“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

26 December 2011

901 Bebas Anwar - diatur Soros?







Pembebasan Anwar Ibrahim
Itu sememangnya didoakan oleh orang PKR dan PAS dengan harapan matlamat mereka memenangi PRU13 akan menjadi kenyataan. Dalam diam DAP mengatur strategi sendiri. Dirahsiakan dari pengetahuan rakan-rakannya. Mereka dengan rakus mencuba menjadi dominan dalam pakatan di luar pengetahuan PAS.


Betulkah Anwar akan dibebaskan untuk menghalang demonstrasi besar-besaran oleh solidariti , suhakam, suaram, AMK dan kumpulan reformasi pada 9 Jan. 2012 nanti? Mahkamah mungkin dipergunakan sebagai jalan keluar yang mudah oleh Anwar. Lebih mudah jika hakim menerima tawaran dari ejen Soros. Bukankah begitu?

Jika tidak, segala jentera untuk mulakan rusuhan telah disiapkan. Walaupun tujuan nampak seperti menuntut pembebasan Anwar, namun ia bukan tujuan sebenar. Mereka berlindung di sebalik isu. Ada matlamat lain yang sukar dibaca oleh orang awam. Andai tidak dilakukan sekarang, rusuhan pasti akan dilakukan juga nanti jika PR tewas dalam pilihanraya. Rusuh tetap rusuh, dan jika boleh ia akan meningkat menjadi protes besar-besaran atau kekacauan awam. .

Anwar dipergunakan sebagai objek untuk mengobarkan perasaan tidak puas hati dan memberi gambaran kerajaan sekarang jahat dan zalim. Mereka sanggup melupakan segala jasa kerajaan sebelum ini. Kenapa? Mereka mahu Malaysia mengikut jejak Libya dan Syria. Tidak mustahil juga Anwar akan dibunuh dalam huruhara nanti untuk menuduh ejen kerajaan yang melakukannya. Apa sahaja boleh berlaku. PR telah terikat untuk menurut telunjuk Soros dan ejennya.

Matlamatnya ialah huruhara.... Tukar kerajaan... Proksi sebagai peneraju kerajaan..

Hmmmm   .... disebalik itu semua... halang kebangkitan Islam dari timur...


Singapura akan menjadi platfom terbaik untuk para perisik dan ejen CIA atau MOSSAD dan M16 melakukan sabotaj merancakkan lagi gelombang panas yang mula wujud. Kenapa Singapura terlibat?


Pertama, Singapura adalah rakan baik Israel.
Kedua, PAP adalah induk DAP. Perjuangan DAP adalah perjuangan PAP juga.
Ketiga, Singapura memang memandang hina Melayu dan Islam. Ia telah sekian lama termaklum.

Sementara PKR sibuk mengaturkan revolusi, demonstrasi, siri sabotaj dan provokasi, DAP lebih banyak mendiamkan diri. DAP dilihat tidak mahu terlibat dalam kekecohan anjuran PKR. Apakah sebabnya?

Sendirinya ia memberi makna hanya orang Melayu yang suka membuat huru hara. Kaum Cina mencintai kedamaian dan lebih layak menjadi pemerintah. Mereka akan dilindungi oleh pertubuhan antara bangsa termasuk PBB. Keburukan orang Melayu dan Islam akan terserlah dengan nyata di mata dunia. Apakah Melayu akan diperintah oleh DAP selepas ini? Masanya akan tiba Melayu menggigit jari menyesal kerana gagal mempergunakan akal.

Jika ditinjau dari tindak tanduk mereka, DAP sepatutnya dihalang dari terus wujud di negara ini. Mahukah PAS dan PKR menerimanya? Jawapannya ialah "Mustahil". PAS dan PKR seperti telah tersyihir, tidak dapat memahami strategi rahsia DAP itu..

Ingat DAP ingatlah komunis.
Ingat PAP ingatlah Zionis.

Sehebat-hebat PAS tertipu juga dengan Zionis Peranakan, Soros dan Komunis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive