“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

17 December 2011

Kakitangan Awam kena sabotaj? Kerajaan Najib bakal dituduh Zalim?


"CUEPACS memutuskan menolak tawaran SBPA kerana dilaksanakan dalam masa yang singkat serta tanpa rundingan dengan kongres tersebut. - Omar Osman"



Ada sesatu yang tidak kena dengan JPA. Mengapa CEPACS yang selama ini sentiasa selari dan bersetuju dengan langkah kerajaan dalam meningkatkan pendapatan dan keselesaan suasana kerja Kakitangan Awam mula membangkitkan bantahan? Keadilan SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam) mula diragui.
 .
Walaupun masih kabur apa sebenarnya yang berlaku, pihak CEUPACS tentu lebih arif tentang tuntutan mereka. Tentu sahaja apa yang ditawarkan (terus dilaksana tanpa rundingan terlebih dahulu) tidak adil kepada Kakitangan Awam. Apakah bidang yang tidak selaras tersebut tidak pula dinyatakan oleh presidennya.


Presiden CEUPACS Omar Osman 

Apa yang dibimbangkan ialah ada pihak yang mengambil kesempatan dalam masa yang kelam kabut ini (menjelang pilihan raya) untuk membangkitkan rasa tidak puas hati golongan berpangkat rendah. Akibat dari rasa kurang senang akan menimbulkan kemarahan majoriti kakitangan awam kepada kerajaan.. Dalam suasana kerajaan ingin mensegerakan pelaksanaan badget 2012, JPA selaku badan penyelaras telah pula tergesa-gesa memaksa Kakitangan Awam menerima plan yang ditetapkan. Kelihatan ada pihak yang mengambil kesempatan di sini.

Apa yang difahamkan skim gaji baru ini amat menguntungkan pegawai atasan yang mendapat tambahan gaji yang amat besar. Pegawai peringkat jusa misalnya mengaut perbezaan gaji melebihi 5,000 ringgit sebulan, sementara boroh atau pekerja rendah hanya mendapat kenaikan kira-kira 80 ringgit sahaja. Dalam pada itu segala arahan telah diedarkan secara sulit dan dihalang dari pengetahuan orang ramai. Kenapa terjadi demikian? Ada apa yang cuba disembunyikan? Mungkin inilah sebab utama kenapa CEUPACS membantah.

Memandangkan pegawai berjawatan tinggi mendapat kenaikan yang besar tentu sahaja ada unsur kepentingan pegawai atasan JPA semasa menyediakan tangga gaji tersebut. Yang senang akan bertambah senang sementara yang susah akan menjadi semakin susah ditekan pula kenaikan harga barang.

Jika para Kakitangan Awam menjadi resah dan marah kepada ketidak adilan kerajaan pimpinan Najib, apakah kesan kepada pilihan raya akan datang? Apakah mungkin kakitangan kerajaan akan beramai-ramai memangkah PR sebagai satu protes akibat rasa tidak puas hati?

Kerajaan harus ingat, sebilangan besar kakitangannya adalah berpangkat rendah. Dalam pilihanraya, suara mereka lebih dominan, apakah kerajaan memandang rendah faktor ini? Atau ada tangan ghaib (agen asing dalam JPA) cuba merencanakan sesuatu melalui JPA, kita amat sangsi mengenainya.

Jika pemimpin PR boleh dibeli oleh Soros Zionis, apakah susah untuk mereka membeli pegawai atasan JPA ini? Apa yang penting bagi mereka ialah mewujudkan golongan yang bakal membelot dari menyokong kerajaan terutama menghampiri pilihanraya. Ketika ahli politik dan penyokong kerajaan asyik membangunkan  pelbagai isu untuk menekan parti pembangkang, di luar kesadaran mereka ada pihak yang mendapat untung secara percuma. Zionis mempunyai perancangan tersendiri.

Apa pun impaknya kakitangan bawahan akan menuduh kerajaan Najib tidak adil dan zalim. Ini sesuai pula dengan propaganda parti pembangkang. Adakah pegawai atasan JPA juga terlibat dengan perancangan pembangkang?  Penyokong Anwar ada di mana-mana. Kita harus ingat pendedahan bloger Papa Gomo sebelum ini.

Sudah terdapat suara sumbang mengenaninya dan ada pekerja bawahan yang mengetahui nilai kenaikan gaji ini menganggap kerajaan tidak adil. Mengkayakan pegawai atasan dan menindas kakitangan rendah. Mereka menuding jari menyalahkan kerajaan Najib. Najib mungkin terperangkap dalam agenda sulit pegawai JPA ini. Sama-sama kita nantikan kesannya..


Beberapa opsyen SPBA dibantah
Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my

2011/12/16

CUEPACS minta 1.4 juta kakitangan awam tidak tandatangan surat tawaran JPA

KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam membantah pelaksanaan beberapa opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang didakwanya kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu.

Serentak itu, kongres berkenaan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani surat tawaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi SBPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya skim berkenaan.

Keputusan itu dibuat hasil undian sebulat suara 125 perwakilan CUEPACS seluruh negara yang berhimpun selama dua hari bermula kelmarin membincangkan isu pelaksanaan SBPA pada Mesyuarat Kongres Khas yang berlangsung di Hotel Putra Brasmana, di sini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata keputusan membantah opsyen SBPA dibuat pada mesyuarat itu berdasarkan kepada pertimbangan wajar 125 perwakilan, sebagai mewakili isi hati 1.4 juta penjawat awam seluruh negara.

Katanya, lima inti pati digariskan melalui bantahan untuk dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijangka ditemui pada 19 Disember ini, antara lain meliputi desakan pembatalan Exit Policy selain penjelasan kedudukan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus seperti diumumkan melalui SBPA baru-baru ini.

“Buat masa sekarang, kita membantah pelaksanaan beberapa opsyen SBPA dan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatanganinya terlebih dulu sebelum rundingan antara CUEPACS dan Perdana Menteri diadakan.
“Kita akan tetapkan temu janji pada 19 Disember ini, yang mana semua 125 perwakilan kongres seluruh

negara dijangka menemui Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya bagi membincangkan secara terperinci permintaan serta desakan CUEPACS dalam SBPA,” katanya.

SBPA diumumkan Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu dijangka membawa pelbagai faedah dan insentif kepada kakitangan awam yang dilaksanakan mulai tahun depan dengan beberapa perubahan seperti skim pencen, gaji dan elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan yang dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.

Ditanya mengenai lima tuntutan terbabit, Omar berkata selain pembatalan Exit Policy dan penjelasan mengenai kedudukan pelarasan gaji, CUEPACS turut mendakwa tiada sebarang rundingan bersama diadakan antara kongres itu dan JPA yang dilihat memungkinkan wujudnya unsur berat sebelah.

“Kita juga nasihatkan pihak lain yang tiada kaitan dengan CUEPACS supaya tidak campur tangan dalam soal perjuangan kongres kerana ini hak kami untuk pertahankan kepentingan semua penjawat awam,” katanya.

"Saya yakin Perdana Menteri pun tak tahu masalah ini dan saya yakin dia akan faham kenapa kita tak setuju. Saya terima aduan ada ahli kita dipaksa menandatangani surat tawaran secara paksa di Sabah dan Sarawak. - Omar Osman, Presiden CUEPACS" - BH

4 comments:

  1. Kerajaan Najib perlu ambik iktibar PRU 12..Dulu penjawat awam juga marah sbb isu gaji polis dan askar yang jauh lebih tinggi..tambah lagi pelbagai elaun yg mereka dapat..

    Skrg ni diwar-warkan pulak golongan Guru yg akan mendapat imbuhan jauh lebih tinggi..Penjawat awam terutama peringkat rendah
    cuba membandingkan kenaikan gaji golongan Gred Tinggi,PTD,Guru,Askar dan Polis..Ini dilihat tidak adil sebab kenaikan mereka lumayan dan memberikan jurang gaji yang luas..

    PM Najib kena hati-hati sbb PRU 12 BN hampir rebah..PRU 13 boleh tersungkur terus.Jangan lupa isu gaji ini juga diperhatikan pekerja swasta/kilang yng juga berpendapatan rendah.Banyak isu yg belum selesai seperti gaji minimum..gaji pegawai keselamatan..,dan lain-lain.

    ReplyDelete
  2. betul, saya sokong. K'jaan lupa nak kaji pkara ni. Dia ingat bagi kenaikan, ok... hehe. Bahaya kalau tak adil. JPA pun jahat gak, ambil kesempatan, salah bagi nasihat heh. Kesian Najib.

    ReplyDelete
  3. dulu masa buat SSM orang putih kata 'slow but steady' tapi skg SBPA, orang melayu kata 'cepat tapi kalut'

    ReplyDelete
  4. ada sesapa tau sape yg merangka skim tu
    selidik lak latar belakang mereka

    bila tau sape2 mereka... org itu yg di attack

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive