“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

26 February 2012

FITNAH KHALWAT - Dr Badrul Amin akan saman media, bloggers...

Seperti biasa, tuduhan ini semua berniat jahat didalangi fitnah (UMNO?) terhadap PKR. Memang dah agak pun!




Badrul Amin tidak salah kerana beliau mahu "menyelamatkan wanita itu dengan memberi tazkirah", kata Anwar Ibrahim sewaktu diakhir ceramahnya di Kuantan sebentar tadi.

Kata Anwar lagi, "Ini semua permainan kotor UMNO yang cuba memerangkap Badrul Amin dalam kes khalwat supaya menjadikan PKR tidak diterima oleh rakyat."

Apabila saya menerima SMS bahawa Badrul Amin ditangkap pukul 3 pagi dalam bilik hotel, saya sudah menjangka ini semua taktik kotor UMNO yang tidak senang dengan kejayaan parti PKR.

Walaupun kes ini sedikit sebanyak memberi kesan langsung kepada parti tetapi persahabatan antara kami semakin kukuh

Tak malunya dia, semua diletak atas bahu UMNO. Lagi pun suka sama suka itu tak salah kan nuar? 




 
Kalau betul seperti yang dikatakan oleh Badrul Amin.. 
"Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan" 
Kenapa Badrul Amim perlu berada didalam bilik tersebut?? Bukankan perbuatan itu boleh mendatangkan fitnah?? 
Kalau nak bincang pun..tak boleh ke tunggu esok pagi..atau berjumpa di lobby hotel atau di mana-mana tempat terbuka..sedangkan berdua-duaan dengan isteri orang di tempat terbuka pun boleh mendatangkan fitnah...inikan pula di dalam bilik yang tertutup... 

Penjelasan Tuduhan Berniat Jahat Terhadap Dr Badrulamin Baharon

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.




Pemimpin PKR ditangkap khalwat dengan isteri orang

INILAH lokasi hotel tempat Dr. Badrulamin ditangkap 
di Balok, Kuantan.

KUANTAN – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang berusia 28 tahun di sebuah hotel di Balok di sini awal pagi semalam.

Pemimpin PKR itu, Dr. Badrulamin Bahron (gambar kecil), 51, yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR ditangkap bersama wanita itu oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kira-kira pukul 3 pagi di bilik hotel berkenaan.

Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Ujarnya, ahli politik itu dibebaskan dengan ikat jamin selepas kira-kira sembilan jam ditahan dan akan dipanggil semula untuk memberi keterangan.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Penangkapan Dr. Badrulamin dalam kes khalwat telah disiarkan oleh beberapa blog antaranya Papagomo dan Pisau.net sejak petang semalam.

Menurut blog itu, wanita yang ditangkap khalwat bersama pemimpin PKR dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu merupakan seorang kakitangan sebuah kolej komuniti di negeri ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive