barat bermakna tidak seperti apa yang terdapat di Barat sekarang. Sejak revolusi Perancis, slogan Liberte`, Egalite`, Fraternite`, iaitu Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan menghantui fikiran Barat sehingga apa sahaja yang tidak menepati slogan ini mesti ditukar atau dihapus.

3. Oleh kerana BBC bertanya berkenaan kes liwat Anwar, maka undang-undang yang didakwa jumud oleh Anwar tentulah berkenaan larangan terhadap hubungan seks di luar nikah.

4. Apakah undang-undang yang tidak lapok berkenaan seks yang terdapat sekarang di Barat? Bermula dengan keagongan konsep “freedom” atau bebas dan persamaan, mereka menjunjung tinggi hak yang sama antara lelaki dengan perempuan. Yang mula dituntut oleh kaum perempuan ialah hak mengundi dalam pilihanraya. Dan hak ini telah diberi kepada mereka seperti yang diberi kepada lelaki.


5. Kemudian ia melarat kepada hak yang sama dalam pakaian. Ini dituruti dengan kebebasan seks. Jika lelaki sebelum atau selepas kahwin boleh adakan seks dengan mana-mana perempuan kenapa perempuan tidak boleh dengan mana-mana lelaki. Atas nama kebebasan dan persamaan maka masyarakat pun memberi hak ini kepada mereka. Maka siapa sahaja, lelaki atau perempuan boleh tidur dengan siapa sahaja bila-bila sahaja. Dengan ini institusi perkahwinan antara lelaki dengan perempuan dianggap tidak penting lagi.

6. Sebaliknya institusi perkahwinan dan kekeluargaan di beri makna yang baru. Bersekedudukan di takrif sebagai berkeluarga. Bila bosan dengan pasangan, tukar sahaja. Penceraian tidak diperlukan lagi. Siapa yang menjadi bapa kepada anak tidak penting.

7. Dimasa yang sama, sekatan terhadap apa jenis seks yang boleh memuaskan nafsu dihapuskan juga atas nama kebebasan. Dengan itu lelaki boleh meliwat lelaki dan perempuan mengadakan hubungan seks dengan perempuan.

8. Kenapa harus hubungan seks dilakukan antara dua orang sahaja? Kenapa tidak beramai-ramai. Dan seks beramai-ramai pun diadakan.

9. Kemudian diadakan pula perkahwinan antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan. Pendek kata apa sahaja yang dilarang oleh agama, adat atau undang-undang yang menyekat nafsu, hendaklah dihapuskan. Segala yang menghalang dianggap lapok dan tidak sesuai dengan kebebasan dan persamaan. Dengan bangganya orang Barat mempamirkan pengamalan seks mereka sebagai hak asasi manusia.

10. Seperti biasa apa yang dicipta oleh Barat dianggap oleh mereka sebagai baik bagi semua manusia. Dengan itu mereka melancarkan usaha untuk mengembangkan konsep kebebasan dan persamaan mereka berkenaan seks.

11. Tentangan yang terkuat terhadap seksualiti merdeka ini datang dari orang Islam. Untuk mengatasi tentangan ini mereka mengenalpasti orang Islam yang boleh menjayakan perjuangan mereka. Bermula dengan tuntutan kebebasan yang mudah diterima, umpamanya hak asasi manusia, hak memilih Kerajaan (demokrasi), hak bersuara, kebebasan media, kempen Barat sudah sampai kepada serangan terhadap nilai-nilai moral orang Islam, pegangan mereka kepada agama, adat dan undang-undang yang menghalang kebebasan hubungan seks.

12. Undang-undang biasa dan undang-undang Islam digambarkan sebagai jumud dan perlu diganti dengan undang-undang Barat. Berzina dan meliwat disaran supaya menjadi sebahagian daripada hak asasi manusia termasuk hak asasi orang Islam.

13. Kita dapati Barat dengan kerjasama orang Islam tertentu sudah berjaya kerana di Malaysia sudah ada orang Islam yang anggap segala sekatan terhadap aneka jenis seks sebagai menidakkan kebebasan semulajadi manusia, sebagai zalim, terutama kepada pembesar politik. Dan ramai sudah orang Islam di Malaysia yang percaya ahli politik seperti inilah yang patut dipilih untuk memerintah negara Malaysia. Dengan kuasa yang diberi kepada mereka ini maka segala yang lapok di negara ini akan diganti dengan pendapat semasa termasuk merdeka seks.

14. Walaupun Barat menerima zina dan liwat sebagai perkara biasa, tetapi mereka tidak dapat terima paksaan keatas mangsa zina atau liwat. Sebab itu apabila seorang wanita melaporkan yang pengarah IMF Strauss Kahn telah merogolnya pihak berkuasa terus tangkap Strauss Kahn dan jawatannya dilucutkan.

15. Di Malaysia juga apabila lapuran diterima dari mangsa yang dianya telah di liwat, tentulah wajar tertuduh dikenakan tindakan undang-undang. Ini sudah tentu tidak lapok kerana Barat juga mengamalkannya.

16. Disini ingin saya jelas bahawa “teknikal” bukan bermakna tidak. Jenayah berlaku, bukan tidak berlaku. Hanya hakim tidak dapat hilangkan keraguannya terhadap bukti yang tertuduh melakukannya. Mungkin orang lain!! Kenapa mangsa tidak menuduh orang lain, wallahuwalaam.





PS/
a. Newsweek melaporkan berkenaan tuduhan merogol yang dibuat oleh Diallo, perempuan kulit hitam yang bekerja sebagai pencuci bilik hotel terhadap Dominique Strauss-Kahn, pengarah IMF, seorang orang besar berkulit putih.

b. Walaupun Strauss-Kahn ditangkap kerana merogol dan ada bukti yang mangsa telah dirogol, tetapi pendakwaraya tidak membawa kes ini untuk dibicara dalam mahkamah.

c. Kononnya Diallo suka membohong. Apakah pembohongan yang dibuat? Kononnya dia membohong tentang apa yang dilakukan olehnya selepas dirogol, bilik mana yang dia pergi dan berapa lama.

d. Kononnya dia (biasa) membohong berkenaan duit yang diberi kepadanya dan lain-lain pembohongan lagi. Akhbar melapor oleh kerana dia biasa membohong, panel hakim tidak akan percaya yang dianya telah dirogol. Sebab itu Strauss-Kahn tidak dihadapkan ke mahkamah.

e. Tanya penulis rencana dalam Newsweek, “apakah panel hakim tidak tahu yang perempuan yang membohong juga boleh jadi mangsa rogol?”

f. Di Malaysia soalannya ialah apakah orang yang melafazkan sumpah dengan menjunjung Quran dalam masjid juga tidak boleh dipercayai? Sebaliknya orang yang tidak berani bersumpah boleh dipercayai.


TUN DR MAHATHIR


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive