“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

02 March 2012

Banjir di Kota Bharu

Setelah PAS bersedia menerima bukan Islam sebagai Timbalan Presiden menggantikan Mat Sabu, tentunya akan menjadi presiden dalam ketiadaan presiden kelak sebagaimana amalan biasa sesabuah pertubuhan. Keadaan ini akan menjurus kepada satu keadaan, satu hari kelak PAS akan dipinpin oleh bukan Islam. Pertelagahan hebat berlaku antara penyokong dan penentang golongan parasit.

Dalam keriuhan teriakan tak puas hati para penyokong Nik Aziz dalam isu tersebut dan kemarahan pemuda PAS (anti parasit) kini smuncul satu lagi tamparan hebat untuk Kelantan.


Fenomena luar biasa di negeri Cik Siti Wan Kembang. Lautan Manusia yang dijangka lebih kurang 20,000 orang yang membanjiri pusat ceramah bekas pemimpin PAS. Dr Hasan Ali dipecat dari semua jawatan dalam parti dan kerajaan Selangor 2 bulan lalu (malam 901).

Apakah akan berlaku selepas ini tentu menjadi perbualan ramai kerana negeri ini adalah lubuk terkuat PAS, parti politik yang memecat Dr Hasan Ali.



Roadshow Dr Hasan di Kota Bharu




Roadshow saya di Kota Bharu telah mencatatkan satu sejarah baru dalam siri jelajah politik saya.

Kehadiran yang diberitakan mencecah 20 ribu orang telah memenuhi segenap penjuru dan jalan padang Taman Guru, Pintu Geng, Kota Bharu sehingga di lihat menjadi seperti lautan manusia.

Majlis yang di anjur oleh Minda Pondok Kelantan itu dimulakan dengan ceramah oleh Ust Hassan Basri yang berjaya membuat penampilan dan persembahan yang cukup berkesan untuk mengetuk pintu hati mereka yang hadir tentang isu-isu yang melanda umat muta'akhir ini termasuk isu pemecatan saya oleh Parti Islam Semalaysia Pas.



Saya sendiri banyak berkongsi pengalaman saya sewaktu menjadi Exco kerajaan negeri - bagaimana sukarnya untuk melaksanakan Islam termaksuk menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah yang telah sedia ada dalam negeri yang di kuasai oleh Pakatan Rakyat akibat halangan daripada DAP, PKR dan pimpinan parasit dalam PAS.

Saya juga menyentuh tentang peranan politik yang sepatutnya kita perjuangkan dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang demi mempertahankan keberlangsungan IMR di negara kita.



Saya sangat teruja dgn kesungguhan dan response positif yang saya terima daripada orang ramai sepanjang saya menyampaikan ceramah. Kesemua yang hadir begitu berminat dan tidak berganjak dari tempat duduk mereka mendengar penjelasan kami sehinggalah majlis berakhir sekitar jam 12 mlm.



Sekiranya jumlah kehadiran dan response positif yang saya terima itu menjadi ukuran, tidak mustahil kerajaan PAS Kelantan akan jatuh dalam pru akan datang sekiranya PAS memilih untuk terus kekal di dalam Pakatan yang ada DAP, PKR dan puak2 parasit di dalamnya yang secara nyata tidak menguntungkan Islam. Dato' Dr Hasan Ali





Himpunan Sejuta Umat


DATO' DR. HASAN BIN MOHAMED ALI

Himpunan Sejuta Umat mempertahankan aqidah umat Islam telah bermula sejak 4 bulan yang lalu.

Sejak dilancarkan di Shah Alam pada 22 Oktober 2011, kembara HIMPUN telah bergerak dari negeri ke negeri.

Negeri pertama ialah Perak yang diadakan di Kuala Kangsar pada 17 Disember, 2011 . Diikuti yang keduanya di Stadium Paroi, Negeri Sembilan pada 7 Januari 2012. Ketiga di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 28 Januari 2011. Manakala di Kuala Trengganu pada 25 Februari 2012 adalah yang paling akhir.

Kehadiran semakin meningkat daripada 3 ribu orang di Kuala Kangsar, Perak hingga mencecah 6 ribu orang di Kuala Trengganu.

Di HIMPUN Kuala Trengganu, para hadirin diberi maklumat terakhir menegenai gerakan kristianisasi untuk memurtadkan orang-orang Islam terutamanya masyarakat Melayu. Video rakaman mereka yang terlibat dalam gejala murtad dipertontonkan buat pertama kalinya. Ini membuktikan cerita murtad bukan khayalan atau rekaan tetapi terbukti satu kenyataan yang tidak boleh dipandang sepi dan dinafikan.

Sekretariat HIMPUN dalam masa yang terdekat akan menerbitkan klip video mereka yang murtad yang akan disediakan untuk tatapan masyarakat bagi menyangkal dakwaan mereka yang menganggap murtad bukan sebagai satu isu.

Kembara HIMPUN berikutnya akan berlangsung di Johor Bharu pada 10hb Mac, 2012. Saya percaya sekretariat HIMPUN sedang merancang gerak kerja tambahan seperti kongres, seminar dan bengkel untuk meluaskan lagi ruang penyertaan rakyat Malaysia untuk sama-sama mendepani isu penghakisan aqidah umat yang semakin kritikal ini.




petikan dari FB Dato' Dr Hasan Ali

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...