“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

06 February 2012

??? Malaysia bakal disedut oleh Singapura selepas PAS kuasai Johor

UMNO akan dipersalahkan lagi?





UMNO akan tewas teruk dalam PRU13 nanti. Johor benteng terkuat UMNO akan jatuh ke tangan PAS dan sebab itu mereka dengan yakin membawa Salahuddin Ayub untuk bertanding di Johor. Ia dicanang sebagai MB Johor nanti bila PR berkuasa sepertimana taufan yang dibadai oleh kumpulan propaganda PAS

Salahudin Ayub MB Johor???

KUALA LUMPUR, 6 Feb — Pakatan Rakyat Johor telah mengadakan “perbincangan serius” dengan Salahuddin Ayub untuk membawa Naib Presiden PAS itu kembali bertanding di negeri kelahirannya untuk mengatasi kekurangan pemimpin Melayu seterusnya menteri besar sekiranya berjaya menawan kubu kuat Umno itu.

Pembangkang di Johor menjangkakan akan merasih sokongan kuat pada pilihan raya umum akan datang, malah sokongan pengundi Cina juga bertambah namun kekurangan calon menteri besar yang berpotensi.The Malaysian Insider diberitahu beberapa sesi pertemuan empat mata antara Pakatan Rakyat Johor dan Salahuddin (gambar), Ahli Parlimen Kubang Kerian, telah diadakan.

Menurut sumber The Malaysian Insider, pertemuan itu boleh disifatkan sebagai “perbincangan serius” dan kemungkinan besar Salahuddin akan bertanding di Johor pada pilihan raya akan datang.“Salahuddin sedang memikirkan dengan serius akan perkara ini, perbincangan serius telah diadakan sebelum ini dengan beliau,” katanya.

“...dan kita Pakatan Rakyat Johor bersedia menerima kepulangan Salahuddin. Selain itu Salahuddin juga tidak keberatan untuk kembali ke Johor.” Kata sumber itu, pertemuan itu turut menyentuh mengenai kawasan yang bakal ditandingi Salahuddin nanti.

“Kawasan untuk beliau bertanding sudah dikenalpasti. Kemungkinan beliau akan bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tapi keutamaan kita adalah meletakkan beliau bertanding di kerusi DUN,” katanya. Dilihat kehadiran Salahuddin yang sudah dua penggal menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian di Johor akan mewujudkan fenomena baru di negeri itu terutamanya pengundi Melayu.

Difahamkan kerusi Parlimen Sembrong, yang mempunyai kira-kira 40 peratus pengundi Cina berhampiran Kluang, dilihat kerusi terbaik untuk meletakkan Salahuddin. Khabar angin mengatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan bertanding di Kota Tinggi.

Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau turut mengesahkan mengajak bekas ketua dewan pemuda PAS pusat itu untuk kembali ke Johor.“Saya ada mengajak Salahuddin untuk bertanding di sini kerana kita perlukan pemimpin bertaraf nasional di sini,” katanya.

Sementara itu Salahuddin ketika dihubungi The Malaysian Insider enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu sebaliknya berkata bersedia “berhijrah” ke Johor sekiranya diminta berbuat demikian oleh parti.

Bagaimanapun beliau tidak menolak sejak beberapa tahun kebelakangan ini ada ahli parti yang meminta agar kembali bertanding di negeri itu.“Saya akan akur dan patuh pada keputusan parti, sekiranya parti merasakan saya perlu bersama rakan-rakan di Johor maka itu seharusnya menjadi perkara yang harus saya pertimbangkan dengan sebaik mungkin.

“Saya sudah 30 tahun dengan parti, saya juga pernah bertanding di Johor tapi kalah. Itu tiada halangan bagi saya dan saya orang Johor...saya juga membina karier saya dengan parti di Johor dan rakan-rakan di Johor banyak memberikan saya penghormatan, jadi saya rasa tiada masalah untuk saya sekiranya parti meminta saya balik ke Johor,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya memecahkan kubu kuat Umno dengan memenangi satu kerusi Parlimen (dari 26 kerusi) dan enam kerusi DUN dari 56 kerusi yang ditawarkan. Selain mencipta sejarah di Johor, Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS-PKR-DAP berjaya menawan Kedah, Pulau Pinang dan Perak selain mengekalkan Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990. MI

Usaha sedang diatur untuk memberikan kekuatan kepada watak PAS ini dan dijangka dengan promosi ini rakyat Johor akan memilih PAS pada PRU akan datang. Mereka kelihatan begitu yakin akan menjatuhkan kekuasaan UMNO. Apakah sandaran untuk mereka membuat penilaian ini? Katanya rakyat Johor mahukan PAS memerintah Johor kerana sudah muak dengan kerenah UMNO. Ia juga bakal menjadi satu tamparan hebat kepada Timbalan Presiden UMNO dan Naib Presidennya. 

