“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”. - ayat 10 alKahfi

24 December 2011

Kempen Bebas Anwar 901 - revolusi dirancang sempena angka 13?

Apa ada pada angka? Tetapi ada sebilngan dari penduduk dunia begitu mementingkannya. Kehadiran sngka 13 menjadi sesuatu perkara yang menarik. Peristiwa Reformasi 1998 di Dataran Merdeka terjadi13 tahun lalu. Tarikh 9 Januari 2012 melibatkan nombor 9112 (9 + 1 + 1 + 2  hasilnya  ialah 13). Huru hara 1969 berlaku pada 13 haribulan Mei. Mungkin ini semua adalah secara kebetulan apabila pilihan rata kali ini adalah yang ke 13. Kabbalah meresapi pemikiran peneraju PR? Adakah ia mendapat arahan dari bossnya Soros? Apapun hanya Melayu sahaja menjadi pelakun utama.  


Apa kata penyokong PAS tentang Anwar? Kita boleh belajar menilai mentaliti dan cara kefahaman mereka terhadap isu politik tanah air. Bukan semuanya brutal. Cuma kekuatan mereka terletak kepada ketaatan penuh kepada PAS. Ada juga yang berwatak kasar, sama juga dalam kem UMNO.

Mereka melahirkan rasa pelik bila Ketua AMK PKR membuat kempen untuk membebaskan Anuar padahal ia belum didapati bersalah, belum di tahan atau dipenjarakan. Nak bebas apa? Lagi pun kata mereka, kalau bersalah sekali pun masih ada peluang buat rayuan. Katanya Karpal Singh memang pakar bermain putar betit (tangguh-tangguh), silap-silap lagi 5 tahun pun belum tentu selesai. Betul ke? Saya kurang arif dalam hal perundangan.

Jujur pula mamat PAS ini menulis. Tak ada kata-kata kesat dilontarkan 

Seronok juga baca tulisan mamat PAS ini. Dapatlah difahami apa yang ada dalam minda mereka. Dalam pada itu, pemuda PAS juga melahirkan rasa geram dan menyampah terhadap PKR. 

Mereka hanya ingin menumpang peluang bersama PKR dan DAP. Itu sahaja. Kira-kira macam rakan kongsi sajalah! Tak lebih dari itu. Semua berpura-pura macam dalam lakonan.


Dalam tempoh selesainya rayuan, kata mereka apa sahaja boleh berlaku. Anwar akan jadi PM bila PR menang PRU13 nanti dan kes tersebut tentu akan dibuang oleh Anwar. Jadi untuk apa pula kempen tersebut? Satu pertanyaan yang menarik. Tentu ada benda lain dalam kepala peneraju PR tersebut. Fikir-fikirlah kewajarannya.

Kita boleh fikir satu perkara, kempen ini boleh menjadi "test power" sambil menarik perhatian pengundi. Ia juga boleh jadi petunjuk sejauh mana pengaruh Anwar dalam politik negara. Dalam pada itu, tentu ada lagi agenda lain tersepadu secara sembunyi di dalamnya.

Adakah ia sengaja diwujudkan untuk memberi kejutan kepada pemerintah? Mempromosikan kekuatan pengaruhnya dalam menguasai pengikut-pengikutnya untuk dinilai oleh tuannya di USA? Memprovok kerajaan (keselamatan) untuk cetuskan tindakan liar polis? Membuka laluan untuk BERSIH 3.0? ... ect...ect.

Apapun pasti ia berkaitan dengan PRU nanti. Kita harus ingat taktik BERSIH 1.0 pada 2008 menghasilkan kejayan luar biasa, memihak mereka dalam PRU12 lalu.

Apa yang menakutkan ialah niatnya masih utuh untuk anjurkan revolusi di negara ini. Mahasiswa diangkat sebagai pemankin. Apakah sudah sampai masanya Malaysia mengikut jejak Arab spring? 

UMNO kena berhati hati, jangan ambil mudah. Soros tentu sudah sediakan peruntukan besar dan ajar Anwar apa yang perlu dilakukan untuk menjadi PM menggantikan Najib..Kalau Anwar berkuasa, semuanya akan digadai kepada Soros. Musnah Islam kerana mereka akan melantik DAP sebagai penasihat. Mamat PAS ini juga akan tergaru-garu kepala yang tak gatal.

Inilah yang tak dapat mamat ini fikirkan.


Baca petikan tulisan dalam blog mamat PAS ini.


Jaguh PKR - Hebatkah pemuda ini?

Ana pun tak faham dengan Pemuda PKR ni, keputusan belum dapat, apapun belum tahu – dia sudah buat kempen Bebas Anwar 901. Masuk pun belum nak bebas macamana? Salah pun belum tentu. Ana dapatkan nasihat ramai teman-teman loyar, depa kata belum tentu lekat. Belum tentu. Kaedah simpan air mani Polis pun tak berapa nak betul. Orang simpan dalam peti ais. Dia simpan dalam kabinet besi. Tak sejuk. Sperm boleh meninggal. Kata loyar kat luar lah..
Tapi ada dua tiga orang loyar yang kata kes akan lekat. Anwar gagal buktikan keraguan yang munasabah. Saksi alibi yang dijanjikan oleh Anwar tak dibawa ke mahkamah. Sumpah pun tak buat.
Ana malas nak borak dengan loyar ni. Susah nak faham. Depa punya bahasa tinggi. Tapi bagus, semua muda-muda dan kaya-kaya. Ramai yang masuk PAS. Mereka ini semua aset parti kita. Jangan lupa.
Pada ana, Pemuda PKR kena buat rilek sahaja dulu. Jangan gabra. Tenang.
Pertama, kita mesti tunggu keputusan. Belum sampai tahap rayu lagi. Mesti boleh rayu. Kalau rayu, kena dengan stail Karpal PuSingh, mahunya lagi 6 tahun baru selesai. Lama lagi tu. Anwar sempat jadi PM. Terus buang kes. Abis citer.
Kempen Bebas Anwar 901 Dilancar
Dalam pada itu Shamsul memberitahu berkaitan dengan keputusan fitnah II Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diketahui pada 9 Januari tahun hadapan beliau secara hari ini melancarkan kempen secara maya di laman ‘Twitter’ bagi menghimpunkan seramai yang mungkin terhadap kes tersebut.
“Saya juga hari ini telah memulakan kempen #BebasAnwar901 yang dilakukan secara maya di laman twitter.
“Kita ingin mengumpulkan seramai yang mungkin mereka yang membantah usaha kerajaan ingin memenjarakan Anwar berkenaan dengan kes tersebut, yang mana kita lihat segala percaturan untuk memasukan beliau ke dalam penjara sudah dirancang dari awal lagi.
Secara maya. Ingat ajak berhimpun lagi. Penat lah kita.
Masalah dengan PKR ni, bila perlu orang berhimpun – depa ajak kita. Bila dia dapat kuasa – dia tinggal kita. Mangkuk hayun sungguh.
Kita harap Anwar lepaslah. Jangan pi sungai buloh. Pening kita.
.http://penyokongpas.wordpress.com/

Persedian Tersusun

Gerakan mereka dah bermula. Lihat twitter http://twitter.com/#!/BebasAnwar901

Sedikit isi kandungan twitt .....

Suara Rakyat Suara Keramat! INGAT: 9 JAN 2012, 8 PAGI, MAHKAMAH JALAN DUTA. Tunggu arahan berikutnya. Rakyat Hakim Negara! Tolong RT. SEBAR

Buat seluruh rakyat Malaysia yg cintakan keadilan & kedamaian. Ayuh bersolidariti buat Anwar Ibrahim, 9 Jan 2012, 8am, Mahkamah Jln Duta. RT

Mereka boleh ugut, takutkan, dan guna segala macam undang2 untuk menyekat kemaraan rakyat. Namun tiada apa yang dapat menyekat amarah rakyat






Nasrudin bin Hassan
Perjuangan PAS tdk pernah berubah sebaliknya yg berubah ialah pendekatan & penampilan dgn gaya yg kontemporary. Ahli mesti fhm maqasid #fb


Mohamed Azmin Ali
Puluhan ribu rakyat berhimpun di Taman Senangan, Teluk Air Tawar, Penang mendengar amanat DSAI, YB Kit Siang, Mat Sabu, CM Guan Eng. #fb



Anwar Ibrahim
RT @nsurendrann: Thousands at ceramah at Pdg Serai, despite massive sabotage attemptslockerz.com/s/165923902




Nga Kor Ming 倪可敏
2011年全球天灾灾难导致人类损失3500亿,可是大马十年洗黑钱却损失愈一万亿。这算不算大马能?Malaysia boleh ?!


@mdnajmi
Muhd Najmi Samsudin

9 Januari 2012 - anak muda ke jalan raya! @anwaribrahim@shamsuliskandar @SU_AMK@AMKSelangor @Jonah_Khairul@Azmizam @niknazmi@Amir_Shari


Mereka telah bersedia... hati-hati revolusi bermula 9Hb Jabuari 2012


Nasib Anwar...
Bisik- Bisik Awang Selamat

KEPUTUSAN kes Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sama ada dibebaskan atau disabitkan kesalahan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, akan diketahui 9 Januari ini.

Tarikh itu nanti pasti menjadi perhatian ramai. Kes perbicaraan liwat tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di dunia melibatkan pemimpin pembangkang.

Pada tahun 2000, Anwar pernah dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.

Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat, juga merupakan rekod.

Anwar yang selama ini mendabik dada memperjuangkan keadilan dan kebebasan, turut mengejutkan semua apabila memilih memberikan keterangan membela diri di dalam kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah. Ia sekali gus ‘menyelamatkan’ beliau daripada disoal balas oleh pasukan pendakwaan.

Perbicaraan tersebut turut mencatat sejarah kerana mengambil masa yang panjang ekoran pelbagai permohonan difailkan oleh Anwar sehingga berpuluh-puluh kali penangguhan.

Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 dan hanya selepas dua tahun tujuh bulan, barulah perbicaraan sebenar bermula iaitu pada 3 Februari 2010. Seingat Awang, tiada kes lain di tanah air ini yang begitu mencabar sebagaimana perbicaraan Anwar. Sehingga hari ini, beliau juga masih enggan bersumpah laknat di dalam masjid bagi menafikan pembabitan dalam kes liwat itu walaupun Saiful telah berbuat demikian.

Pada masa yang sama, Anwar terus menjadi tumpuan kontroversi kerana dikaitkan dengan rakaman video seks bersama pelacur selain isu-isu integriti. Bukti-bukti kesahihan video telah disahkan oleh pakar-pakar termasuk dari Amerika Syarikat (AS), Korea Selatan dan polis. Kini Ketua Pembangkang itu sudah dianggap sebagai liabiliti. Belum pernah dalam sejarah di mana-mana negara, ada Ketua Pembangkang yang paling bermasalah terutama dari segi akhlak dan moral. Dalam menanti penentuan 9 Januari ini, Awang mendapat tahu, PKR yang dipimpin oleh Anwar sudah mengatur gerakan, daripada yang bertujuan meraih simpati hinggalah kepada tindakan lebih menggemparkan.

Seperti menjangkakan Anwar akan didapati bersalah, Angkatan Muda Keadilan parti itu mula melancarkan Kempen Bebas Anwar 901 secara maya di laman twitter.

Khabarnya, ada banyak rancangan lagi. Demonstrasi jalanan, salah satu pilihan sebagaimana ketika kes liwat pertamanya dulu. Itu belum menyentuh kata dua Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang mahu merobohkan penjara jika bosnya dipenjarakan.

Anwar sendiri sanggup melakukan apa sahaja bagi menyelamatkan dirinya. Jika didapati bersalah dan dipenjarakan, Awang percaya simpati kepadanya tidak lagi seperti dahulu. Rakyat sudah kenal siapa Anwar. Angkara nafsu peribadi tidak boleh dijatuhkan beban kepada rakyat. Anwar tahu segala risikonya kali ini. Maka ini penentuan terbesar bagi hidup dan karier politiknya, yang tidak mungkin beliau pasrah begitu sahaja. Ia memungkinkan pelan luar jangkaan. Kita nantikan apa kejutannya. - UOL

1 comment:

  1. Assalamualaikum,
    Saudara, anda tidak boleh menuduh secara melulu. -Jika angka 13 itu membawa maksud sial/musibah maka ianya adalah KEJAYAAN Yahudi untuk meyakinkan kita bahawa angka itu membawa sial. Mungkin byk Manusia terbikut dengan agenda 13 spt Friday the 13th, Bintang Neg. Amerika (13), dan sbgnya apabila kita mendpt tahu ttg cara Illuminati ini bertindak, maka ini bermakna Org Yahudi benar2 telah memperdayakan kita smua shigga asal tgok Segitiga,Bintang Israel,NO 13 dan sbgnya,lalu dikaitkan dgn mereka. Maka scra tdk langsung kita akn jadi takut terhdap bayang2 sendiri...
    - Saudara & lain2, sya tdk mnyebelahi sapa2 dlm soal ini sbb KHILAFAH dalh pilihan ku.
    - Skrg skit2 Illuminati shingga org jemu dgn benda ini. Itulah matlamat sbnar para Illuminati iaitu sebarkan kpda smua org ttg 'MEREKA'hingga org naik jemu & hilang minat thdp kejahatan mereka.
    - KDG2 'KITA' lah yg menyebarkan KHABAR ANGIN kpd org lain. Rasulllah pernah bersabda JGN DGR KHABAR ANGIN MELAINKAN KITA SENDIRI MENDPT KEPASTIANNYA. DAN JGN BERPRASANGKA BURUK SESAMA ISLAM.
    - JGN marah. Fikir btul2 dan dalam2 supaya apa yang KITA harap pada tahun depan boleh bertukar mimpi buruk @ Baik. Saya percaya Kita ORG MELAYU MASIH ADA SIFAT BERADAB DAN SOPAN SANTUN. JGN MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.
    - Bersyukurlah KITA kepada TUHAN dan DOALAH MUDAH2HAN PKR UMNO PAS AKAN BERSATU ATAS NAMA MELAYU DAN ISLAM. JADILAH 3 IN 1. INGATLAH BAHAWA NO 13 MEWAKILI RUKUN SEMBAHYANG. MAKA MARILAH KITA SAMA MENEGAKKAN TIANG AGAMA DAN HILANGKAN RASA WASPADA ANT SATU SAMA LAIN.
    INSYALLAH

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive