“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

09 February 2012

Pelik jika manusia tiada rasa "MALU" - apakah nama yang sesuai untuk mereka?

Persoalan penting untuk kita fikirkan. Adakah zaman ini akan wujud segolongan manusia yang tidak lagi memperdulikan maruah ataupun mempunyai rasa malu? Apa yang kita semua faham, setiap orang mempunyai perasaan ini dan ia akan membantu manusia tersebut memperbaiki nilai diri di mata masyarakat.

Mungkin kerana kejayaannya yang sedikit seperti ini menjadikan dia begitu yakin tidak akan dapat ditewaskan. Ia menjadi sandaran bahawa musuhnya sedang ketakutan sehingga sanggup melakukan penganiayaan terhadapnya dengan rekayasa atau berita palsu.


Memang menakjubkan bila sesaorang itu dapat melepaskan diri dari dimalukan walau dengan bukti yang sangat kukuh. Namun apabila berkali-kali dia mampu melepaskan diri, ia sesuatu yang amat luar biasa.

Benar, satu keadaan yang lebih aneh bila sesaorang itu tidak pernah rasa malu apabila kesilapan laluan hidupnya dihebahkan kepada ramai. Walaupun bukti nyata ditunjukkan, dia masih lagi menafikannya dengan berbagai alasan. Memang menghairankan.

Setelah berjaya meyakinkan orang ramai bahawa dia "difitnah", menjadikan dia semakin berani melakukan sesuatu yang melampaui batas. Dari satu isu kepada satu isu yang lain, semuanya mencerminkan bahawa dia sememanganya tidak mempunyai rasa "malu". 

Adakah semua ini adalah fitnah?
1.  Membenarkan nama Allah digunakan oleh kaum kafir.
2.  Menyokong murtad.
3.  Menyokong cetakan bible dalam bahasa Melayu.
4.  Menyokong interfaith dan pluralisma agama.
5.  Menganut Islam Liberal.
6.  Menjadi rakan baik Yahudi Amerika.
7.  Menerima dana Yahudi.
8.  Menyokong kewujudan Israel.
7.  Memburuk-burukkan nama negara di luar negeri.
8.  Aktiviti Liwat.
9. Video seks cinadoll.
10. Menyokong aktiviti LBGT.

Jika semua ini adalah fitnah dari UMNO/BN ia adalah sesuatu yang sungguh luar biasa. Yang peliknya ialah ramai penyokong yang mendewakannya serta mempercayai setiap kata-katanya walaupun bukti nyata menunjukkan sebaliknya. Memang pelik... dan boleh dianggap sebagai yang terpelik dalam dunia sepanjang zaman. Menghairankan kita tetapi ia tidak menjadi pelik kepada manusia seperti Anwar Ibrahim.

Artikel MYKMU.net memberi gambaran terbaik mengenai perkara ini.

Sampai Bila Anwar Mahu Memalukan Dan Memperbodohkan Para Penyokongnya?



Sebenarnya saya tidak sedikit pun teruja dengan penyiaran beberapa keping gambar mirip Anwar di majalah porno, Bubka, di Jepun. Sememangnya mungkin itu salah satu cara majalah porno itu menyiarkan berita-berita “bintang porno” Asia dan mungkin Anwar adalah salah seorang darinya…

Saya lebih ‘concern’ berkenaan isteri, anak-anak, sanak saudara, sahabat handai dan penyokong-penyokong Anwar. Begitu juga, saya agak ‘concern’ terhadap kesan ‘publisiti’ itu terhadap sekutu politik Anwar, khususnya PAS.

Saya percaya, Kak Wan sedar dah tahu tentang kegemaran suaminya itu. Saya pernah diceritakan oleh mereka-mereka yang rapat dengan keluarga Anwar bagaimana rumahtangga Ketua Pembangkang dan Presiden PKR itu bergoncang hebat disebabkan oleh tabiat buruk “pemimpin anugerah Tuhan” itu.

Dalam salah satu ceritanya, sudah beberapa kali Kak Wan pernah ‘lari’ dari rumah dan berjumpa dengan bekas ‘ibu bapa angkat’ Anwar. Siapa ibu bapa angkat Anwar itu? Siapa lagi kalau bukan Ayahanda Tun M dan Bonda Siti Hasmah…

Saya tertanya-tanya, sampai bila anak-anak, sanak saudara, sahabat handai dan para penyokong Anwar perlu termakan pujuk rayu simpati serta pembohongan Anwar yang tidak bertepi? Sampai bila mereka mahu Anwar terus memperbodoh-bodohkan mereka demi kepentingannya sendiri?

Kalau orang seperti Azmin, Saifuddi Nasution dan mereka yang berjawatan tinggi dalam PKR tak mengapalah sebab mereka ‘masyukkkk’ dan ‘kenyang’ setiap bulan. Tapi bagi penyokong-penyokong lain bagaimana? Masuk angin keluar asap la mereka…

Saya juga yakin bahawa semua pemimpin PAS dan DAP tahu tentang ‘rahsia’ Anwar yang bukan lagi rahsia. Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu merupakan orang yang bertanggungjawab memberikan gelaran ‘Al-Juburi’ kepada Anwar. Sudah tentu dia sudah sebarkan ‘rahsia’ Anwar tu kepada kepimpinan PAS yang lain..

Begitu juga dengan Karpal. Dia Pengerusi DAP dan pernah dengan angkuh, yakin dan garang menempelak Tun M untuk menyiasat Anwar atas dakwaan liwat di dalam Parlimen dahulu. Katanya, dia ada bukti kukuh untuk dakwaan tersebut. So? Apa sangat yang menghalang Karpal untuk mendedahkan ‘rahsia’ itu kepada kepimpinan DAP pula? Heh!

Sekiranya dilihat pemimpin-pemimpin lain yang ada maruah di seluruh dunia yang dikatakan terlibat dengan salah laku seks, sudah tentu ia akan menyebabkan mereka meletak jawatan segera.


Contoh yang terbaru ialah di India di mana 3 orang Menteri meletak jawatan serta merta ekoran ‘kantoi’ menonton video lucah di dalam dewan sidang negeri. Laxman Savadi, CC Patil dan Krishna Palemar itu bukan Islam, tapi mereka punya maruah untuk meletak jawatan ekoran ‘dikantoi’kan.

Itu hanya ditonton sahaja melalui tablet, bukan melakonkan aksi seks! Tapi Anwar, meskipun ‘dikantoi’kan dengan aksi panas, rakaman video pula disahkan pula pakar antarabangsa yang tidak berpihak, saksi-saksi pula bermubahalah bersaksikan nama Allah dan Kitabullah, tertinggal pula jam tangan Omega, itu pun masih tak mahu mengaku?

Nampaknya Anwar memang tak tahu malu dan tidak bermaruah. Malah saya yakin, maruahnya lebih hina berbanding 3 orang Menteri di India itu. Itu belum lagi disebut nama mereka-mereka yang letak jawatan akibat skandal seks seperti Bill Clinton dan lain-lain. Bukan saja Anwar memalukan negara, Anwar turut memalukan pembangkang yang mendokongnya selama ini…

Justeru, saya menggesa kepada mereka-mereka yang menyokong Anwar selama ini supaya menggunakan otak dan akal mereka untuk berfikir secara rasional serta mengkaji kembali sokongan mereka terhadap petualang negara itu. Layaknya, Anwar wajar dibuang negara saja dan berambuslah ke Israel yang mahu dilindunginya itu!

Nentanyahu sudah tentu menunggu Anwar dengan tangan yang terbuka!


http://www.mykmu.net/?p=16607

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive