“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

12 February 2012

Beranikah "Parti Ajaran Sesat" Saman Ahmad Said?

Ahmad Said Enggan Tarik Balik Kenyataan "Parti Ajaran Sesat', Tunggu Tindakan PAS

Datuk Seri Ahmad Said enggan menarik balik kenyataannya bahawa PAS merupakan ‘Parti Ajaran Sesat’.

Bertegas dengan kenyataan, PAS tersasar jauh dari perjuangan Islam yang sebenar, beliau sedia menunggu apa jua tindakan daripada parti itu termasuk menggunakan saluran mahkamah.

“Saya sedia disaman, saya ada bukti. Saya tunggu saman PAS. Saya nak tengok dia (PAS) nak bawa ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah,” katanya.


Menteri Besar Terengganu berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan majlis penutup Kursus Simulasi Pilihanraya Barisan Nasional Terengganu dan Kelantan di Kandis, Bachok, Kelantan, semalam.

Menurut Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu itu, penyelewengan dan kesesatan yang dibawa PAS terhadap umat Islam bukanlah perkara baru, malah sudah lama diketahui rakyat.

Bukti yang jelas dan nyata kata Ahmad Said, berkenaan ‘Amanat Haji Hadi’ dan Peristiwa Memali yang mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah.

“Selagi Tok Guru mereka (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tidak menarik balik amanat itu, selagi itulah PAS berada dalam kesesatan bersama sebahagian pengikutnya yang begitu taksub.

“Kesannya cukup besar hingga ke hari ini seperti Solat Jumaat dua Imam dalam satu kariah, pulau memulau, berkelahi. Inilah yang PAS warisi dalam ‘dakwah’ mereka,” tegasnya.

Kelmarin, PAS memberi tempoh tiga hari kepada Datuk Seri Ahmad supaya menarik balik kenyataannya bahawa parti itu merupakan “parti ajaran sesat”.

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, jika dalam tempoh berkenaan Ahmad tidak menarik balik kenyataan yang dilaporkan oleh sebuah akhbar arus perdana itu, maka tindakan akan diambil terhadap beliau.



3 comments:

  1. Confirm Parti Ajran Sesat. Apa lagi yang tak sesat dan tak jelas? kecuali jika taksub gila.

    ReplyDelete
  2. SOKONG KEBERANIAN DAN KETEGASAN Datuk Seri AHMAD SAID. SYABAS!!! TUNGGU APA LAGI PAS? MENIKUS? INGATKAH JASA MU SEJAK BERPULUH TAHUN MEROSAKKAN KEHARMONIAN HIDUP ORANG MELAYU TERUTAMA DI KELANTAN DAN TERENGANU?

    ReplyDelete
  3. Teropong Hikmat27 July, 2012 11:13

    Sampai sekarang mana ada berani saman? Benda tu betoi...sahih sesat lagi menyesatkan. Kawang tabik demo DS Ahmad Saed. Bagus kalu ramai lagi pemimpin UMNO berani gini...GOOD!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERKINI Posts

Blog Archive