Usaha sedang dibuat melalui pelbagai rangka propaganda untuk mengheret Hishamuddin untuk mendepani Salahuddin di Sembrong. Apabila Hishamuddin menyatakan akan berpindah kawasan, ia akan dikatakan "takut" kepada pengaruh PAS yang semakin menular di Johor. Satu kemenangan moral kepada PAS. Ingat lagi tak kisah PAS bersalam dengan peniaga babi untuk meraih sokongan? Mereka (parasit PAS) sanggup lakukan apa sahaja untuk mencapai impian.

PAS beriaa-ia hendakkan jawatan MB? Buat masa ini PKR belum membuat apa-apa spekulasi mengenainya.  Mungkin juga kerana Ketua PKR Johor adalah bukan Melayu. 

Hebat sungguh PAS 

Sebuah blog PAS (Pengangkat Mat Indera) telah membuat ulasan penuh ghairah mengenainya.

Dengan jangkaan akan meraih sokongan yang kuat dari Pengundi Negeri Johor DT dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13, dan bagi tidak mengecewakan Pengundi Negeri Johor DT... Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Johor telah meminta Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian Yb Salahuddin Ayob bertanding di Negeri Kelahiran beliau Joh0r DT.

Dan menurut sumber dalaman tempat yang beliau akan bertanding ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen... namun keutamaan adalah bagi kerusi DUN untuk dicalonkan sebagai Bakal Mneteri Besar Johor yang baru.

Ini berikutan kedua-dua lagi kepimpinan yang ada dalam PR Negeri Johor iaitu kepimpinan DAP dan PKR telah bersetuju akan menyerahkan Kerusi Menteri Besar Johor kepada PAS sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya mendirikan Kerajaan selepas PRU ke13, dan ini telah disahkan oleh Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau serta Pengerusi PKR Dr Chua Ju Meng.

Untuk Kerusi Parlimen yang beliau dijangka akan bertanding ialah Parlimen Sembrong (P153) yang kini disandang Oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussain yang juga Naib Presiden Umno dan Menteri Dalam Negeri, ia juga mengandungi dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Paloh yang disandang oleh Hoo Seong Chang dari MCA dan DUN Kahang yang disandang oleh R. Vidyanathan dari MIC.

Apa yang diberitahu dari sumber dalaman Umno bahawa Datuk Seri Hishammuddin yang menyandang Kerusi Parlimen Sembrong (P153) akan berpindah bagi mencari Kerusi Yang difikirkan selamat untuk beliau, untuk itu Kerusi Parlimen Kota Tinggi (P156) yang kini disandang oleh Bekas Menteri Dalam NegeriTan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, dijangka menjadi pilihan beliau.

Kah kah kah ! PRU belum lagi tapi Datuk Seri Hishammuddin dah berkira-kira nak mencari kawasan yang selamat, ini lah standard Pemimpin Umno yang hanya mementingkan diri dan puak yang terpilih... yang mana diketahui pengundi P153 adalah 40% berketurunan Cina dijangka akan menolak Umno/Bn dalam PRU ke 13 nanti.
robot

hemmmmm..... perlu di ingatkan dua keturunan hishammuddin telah meningalkan umno dan telah meninggal dunia diluar umno... mereka ialah datuk beliau... onn bin jaffar dan bapa beliau hussain bin onn... tapi untuk keturunan onn yang ni... susah nak diramalkan kerana beliau dengan sepupu nya lebih kepada yang "selamat" dan bukan kepada "perjuangan"... keh keh keh !!!. umno-perkasam-jati betul-betul meloyakan heeeee.....

tulisan kat atas tu aku curi dari blog Mat Indra nie... 





Ulasan TokMisai:
PAS semakin galak dan bernafsu besar melebarkan sayapnya ke kubu kuat UMNO. Ini bermakna jika Johor pun boleh jatuh, apa lagi negeri-negeri lain. Pengalaman kejatuhan Selangor akan dijadikan pedoman menawan kubu kuat UMNO itu. Nampaknya mereka sudah tidak peduli lagi dengan ancaman IMR (JATI) yang kelihatan semakin hebat menempelak kepimpinan parasit PAS dan Anwar.  Mereka nampaknya membiarkan sahaja Dr Hasan membalun mereka seolah itu semua tidak memberi kesan kepada pengaruh mereka.


PR amat yakin Malaysia akan menjadi milik mereka selepas PRU nanti, tuan besar PR dengan cara menyindir menyebut Najib sebagai "bakal Ketua Pembangkang". Sindiran Pedih menghiris jantung UMNO. Pelik juga, kenapa UMNO masih berdiam diri? Apa strategi mereka? Atau mereka dapat rasakan mereka akan kalah? Janganlah hendaknya ada ugutan dari CIA dan NED atau Soros untuk membolehkan kuasa beralih tangan.

Walau apapun, begitulah besarnya hajat mereka untuk menyapu bersih Malaysia dalam PRU nanti. Pastinya Melayu Islam akan menangisi nasib mereka nanti bila Malaysia (Melayu, Islam) dijual dengan harga murah kepada Israel. Sementara itu Singapura pula akan bergabung semula dengan Malaysia bagi membolehkan DAP/PAP merampas jawatan sebagai Perdana Menteri Cina yang pertama. PM Cina??? 


Hasrat manusia anugerah untuk menukar kerajaan menjadi republik akan tercapai dengan mudah. Ia nanti tidak ubah sepertimana "Malayan Union" yang pernah dicadangkan British sebelum orang Melayu bangkit menentang.


Melayu akan hilang di dunia?

Adakah UMNO akan tumbang? Jika UMNO tumbang bermakna Melayu juga ikut tumbang. Melayu juga (parasit PAS dan PKR) yang menyerahkan negara kepada Cina Cauvinis yang amat bencikan Islam, Melayu dan Institusi Raja.  (Inilah rahsia perjuangan JATI yang diselindungi - menentang DAP dan PAP). 

Apa yang telah berlaku? Kerisauan mula melanda sebahagian dari patriot sejati. 


Satu keadaan yang memungkinkannya (kekalahan) ialah UMNO bagaikan ambil mudah, kelihatan bersahaja dan tidak nampak terdesak untuk berusaha kuat mendaftarkan pengundi baru, ramai anak Melayu yang tidak berdaftar sebagai pemilih. Ia akan memudahkah kuasa beralih tangan. Kalau ada ahli UMNO tiada dalam senarai pemilih, apa maknanya? Mereka tiada suara dalam memenangkan UMNO dalam pilihanraya. Mereka tidak layak mengundi dan tiada undi dari mereka. Pemimpin UMNO tidak tahu? Mustahil.

Lebih menghairankan, para pemimpun UMNO bagaikan tidak bersemangat langsung untuk berkempen. Atau membuat sesuatu bagi menyaingi propaganda pembangkang. Adakah UMNO hanya berminat berada dalam keadaan defensif? Atau UMNO sememangnya telah lemah? Apa pula perancangan Najib masih menjadi teka teki yang cukup merimaskan.

Walaupun pemimpin PR mempunyai nilai moral yang amat rendah disokong pula sikap kurang ajar DAP, UMNO tidak berusaha mempergunakan keadaan ini sementara sebahagian besar orang Melayu khususnya ahli UMNO masih lagi tertidur. Harus diingat PR telah mendapat sokongan  dan bantuan kewangan besar dari rangkaian Yahudi Antarabangsa sehingga berani bercakap secara terbuka akan melindungi keselamatan Israel.

Apakah mungkin Malaysia bakal diperintah oleh manusia yang terburuk wibawanya (moral dan Islam liberal) malah manusia yang sama akan menyuburkan agama sesat Islam Liberal di Malaysia sebelum Malaysia diserap oleh Singapura.

Malaysia akan diserap oleh Singapura!!! 

Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan (perumpamaan yang ditulis oleh pecinta bangsa Allahyarham Aminuddin Baki). DEB digarap selepas gesaannya yang penuh semangat lantaran amat sayang kepada bangsanya.


Jangan nanti UMNO juga akan dipersalahkan.

Bersedialah untuk menangisi nasibmu wahai Melayu.





4 comments:

  1. Kes Hasan Ali: Silat lawan taichi

    http://helenang.wordpress.com/2012/02/06/kes-hasan-ali-silat-lawan-taichi/

    ReplyDelete
  2. Adakah undang-undang mewajibkan gambar Guan Eng dipamer?

    http://helenang.wordpress.com/2012/01/31/adakah-undang-undang-mewajibkan-gambar-guan-eng-dipamer/

    14.faith|ebruari 4, 2012 at 1:37 am said:
    Apa jackson tak tau kw masa solat jumaat dipenang khatib ada doakan kesejahteraan beliau sebagai khalifah umar??
    Balas

    15.Helen Ang|Februari 4, 2012 at 10:30 am said:

    Kalu dia Khalifah Umar, baik corakkan gambar rasmi cam ni –

    http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs317.snc3/28503_1187702393066_1843528055_352335_4154978_n.jpg

    – untuk tergantung di balai-balai polis Darul Amar Ma’aruf Nahi Mungkar, baru padan.
    Tapi apakah sebenarnya agama yang dipegangnya? Masih belum terjawab!

    ReplyDelete
  3. Sdra SDRA Radikalsima

    Izin saya kata sepatah di sini secara kontra,

    1.Kalau semua orang sudah tahu semenjak PRU 2004,2008, apakah tindakkan dan rancangan serta istilah 1M KRA KPI bagi 3,400,000 ahli parti UMNO untuk menambahkan pengundi yang belum daftar ?

    2.Apa kah sesudah PRU 2004 2008 dan PAU 2011,Tengku Adnan tak buat apa apa, hingga bulan februari 2012, baru nak cari 400,000 ahli UMNO yang MIA ,tidak daftar sebagai pengundi ?

    Hebat lah UMNO ,tak mau menang PRU.

    3.Atau sifat Ahli UMNO tak bagi orang baru masuk parti, nanti hilang pengaruh,nak rebut jawatan cawangan, bahagian,ADUN Parlimen,hebat betul lah UMNO.

    4.Sekretariat UMNO di PWTC tak buat kerja ke, dah yakin kalah aka tak mau menang mulai dari 2004 2008 dan PAU? macam bolih mereka tak tau 400,000 ahli MIA ?

    Hebat lah UMNO, ada kemudahan ICT tweeter internet gajet tablet email blog,pun tak bolih cari 400,000 orang ? MR Kool gajet futsal

    5.kalu tak mau buat kerja ,bagi kontrak outsource pun bolih kan buat carian di ribuan pengkalan data di gov.my ? liberal transformaci yang kelainan. ?P
    Hebat lah UMNO.

    Atau pun dalam sekretariat UMNO pun ada parasit macam expresso Haji,hajjah ?

    Atau Expresso hajji yang tiru UMNO punya sistem isian komputer ?
    Hebat betul.

    6.Atau pun 3,400,000 ahli UMNO yang sudah di beri macam peluang buat bizness kecil sederhana dan besar dan terkini, mega, dah malu nak pakai MLM ?Multi level marketing--Member get member lah.Blue ocean

    Bagi lah KPI sorang member baru setiap 1 ahli UMNO ?

    Boleh tak ? BLUE OCEAN,pakai lah.

    7.Atau takut kena politik dalam terus hilang jawatan ? inclusive engage ,pakai lah.

    Kalu macam ini, memang sah lah Presiden UMNO mengidam sangat ketua pembangkang parlimen PRU 13.

    Slogan sendiri tak mau pakai dalam parti sendiri.

    8.Harap kan Ah JIb GOr kasi menang ke ?
    LGE mesti hempas pulas sampai darah putih tahan PP dan kerusi Mileka sebab dah dapat gaji sangat amat lumayan,dah rasa kuasa,dah dah jadi Idola Ah Beng PP,dah duduk makan tengah hari dengan DYMM dan YDPA, dan dah rasa sejuk nya aikon Istana baru DYMM, dan sudah sokong diri sendiri ta akan jadi PM Malaysia.Maka,PP ta ada lagi untuk UMNO.

    Perak punya cina akan dendam kesumat denagan melayu ,dan bekerja 24 7 365 untuk dapat balik Perak, dan peluang UMNO eheeem eheeem.

    Cina Selangor tidak akan sokong UMNO lagi, sebab dia dah rasa kuasa dan amat selesa ,sampai kan buat apa saja yang betul,pun selangor tak dapat balik.

    9.Orang Kelantan tak payah cakap lah,sendiri semua faham, apa yang ada pada peminpin UMNO-fractious,so kerajaan negeri tak payah kerja kuat pun, bolih maintain.
    Kedah , pun sama, isu nasional tak masuk otak, semua isu harian dan kehidupan harian.

    10.Johor - Ghani perlu keluar dari acuan Tundol,be your own man ,sebab bolih katakan pemikiran rakyat johor sudah menjadi Singporean cosmopolitan outlook dan banayak betual unsur dagangan komprador, dan sudah tiada sempadan pemikiran antara johor dan singapore.
    Kalau Ghani tak keluar dari mindset sekarang,lepas PRU 13,Ghani menjawat ketua pembangkang DUN.


    Ingat :bagi semua pengundi d semua negeri ,selain dari selangor (ramai orang terpelajar intelek diantara 5 juta penduduk KL Sel) dan johor, isu isu berputar kapada isu asas.. dan isu nasional AA MAS SIME SC LYnas Petronas LUTH memainkan pernan yang sadikit sahaja dalam perhitungan pengundi.
    terima kasih mentor saya ,satD,dingturtle,anaconda,hHalem dll.
    dapat lesen besar 1M.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  4. Kiranya PR menang PRU akan datang dan PAS kekal dalam PR tanpa kembali bergabung dengan UMNO. Saya akan isytihar perang fi sabilillah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive