“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

16 December 2011

9 Januari: HARI BERSEJARAH - Jangan ke mana-mana






9 Januari 2012 bakal menentukan sama ada Bekas TPM akan disabit atau dibebaskan dari pertuduhan. Semua orang sudah tahu berita ini. Ada sesuatu kita terlepas pandang dan seperti biasa orang ramai tidak terfikir untuk mengambil perhatian. Sebahagian dari rakyat negara ini masih lagi berkepercayaan Anwar dianiaya dan terus berdoa agar Anwar akan dibebaskan. Sebahagian lagi mengharapkan berlaku perkara sebaliknya kerana menganggap Anwar telah menjadi alat musuh negara tambahan lagi dia berjaya mencetus kacaubilau.

Apa Maksud Anwar Kata Sanggup Berjuang Dari Penjara ?

Dalam bidang agama juga berlaku keadaan yang sama. Seluruh penganut Kristian.bersepakat menyokong Anwar kerana sebahagian besar tindakannya memihak kepada mereka. Sebaliknya bagi orang Islam pula memberi pandangan berbeza-beza. Tidak diketahui jumlah sebenar penganut Islam bergembira jika Anwar bersalah dan dipenjarakan. 

Kita telah dimaklumkan bahawa para penyokong sebuah parti Islam bermihak kepadanya dan tidakpernah ambil kisah persoalan Murtad atau LBGT yang disokong Anwar kerana menganggap ia hanyalah permainan politik pemerintah. Bagi mereka apa yang penting ialah Anwar adalah satu simbol yang utuh untuk membuahkan kejayaan parti mereka. Penahanan Anwar merupan satu kerugian besar kepada perjuangan mereka. Peluang mereka juga ikut kabur jika Anwar tiada di lapangan.

Apa pun hasil besar dari penglibatan Anwar dalam politik menyebabkan penganut Islam telah berpecah belah.

Di mana sahaja mereka mereka berada baik dalam kehidupan harian atau di alam siber, tetap mengungkapkan bahawa kes ini telah ditetapkan oleh Najib dan UMNO kerana takut kepada reputasi Anwar. Kempen yang dianjurkan secara berterusan dan tidak pernah berubah. Mereka melabelkan kes ini sebagai  "Kes Fitnah II"

 

Dunia seluruhnya sedang meneropong Malaysia, memasang telinga untuk mengetahui apa yang bakal diputuskan oleh hakim perbicaraan. Kes yang berjalan bertahun-tahun untuk tamat ini melibatkan bekas orang besar negara. Ia tentunya menarik perhatian dunia. Pertuduhan pula bukan perkara lumrah sebagaimana kesalahan orang besar lainnya. Ia amat sinis, dituduh melakukan persetubuhan sesama jenis (gay). Satu tuduhan yang semestinya aib dan memalukan.

Di satu sisi lain ada pihak mendendangkan lagu konspirasi kerajaan Najib menzalimi Anwar. Muziknya juga rancak dan memberi calaran yang tidak kurang pedihnya.

Ketika ditanya:
FMT melaporkan Anwar ditanya pemberita tentang kemungkinan dipenjara kali kedua, ahli politik berusia 64 tahun menjawab: “Saya telah melalui itu, ia tidak terlalu sukar.”
Katanya lagi, “Ia bukan persoalan saya sukarela untuk pergi ke penjara. Atas sebab apa? Hanya kerana saya mengambil keputusan untuk tidak menyertai Umno atau menyertai Umno semula. Kerana saya mengambil keputusan untuk melawan mereka di atas dasar-dasar perkauman mereka yang zalim.
Beberapa media antara bangsa pula dikatakan dibiaya oleh orang tertentu untuk mempopularkankan isu penganiayaan ini. Lebih menarik ia disokong oleh beberapa kalangan yang berpengaruh pula.

Kita mesti ingat sebuah pertubuhan di bawah seliaan Anwar iaitu IKD telah bertekad menjadi benteng untuk Anwar dalam apa keadaan sekalipun, IKD juga melibatkan Aziz Bari, merupakan satu nama yang masih hangat diperkatakan. Tindakannya mempertikai titah Sultan Selangor telah menggemparkan negara. NGO yang tumbuh bagai cendawan sejak kebelakangan ini berslogankan kebebasan, persamaan hak dan hak asasi manusia termasuklah kebebasan seks adalah juga dibawah pengaruh Anwar. Kita harus ingat para pendemo BERSIH 2.0 yang kecewa atas kegagalan lalu tentunya masih marah kerana gagal menggoncang kerajaan Najib. 

Soal konspirasi UMNO dan kejahatan Najib masih lagi menjadi tema penceritaan. Kalau diperhatikan, tema ini kuat melekat pada minda penyokong-penyokongnya. Slogan beracun seperti "Tumbangkan Kerajaan Zalim" dan "Kebebasan Rakyat" terus berkumandang dalam ceramah-ceramah yang mereka anjurkan.

Kita tidak tahu perancangan Anwar dalam tempoh terdekat. Namun sebelum ini ada ura-ura bahawa penyokong reformasi dan BERSIH pernah melahirkan hasrat menganjurkan satu lagi demonstrasi, tetapi tidak tahu bila masanya. Pernah juga disebut bahawa mereka bakal menganjurkan satu perarakan protes yang lebih hebat dari siri BERSIH sebelumnya dinamakan  "BERSIH 3.0" menjelang PRU nanti. Timbalan Presiden PKR pula berikrar di hadapan penyokong Anwar nahawa dia akan merobohkan tembok penjara sekiranya Anwar dipenjarakan. 

Sebagai seorang yang cekap mempengaruhi minda orang ramai melalui pidato dan bijak pula mengendali perasaan taksub pengikutnya, tidak mustahil Anwar telah merancangkan sesuatu pada 9 Januari nanti. Mereka semua tentu akan keluar memberi sokongan padu kepada Anwar jika diminta (mungkin ada yang mengharapkan syahid). Tujuan utama ialah menghalang dia dihantar ke penjarakan jika didapati bersalah. Dalam keadaan ini, baginya huru hara  adalah sesuatu yang perlu sehingga tumbangnya kerajaan Najib..

Sila ambil ingatan bekas penggans komunis (Cina) telah terserap ke dalam parti DAP, rakan Anwar dalam PR. Sementara bekas pengganas Melayu pula sebahagiannya terserap ke dalam PAS. Sebahagian lagi menjadi penyokong gerakan sosialis yang kini bergabung dengan PKR.

Jika tercetus huru hara, apa sahaja boleh berlaku.

Dari beberapa pendedahan yang dibuat oleh penyiasat menunjukkan Soros adalah orang yang berada di belakang Anwar. Seorang billionaire berpengaruh yang mempunyai jaringan cukup besar mustahil hanya berdiam diri. Pelaburan jutaan mungkin juga billion dollar telah dikeluarkan untuk mengangkat manusia ini menjadi orang nombor satu negara. CIA juga berada dibawah pengaruh tokoh Yahudi ini. Rakan Anwar ini (jika sesuai dipanggil rakan) tentu sahaja telah menjangka apa yang berlaku. Tidak keterlaluan jika dikatakan telah bersedia dengan perancangan mereka seterusnya untuk jayakan muslihat mereka.

Maaflah, pandangan ini juga seperti satu persepsi. Boleh percaya dan boleh tidak percaya. Kita bercakap atas dasar sejarah lalu dan juga keadaan semasa. Kepada penyokong Anwar jangan ambil hati ya?

Apa yang paling penting sejauh mana Islam selamat hasil dari peristiwa 9 Januari ini... selamat berfikir.



                                                          


15/12/11 – Nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditentukan 9 Januari 2012 sama ada dibebaskan atau didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujahan semula oleh pasukan pembelaan hari ini.

Anwar, 64, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, meliwat Mohd Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Menurut Bernama, pertuduhan liwat ini merupakan kali kedua yang dihadapi Anwar. Pada 2000, beliau didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar.

Anwar disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Makkamah Tinggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menolak sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.


Sementara itu semasa hujah penggulungan dalam mahkamah, peguam bela Anwar, Sankara Nair mengemukakan satu teori baru................... baca seterusnya KLIK SINI




AMARAN UNTUK NAJIB!
ugutan DARI soros? atau memulakan perang saraf untuk meletakkan Malaysia dalam tekanan?
menuju
MALAYSIA SPRING???????

1 comment:

  1. SAYA RASA LEBIH BAIK JIKA ANWAR IBRAHIM DIDAPATI TIDAK BERSALAH ATAS PERTUDUHAN MELIWAT MANGSANYA ITU BERDASARKAN PEMBELAAN "SUKA SAMA SUKA". jIA DIA DIPENJARAKAN, DIA AKAN MENJADIKAN DIRINYA WIRA SEKALI LAGI. DIA AKAN MENDAPAT SIMPATI LAGI. JIA DIA BEBAS, DIA AKAN BERHADAPAN DENGAN SIKAP PENGUNDI YANG TIDAK LAGI PERCAYA KEPADANYA, DAN TIDAK AKAN MEMBERIKANNYA UNDI SIMPATI LAGI.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive