“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

13 February 2012

Bekas Pengerusi Foundation For The Future Mahu Jadi PM

Keikhlasan Anwar sebagai seorang politikus bersih drmakin dipertikaikan setelah banyak rahsianya terdedah di media massa. Bekas pengurusi Foundation For The Future (FFF) menggambarkan dia amat rapat dengan Yahudi antarabangsa. Tidak hairanlah apabila dia membuat kenyataan terbuka menyokong keselamatan negara Israel. 

Anwar adalah agen Amerika serta menjadi proksi penting mengambil alih pentadbiran negara. Selama ini dia hanya melakukan lakonan untuk menutup rahsia ini dari diketahui oleh rakan sepakatannya dan yang paling penting tidak diketahui oleh rakyat.

Setelah diketahui, ramai diantara penyokong setianya telah membuat kenyataan untuk meninggalkannya. Kenyataannya untuk melindungi Israel (bukannya Palestin) dengan sendiri menyokong kenyataan tersebut.

Rakyat Malaysia wajar dimaklumkan kerja jahat manusia ini dan memberi kesedaran terhadap pembohongan Anwar Ibrahim sebelum dia berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

Anwar pengerusikan FFF

Kenyataan Dato Ibrahim Ali bahawa Anwar ialah anugerah malapetaka amatlah bertepatan. 

inspirasi lambang 'mata' PKR


Kita semua boleh bertanya apa sebabnya seorang rakyat Asia Tenggara dilantik memimpin sebuah yayasan yang ditubuhkan kononnya untuk menyebarkan idea-idea tentang demokrasi di dunia Arab. Yayasan ini diilhamkan oleh Lyn Chenney, anak bekas Naib Presiden AS, Dick Chenney yang juga terlibat secara langsung dalam Perang Iraq. Lyn Chenney juga masyhur sebagai seorang lesbian. Badan ini dilancarkan pada 2005 oleh bekas Setiausaha Negara AS, Condoleeza Rice. Ini menunjukkan pertubuhan ini sangat rapat dengan AS dan golongan tertentu yang rapat dengan Zionisme dan penguasaan dunia. Anwar menjadi pengerusi selama tiga tahun dan meletakkan jawatan selepas memenangi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.

Yayasan ini jelas matlamatnya dalam memperkukuhkan hegemoni dan penguasaan AS dan Israel di rantau Asia Barat tetapi bertopengkan demokrasi seperti beberapa NGO lain antaranya National Endownment for Democracy dan Open Society yang diasaskan oleh George Soros. Ini pastinya menimbulkan tandatanya kenapa Anwar dipilih sebagai pengerusi yayasan ini selain menunjukkan mereka begitu yakin terhadap beliau. Selepas Anwar menyertai demonstrasi mengenai flotila Palestin pada 2010, beliau mengecam Israel tentang hal ini namun kemudian bergegas berkunjung ke AS untuk memberi penjelasan tentang apa yang berlaku. Anwar telah ditemuramah oleh CNN dan sebagainya untuk memulihkan imejnya. Dua pemimpin AS menulis rencana dalam Wall Street Journal yang kita ketahui dikuasai oleh Rupert Murdoch seorang Yahudi Zionis yang menguasai media.

Al Gore yang juga bekas Naib Presiden AS dan Paul Wolfowitz menulis rencana yang membela Anwar yang mereka sifatkan bahawa beliau seorang yang baik, kawan rapat dan sebagainya. Ini juga menimbulkan tanda tanya kenapa mereka begitu bersungguh-sungguh membela Anwar. Malah kita boleh lihat sejak sekian lama, setiap kali Anwar berhadapan dengan krisis, cara mereka membela Anwar dan tekanan yang dilakukan mereka begitu bersungguh-sungguh. Ini menimbulkan persoalan kenapa mereka begitu sayang pada Anwar. Sudah tentu jika mereka bersungguh-sungguh membela Anwar pasti ada sesuatu yang mereka harapkan daripada beliau.

Saya tidak mahu membuat spekulasi apa yang mereka mahukan tetapi kita tahu dari segi dasar luar AS, ada dua pertimbangan utama, pertama adalah isu dan kedudukan Israel. Kita tahu AS mahu lebih ramai pihak yang menyokong atau mengiktiraf negara Israel dan keduanya dalam konteks Asia Tenggara dan isu China, mereka bukan mencari kawan tetapi sekutu yang boleh diharapkan untuk mencapai matlamat mereka. Sebagai contoh ucapan Barack Obama di Hawaii dalam mesyuarat APEC dan ucapan Hillary Clinton, mereka menamakan beberapa negara yang dianggap sebagai sekutu rapat iaitu Filipina, Thailand dan Singapura yang dilihat boleh bekerjasama mengimbangi kuasa China.

