“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

10 December 2011

Hidung Anwar Ibrahim Lebih mancung dari pelakon - Wan Azizah



Kongres mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin agung dan bakal menjadi perdana menteri baru negara selepas pilihan raya umum ke 13. Kesimpulannya kongres nasional PKR di Pulai, Johor negeri yang diwar-warkan akan ditawan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang tidak lebih dari memukul canang untuk menakut-nakutkan BN.

Bukan kali pertama PKR memalu gong bahawa parti reformasi ciptaan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan menghabiskan riwayat BN dan seterusnya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Semakin hampir parlimen dibubarkan, bertambah kuat suara Anwar dan pucuk pimpinan lain menggertak BN.

Tetapi sesiapa yang waras tentu mempercayai laungan sedemikian rupa tidak lebih daripada sekadar mendabik dada untuk menarik perhatian kononnya Pakatan Rakyat akan merampas Putrajaya.


Sekilas pandang isi Kongres PKR

Ada Perbalahan Pada Peringkat Tertinggi Parti
Ambil Alih Kuasa Di Putrajaya 3 Parti Perlu Berbaik-Baik: Anwar


27hb Johor Baharu - Pemimpin Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa penutup perwakilan Kongres PKR sekali lagi menyampaikan maklumat politik kepada ketiga-tiga parti apabila (nanti) “memerintah Putrajaya”, mahu kekalkan suasana baik di antara ketiga-tiga parti itu sebagaimana menghadapi PRU ke-13, menukar kerajaan yang sedia ada. Beliau berkata PRU akan datang ini akan berlaku pertukaran kerajaan dan pertarungan yang terakhir dan penghabisan, dan akan menjadi satu perbezaan sempadan politik di Negara ini.

Anwar Ibbrahim dalam ucapan menggulung dan menutup bahasan perwakilan PKR yang ke-8, telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa PRU akan datang akan memerintah kerajaan Negara ini, beliau berkata, gabungan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat perlu bekerjasama dan erat perhubungan di antara satu sama lain, membuat persediaan memerintah di Putrajaya.

Beliau berkata, jika di peringkat akar umbi parti berlaku perselisihan, boleh diselesaikan melalui sistem kuasa di peringkat negeri-negeri, supaya semua perkara dapat diselesaikan dengan baik, jika tidak dapat diselesaikan juga, ia perlu dihantar ke peringkat pusat.

Hadapi Masalah Ahli Dalaman Yang Lompat Keluar

Beliau mengakui apabila serangan dilakukan kepada pihak luar, beliau pernah hadapi ahli-ahli dalaman parti yang lompat keluar dan lari keluar parti. Tetapi beliau menegaskan persaingan dalam politik diumpama lari marathon, bukan lari hanya jarak 800 meter sahaja.

Beliau berkata, parti dapat sokongan dari masyarakat pertengahan dan golongan bawahan, ini adalah tunggak kepada parti.

Membantah Pindaan Akta Perhimpunan Awam: Chua Tian Chang

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang berkata, PKR tetap membantah pindaan akta perhimpunan tahun 2011, dan bercadang ambil soal selidik dari semua lapisan rakyat dan ia perlu dibincangkan terlebih dahulu, baru boleh di bawa ke dewan rakyat untuk dibincangkan dan dipinda.

Beliau berkata, pindaan akta itu telah mendapat reaksi dan bantahan dari orang ramai, kini sudah ada dua NGO dan majlis peguam sedang merancang untuk membuat bantahan secara aman berkaitan pindaan akta perhimpunan itu.

Nurul Ezzah sebagai Naib Presiden juga berkata, walaupun menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri berkata, permohonan sebelum 30 hari disingkatkan kepada sebelum 10 hari perhimpunan, ini semuanya tidak mencukupi.

Saya Percaya Pada Anwar: Wan Azizah

Walaupun Anwar Ibrahim dilanda dengan pelbagai cabaran dan isu skandal seks, apabila bermula pada tahun 1988, Anwar Ibrahim dilanda kemelutan politik, oleh kerana Wan Azizah mahu pertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Wan Azizah mara ke barisan hadapan menjadi Presiden PKR, beliau menjelaskan kepada peserta perwakilan Kongres PKR bahawa beliau amat mempercayai Anwar Ibrahim sepenuhnya.

Beliau mahu semua ahli parti bersikap seperti beliau juga, tetapkan kepercayaan, berjuang bersama PKR dan sama-sama melangkah maju ke hadapan, jangan tergugat dan buat separuh jalan.

Hidung Anwar Ibrahim Lebih mancung dari pelakon

Semasa ucapan penggulungan Wan Azizah secara lembut dan rendah diri memberitahu ranjau-ranjau yang telah beliau lalui semasa zaman Anwar Ibrahim dalam kemelutan politik tahun 1988 itu, beliau kongsi sama kisah kepahitan yang beliau lalui pada masa itu bersama peserta yang hadir, Anwar Ibrahim yang duduk di sebelah kerap merenung wajah iseterinya.

Apabila timbul isu pita CD lucah, Wan Azizah berkata, pertama kali melihat pita Video itu, beliau berkata, hidung Anwar Ibrahim lebih besar dan tinggi dari watak di dalam Video itu, disambut dengan tepukan gemuruh. Beliau tidak puas hati terhadap musuh politik yang menggunakan cara yang tidak baik itu, dan beliau berkata ada masjid di peringkat bahagian yang mengedarkan pita CD Video itu, cuba mahu menipu orang-orang Melayu.

Beliau beritahu seramai 1,000 peserta bahawa beliau izinkan Anwar Ibrahim kahwin lagi dengan syarat apabila beliau telah meninggal dunia, bermakna beliau mahu bertahan sehingga ke akhir hayat dengan Anwar Ibrahim.

Wan Azizah Adalah Wanita Contoh: Ketua Wanita PKR

Ketua Wanita PKR puan Zuraidah berkata, setelah beliau mengenal wanita BN dan melihat kemampuan wanita BN, beliau anggap Presiden PKR Wan Azizah lah lebih layak jadi wanita contoh.

Apabila kata-kata itu terkeluar dari mulut beliau, seluruh majlis itu bergema, Anwar Ibrahim yang duduk di sebelah Wan Azizah menepuk bahu isterinya secara ringan, menunjukkan ia satu galakan.

Zuraidah mahu perwakilan pusat dan peringkat bawahan parti hapuskan syak wasangka, bersama berusaha untuk masa depan Negara ini.

###

Rupa-rupanya YB Anwar lebih hensem dari pelakun drama porno yang terheboh di Malaysia itu. Pelakun itu walaupun hensem juga tapi hidungnyanya lebih pesek. Wan tak nak komen pula pasal benda yang lain ya? Tak apalah dia nak simpan rahsia tu sampai bila-bila. Itu hak dia. Apa pun kita bakal dapat PM baru (hensem) lepas PR13 nanti, kalau ikut kata dialah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERKINI Posts

Blog Archive