Namun nama Malaysia tidak disebut kerana walaupun negara ini berkawan dengan AS tetapi kita mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan kita sebagai sebuah negara dan tidak mahu menjadi budak suruhan AS atau Israel. Memang ini dasar yang digubal oleh Allahyarham Tun Razak sebagai negara yang bebas. Malah Malaysia merupakan negara bukan komunis pertama di Asia Tenggara yang mengiktiraf China. Oleh itu kita boleh faham bahawa AS mahu mendapatkan sesuatu daripada Malaysia sebagai balasan – AIDC CHANDRA MMalaysia


 

Pembohongan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung Yayasan Masa Hadapan (Foundation for the Future - FFF) jelas membuktikan Ketua Pembangkang itu mempunyai agenda tersembunyi bagi menyelamatkan kelangsungan politiknya.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pembohongan tersebut dilihat bertentangan dengan kenyataan Anwar pada 20 Mei 2007 ketika diminta menjelaskan perkara berkenaan.

Beliau yang memetik laporan Projek Kebertanggungjawaban Kerajaan (Government Accountability Project-GAP) Amerika Syarikat (AS) memberitahu, dalam kenyataan sebelum ini, Anwar menjelaskan, FFF antara lain hanya menerima dana dari Turki, United Kingdom serta Jordan dan bukannya Amerika Syarikat.

“Pembohongan Anwar terbukti apabila laporan sebuah pertubuhan AS mendedahkan, ketika Anwar mempengerusikan FFF, yayasan tersebut telah mendapat dana RM68.21 juta(AS$21.3 juta) daripada Jabatan Negara AS.

“Anwar juga telah memberi penjelasan tidak tepat kepada AS apabila mendakwa akan mendapatkan dana secocok (matching fund) daripada negara lain untuk kegunaan FFF.

“Kongres AS iaitu cabang kerajaan negara itu sudah keluarkan AS$21.3 juta pada tahun tersebut untuk FFF. Ini jelas bertentangan dengan kenyataan Anwar pada 20 Mei 2007 ketika diminta menjelaskan perkara berkenaan,” tepak bersulam


Anwar Ibrahim and the Bush Neocons

The Asia Sentinel carries a 'valid and true' story about Anwar's controversial Foundation For the Future, with some awkward questions for him. Headlined Anwar Ibrahim and the Bush Neocons, it highlighted a 42-page report by a Washington-based whistle-blower organisation, which caused a major embarrassment for the Opposition leader. ..... read more

It alleged that the Foundation, which Anwar headed for a time in the middle of the last decade, was actually established and funded by the US Department of State at the behest of Elizabeth Cheney, the daughter of then-Vice President Dick Cheney, and the Bush administration's neoconservatives. Anwar Ibrahim was my idol when I studied in SMSJ, I joined Abim in 1977 solely because of Anwar's Charisma at that time. 
When he was the DPM cum Finance minister, I was with Phileo Allied Bank, a bank that was personally connected to him through Tong Kooi Ong and Shamsidar Taharin. 
I knew a lot about Anwar Ibrahim and if people told me that he is a USA stooge I will tell him, it is a known fact by anybody who is aligned to him, so my advised to the youngsters and supporters of Anwar and his Parti Keadilan, please repent and aligned yourself to other political parties. 
Anwar's problem is survival because he wanted to be PRIME MINISTER, no matter what happen to the country. Personally he don't care for the country, he will sell his own mother to be the PRIME MINISTER. hashim chonel said...



he was not only your idol but a star to millions of people in malaysia and abroad.
i was in wellington when he was student leader in university malaya. his chants reached us the malay students in new zealand, australia and other countries. some supported him while some who didnt had the confident that this would one day lead malaysia as the no.1 
after i was moved to the finance ministry in 1993 from bank negara, i knew some of his aides like ezam, adlin and azmin whom i regarded as the people anwar would groom and wanted to be with him all the way. 
i also knew by then his close relationship with many western leaders, some of whom were 'kingpins' of various international monetary organisations and syndicates. only then that i and some friends realised how cunning this man was, trying to portray himself as malaysia's most important leader then. 
yes, he was greedy and wanted so much to become a prime minister.
that's his main objective. and i personally think if he achieves his goals, malaysia would be sold to the west!  AKI said...


Jika rakyat Malaysia masih mahu percaya pembohongannya dan masih ingin mengangkat manusia ini sebagai PM, bersiap sedialah untuk menikmati kesengsaraan yang bakal dibawa olehnya. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive